Jumaat, 17 Jun 2016

16 Info Ilmu Kesihatan Berharga


abaikan flek-flek diwajah saya- ada masanya bila salah makan, stress, banyak berfikir dan tidak cukup tidur ia akan memberi kesan kepada wajah (muka sunburn seharian berjalan di tengah bandar Melaka) 
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang terutama bagi mereka yang menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk masalah Ekzema atau kesihatan atau mereka yang sedang mengharung Topical Steroid Withdrawal (TSW).

Telah lama saya tidak menulis artikel untuk anda semua yang menunggu artikel pengalaman saya mengharung pengalaman dalam melawan dan menyembuhkan ekzema saya.

Saya ingin berkongsi dengan anda ilmu-ilmu baru untuk anda dari pengalaman dan perkongsian saya group kesihatan dan maklumat yang sering saya baca berdasarkan sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Ini antara maklumat berguna untuk anda untuk anda pelajari dan amalkan :-

1. Sama ada anda percaya atau tidak Air RO (Reverse Osmosis) memang akan melemahkan badan anda. Selama ini saya tidak mempercayainya, tetapi apabila saya sendiri mengalaminya saya mula percaya, malah ada salah seorang kakak dalam group kesihatan saya yang aktif turut berkongsi pengalaman bahawa beliau menikmati air RO selama beberapa hari dan membuatkan beliau 'terlepet' dan tidak bermaya selama 4 hari berturut-turut.

2. Air RO (Reverse Osmosis) tidaklah memberi keburukan 100%,  proses RO itu memang menghilangkan nutrien atau khasiat semulajadi air sebenar tetapi air RO tetap mempunyai kelebihan kerana ia mencuci segala bahan terlarang dalam air yang bahaya untuk kesihatan, bagi meneutralkan kembali air RO anda , tambahkan sedikit garam pink himalayan kedalam air minuman anda.

3. Air RO juga digunakan sebagai antara bahan penting dalam pembuatan kopi ENEMA yang amat popular dalam kesihatan, saya tidak pernah membuat atau menikmati kopi ENEMA tetapi saya akan berkongsi dengan anda tentang khasiat dan cara pembuatannya yang dikatakan amat bagus untuk kesihatan dan pelbagai penyakit kronik lain.

4. Gum arabic atau gam arab yang lebih dikenali sebagai manna adalah lebih bagus dinikmati selepas ia direndam semalaman atau beberapa jam kerana lagi lama ia direndam , probiotik akan mudah terbentuk sekaligus lebih bagus untuk kesihatan anda. Manna adalah antara supplement paling penting untuk kesihatan kerana mengandungi fiber yang tinggi dan dikatakan antara makanan dari zaman Nabi Musa A.S. Wallahualam.

5. Cahaya matahari adalah penting untuk kesihatan anda, rumah tanpa cahaya matahari ialah rumah tanpa ubat semulajadi, itu antara pepatah purba yang amat terkenal. Pastikan anda terkena cahaya matahari setiap hari. Jangan risaukan kulit yang sunburn kerana sesetengah supplement atau vitamin yang anda ambil tidak akan berfungsi jika anda hidup tanpa terkena panahan cahaya matahari percuma itu.

6. Tahukah anda selain menyejukkan badan, barli juga boleh melembabkan kulit selain mengurangkan sakit kelapa. Barli yang terbaik adalah barli tanpa gluten dan berwarna coklat. Terdapat pelbagai jenis barley dan diantaranya ialah barli jenis jobs tears . Barli jobs tears juga ada yang berwarna putih dan ada juga yang berwarna coklat.

7. Digalakkan anda menikmati makanan yang tidak dimasak atau terkena api, kerana ia kaya dengan enzim. Enzim diperlukan oleh tubuh untuk darah yang lebih cantik dan sihat. Darah yang pekat dan kurang enzim tidak elok untuk kesihatan.

8. Walaupun 'green juice' atau sayur-sayuran yang tidak terkena api adalah bagus untuk kesihatan, tetapi ada pendapat mengatakan terlalu banyak menikmati sayur-sayuran mentah boleh menyebabkan badan sejuk dan lemah serta rahim kembang bagi wanita. Makan berserderhana dalam semua perkara dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

9. Lidah buaya memang amat bagus untuk kesihatan, tetapi kekerapan dan jumlah ambilan lidah buaya yang banyak akan mengakibatkan 'toksid' kepada badan. Pastikan anda tidak mengambil jus lidah buaya segar lebih dari 5 hari berturut-turut.

10. Sesekali biarkan kulit anda bernafas walau tanpa sebarang bedak. Pigmentasi  atau jerawat serta milia atau kerutan diwajah anda akan kelihatan jika kerap terkena pancaran matahari atau stress serta tidak cukup tidur, tetapi jika anda kembali menjaga kulit dengan lebih kerap kembali, masalah ini akan dapat diatasi, Kulit yang sihat akan menimbulkan masalah jika anda tersilap menikmati makanan yang bertoksin , tidak cukup tidur atau dalam keadaan stress.

11. Minyak kelapa dara memang amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Ada sesetengah golongan yang tidak sesuai menikmati minyak kelapa dara terus kerana akan mengakibatkan liang roma wajah semakin terbuka dan kemunculan jerawat dan milia. Menjadikan minyak kelapa dara sebagai tambahan dalam makanan dan minuman dapat mengatasi masalah ini. 

12. Minyak kelapa dara yang terkenal untuk kecantikan kulit dan membantu mengatasi masalah ekzema sesuai disapu ditubuh sesetengah golongan dan ada yang akan mengakibatkan masalah kecantikan lain dikulit wajah. Kenali dalam golongan mana. Terdapat golongan yang sesuai disapu ditubuh sahaja tetapi tidak diwajah, dan ada golongan yang sesuai disapu dikedua-dua bahagian terutama jika golongan tersebut tinggal dinegara 4 musim.

13. Terdapat banyak perbahasan mengenai beras perang dan beras putih. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan sendiri. Jika anda menghadapi masalah gula tinggi dan bercita-cita ingin mengurangkan berat badan serta cepat kenyang, anda boleh pilih beras perang. Beras putih terkenal sebagai beras pilihan nenek moyang zaman berzaman dan sesuai bagi mereka yang mengikuti paleo diet. Mereka yang mengikuti diet ini percaya diet paleo lebih mempercepatkan penghadaman dan lebih sesuai dengan darah dan tubuh mereka.

14. Kafein selain berfungsi meningkatkan metabolisema badan ia turut membantu menambah tenaga anda, menikmati secawan kopi atau teh berkafein organik jauh lebih bagus dari anda menikmati minuman tambahan isotonik yang tinggi gula atau supplement yang sebenarnya mengandungi 'bahan tidak baik' tersembunyi.

15. Jangan takut kepada kalori, pilih makanan yang tinggi kalori tetapi berkhasiat dari anda menikmati makanan yang kosong kalori tetapi memberi efek tidak bagus untuk kesihatan. Avocado, air kelapa dan isi kelapa, pisang antara makanan yang tinggi kalori tetapi amat bagus untuk kesihatan.

16. Beras ialah makanan tanpa gluten paling mudah dijumpai dan tidak melalui proses yang banyak paling sesuai untuk anda yang mencari makanan kesihatan yang sihat dan tanpa gluten tanpa perlu mengeluarkan budget yang banyak.


Semoga 16 info ilmu kesihatan berharga ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...