Jumaat, 30 Januari 2015

Pengenalan Topical Steroid Withdrawal (TSW)



bahaya steroid - gambar dari google


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang… ini adalah sambungan entry sebelum ini Apa Itu Topical Steroid Withdraw (TSW) . Untuk entry ini saya ingin menceritakan apa itu  Tropical Steroid Withdraw (TSW) dengan lebih lanjut . .Terima kasih kepada group NAAE atas segala ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan…
Baiklah diringkaskan entry ini.. 

Kebiasaannya apabila pesakit mengalami eczema, doctor atau pharmaciest akan memberi krim steroid untuk disapu kepada kawasan eczema dan eczema tersebut akan sembuh cepat.. tetapi seiring masa eczema itu akan kembali dan doctor atau pharmaciest akan memberikan cream steroid yang lebih tinggi kandungan steroid.. malah terdapat juga kes untuk kesan cepat dan pantas.. doctor akan memberi suntikan steroid untuk mempercepatkan pemulihan.. Malah suntikan steroid banyak digunakan untuk mereka yang menghadapi masalah keloid.

Krim steroid yang diharapkan membantu menyembuhkan rupa-rupanya hanya menekankan lagi penyakit kedalam kulit atau tubuh dan akhirnya pada satu tahap akan menyebabkan penyakit eczema semakin teruk dan akhirnya kerana kesan sampingan penggunaan steroid yang semakin kerap dan banyak akhirnya akan menganggu kesihatan tubuh dan organ-organ tertentu dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit lain termasuk penyakit buah pinggang dan kanser.

Bagi memastikan agar penggunaan steroid ini dapat dihentikan.. pesakit eczema atau pesakit lain yang selalu mengunakan steroid wajib berhenti sama sekali pengunaan steroid ini agar kesan ini tidak akan menjadi lebih teruk dimasa akan datang..  

Bermulanya episode berhenti menggunakan bahan steroid. .pesakit akan mengalami fasa-fasa Tropical Steroid Withdrawal termasuk juga Topical Steroid Addiction (TSA).. fasa ini mempunyai pusingan tersendiri dan memang amat perit untuk dihadapi dan memerlukan pengurusan stress yang tinggi.. tetapi berita baiknya.. fasa ini turut membantu membuang segala toksin lain didalam badan juga penyakit lain didalam badan sekaligus.. apa yang penat pesakit harung pasti akan berbaloi dan manis akhirnya… 

Terdapat banyak kisah didalam NAAE, blog-blog diseluruh dunia menceritakan pengalaman mereka menghadapi TSW ini. .juga bagaimana mereka turut pulih dari sakit-sakit lain dengan mengubah cara hidup dan pemakanan serta segala bahan kegunaan rumah tangga…. Di NAAE Malaysia juga terdapat beberapa orang doctor tempatan terlatih juga doctor homeopathy yang pernah berkhidmat di  hospital biasa bertahun lama. Malah ITSAN sendiri dipelopori oleh doctor Medical ternama.

Saya akan bercerita lebih lanjut entry seterusnya mengenai fasa-fasa TSW dan apa itu Topical Steroid Addiction (TSA).  Sekian sahaja entry ini untuk kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss… 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...