Selasa, 24 Oktober 2017

Ketiak Asyik Berpeluh? GUNA HAIR GONE


Hair Gone Produk hanya diperbuat dari bahan makanan
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Percayalah hatta anda kurus sekalipun,  ketiak anda tetap akan berpeluh di musim panas ketika anda berdiri tidak sampai setengah jam. 

Pakailah deodorant apa sekali pun,  jika anda telah berpuluh tahun mengamalkan ia,  akan ada kesan sampingan,  dari ketiak gelap malah membabitkan hormon dalam tubuh anda. 

Jika anda rasa bahan asli seperti tawas yang anda gunakan selamat. 

Masa untuk berfikir sekali lagi. 

Tawas dikatakan berkait dengan alum. 

Alum berkait dengan aluminium. 

Tinjauan penulis di komen-komen di Facebook. 

Terdapat beberapa komen tetap mengaitkan tawas dengan kanser payudara yang turut terkena ahli keluarga mereka walaupun  mereka tidak menggunakan deodorant. 

Antara komen tersebut,  tawas ialah alum.  Aluminium ia boleh masuk dalam salur darah tubuh melalui ketiak.  Ramai yang saya jumpa mengatakan yang sama tidak semestinya guna tawas selamat dari kanser payudara Even ia bahan asli sekalipun. 

Tinggalkan sebentar mengenai komen di Facebook.

Pengalaman juga membuktikan bahawa tawas boleh menipiskan kulit termasuk kulit ketiak. 

Malah mereka yang ada pengalaman menggunakan tawas terutama masih baru dan bertahun lama,  sama sekali tidak di galakkan menggunakan Hair Gone atas alasan ketiak nipis dan boleh menyebabkan pedih dan sakit.

Maka amaran awal diberikan. 

Sesiapa yang berketiak nipis,  sama sekali tidak dibenarkan menggunakan produk Hair Gone ini. 

Untuk anda yang tidak pernah menggunakan tawas. 

Ketiak bukan jenis sensitif dan nipis. 

Anda boleh mencuba produk Hair Gone yang menggunakannya bahan kapur makan sebagai bahan utama dan asas produk.

Cara penggunaan dan keterangan produk terdapat dalam label atau kategori Hair Gone di Blog ini. 

Cara Penggunaan Hair Gone di link ini 


Dalam cuaca panas membara di musim panas ini. 

Berada di rumah juga akan membuat anda kekal berpeluh walaupun anda menggunakan  pendingin udara. 

Kerap menggunakan deodorant bermaksud semakin kerap anda menyapu bahan kimia di tubuh anda sendiri. 

Fikirkan kesan sampingan peluh bertoksin yang keluar di ketiak itu dan campuran bahan lain yang anda tidak pernah selidiki kesan pada tubuh dan hormon anda. 

Sebagai manusia yang semakin matang dan tahu erti bahan kimia dan kesan sampingan,  perubahan harus dimulakan sedikit demi sedikit. 

Antara perkara yang boleh dilakukan kurangkan penggunaan deodorant dan perlahan-lahan terus tinggalkan. 

Hair Gone setakat ini alhamdulillah banyak membantu mengeringkan ketiak,  menghaluskan bulu ketiak,  mencerahkan ketiak dan mengurangkan peluh. 

Ia memerlukan masa Sekurang-kurangnya enam bulan untuk mula menunjukkan hasil dari pemakaian yang konsisten disamping menjaga diet ketika proses detoks bermula.

Sila baca setiap artikel dalam kategori Hair Gone untuk lebih pemahaman produk dan proses detoks ini. 

Pembelian dan pertanyaan produk Hair Gone ini

Sila whatapps ke

016 276 2636 


Hair Gone insyallah akan membantu anda mengatasi masalah bau badan,  peluh dan ketiak hitam selepas 6 bulan penggunaan.

Percayalah ada beza menggunakan bahan semula jadi dalam jangka masa panjang,  rajin dan kental dengan hanya menggunakan sekadar untuk mencuba dalam waktu sekejap sahaja. 

Produk Semulajadi memerlukan kesabaran dan ia tidak mungkin menunjukkan kesan yang pantas. 

Terima kasih. 







Kurangkan Stress


Menikmati pelbagai makanan berwarna asli juga mengurangkan stress
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ada banyak perkara dilakukan untuk mengurangkan Stress. 

Sembahyang,  mengaji,  berzikir, berpuasa mendekatkan diri dengan Tuhan. 

Memilih makanan sihat,  menulis di atas kertas koyak dan buang,  berfikiran positif dan bersangka baik dengan Tuhan,  membaca buku motivasi,  berjalan malah meluahkan kata motivasi di media sosial turut membantu mengurangkan Stress. 

Jauhkan dari mereka yang negatif mungkin agak sukar terutama jika mereka memang sahabat karib anda yang sedang menghadapi tempoh sukar atau ahli keluarga yang tak pernah berubah. 

Namun pokok pangkal diri sendiri,  berjuang dan dilatih untuk berdiri atas kaki sendiri dan bersungguh memotivasikan diri sendiri insyallah anda tetap mampu mengurangkan Stress.

Jauhkan dari asap rokok kerana realitinya asap rokok dan bau rokok sahaja sudah cukup membuatkan anda rimas dan bertambah Stress. 

Cuba bau sesuatu yang wangi asli seperti bau limau purut,  mawar segar asli dan daun pandan atau aromatherapy asli.

Jika anda Stress,  cuba keluar dan lihat dunia luar. 

Pergi ke pantai jika kawasan rumah anda berdekatan pantai.

Pilih makanan sihat ketika melepak di Cafe kerana makanan manis dan proses realitinya lebih merosakkan otak dan menjadikan anda lebih Stress.

Makanan yang kita makan juga membabitkan emosi dan otak,  itu alasan munasabah kenapa anda wajib pilih yang sihat di saat anda tertekan. 

Blogging juga antara cara melepaskan Stress. 

Menulis sesuatu yang positif atas dugaan yang anda tanggung akan membuatkan sedikit demi sedikit Stress itu dilepaskan terutama di saat anda tiada siapa-siapa ingin mendengar selain tuhan. 

Belajar pujuk diri sendiri dan memotivasikan diri sendiri.

Jangan asyik membezakan anda dengan insan lain dan masih memandang masa silam yang berkurun lama. 

Anda tidak akan ke mana-mana. 

Dalam dunia yang begitu pantas,  anda juga harus pantas bangun ketika jatuh. 

Cepat pulih dari kecewa. 

Tidak membazirkan masa dengan sesuatu yang sia-sia. 

Guna apa yang ada.  Teruskan berusaha sampai anda berjaya. 

Ada beza duduk rehat,  berusaha,  berfikir dengan tidak. 

Cuba dan terus cuba. 

Ramai yang tidak tahu dan tidak dapat melihat apa yang anda lakukan sampai anda berjaya. 

Begitu manusia. Kejayaan hanya akan diakui apabila anda berjaya. 

Selagi anda dalam proses mencuba,  berkembang dan berusaha anda tidak akan nampak ini semua. 

Apa yang anda boleh lakukan hanya terus berusaha dan terus positif. 

Ada kejayaan yang hanya akan nampak 10 ke 20 tahun lagi,  anda kejayaan yang terus nampak dalam 5 tahun malah ada yang 2-3 tahun sahaja. 

Kita tidak tahu nasib kita seperti Apple,  Amazon,  Ali Baba atau Facebook. 

Tidak kira walaupun impian anda sekadar ingin kurus,  yang penting anda harus terus mencuba dan mencuba walaupun anda telah menghabiskan separuh usia mencapai impian anda itu. 

Realitinya ada sahaja mereka mengambil masa untuk kurus lebih lama walaupun telah menjaga diet bertahun lama. 

Realitinya kurus bukan berdasarkan diet semata-mata. Ia termasuk barangan penjagaan diri hormon dan faktor sekeliling. 

Ada banyak faktor lain yang ramai terlepas pandang dan masih tidak ambil peduli. 

Namun asas paling utama Stress adalah punca penyakit dan punca anda sukar berfikir dan bangun semula.

Jika anda berjaya menjauhi Stress dan kawal otak anda sendiri dengan perkara positif. 

Banyak perkara akan lebih mudah. 

Terima kasih. 




Makan Sihat Di Rumah


Makan sihat yang ringkas di rumah sudah mencukupi untuk diet di hujung minggu 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ia bukan anda seorang menghadapi masalah yang sama.

Tinggal satu rumah namun berlainan selera.

Ibu suka memasak yang tidak sihat,  baik ibu mertua mahupun ibu sendiri.

Ketika anda ingin menggunakan dapur ibu atau rakan anda,  juga mungkin adik beradik anda juga ingin menggunakannya.

Ingin menunggu anda sudah lapar.

Maka anda pun stress dan makan Sahaja apa mereka makan.

Namun benar kata ayat yang sering diulang-ulang.

Selepas kesulitan,  akan ada kemudahan.

Penat berpanas memasak menunggu giliran di dapur.

Akhirnya anda mengambil cara paling ringkas.

Tak perlu memasak dan menggunakan api.

Makan sahaja sayur mentah,  atau buat sahaja smoothie.

Makan buah segar atau goreng telur.

Pastikan buah anda bertukar.

Jangan asyik buah yang sama atau sayur dan makanan sama.

Bimbang anda bosan.

Hidup dan menu perlu variasi.

Cuba menu yang anda tidak pernah cuba.  Paksa diri dan kental hati.

Ada individu yang mampu menikmati salad dengan bawang merah atau Holland segar bersama bawang putih segar.

Tidak perlu penat memasak.

Kurangkan bahan perasa atau bahan lain yang tidak perlu dan lebih menjimatkan duit.

Kicap dan sos tidak bagus.

Malah saya mengelakkan liquid amino Bragg sekalipun.

Mengajar lidah mengurangkan teringin semua benda sedap ketika makan.

Sedap ada bayarannya.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Marah dan stress bukan caranya dalam menjalani hidup sihat.

Cari cara menyelesaikan masalah anda.

Bukan stress atau membebel.

Tukar cara yang lebih baik dan sihat.

Buktikan pada cabaran.

Apa sahaja cabaran anda hadapi anda akan tukarkan untuk menunjukkan anda tak akan mengalah.

It's HARD to beat a person who never GIVES UP.

Tunjuk pada dunia,  jika anda diuji begini anda ada 800 lagi cara untuk menjadi lebih baik hatta pemakanan lebih baik.

Guna otak dan perhati sekeliling ada banyak cara untuk lebih berjimat dan lebih sihat.

Tak ada ujian tanpa jalan keluar.

Tidak pernah menikmati sayur-sayuran.

Hanya pada tahun 2012 belajar menikmati sayur itu pun sekali sekala seperti kailan ikan masin dan sayur celur.

Akhirnya pada usia 35 tahun,  diuji dengan ekzema atas pemberhentian steroid.

Terus belajar menikmati sayur sehingga hari ini.

Diajar dari kecil tanpa sayur kerana ibu bapa tidak menikmati sayur mahupun ulam.

Baru kini ibu bapa mewajibkan sayur dan ulam dalam pemakanan.

Ia bukan anda bermula lewat.

Ia semangat anda untuk bermula dan kekalkan.

Apa yang kita rasa tidak sedap akan enak apabila di ulang dan dipaksa Lebih-lebih lagi jika kita tahu asasnya.

Tahu tujuan anda menikmati makanan sihat.

Tahu apa yang anda perjuangkan.

Cakap-cakap orang akan membuatkan anda terus dalam track sendiri.

Tidak perlu kejar dan bersaing dengan orang lain.

Cukup bersaing dengan diri sendiri.

Bimbang anda berlanggar sesama sendiri.

Anda ialah apa yang anda fikirkan.

Allah mengikut sangkaan hambanya.

Tiada masa ingin bergaduh atau menegakkan pendirian.

Cukup anda tahu apa anda inginkan dan rancang.

Terima kasih.






Isnin, 23 Oktober 2017

Tahu Dan Buat


Menikmati makanan di luar kadang kala agak sukar di elakkan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahu banyak Info tidak bermakna mengamalkan dan mengelakkan perkara yang boleh membawa mudarat pada tubuh. 

Tahu gula Putih bahaya namun masih menikmati kek manis dari gula Putih dan bahan proses lain. 

Itulah manusia ada beza tahu dan buat berbanding tahu namun abaikan. 

Realitinya ramai pakar nutrisi lebih tahu khasiat tiap makanan,  namun tidak mengamalkan pemakanan sihat. 

Ramai yang saya jumpa tidak tahu mengenai Khasiat dan nutrisi namun amat menjaga pemakanan berdasarkan logik masing-masing bahawa makanan sihat adalah makanan asli.

Sedsngkan golongan yang tahu dan rajin membaca membuat tidak endah hanya kerana tidak mampu mengawal nafsu. 

Berjumpa dengan insan biasa yang hanya menikmati masakan di rumah menggunakan gula kabung semenjak dahulu lagi cukup menginsafkan lebih-lebih lagi gula kabung yang dibuat sendiri dari pokok nira yang di tanam sendiri. 

Begitulah manusia apabila diberi rezeki dari segi pemakanan sihat,  tidak perlu mengoogle atau rajin membaca. 

Rezeki menggunakan bahan dari sekeliling dan tanaman di tepi rumah sudah cukup menjimatkan masa dan menjaga tubuh dan kesihatan.

Tidak makan marjerin kerana tidak suka makanan moden juga susu tepung. 

Hanya mentanak minyak kelapa dari kecil hingga tua.  Malah cendol dan tempe turut di buat sendiri. 

Betul kata bijaksana rezeki memang dalam pelbagai bentuk begitu juga ilmu yang luas ini. 

Seperti ramai kebanyakan orang yang tahu kesan buruk makanan luar,  yang tidak terjaga bahan-bahan digunakan. 

Saya masih lemah untuk masih menikmatinya. 

Tahu banyak info namun tidak mampu kuat betul-betul untuk menolak. 

Ada waktu boleh menolak untuk 2 minggu,  masuk minggu ketiga tewas. 

Begitulah,  tambah kembali azam untuk makan makanan lebih sihat selepas ini,  namun cuba untuk terus kurang dan kurang menikmati makanan luar yang tidak sihat. 

Banyak perkara yang lari dari perancangan. 

Namun itu tidak bermakna dari langsung tiada perancangan dan niat. 

Niat asal terus diperjuangkan. 

Sekurang-kurangnya ada progress dari tidak dan insyallah ia lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Maka semangat tahun baru semakin tinggi untuk kurangkan malas ini. 

2 bulan lagi tahun 2018 bakal menjelma. 

Apa azam anda untuk kesihatan dan pemakanan? 

Nampaknya saya juga harus menulis dan merancang dari sekarang. 

Terima kasih.




Ahad, 22 Oktober 2017

13 Khasiat KALE, Queen of Green


Kale sayur hijau yang dikatakan 2x ganda lebih baik dari brokoli 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sayur-sayuran hijau terkenal atas sebab kandungan antioksidan dan khasiat tersendiri.

Malah dikatakan sayur-sayuran adalah antara makanan terbaik untuk nutrisi tubuh.

Agak pelik jika anda mengikuti kursus diet tanpa sayur-sayuran hijau.

Kerana basic asas tubuh dan diet, sayur-sayuran hijau antara yang utama di galakkan untuk di konsumi terutama jika anda sedang sakit atau ingin menguruskan badan.

Untuk anda peminat sayur-sayuran hijau..

Masa untuk anda berkenalan dengan pesaing terdekat brokoli, Kale dikatakan mempunyai 2x ganda dari Khasiat Brokoli.

Sekaligus amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Saya persembahkan KALE,  The Queen ♕ of Green Untuk anda.

Mengapa KALE,  Dikatakan Queen Of Green?

 Khasiat dan Kebaikan Kale ini jawapannya

1.  Kale rendah kalori, kosong lemak,  tinggi fiber,  folate,  magnesium dan pelbagai nutrien lain.

2. Kandungan Zat Besi di dalam Kale jauh lebih tinggi berbanding daging.  Sekaligus ia amat bagus bagi wanita yang mengandung dan hemoglobin rendah. Kale juga amat bagus untuk fungsi organ hati termasuk pertumbuhan sel.

3. Kale tinggi kandungan vitamin K yang amat penting untuk mengelakkan penyakit  alzhemeir's dan penyakit kanser yang lain.

4. Kale juga tinggi kandungan flavonoids dan karotenoid,  antioksidan yang bagus melawan penyakit dalam tubuh termasuk kanser dan penyakit bahaya lain.

5. Kandungan omega 3 fatty asid di dalam Kale turut membantu mengurangkan inflamasi dalam tubuh sekaligus mengurangkan keradangan termasuk penyakit asma,  gout,  arthritis,  ekzema dan penyakit auto imun lain.

6. Kale turut membantu mengurangkan kolesterol tidak baik dalam tubuh.

7.  Kaya dengan vitamin A,  kale Amat bagus untuk kesihatan kulit dan mata juga kesihatan paru-paru.

8. Kale juga amat tinggi vitamin C yang bagus untuk kulit dan Gusi serta pendinding tubuh dari penyakit berbahaya.

9.  Kale dikatakan tinggi kalsium lebih dari susu mengikut kiraan kalori.  Malah kandungan vitamin C dalam Kale turut membantu penyerapan kalsium dengan lebih mudah di dalam tubuh.

10. Kaya dengan fiber dan sulfur.  Kale adalah tumbuhan dan makanan terbaik untuk detoks tubuh anda.

11. Berwarna hijau gelap,  Kale dikatakan tinggi nutrien dan amat bagus untuk kesihatan jantung.

12. Kandungan Lutein dan zeaxanthin membantu mengurangkan risiko katarak pada mata.

13. Kandungan folate dalam Kale Amat bagus untuk perkembangan otak janin sekaligus makanan yang amat bagus diamalkan oleh wanita mengandung.
Imej di ambil dari Google 
Kale boleh di dapati di Jaya Grocer dan pasaraya terpilih.

Malah tanaman ini banyak di tanam di Indonesia,  khususnya Bandung.

Harga Kale ini hampir 3x ganda harga sawi biasa dan agak mahal berbanding sayur lain setanding khasiatnya.

Rasa Kale juga pahit sedikit dari sawi namun tetap sedap.

Berbentuk daun yang berkedut dan batang yang agak pendek,  Kale mudah dikenali jika anda sudah biasa dengan sayur ini.

Selamat Mencuba nikmati Kale dalam diet anda.

Anda boleh menggoreng,  menjadikan ia sebagai salad atau Smoothie juga jus.

Terima kasih.




Main-main


Komen pertama yang menegur cara tulisan di Blog ini
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Main-main menulis. 

Tahukah anda betapa mudah bermain-main  menulis. 

Seperti suka-suka Blogging. 

Maklumlah fikir ketika itu bukan siapa-siapa yang membaca. 

Orang yang suka-suka untuk menghabiskan masa. 

Saya suruh anda baca,  saya baca anda punya Blog. 

Awak follow saya,  saya follow awak. 

Betul kata pujangga. 

Ketika anda bermain-main ada yang mengambil serius.

Pertama kali membaca komen di Blog betapa serius dan padu kata-kata pembaca,  ia menyebabkan Blog ini sendiri dari Blog main-main menjadi serius. 

Ia hanya asbab satu komen,  terus Blog berubah rentak.

Dan sebagai penulis yang mula sensitif dan sedar bahawa ada kalangan pembaca bukan main-main untuk datang membaca dan mencari ilmu serta jawapan. 

Maka bermula perubahan sepenuhnya dari susun kata ayat dan ejaan penuh di Blog ini. 

Jutaan Terima kasih atas komen pembaca budiman tersebut juga atas tunjuk ajar Puan Guru Puan Ainon Mohd yang sering menekankan penggunaan ejaan penuh dan ayat positif dalam setiap status beliau. 

Puan Ainon Mohd adalah antara guru rujukan untuk cara penulisan Blog ini. 

Malah ayat-ayat dan aura positif beliau cuba di terapkan di Blog ini. 

Seiring waktu dan hampir 5 tahun usia berblogging (Februari 2018 cukup 5 tahun usia), doa dan harapan agar Blog ini bukan menjadi Blog biasa-biasa sahaja. 

Namun sebagai rujukan dan motivasi kepada mereka yang membacanya. 

Kita perlu berubah seiring keadaan sekeliling, jika komen di Blog ini dahulu di pandang sebelah mata,  mungkin Blog ini kekal sebagai Blog main-main dan masih suka-suka sahaja. 

Terima kasih. 



Jumaat, 20 Oktober 2017

Konsisten


Barisan alat memancing di sepanjang pantai
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Konsisten. 

Perkataan yang sering ditekankan. 

Untuk mudah faham.

Konsisten bermaksud berulang-ulang melakukan perkara yang sama. 

Menulis setiap hari dan konsisten,  melakukannya akan menjadikan ia habit dan perangai harian. 

Berkata positif pada diri setiap hari akan menjadi habit sekaligus menyebabkan anda lebih positif. 

Benda berulang-ulang akan mudah diingati otak dan diterima oleh diri. 

Itu alasan mengapa iklan perlu diulang-ulang agar ia terus diingati walaupun satu dunia telah tahu. 

Tiada satu pun benda yang baik di dunia ini harus dihentikan. 

Jika anda berehat sebentar,  pitching itu akan lari. 

Itu kekal menunjukkan betapa berhenti sekejap itu sudah cukup memberi kesan untuk anda kembali pada track yang asal. 

Satu hari anda termakan makanan enak yang tidak sihat penuh perisa,  makan minggu anda harus mencuba kembali pada track. 

Satu bulan anda tertinggal menulis. Berbulan anda akan cuba kembali mendapat idea dan kembali rajin menulis mencari rentak kembali. 

Begitu juga dengan menikmati makanan sihat. 

Termasuk bahan dandanan diri dari bahan selamat. 

Aktiviti harian yang sihat. 

Jika anda tinggalkan percayalah amat sukar untuk anda kembali kerana otak anda apabila sudah biasa dibiarkan berehat ia akan mengambil masa untuk kembali aktif pada aktiviti yang telah anda tinggalkan. 

Namun tidak pula dikatakan anda langsung tidak boleh berehat Lebih-lebih lagi jika anda ada alasan kukuh untuk itu. 

Namun pastikan anda kekal berada dalam track. 

Jangan berehat terlalu lama,  seperti jangan berpisah terlalu lama dengan orang yang anda sayang. 

Bimbang perpisahan yang lama itu memberi peluang anda atau pasangan anda mewujudkan jurang dengan kewujudan anasir lain yang semakin mengambil masa dan ruang di tengah perpisahan itu. 

Begitu juga dengan aktiviti anda baik menulis atau membaca. 

Jika anda berhenti menulis dengan lama,  kemudian jurang pemisah menulis itu lebih banyak dengan bergosip percayalah agak sukar untuk anda menulis sesuatu yang berinformasi atas asbab gosip yang anda bualkan. 

Berbanding anda kerap membaca ilmu dan informasi maka makin kerap anda menulis dan punyai pelbagai idea. 

Anda hanya akan menjadi pemarah dan emosi tidak stabil andai masa anda hanya dipenuhi dengan perkara negatif yang merosakkan otak. 

Ada beza benda yang diulang-ulang. 

Jika anda asyik menikmati sayur-sayuran berbulan-bulan, tiba satu hari ia tidak  ada dalam menu,  anda akan mencari-cari. 

Jika anda biasa membaca menambah ilmu tiba masa dalam satu hari tanpa membaca anda akan rasa otak anda umpama kosong. Kosong sekali. 

Jika anda biasa mengucapkan salam berjumpa dengan semua orang,  jika satu hari anda tidak mengucapkan salam anda akan rasa anda bukan diri anda sebenar. 

Begitu hidup. 

Jika anda biasa menggunakan produk Semulajadi,  produk itu akan kekal anda gunakan. 

Jika anda tertinggal,  anda lebih rela mandi air paip kosong dari menyapu tubuh anda dengan mandian kimia. 

Mengapa anda kuat dan kental sampai begitu? 

Kerana anda tahu asas kenapa anda pilih bahan itu. 

Kenapa anda guna bahan itu. 

Kenapa bertahun anda tidak tukar bahan lain. 

Kenapa lambakan produk dan iklan langsung tidak memberi efek kepada anda untuk membeli walaupun duta produk Artis dan idola kesayangan. 

Pokok pangkalnya,  apa kita lakukan,  asasnya kita tahu mengapa kita pilih dan mengapa kita kuat untuk itu. 

Jika sekadar mengikut orang lain,  percayalah anda tak akan mungkin kuat untuk selamanya. 

Pokok pangkal diri sendiri. 

Hati wajib kental. 

Biar sejuta pun berbeza dengan anda,  anda patut sedar dari awal apa yang anda pertahankan itu bukan sahaja untuk anda tapi juga untuk generasi akan datang. 

Hidup bukan hanya untuk anda seorang.

Walaupun mungkin ketika ini anda berstatus bujang. 

Hidup tanpa perubahan dan ada seseorang memulakan,  tak akan mungkin ada yang akan memulakan. 

Dari seorang maka akan bertambah manusia seterusnya. 

Kejayaan tiada ukuran. 

Ada kejayaan yang tidak nampak di mata anda sendiri apa lagi insan lain. 

Namun ada kejayaan yang di nampak oleh ramai orang,  namun anda sendiri tidak nampak. 

Steve Jobs mungkin cemburu pada mereka yang sihat ketika beliau sakit. 

Kawan Steve Jobs yang sihat namun hidup penuh hutang mungkin cemburu dengan Steve Jobs yang kaya raya. 

Anda mungkin cemburu melihat sahabat anda menikmati kek dan kopi di Cafe Godiva tanpa rasa bersalah. Sedangkan anda perlu berdiet untuk menguruskan badan. 

Sahabat anda mungkin cemburu dengan anda yang bermental kuat yang sanggup menikmati salad mentah tidak seperti beliau yang kalah dengan godaan kek dan kopi. 

Tidak mungkin ada manusia di dunia ini yang tidak tahu bahaya gula Putih dan bahan kimia lain pada tubuh. 

Sama ada mereka buat-buat tidak tahu dan hanya menutup sebelah mata dan berazam esok atau lusa, mungkin tahun depan akan mula diet sihat. Terutama dalam era teknologi di hujung jari dan kempen kesihatan dan penyakit yang bermaharajalela. 

Sebagai manusia biasa,  prinsip dan konsisten sentiasa akan diusik. 

Baik dari anasir luar dan insan sekeliling. 

Namun anda boleh cabar diri anda,  bukan anda yang akan ikuti mereka. 

Namun mereka sendiri akan ikuti anda dengan rela. 

Perubahan bukan bermula dalam setahun. 

Ada waktu ia memerlukan waktu 3 tahun ke atas dan seterusnya. 

Andai 20 tahun pun masih tidak berubah,  terima hakikat,  hidayah semua dari Tuhan dan diri sendiri.  

Mungkin insan tersayang anda akan berubah 30 tahun atau 100 tahun lagi. 

Usah putus asa. 

Kerana putus asa tiada dalam kamus insan positif seperti anda. 


Terima kasih. 





Tempat Makan Best Di Kuantan Part 50 :- Mee Calong Beserah, Pak Mat Corner


Mee Calong Beserah,  Pak Mat Corner 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini 


Jika anda ke Kuantan. 

Anda wajib mencuba makanan popular Beserah iaitu Mee Calong. 

Ini ialah makanan kegemaran saya ketika zaman sekolah yang di ubah suai ke ayam. 

Namun asal calong ialah dari ikan,  maka seiring usia dan kedewasaan,  calong ikan menjadi kegemaran. 

Jika anda mahukan calong asli turun temurun dari ikan,  anda boleh ke warung Mee Calong Beserah,  Pak Mat Corner yang terletak depan sedikit dari pejabat pos Beserah menghala ke Kuala.  

Lokasinya anda hanya perlu terus memandu straight atau terus sehingga naik jambatan dan turun di situlah anda akan berjumpa warung enak ini. 

Luas dan bersih 
Dibuka seawal 830 pagi sehingga 4 petang. 

Ia adalah warung paling terbaik di Beserah ini dari segi menu di tawarkan. 

Dari Mee Calong,  Mee jawa,  sata,  mee hallam,  ratna,  mee rebus dan sebagainya memang antara menu kegemaran ramai. 

Namun menu paling wajib anda cuba tentu sekali Mee Calong, resepi asli turun temurun dari Beserah. 

Bahagian hadapan tempat penyediaan makanan 

Istimewa Beserah yang terkenal dengan laut dan pantai. Maka masakan dari ikan adalah makanan yang harus anda cuba disini.  Mee Calong di perbuat dari ikan. 

Dari isi ikan segar kuahnya di proses,  bebola ikan segar buatan sendiri,  tauhu sumbat yang berisi isi ikan segar,  malah sesetengah gerai turut menjual lada hijau besar dan terung berisi isi ikan segar. 

Di gerai ini hanya tauhu sahaja dan bebola ikan berisi isi ikan segar. 

Antara menu yang ditawarkan di warung Mee Calong Beserah Pak Mat Corner 
Dengan harga Mee Calong serendah RM5 beserta telur yang dipecahkan di dalam kuah.
Anda pasti setuju mengatakan harga makanan di sini amat berbaloi. 

Malah harga makanan lain dalam lingkungan harga yang sama. 

Senarai menu dan harga
Sudah namanya Beserah yang kaya dengan ikan dan laut. 

Di sini juga dijual sata yang sungguh enak. 

Hanya 50 sen satu.  Sungguh sedap di tambah kelapa muda. 

Saya memuji sata ini yang mungkin hampir setanding sata dari Kemaman. 

Jika anda rindukan sata Kemaman dan malas untuk berjalan jauh,  anda boleh menghilangkan kerinduan pada sata Kemaman itu dengan sata disini. 

Sata enak yang berharga 50 sen sebiji

Saya memakan 3 biji sata dan semangkuk Mee Calong. 


Mee Calong Beserah paling enak di Beserah,  Kuantan 
Mee Calong Beserah harus dimakan dengan sos lada nya. 

Kata ayah saya,  tanpa sos lada,  Mee Calong bukan Mee Calong. 

Maka jangan lupa menambah sos lada ini jika anda pertama kali menikmati Mee Calong Beserah ini. 

Lada jeruk juga jangan dilupakan 

Lada jeruk juga antara jeruk wajib di makan bersama Mee Calong.


Kicap,  sos lada dan serbuk lada putih
Untuk pencinta Mee Calong biasanya tidak cukup sos cili,  kicap malah lada putih akan turut ditambah ketika menikmati Mee Calong.

Percayalah sekali anda nikmati Mee Calong Beserah ini pasti anda akan rindukan rasa Mee Calong ini sekembali anda ke tempat anda.

Selamat Mencuba menu paling popular di Beserah ini.

Ini menu wajib cuba.

Tanpa mencuba menu ini,  agak sia-sia anda sebagai food Hunter datang ke Beserah.


Semoga artikel ini memberi anda idea untuk tempat Makan mesti cuba seterusnya.


Terima kasih.

** ini artikel sambungan seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 51:- Buffet Dim Sum Halal ENAK







Kental


Smoothie campuran kale,  sawi gelap kerinting, lobak,  ubi bit,  halia dan daun sup
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kata bijaksana di usia memasuki usia 40an bukan lagi fokus untuk mencari makanan sedap sahaja namun yang penting makanan sihat.

Bukan mudah sebenarnya untuk mempertahankan semangat diri.  Lebih-lebih lagi jika penuh sindir di sekeliling baik di rumah,  pejabat,  Cafe,  restoran,  masyarakat dan sekitar.

Bukan mudah mendapat rakan yang sekepala.  Rakan yang menyindir memang mudah.

Namun kekal ada rakan yang menyokong walaupun mereka tidak turut serta.

Begitu juga ahli keluarga,  mungkin pada mulanya mereka tidak faham dan penuh sindiran.  Namun lambat laun pasti mereka sedar.

Meninggalkan habit atau aktiviti makan yang biasa diamalkan berpuluh tahun dan menukarkan ke aktiviti makanan lebih sihat juga sesukar memulakan apa sahaja perkara baru dalam hidup seharian.

Ini termasuk dari bekerja makan gaji ke bekerja sendiri,  dari Sales person ke marketing person,  dari peniaga kecil ke usahawan,  dari pengomen ke penulis.

Selagi ada perubahan yang di lakukan dan ia untuk ke arah lebih baik pasti memerlukan banyak pengorbanan dan kekentalan.

Bayangkan ketika anda membancuh Smoothie terutama Green Smoothie anda di sindir dengan kata-kata

" geli tengok "

" nak muntah bau"

Anak atau suami,  mungkin juga adik atau emak anda sendiri bangun pergi meninggalkan anda seorang diri di meja makan.

Lebih kejam lagi,  jika anda di pejabat,  kawan pejabat anda beramai-ramai bangun dari pantry hanya kerana Green Smoothie anda yang anda bawa sebagai bekal.

Jangan tidak tahu,  ada sahaja kes sebegini.

Namun seiring zaman moden,  semakin ramai menerima cara makanan sihat yang dibawakan,  malah jika mereka tidak mengamalkan makanan sihat seperti ini mereka kekal menghormatinya.

Lebih-lebih lagi bagi golongan yang amat terbuka dengan pilihan masing-masing.

Ramai yang saya jumpa semakin menghormati pemilihan pemakanan.  Malah walaupun mereka sendiri tidak mengamalkan pemakanan sihat tiada sindiran malah pujian turut diberikan atas kekuatan semangat juang untuk menikmati makanan lebih sihat.

Ingat masa depan tak akan berubah jika kita tidak memulakan.

Mereka yang berjuang untuk makanan Semulajadi,  produk Semulajadi bukan sahaja membantu diri sendiri malah mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar,  tumbuhan,  binatang dan manusia itu sendiri.

Racun serangga yang digunakan merosakkan udara dan membahayakan binatang.  Malah ekologi juga terjejas.

Menyembur racun serangga dan menutup mulut dan hidung ketika menyembur racun tidak membantu anda jika anda sendiri menikmati makanan dan sayur-sayuran itu sendiri kerana realiti anda tidak makan sayur atau beras dengan penutup mulut dan hidung.

Hari ini mungkin hanya anda seorang yang berjuang dalam keluarga anda atau rakan-rakan mahupun  kelompok anda.

Sekurang-kurangnya anda memulakan.

Lambat laun,  3 tahun lagi percayalah makin ramai akan menyusul.

Hati wajib kental.  Gagahkan diri dan jangan peduli pandangan dan kritikan golongan lain.

Kita wajib tahu apa yang kita pertahankan.

Tidak perlu berlawan dengan insan lain, hanya lawan diri sendiri.

Tidak perlu terang banyak kepada insan lain jika anda sendiri cukup terang kenapa jalan itu yang anda pilih.

Memilih mempromosikan produk Semulajadi hanya dari bahan yang boleh dimakan sebagai produk penjagaan diri dan Ilham sendiri adalah sesuatu benda baru yang cuba diperkenalkan.

Sejajar dengan maklumat dan fakta dari buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  yang hanya mengesyorkan hanya bahan makanan disapu di tubuh anda untuk lebih selamat dan jauh dari risiko kesihatan lain.

35 tahun menikmati makanan kurang sihat,  kini 3 tahun perlahan-lahan mengubah pemakanan walaupun bukan 100% namun banyak lagi perkara harus di ubah terutama dalam pemakanan dan aktiviti harian.

Namun Sekurang-kurangnya progress semakin baik dan meningkat.

Tidak tahu apa lagi akan diduga dan berlaku di masa akan datang.

Sebagai manusia biasa hanya berfikiran positif dan bersangka baik sahaja yang mampu.

Hanya doa dan usaha juga keizinan dari Allah sahaja yang membenarkan segalanya berlaku.

Semoga ia dipermudahkan.

Insyallah.

Salam Jumaat yang berkah.


Terima kasih.




Khamis, 19 Oktober 2017

Musim Panas Masa untuk Lulur


Zara anak saudara saya bersama Original Body Scrub yang ditambah hampas kopi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Musim panas datang lagi. 

Ingatkan musim hujan kerana telah masuk Oktober. 

Namun cuaca kebelakangan ini menunjukkan panas menjadi-jadi. 

Maka kulit mudah sunburn,  peluh tidak terkira.  

Ketika memandu memasang air cond maksimum dan kereta bertinted gelap,  peluh tetap membasahi tubuh dan menitik di wajah. 

Jelas menunjukkan betapa cuaca dan bahang yang makin membara. 

Melihat kulit yang sunburn,  ada golongan yang lebih mudah dan percaya pada teknik moden. 

Ada yang terus membuat bleaching seluruh badan. 

Juga ada yang membuat treatment moden mencerahkan kulit. 

Malah ada yang terus ke spa atau Salon untuk berlulur dan bermasker seluruh tubuh. 

Untuk anda yang punyai masa dan berminat untuk memanjai diri bila-bila masa. 

Berlulur Skrub sendiri di rumah kini lebih mudah. 

ORIGINAL BODY SCRUB adalah produk selamat,  hanya dari bahan asli turun temurun amat bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 

Hanya bancuh setengah sudu besar Original Body Scrub di dalam air,  tambah apa sahaja anda ingin tambah,  baik hampas teh atau kopi mahu pun sehiris limau nipis. 

Simpan semalaman dan anda boleh gunakan esoknya.

Untuk anda yang ingin lebih cepat.  Rendam pagi dan anda boleh guna tengah hari atau petang.

Adalah disyorkan anda merendam bancuhan ini semalaman. 

Ada kes pengguna Original Body Scrub yang merendam lebih lama sehingga berbau masam. 

Ingin ditegaskan disini jika telah berbau masam,  anda masih boleh gunakan di tubuh, jangan dibuang kerana ia adalah dari proses penapaian, malah ia lebih baik untuk kulit atas asbab bakteria baik. 

Jangan bimbang selepas anda bilas tubuh anda,  bau masam itu akan hilang. 

Original Body Scrub Kini boleh digunakan setiap hari. 

Formula baru lebih lembut kini diperkenalkan. 

Pastikan anda rajin menyapu sedikit minyak ditubuh anda 2x seminggu. 

Untuk anda yang mementingkan kesihatan dan menyayangi kulit dan tubuh anda serta ingin mengurangkan penggunaan toksid di tubuh anda. 

Bertukar lah ke Original Body Scrub.

Hanya whatapps ke 

016 276 2636 


Untuk pertanyaan dan pesanan. 

ORIGINAL BODY SCRUB insyallah jauh lebih selamat berbanding produk berkandungan bahan kimia komersial di pasaran. 

Terima kasih. 



Rabu, 18 Oktober 2017

Tambah Satu Tahun Lagi


Celebrate 🎉 birthday 🎂 with my nephew and sister 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Maka bertambah satu tahun lagi usia.

Kata bijaksana,  bertambah usia sewajarnya bertambah ilmu dan kematangan.

Lebih bijak mengawal emosi,  lupakan masa silam dan memandang ke hadapan.

Harus mencabar diri sendiri,  buktikan pada diri sendiri,  melakukan apa yang anda suka dan usah menoleh lagi.

Malah pernah membaca bilionair terkenal dunia Jack Ma juga berkata, pada usia 40 tahun,  masa untuk melakukan apa yang kita suka.

Imam Syafie,  mula bertongkat di usia 40 tahun bagi mengingati mati.

Berapa tahun lagi usia 40 tahun akan menyapa saya, juga sesiapa sahaja yang menunggu giliran.

Begitulah masa. Tak akan mungkin berhenti. 

Bertahun tidak datang ke sini untuk morning walk
Hari ini. Pagi-pagi lagi,  sahabat saya Wan mengajak saya ke Taman Gelora.  Bertahun saya tidak ke sini. 

Malah kasut sukan saya dan baju sukan entah ke mana. 

Pujuk Wan,  beliau hanya ingin berjalan kaki laju sahaja di sini dan mahu saya menemani.  Kata Wan lagi memujuk saya bersungguh,  beliau meminta saya hanya menggunakan kasut sukan anak beliau yang satu SIZE dengan saya.  Beliau mengagak kami sama size, kerana ketinggian saya dan anak Wan hampir sama. 

Ia persahabatan memerlukan give &  take.  Jika saya sebagai bff tidak memberi semangat kepada sahabat yang ingin  menguruskan badan dan Exercise,  maka saya akan rasa sedikit bersalah.  Namun harus di ingat sebagai manusia biasa,  kita hanya mampu buat yang termampu sahaja. Untuk kali ini saya mampu. 

Maka saya menemani Wan,  berjalan kaki selama sejam tanpa henti di Taman Gelora Kuantan sebelum saya menerima whatapps mesej dari kakak saya untuk Birthday celebrations di cafe 90 Degree Cafe &  Art yang terletak di Air Putih Kuantan. 

Cukup sejam di Taman Gelora dan sedikit warm out, terus memandu pulang untuk menikmati Lunch dan di 90 Degree Cafe and Art.

Jam menunjukkan hampir pukul 11.35am dan janji harus sampai pukul 1 petang.

Tepat jam pukul 1 petang, kakak dan anak Saudara sampai dari membeli belah di Jaya Grocer.

Memilih kek coklat dari Koko Cafe,  jiran sebelah 90 Degree Cafe And Art,  menu lebih sihat seperti Ribs Eye Steak dan salad juga Green Smoothie menjadi pilihan.

Irfan dan Ilham hanya menikmati spaghetti.

Irfan dan Ilham bergambar bersama kek
Meja disini telah di booking awal. 

Alhamdulillah semua menu enak dan sihat. 

Amat sesuai dengan Life Style dan pemikiran dan keinginan saya untuk Birthday kali ini. 

Macam faham pula kakak saya dan anak saudara saya taste saya yang banyak berubah seiring usia dan pengalaman hidup juga pembacaan yang membawa banyak perubahan dari segi diet dan pemikiran. 

Kakak saya,  Irfan dan Ilham 
Irfan memberi saya hadiah makanan berupa semua buah-buahan segar dari barat termasuk Arab seperti raspberry,  blueberry,  buah tin,  tomato dan pelbagai lagi termasuk butter Presiden (untuk info butter ini pernah di kirim oleh saya ketika mereka bercuti ke Kuala Lumpur tempoh hari,  namun tidak di beli kerana faktor jarak antara Kuala Lumpur dan Kuantan, namun butter Presiden ini kini boleh didapati di Jaya Grocer Kuantan yang baru sahaja di buka minggu lepas). 

Cerita Irfan,  beliau hanya memilih buah mahal,  segar dan sihat sahaja untuk hadiah hari jadi saya.  Habis duit tabung beliau. 

Kata Ilham pula,  beliau memilih Ramen untuk hadiah hari jadi,  namun mama bagi tahu suruh letak balik kerana saya tidak makan Ramen komersial. Maka tiada Ramen untuk saya. 

Saya ketawa.  So touching.  Makin bijak kanak-kanak hari ini menilai cara orang dewasa memilih pilihan dan kesukaan. 

Irfan turut menikmati rasberry dan epal termasuk kakak saya di Cafe ini sementara menunggu semua menu sampai. 

Menunggu menu seterusnya 
Hanya menu ringkas dipesan,  dari Steak,  spaghetti,  salad,  green smoothie,  mocha dan ice tea serta kek coklat. 

Yang penting Cafe ini masih menawarkan banyak menu sihat. 

Pujian diberikan untuk semua rasa yang menepati citarasa saya. 

Satu pilihan bijak untuk warga Kuantan mencari Cafe yang more ke healthy dan vegetarian. 

Penuh menu dengan Avocado dan pilihan  sihat disini. 

Maaf saya lupa mengambil gambar menu. 

Steak enak
Saya tidak pasti nama menu salad kami. 

Yang pasti salad ini dipenuhi walnut termasuk delima. 
Salad enak yang harus dicuba
Spaghetti dan Ice lemon tea di pesan di Cafe sebelah iaitu Koko Cafe termasuk coklat kek. 

Coklat kek terbaik.  Wajib cuba. 

Green Smoothie juga enak,  walau pun taste saya jenis lebih pekat. 

Banyak pilihan Smoothie lain termasuk cold press juice yang lebih sihat dari jus buah biasa. 

Spaghetti dan Green Smoothie juga Ice lemon tea

Suasana ala sunyi dan lampu malap,  amat sesuai untuk meraikan sambutan istimewa. 

Tempat ini di hias indah sesuai nama Cafe Art ini. 

Sedap sila cuba
Sekelip mata makanan di sini habis dinikmati. 

Salad bowl disini besar dan anda pasti puas makan. 

Salad dan mocha cold
Bagi mereka yang mencari menu sihat di Kuantan,  saya memang setuju untuk meletakkan Cafe ini antara pilihan utama. 

Sekaligus menjadikan saya rasakan pilihan Cafe ini adalah pilihan bijak kakak saya dan anak saudara saya untuk meraikan hari jadi saya di sini. 

Antara hiasan art dan lukisan pokok disini 
Seiring usia yang bertambah. 

Hanya kesyukuran yang boleh dipanjatkan kerana masih dipanjangkan umur diberi kesempatan dan ruang untuk bertaubat. 

Masih sihat tanpa penyakit.  Kekal mampu melakukan perubahan walaupun di uji. 

Paling penting masih mampu menggunakan otak membaca dan mencari idea serta mencabar diri sendiri. 

Semakin anda berusia semakin anda sedari tiada apa yang perlu di terangkan panjang lebar. 

Yang penting anda tahu apa anda lakukan dan terus percaya pada takdir yang baik. 

Irfan dan Ilham bermain gitar dan bergambar 
Hidup kita kadangkala umpama lukisan. 

Tidak sama dalam setiap pandangan manusia. 

Ada yang memahami dan ada yang langsung tidak meminati apa lagi untuk faham. 

Yang paling penting untuk hari jadi tahun ini,  saya sekali lagi terharu dengan pemberian hadiah ikhlas. 

Kali ini dari anak saudara saya sendiri. 

Hadiah dari Irfan 
Tentu sahaja ucapan hari jadi dan doa dari sahabat juga perkara yang indah terutama ia diucapkan di pagi hari. 

Tidak kira betapa usia bertambah ia bukan bermaksud anda berhenti mencuba dan berubah. 

Banyak yang bermula lewat namun lebih berjaya dari yang bermula awal atas kesedaran dan kegigihan. 

Masuk usia baru, impian baru juga diimpikan. 

Seperti biasa,  sebagai manusia lemah saya mohon doa dari anda dan sekalian alam,  agar segala impian dan cita cita saya tercapai,  insyallah.. 

Semoga ketika anda mendoakan untuk saya,  malaikat juga mendoakan anda. 

90 Degree Cafe And Art 

Untuk anda yang lahir bulan ini atau bulan apa sahaja.

Selamat Hari jadi untuk anda.

Semoga setiap tahun dan bertambah usia,  kita semakin dewasa,  bijak dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Insyallah.

Terima kasih kerana sudi terus membaca segala artikel perkongsian di Blog ini.


Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...