Khamis, 15 Januari 2015

KHASIAT BIJI LABU @ PUMPKIN SEED



biji labu mentah organik yang dibeli oleh saya di NHF Kuantan

Assalammualaikum wbt… dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. .kerana masa yang amat mencemburui saya.. saya tidak berkesempatan untuk menulis original entry dari pengalaman saya sendiri… walaubagaimana pun saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat biji labu.. terutama jika anda menikmatinya mentah-mentah (raw) dan dari pilihan produk organic… 

Harga biji labu ini kebiasaanya tidak sampai rm10 dan amat bagus dijadikan penganti pada supplement kimia yang bukan organic atau semulajadi..  Dibawah ini adalah antara khasiat biji labu yang saya perolehi dari sumber google… 

1. Khasiat Biji Labu @ pumpkin seed dikatakan dapat membantu lelaki berumur 45 tahun. Pada umur ini kelenjar prostate mula membengkak. Ini menyebabkan terasa sakit untuk membuang air kecil. Biji labu mengandungi phytosterols, yang boleh membantu mengecutkan prostat. Ia seringkali digunakan untuk merawat peringkat awal pembesaran kelenjar prostat atau BPH (Benign pristatic hypertrophy), ini disarankan oleh jabatan kesihatan Jerman. Biji labu ini adalah efektif untuk melegakan simptom BPH seperti kesukaran untuk buang air kecil.

2. Biji labu mengandungi beberapa jenis minyak, vitamin dan mineral yang dapat membantu orang lelaki. Ini kerana bahan-bahan tersebut amat berguna untuk sistem perkumuhan (urinary system) dan mengelakkan kelenjar prostate dari membengkak.

3. Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutein. Anda digalakkan memakan biji labu mentah (raw pumpkin seed) untuk khasiat sebenar @ lebih tinggi.

4. Biji labu dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut.

5. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus  sekaligus membantu masalah pencernaan dan amat baik untuk mereka yang menghadapi masalah kulit termasuk eczema dan prosorosis.

6. Khasiat biji labu juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol poprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu merawat kemurungan.

7. Biji labu juga membantu memelihara kesihatan jantung dan ginjal dan meningkatkan tenaga sekaligus amat sesuai untuk diambil sebelum memulakan senaman.

Imej dibawah ini juga antara benefit biji labu mentah yang didapati dari google dan blog rawforbeauty.com




Anda boleh mencampurkan biji labu ini didalam sarapan atau lunch anda samada didalam sarapan bijirin anda.. sandwich anda.. atau salad anda. .dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan madu.. memang sedap.. sila cuba segera...

Baiklah ini sahaja untuk entry kali ini. . terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..




Jumaat, 9 Januari 2015

Mulakan Tahun Baru Dengan DIET yang SIHAT


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Tahun baru kepada anda semua yang terus menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan dan bacaan juga terima kasih kepada google atas segala perkongsian ini.

Baiklah diringkaskan entry ini... sempena tahun baru 2015 ini , dan usia saya juga yang makin bertambah.. asyik makan itu ini dan menambah toksin sahaja didalam tubuh.. so saya dengan ini bermula pada tahun baru 2015 ini berazam untuk mengurangkan makanan kurang berkhasiat dan bahan perasa.. dan bermula dengan makanan lebih sihat dan jika ada rezeki ini bertukar kepada makanan organik secara perlahan-lahan... disini saya kongsikan antara pemakanan yang mula diperkenalkan dalam diet harian saya pada tahun 2015 ini...



1) Tepung Atta




 Antara KHASIAT TEPUNG ATTA :-

1. Dikatakan tepung atta lebih berkhasiat dari tepung putih kerana mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi.

2. Lebih cepat kenyang dan tahan lama dari tepung putih biasa.

so lepas ini anda boleh rajin-rajin breakfast chapati...



2) Gula Molasses Organik



Gula molasses ini tinggi khasiat dan pelbagai mineral dan jauh lebih baik dari gula putih. Sebagai gantian kepada gula melaka jika anda sukar mendapatkan gula melaka asli.

Gula molasses juga tinggi kandungan zat besi dan bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan darah dan mineral.

Ada pendapat mengatakan gula molasses sesuai untuk wanita sedang mengandung atau sedang haid.

Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
3) Beras Perang





digalakkan merendam beras perang dengan cuka epal untuk lebih khasiat dan mengelakkan sembelit


Rasanya ramai yang tahu bahawa beras perang jauh lebih baik dari beras putih biasa.. sebolehnya cari yang gluten free @ tanpa gluten  (entry yang akan datang saya akan cuba menulis dan menerangkan apa itu gluten dan maksud gluten free) terutama jika anda menghadapi skin alergik atau masalah pencernaan.  Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan juga adalah digalakkan untuk anda mengamalkan beras perang. Nasi goreng beras perang jauh lebih sedap dari nasi goreng biasa.

4) Garam Buluh







Anda juga boleh bertukar dari penggunaan garam biasa kepada garam buluh atau garam laut (sea salt) atau garam pink himalayan. Saya menggunakan garam buluh atau pink himalayan salt didalam masakan saya bermula tahun 2015 ini.



antara Khasiat Garam Buluh ini adalah :-

1) Ia anti alergik, anti kanser , membantu mengurangkan obesiti,  merawat masalah gigi, membantu untuk awet muda , merawat artistis, merawat diabetik dan macam-macam lagi.. anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keistimewaan garam buluh ini. Sekarang ini terdapat banyak kedai organik yang menjual garam buluh ini termasuk juga cosway. Walau bagaimanapun saya menggunakan produk Hai-O Garam buluh kerana saya juga agent kepada produk ini,


5) Gluten free atau bebas gluten cookies atau biskut


Jika anda suka menikmati makanan manis seperti biskut atau coklat... apa kata anda bertukar kepada biskut atau cookies yang organik dan bebas gluten.. sekarang ini terdapat banyak produk ini dipasaran.. produk tanpa gula putih, tanpa gmo, tanpa soy, tanpa yis dan lain-lain lagi..




cookies ini tiada yeast, tiada gula putih, tiada gmo, tiada articifical flavouring, artificial salt , gmo free dan lain-lain lagi ia hanya berharga RM9.90


yang penting rasa cookies ini tidak kurang sedapnya

6) Pilih buah-buahan tempatan





seiring dengan tahun baru 2015 ini saya juga lebih menyukai buah-buahan tempatan kerana tinggi khasiat dan kurang racun... saya sering membeli jambu batu Pak Cu yang ranggup dan segar.

gula jambu batu ini kurang juga kruang bahan kimia tiada pengawet dan sedap

6) Pilih snek dan minuman berkhasiat untuk diletakkan dipejabat untuk waktu minum petang dan kudapan


seiring dengan tahun baru.. pastikan laci @ pantry anda dilengkapi dengan produk berkhasiat.. bukan minuman 3 in 1 lagi.. juga kunyahan berkhasiat...seperti japanese green tea, organic cookies, dan bijiran berkhasiat seperti flaxseed especially organik.


japanese green tea untuk minum petang


organik flaxseed



7) Menambah  Cuka Epal sebagai bahan detoksifikasi tubuh






Untuk memudahkan detoksifikasi tubuh anda, anda boleh mengamalkan pengambilan cuka epal.. yang terbaik pilihlah yang organic dan "with the mother" . DI antara khasiat cuka epal termasuk membantu penghadaman, mengurangkan alergik kulit, tinggi antioksidan dan awet muda.


8) Menggunakan bahan semulajadi sebagai ubat


Seboleh-bolehnya elakkan bergantung kepada ubat kimia.. anda boleh menggunakan ramuan semulajadi contohnya seperti lemon dan madu untuk batuk atau bawang putih dan madu untuk selsema.

anda boleh merendam bawang putih dan madu selama 3 bulan sebagai alternatif kepada ubat selsema dan menguatkan antibodi anda


Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


Jumaat, 26 Disember 2014

KHASIAT YOGURT


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog tersayang..ini adalah entry seperti yang dijanjikan sebelum ini..ia adalah sambungan dari entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/11/best-yogurt-drink.html

minuman yogurt kegemaran saya yang selalu saya minum di pejabat


Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.


9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.


Terima kasih kerana membaca entri ini . Salam sayang dari saya, love, huge & kiss.. 

untuk resepi minuman yogurt yang patut anda cuba sila baca link ini BUAT MINUMAN YOGURT MANGGO SENDIRI



KHASIAT TEH ROOIBOS @ ROOIBOS TEA


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...saya mendoakan agar banjir yang berlaku diseluruh negara cepat pulih dan mangsa-mangsa yang terlibat dilindungi... saya mendoakan juga semoga kita dan seluruh keluarga serta insan tersayang dilindungi illahi...

Baiklah diringkaskan sahaja entry ini , kali ini saya ingin berkongsi dengan anda khasiat rooibos tea.. actually saya baru sahaja tahu yang rooibos tea ini tiada kafein. .dan amat bagus untuk pesakit kulit @ ekzema... dan membantu dalam TSW (Tropical steroid withdraw).. dont worry jika berkesempatan saya akan menulis mengenai ekzema dan  TSW ini.. dan pengalaman saya mengalaminya... insyaallah..

teh rooibos organik yang dibeli oaya di kedai organik hanya RM18.50 untuk 20 uncang

Berikut adalah antara khasiat teh rooibos

  • ulen dan asli, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan. Kandungan taninnya kurang
  • Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase). S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, ia juga dapat memperbaiki kerosakan sel
  • Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
  • Membantu mengurangkan peroksida lipid
  • Kaya denga anti-oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
  • Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
  • Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
  • Dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Ia adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalaan berat badan
  • Baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit
  • Bertindaak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
  • Membantu memulihkan keletihan akibat senaman
  • Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
  • Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol
  • Dapat mengurangkan nafas berbau
  • Dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras
Teh Rooibos dapat membantu:
  • Membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
  • Membuang lemak dan kolesterol yang berlebihan
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel-sel dari rosak
  • Melambatkan proses tua
  • Membantu mempercepatkan proses khasiat makanan 
Ciri-ciri kesihatan dan data analitik
Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik  mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah
  • Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
  • Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
  • Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
  • Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia 
  • Mengandungi besi,kalium. zink , mangan, kuprum, kalsium, natrium, magnesium dan fluorida.






Rooibos tea juga mengandungi anti-oxida iaitu Superoxide dismutase (SOD), aspalathin, nothofagin, quercetin, rutin, isoquercitrin, orientin, isoorientin, luteolin, vitexin, isovitexin, chrysoeriol, eugenol, caffeic acid, protocatechuic acid, ferulic acid, ascorbic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid dan syringic acid. 

Jika anda menjadikan minuman rooibos tea ini sebagai rutin ia insyaallah membantu
-- menghalang berlakunya penggumpalan platelet dan
oleh itu menjadikan darah sentiasa lebih nipis dan
memperbaiki peredaran darah
-- anti-radang. Diguna untuk rawatan penyakit usus seperti
buasir dan varises esofgeal
-- menghalang penyakit dyskinesia
-- mengawal kandungan kolesterol jahat (LDL)
-- untuk kesihatan saluran darah
-mengurangkan kolesterol
-mengurangkan asid urik
-membantu pemulihan penyakit kulit termasuk ekzema dan prosorosis
- amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan
- untuk pesakit kulit , anda boleh mengunakan air rebusan rooibos tea untuk basuhan kulit anda (ekzema)
- serbuk rooibos tea juga sesuai diletakkan diwajah sebagai masker atau sebagai baja tanaman
- tinggi anti oksida dan melambatkan penuaan




Cara Penyediaan
Masukkan 1 uncang Teh Rooibos  samaada didalam mug atau teko.. kebiasaannya kerana saya minum seorang.. saya akan mengunakan uncang rooibos itu selama 2-3hari... selepas mengunakan rooibos tea itu saya akan simpan didalam peti... sehinggalah tiada lagi warna yang keluar dari uncang teh itu... saya hanya minum rooibos tea kosong, tetapi jika anda ingin campurkan dengan madu atau gula perang atau pun lemon.. terpulang pada citarasa masing-masing
.

jenama teh rooibos ini  amat popular dan banyak dijual difarmasi kerana kisah Dr.Nortier yang menjumpai rooibos tea ini di Afrika , anda boleh google untuk mengetahui kisahnya..

Kerana rooibos tea ini adalah produk semulajadi.. krisis pemulihan biasanya akan berlaku dalam 2-3hari bergantung kepada badan masing-masing... samaada kerap kencing atau sebagainya...

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

** Rooibos tea dikatakan mengandungi tannin. Ia mengurangkan penyerapan zat besi. Sekaligus ia tidak digalakkan bagi mereka yang menghidapi masalah migrain.

*** terima kasih kepada google atas segala maklumat ini


Isnin, 15 Disember 2014

Blogger : - NUFFNANG NEW CAMPAIGN AGAIN...

Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...  maaf kerana kesibukkan masa membuatkan saya jarang update blog kebelakangan ini.. tetapi alhamdulillah.. nuffnang dan para follower tetap bertambah ..jutaan terima kasih kepada anda yang sudi dan rajin menjengah blog ini.. juga kepada google.. kerana antara penyumbang utama pelayar-pelayar yang singah belayar di blog saya ini...


hehehe.. 22 campaign ongoing



Baiklah diringkaskan sahaja entry ini .. alhamdulillah.. buka sahaja my account nuffnang.. tengok-tengok ada 22 campaign on going di blog tercinta ini... .. tqvm nuffnang kerana memilih dan sudi bermurah hati menghadiahkan 22 campaign terus kepada saya untuk kali ini..  semua ini kerana berkat terus berblogging walau saya sendiri jarang update blog ini.. walau hanya bermula dengan satu dua kempen sahaja.. sekarang.. berbelas dan berpuluh campaign sentiasa ongoing di my blog... so kepada anda yang baru berblogging dan turut menyertai nuffnang.. sila bersabar ye... kerana saya juga dahulu bermula dari bawah... anda boleh membaca perjalanan saya bersama nuffnang dilink ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/nuffnang-new-campaign-lagi.html hehehehheh


Sekian sahaja entry untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini ...salam sayang dari saya.. love , huge & kiss..


Jumaat, 21 November 2014

Best Yogurt Drink


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu. .insyaallah...

Kerana masa yang amat memcemburui kita semua, so hari ini saya hanya sempat untuk sharing mengenai my new favourite yogurt dengan anda semua pembaca blog yang tersayang...


Jika dulu i asyik beli yogurt dari Nestle especially Nestle Bliss... sejak banyaknya kempen boikot product Israel antaranya Nestle.. saya telah sedaya upaya mengurangkan product Nestle dalam kehidupan saya... walau ada juga yang masih saya beli dan gunakan.. hehehheh

minuman yogurt kegemaran saya yang selalu saya minum di pejabat


Diringkaskan cerita.. produk yogurt drink dari Farm Fresh kini adalah range produk berasaskan susu, kegemaran saya kerana ia tiada pewarna (No Colouring), di perbuat dari 100% fresh milk, no preservative dan mengandungi 50 billion probiotik (probiotik adalah makanan prebiotik).. lepas ini saya akan menulis entry kebaikan yogurt kepada tubuh badan kita dan kepentingan probiotik dan prebiotik untuk sistem tubuh kita.. insyaalah..

yogurt yang best... harga standard yogurt biasa - gambar dari facebook farm fresh

So, selepas ini anda boleh bertukar kepada produk Farm Fresh ini.. kerana ia buatan malaysia dan jauh lebih sihat dan bagus dari produk jenama lain..  malah, kini jenama ini turut mempunyai pelbagai pilihan yogurt, fresh milk, latte dan lain-lain lagi.. harganya juga murah setanding harga produk yogurt lain yang telah lama terdapat dipasaran.

antara barisan produk ini - gambar dari facebook farm fresh

**untuk info produk low fat Dikatakan tinggi gula.


Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.. untuk maklumat lanjut tentang produk ini, anda boleh likes facebook farm fresh di link ini https://www.facebook.com/farmfreshdairyproduce . Salam sayang dari saya, terima kasih kerana membaca entry ini. love, huge & kiss..


buat manggo yogurt sendiri RESEPI MUDAH MANGGO YOGURT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...