contoh Ekzema - imej dari google |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada
semua pembaca blog saya yang tersayang.. untuk sambungan entry sebelum ini
Kenapa Anda Perlu Melakukan Proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) ? tentu ramai tertanya-tanya apakah factor @ triger yang boleh menyebabkan eczema… .
Dibawah adalah factor @ trigger yang boleh menyebabkan eczema :-
1.Keturunan
sakit kulit, lelah atau resdung.
2.ibu
tidak cukup makan semasa mengandung atau terdedah pada makanan yang toxic atau
diberi antibiotic semasa mengandung
3.Ibu
mengalami stress semasa mengandung
4.
Ibu mendapat demam virus yang ada gejala kulit semasa mengandung
5.
Anak lahir secara caesarean
6.
Anak diberikan antibiotic
7.Anak
mendapat cirit birit dan semasa perut belum betul diberikan makanan protin.
8.Anak
mengidap jangkitan virus yang ada gejala kulit
9.Anak
terdedah kepada makanan berkimia atau suntikkan bertoksin, ini termasuk
setengah vaksin.
10.Gula
berlebihan dalam makanan anak, banyak makanan yang 'refined' ie berproses yang
mana khasiat makanan sudah terlalu sedikit . Ini termasuk jajan.
11.Alahan
pada susu formula dan lain lain
12.Konflik
ahli keluarga pesakit yang menganggu emosi pesakit
13.Masaalah
penghazaman, sembelit, berak cair, berak busuk
14.Mengidap
cacing
Eczema can be caused and/or
triggered by - from
NAAE
- Genetics (family history of
Asthmas, Sinus, Allergies, Eczema) – Keturunan
(asma, resdung, alergik dan eczema)
- Diet (lots of convenience
food, fast food, snacks) – Diet
yang tidak baik seperti makanan segera, manis dan proses
- Environment & Weather
(hot & humid) – cuaca
dan persekitaran panas atau kering
- Hormonal changes (esp woman
after pregnancy)- perubahan
hormone terutama selepas bersalin
- STRESS - KERUNSINGAN
- Insufficient Sleep/rest ( You
should sleep 7-8hrs daily) – Tidur
yang tidak mencukupi @ kurang tidur
- Major negative life events
(e.g. death, divorces) – peristiwa
pahit dalam hidup seperti kematian dan penceraian
KAITAN EKZEMA DAN MASALAH USUS
Dari blog medicalhomeopath.info: Sepertimana yang
telah dihuraikan sebelum ini, usus memainkan peranan dalam kes eczema. Peranan
usus berkait dalam dua cara :
1.
Sistem immune: 80% ditempatkan di usus dan berkait rapat dengan microbiota
(bakteria dan lain-lain ) manusia .
2.
Keadaan usus itu sendiri, yang juga berkait dengan # 1 tadi, ia itu, sama ada
usus ini dalam keadaan optima dan sihat serta menghazamkan makanan seperti yang
sepatutnya, atau usus ini dalam keadaan radang dan tidak menghazamkan makanan
dengan baik dan sebaliknya membenarkan bahan makanan yang belum hazam kedalam
sistem darah ( circulation ) .
Keadaan
kedua ini berkait dengan microbiota usus tadi sebab radang akan berlaku bila
komposisi microbiota mempunyai bakteria yang patogen. Juga, ada sesetengah
keadaan dimana radang usus menyebabkan bakteria yang bukan patogen menjadi
patogen dan menyebabkan radang, maka menjadi sebuah pusingan yang tidak
berkesudahan ( vicious cycle ) .
Dalam
kes #2, bila usus membenarkan makanan terutama protin memasukki sistem darah,
ini akan mencetuskan reaksi dari antibodi badan untuk melabelkan protin
berkenaan sebagai musuh. Dari ini terhasil alergi.
Apa
yang boleh mencetuskan radang usus ?
1.
Keadaan semasa ibu mengandung dimana pemakanan ibu tidak baik, banyak toksin
yang menyebabkan ibu mempunyai usus yang juga tidak sihat dari segi kandungan
bakteria baik . Sekarang kajian telah dapat menjangka bahawa ada kemungkinan
bakteria akan sampai ke anak melalui uri dan jika ibu ada bakteria baik, anak
juga akan ada bakteria baik dan sebaliknya .
2.
Keadaan kelahiran ceasarean dimana bayi tidak dapat dos microbiota melalui
birth canal
Baiklah
ini sahaja entry yang saya boleh coretkan untuk kali ini, saya akan sambung
tajuk entry seterusnya dientry akan datang. Terima kasih kerana membaca entry
ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss..
***
Jutaan terima kasih keatas DATO ‘ DR. SURIYAKHATUN & EKZEMA GROUP MALAYSIA
– NAAE atas segala ilmu yang dicurahkan didalam group yang diikuti oleh saya..
segala maklumat DIATAS ADALAH DARI PENULISAN DATO’ DR.SURIYAKHATUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan