Jumaat, 17 Jun 2016

Tempat Makan Best Di Melaka Part 7 : CENDOL BAKAR

sempat menjeling cendol durian sementara menunggu masa untuk makan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini Tempat Makan Best di Melaka Part 6.

Satu cendol biasa dan 2 cendol durian pilihan kami bertiga di perbuat dari santan segar dan gula melaka yang sungguh enak, saya tambah 2 kali cendol ini
Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular di Kuala Selangor ini kini boleh didapati di Melaka dan tempat ini terdekat berhampiran A Famosa Premium Outlet atau juga dikenali sebagai Malacca Premium Outlet.

lempeng pisang yang sungguh sedap

Saya berpeluang menikmati cendol durian dan lempeng pisang yang sungguh sedap di Cendol Bakar Kuala Selangor ini ketika dalam perjalanan ke A Famosa Premium Outlet tempoh hari bersama sahabat saya Rima dan sepupu beliau.

sempat berselfie sebelum menikmati makanan
Warung Cendol Bakar ini besar dan luas, terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual disini termasuk goreng pisang cheese yang enak, tauhu bakar, lempeng kelapa dan sebagainya.

Oleh kerana baru sahaja menikmati makanan tengah hari , kami bertiga hanya memesan cendol durian dan cendol biasa serta lempeng pisang sahaja.

papan tanda yang bertampal semua gambar-gambar celebriti terkenal yang menikmati makanan di cendol bakar yang sedap ini
Oleh kerana mengejar masa, hanya gambar-gambar ini yang sempat saya ambil untuk paparan artikel ini.

keratan artikel yang menceritakan populariti cendol bakar Kuala Selangor turut di papar di papan berlainan

Antara gambar yang sempat saya ambil disini


lempeng pisang disini memang sedap terasa sangat pisangnya
antara pemandangan yang sempat saya ambil
Rima dan sepupu beliau sempat bergambar disini
antara pilihan cendol yang terdapat disini

Jika anda berada dimelaka dan mencari tempat makan best yang enak dan sedap serta happening. Ini antara tempat wajib anda singgah , dan seterusnya anda boleh membeli belah di Melaka Premium Outlet atau A Famosa Premium Outlet yang berdekatan tempat makan ini.


Terima kasih.

*** ini link sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 8


**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com... tqvm


16 Info Ilmu Kesihatan Berharga


abaikan flek-flek diwajah saya- ada masanya bila salah makan, stress, banyak berfikir dan tidak cukup tidur ia akan memberi kesan kepada wajah (muka sunburn seharian berjalan di tengah bandar Melaka) 
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang terutama bagi mereka yang menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk masalah Ekzema atau kesihatan atau mereka yang sedang mengharung Topical Steroid Withdrawal (TSW).

Telah lama saya tidak menulis artikel untuk anda semua yang menunggu artikel pengalaman saya mengharung pengalaman dalam melawan dan menyembuhkan ekzema saya.

Saya ingin berkongsi dengan anda ilmu-ilmu baru untuk anda dari pengalaman dan perkongsian saya group kesihatan dan maklumat yang sering saya baca berdasarkan sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Ini antara maklumat berguna untuk anda untuk anda pelajari dan amalkan :-

1. Sama ada anda percaya atau tidak Air RO (Reverse Osmosis) memang akan melemahkan badan anda. Selama ini saya tidak mempercayainya, tetapi apabila saya sendiri mengalaminya saya mula percaya, malah ada salah seorang kakak dalam group kesihatan saya yang aktif turut berkongsi pengalaman bahawa beliau menikmati air RO selama beberapa hari dan membuatkan beliau 'terlepet' dan tidak bermaya selama 4 hari berturut-turut.

2. Air RO (Reverse Osmosis) tidaklah memberi keburukan 100%,  proses RO itu memang menghilangkan nutrien atau khasiat semulajadi air sebenar tetapi air RO tetap mempunyai kelebihan kerana ia mencuci segala bahan terlarang dalam air yang bahaya untuk kesihatan, bagi meneutralkan kembali air RO anda , tambahkan sedikit garam pink himalayan kedalam air minuman anda.

3. Air RO juga digunakan sebagai antara bahan penting dalam pembuatan kopi ENEMA yang amat popular dalam kesihatan, saya tidak pernah membuat atau menikmati kopi ENEMA tetapi saya akan berkongsi dengan anda tentang khasiat dan cara pembuatannya yang dikatakan amat bagus untuk kesihatan dan pelbagai penyakit kronik lain.

4. Gum arabic atau gam arab yang lebih dikenali sebagai manna adalah lebih bagus dinikmati selepas ia direndam semalaman atau beberapa jam kerana lagi lama ia direndam , probiotik akan mudah terbentuk sekaligus lebih bagus untuk kesihatan anda. Manna adalah antara supplement paling penting untuk kesihatan kerana mengandungi fiber yang tinggi dan dikatakan antara makanan dari zaman Nabi Musa A.S. Wallahualam.

5. Cahaya matahari adalah penting untuk kesihatan anda, rumah tanpa cahaya matahari ialah rumah tanpa ubat semulajadi, itu antara pepatah purba yang amat terkenal. Pastikan anda terkena cahaya matahari setiap hari. Jangan risaukan kulit yang sunburn kerana sesetengah supplement atau vitamin yang anda ambil tidak akan berfungsi jika anda hidup tanpa terkena panahan cahaya matahari percuma itu.

6. Tahukah anda selain menyejukkan badan, barli juga boleh melembabkan kulit selain mengurangkan sakit kelapa. Barli yang terbaik adalah barli tanpa gluten dan berwarna coklat. Terdapat pelbagai jenis barley dan diantaranya ialah barli jenis jobs tears . Barli jobs tears juga ada yang berwarna putih dan ada juga yang berwarna coklat.

7. Digalakkan anda menikmati makanan yang tidak dimasak atau terkena api, kerana ia kaya dengan enzim. Enzim diperlukan oleh tubuh untuk darah yang lebih cantik dan sihat. Darah yang pekat dan kurang enzim tidak elok untuk kesihatan.

8. Walaupun 'green juice' atau sayur-sayuran yang tidak terkena api adalah bagus untuk kesihatan, tetapi ada pendapat mengatakan terlalu banyak menikmati sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan badan sejuk dan lemah serta rahim kembang bagi wanita. Makan berserderhana dalam semua perkara dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

9. Lidah buaya memang amat bagus untuk kesihatan, tetapi kekerapan dan jumlah ambilan lidah buaya yang banyak akan mengakibatkan 'toksid' kepada badan. Pastikan anda tidak mengambil jus lidah buaya segar lebih dari 5 hari berturut-turut.

10. Sesekali biarkan kulit anda bernafas walau tanpa sebarang bedak. Pigmentasi  atau jerawat serta milia atau kerutan diwajah anda akan kelihatan jika kerap terkena pancaran matahari atau stress serta tidak cukup tidur, tetapi jika anda kembali menjaga kulit dengan lebih kerap kembali, masalah ini akan dapat diatasi, Kulit yang sihat akan menimbulkan masalah jika anda tersilap menikmati makanan yang bertoksin , tidak cukup tidur atau dalam keadaan stress.

11. Minyak kelapa dara memang amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Ada sesetengah golongan yang tidak sesuai menikmati minyak kelapa dara terus kerana akan mengakibatkan liang roma wajah semakin terbuka dan kemunculan jerawat dan milia. Menjadikan minyak kelapa dara sebagai tambahan dalam makanan dan minuman dapat mengatasi masalah ini. 

12. Minyak kelapa dara yang terkenal untuk kecantikan kulit dan membantu mengatasi masalah ekzema sesuai disapu ditubuh sesetengah golongan dan ada yang akan mengakibatkan masalah kecantikan lain dikulit wajah. Kenali dalam golongan mana. Terdapat golongan yang sesuai disapu ditubuh sahaja tetapi tidak diwajah, dan ada golongan yang sesuai disapu dikedua-dua bahagian terutama jika golongan tersebut tinggal dinegara 4 musim.

13. Terdapat banyak perbahasan mengenai beras perang dan beras putih. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Jika anda menghadapi masalah gula tinggi dan bercita-cita ingin mengurangkan berat badan serta cepat kenyang, anda boleh pilih beras perang. Beras putih terkenal sebagai beras pilihan nenek moyang zaman berzaman dan sesuai bagi mereka yang mengikuti paleo diet. Mereka yang mengikuti diet ini percaya diet paleo lebih mempercepatkan penghadaman dan lebih sesuai dengan darah dan tubuh mereka.

14. Kafein selain berfungsi meningkatkan metabolisema badan ia turut membantu menambah tenaga anda, menikmati secawan kopi atau teh berkafein organik jauh lebih bagus dari anda menikmati minuman tambahan isotonik yang tinggi gula atau supplement yang sebenarnya mengandungi 'bahan tidak baik' tersembunyi.

15. Jangan takut kepada kalori, pilih makanan yang tinggi kalori tetapi berkhasiat dari anda menikmati makanan yang kosong kalori tetapi memberi efek tidak bagus untuk kesihatan. Avocado, air kelapa dan isi kelapa, pisang antara makanan yang tinggi kalori tetapi amat bagus untuk kesihatan.

16. Beras ialah makanan tanpa gluten paling mudah dijumpai dan tidak melalui proses yang banyak paling sesuai untuk anda yang mencari makanan kesihatan yang sihat dan tanpa gluten tanpa perlu mengeluarkan budget yang banyak.


Semoga 16 info ilmu kesihatan berharga ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.




Selasa, 14 Jun 2016

Tempat Makan Best di Melaka Part 6 :- Restoran Wongsolo


Restoran Wongsolo yang terkenal
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan artikel dari artikel sebelumnya di link ini Tempat Makan Best Di Melaka Part 5.

Jika anda adalah peminat masakan Indonesia tentu anda mengenali rangkaian francais dari Indonesia ini iaitu Restoran Wongsolo yang banyak terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Di Melaka juga terdapat Restoran Wongsolo yang terletak bersebelahan Farmasi Alpro dan berdepan dengan Dataran Pahlawan serta berdekatan Mahkota Parade.

saya bergambar bersama jus alpukat atau avocado kegemaran saya 
Menu masakan  disini semuanya sedap sekali, sama sahaja seperti francais restoran ini di tempat lain. Saya masih menyukai jus manggo dan jus alpukat atau avocado disini.

menikmati makanan tengah hari bersama rakan sekerja
Menu kegemaran saya disini masih ayam bakar dan ayam penyet. Istimewa mengenai menu ini kerana ia menggunakan ayam kampung dan saya adalah peminat ayam kampung.


set ayam bakar yang berharga RM10.90 campur GST jumlah RM11.55

Saya bergambar bersama set ayam penyet pilihan saya juga berharga RM10.90 sebelum GST


Balado Petai kegemaran saya berharga RM8.90 sebelum GST
Dibawah ini adalah antara pilihan menu yang terdapat disini.

set menu dan pilihan minuman disini

antara menu pilihan yang menarik
Ruang makan disini masih berkonsep traditional dan menarik. Ruang yang luas dan dua pilihan kerusi dan meja untuk anda sama ada ingin duduk bersila atau duduk diatas kerusi.

ruang yang luas dan dihias secara traditional
anda boleh pilih untuk duduk bersila atau menikmati makanan diatas meja

Ruang masuk ke restoran ini
Tunggu apa lagi jika anda berada di Melaka, dan teringin masakan Indonesia, ini adalah restoran masakan Indonesia paling terbaik yang boleh anda pilih.

Terima kasih.



**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com.. tqvm


TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 5 :- PERHENTIAN KUIH KAMPONG



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan artikel di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 4 . 

Jika anda berada di Melaka, dan merupakan peminat kuih muih melayu , anda digalakkan kesini. Di Perhentian Kuih Kampong yang terletak di berhampiran bandar hilir dan Jalan hujong pasir ini.

barisan kuih yang dijual disini
Tiba sahaja disini anda akan melihat barisan kuih yang tersusun didalam talam dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai masakan dan makanan lain termasuk set nasi bersama asam pedas, nasi ayam, makanan goreng panas, ayam golek dan pelbagai menu lain.

nasi ayam turut di jual disini
Anda boleh melihat antara barisan menu dan keadaan di Perhentian Kuih Kampong ini didalam setiap gambar yang sempat diambil oleh saya di bawah.

antara kuih lemak dan bersantan serta berasaskan pulut yang sedap dan enak disini
Selain nasi dan kuih muih disini juga turut di jual soto, bihun dan sup. Malah Perhentian Kuih Kampong ini juga pernah menjadi tempat persinggahan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.

Soto dan sup turut dijual disini
Ruang makan disini juga luas tetapi pada cuti sekolah atau hari minggu tempat ini memang dipenuhi ramai pengunjung dari luar negara dan Malaysia.

tempat dan meja makan yang luas

ruang makan yang luas dan pelbagai pilihan menu di kiri dan kanan
pengunjung sedang menikmati makanan disini
Lihat pelbagai menu kuih muih didalam setiap gambar dibawah.

antara pilihan kuih disini

salah satu kuih kegemaran saya disini, diatas sagu putih dibawah gula melaka
peminat kuih lopes boleh beli disini

karipap, temosa, bihun, nasi lemak dan menu lain
bingka beras juga antara kuih kegemaran saya disini
pekerja disini juga boleh tahan ramai

pilih sahaja
pilihan kuih rakan saya,  Shida 

sempat bergambar dengan rakan saya Shida yang juga muda berbelas tahun dari saya

Tunggu apa lagi, jika anda berada di Melaka, jangan lupa singgah disini.

Terima kasih.

*** ini link sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best di Melaka Part 6


Sabtu, 11 Jun 2016

Tempat Makan Best di Melaka Part 4 :- Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Antara restoran asam pedas dan masakan kampung paling popular disini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang, artikel ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelumnya di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 3

tulisan didinding restoran
Jika anda berada di bandar hilir Melaka, dan tercari-cari masakan ala kampung panas anda boleh datang ke restoran ini. Tetapi pastikan jika pada hari cuti anda sampai awal kerana disini ramai pengunjung dari Singapura dan seluruh Malaysia menikmati makan tengah hari sehingga terpaksa beratur diluar. Dinasihatkan datang seawal pukul 11.30am.

papan menu dan harga di dalam restoran ini
Secara peribadi masakan di restoran ini memang sedap sekali. Dari asam pedas, daging masak salai, masak lemak cili padi ayam kampung dan segala jenis menu. Paling penting restoran ini menghidangkan pelbagai menu ayam kampung. Dibawah ini antara menu-menu yang sempat saya ambil gambar ketika berkunjung ke restoran enak ini.

asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan kembung dan ikan pari turut dijual disini

menu udang galah dan ketam turut dijual disini
antara menu sambal dan sayur
barisan menu menarik
ikan cencaru sumbat juga ada

ayam kampung juga terdapat disini

telur dadar dan tempe

juga terdapat ulam dan sambal belacan disini
Saya berkesempatan menikmati makanan disini bersama sahabat saya Rima dan sepupu beliau dan menikmati masakan disini.


menu pilihan kami bertiga.


sahabat saya Rima dan sepupunya bergambar

daging salai bersama pucuk paku bersama nasi putih dalam RM12
Harga disini agak mahal sesuai dengan rasa dan cara masakannya, dari segi daging salai fresh yang dibeli menghala ke RNR Seremban yang berharga Rm55 sekilo, serta penggunaan ayam kampung didalam menu serta sayur-sayuran dan rencah rasa yang segar.

Jika anda kesini saya pasti anda akan mengidam untuk menikmati masakan disini lagi kerana bagi saya ini adalah antara restoran makanan melayu tersedap di bandar ini.

Selamat mencuba.

Terima kasih.

** ini link sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Melaka Part 5


12 Khasiat Buah Avocado


Avocado dari Australia dibeli oleh saya di Pasaraya Giant
Ketika kecil dahulu, pencuci wajah pertama yang saya kenali ialah jenama Eversoft yang dikatakan diperbuat dari ekstrak buah avocado atau alpukat.

Dalam iklan di television atau pun dimajalah, saya mulai tahu betapa buah avocado itu amat bagus untuk wajah sebagai pencuci tetapi saya tidak pernah menemui buah asli.

Setelah berpuluh tahun, akhirnya saya menemui buah ini dijual di pasaraya tetapi tidak tahu bagaimana ingin menikmatinya. Tetapi saya mulai mengemari jus alphukat yang mula popular di kedai makan dan restoran masakan indonesia.

Buah avocado atau alphukat terkenal sebagai buah yang tinggi lemak dan tinggi kalori, tetapi kaya khasiat. Ramai orang yang sedang berdiet takut menikmatinya kerana kadar kalorinya yang tinggi sedangkan lemak yang terkandung dalam buah avocado ini sebenarnya amat baik untuk kesihatan.

Di bawah ini saya kongsikan antara KHASIAT dan KEBAIKAN BUAH AVOCADO untuk info anda semua :-

1. Avocado kaya dengan kandungan vitamin A, B , C dan E serta kandungan mineral dan galian penting lain.

2. Lemak yang banyak terdapat dalam avocado adalah lemak yang baik sekaligus berpotensi mengurangkan kandungan kolesterol didalam tubuh.

3. Walaupun buah avocado berlemak ia tidak mengandungi kolesterol atau sodium.

4. Avocado juga adalah antara sumber utama asid folik sekaligus bagus dalam mencegah penyakit kanser dan jantung.

5. Avocado juga mengandungi glutathione, sejenis bahan anti oksidan yang popular masa kini dalam melawan radikal bebas dan awet muda.

6. Kandungan potasium dalam buah avocado juga dikatakan lebih tinggi dari kandungan potasium di dalam buah pisang. Potasium berfungsi mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan.

7. Asid lemak tak tepu atau asid oleik yang terdapat didalam buah avocado juga ditemui didalam  minyak zaitun dikatakan boleh merawat keradangan dan memberikan kesan yang baik kepada gen pembawa kanser.

8. Kandungan serat yang tinggi didalam avocado juga membantu sistem pencernaan dan mengurangkan gula didalam darah dan memudahkan membuang air besar.

9. Dengan menikmati sebiji avocado ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama sekaligus membantu mengurangkan rasa lapar sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

10. Kajian yang dijalankan keatas buah avocado menunjukkan dengan menikmati buah avocado , ia akan membantu menyerap lebih banyak antioksidan (26%) ke dalam tubuh kerana kandungan 'fat soluble' yang terdapat didalam buah avocado. Sesetengah nutrien memerlukan 'lemak' untuk dihadam termasuk vitamin A, D,E dan K.

11. Buah avocado turut mengandungi lutein dan zeaxanthin yang amat bagus dalam melindungi kesihatan mata, sekaligus mengurangkan risiko katarak dan penyakit berkenaan mata yang lain.

12. Oleh kerana sifat anti radang yang terdapat dalam nutrisi avocado ini, sekaligus buah ini juga mengurangkan rasa sakit bagi pengidap penyakit Arthritis.

Tunggu apa lagi, jika anda terlihat buah avocado ada dijual di pasaraya berhampiran anda, jangan lupa membelinya. Saya membeli buah avocado diatas dengan harga RM3.99 sahaja sebiji.

Anak hanya perlu membuat jus avocado dengan susu segar dan bancuhan coklat atau makan sahaja buah avocado ini dengan sapuan madu. Sungguh sedap.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini membantu anda dalam diet harian anda yang lebih sihat.

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...