Ahad, 29 Mei 2016

REMEDI @ PETUA MENYEJUKKAN BADAN DI MUSIM PANAS


selain sedap minuman ini juga menyejukkan badan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi dengan anda ilmu saya yang tidak seberapa ini.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda REMEDI atau PETUA MENYEJUKKAN BADAN yang amat sesuai untuk anda yang sedang demam, menghadapi sakit kepala akibat cuaca panas, sakit tekak dan pelbagai penyakit lain yang bersangkut paut dengan panas badan atau suhu badan yang tinggi.

jika anda mempunyai budget lebih, pilihlah barli organik
Barli Jobs Tear atau lebih dikenali dengan nama 'air mata nabi ayub' saya memilih barli spain atau perancis bukan yang berwarna putih 
Bahan-bahan untuk remedi ini amat mudah iaitu :-

1.Air bertapis 
2. Barli Jobs tear atau barli biasa (yang telah direndam semalaman)
3. Longan kering 
4. Kurma merah atau kurma cina

longan kering organik
longan kering organik dan kurma merah organik
Anda boleh mendapatkan barli jobs tears, longan kering dan kurma cina di kedai ubat cina atau jika anda mempunyai budget yang lebih , anda juga boleh mendapatkan di kedai organik.

Perbezaan antara barli biasa yang senang didapati dikedai runcit berbanding barli jobs tears ialah, barli biasa mempunyai gluten dan barli jobs tears pula tidak mengandungi gluten. Barli jobs tears dikatakan adalah barli sebenar . Saya ada menulis mengenai jobs tears barli di artikel di link ini Barli Jobs Tears .

kurma merah dan longan kering yang telah dibersihkan
Kurma merah atau kurma cina yang terdapat di kedai tabib cina atau ubat cina kebiasaannya dikatakan diletakkan sedikit sulfur untuk tahan lama, berbeza dengan kurma cina atau kurma merah yang terdapat dikedai organik yang diletakkan didalam peti ais kerana mudah rosak. Jika anda membeli kurma merah atau kurma cina dikedai organik anda perlu menyimpan stok kurma merah dan kurma cina ini di dalam peti ais. Begitu juga halnya dengan longan kering, longan kering di kedai organik turut disimpan didalam peti ais untuk tahan lama, berbeza longan kering yang terdapat dikedai ubat cina yang ditambah sulfur untuk tahan lama dan disimpan diluar.


tutup periuk anda dan biarkan air mendidih

Cara membuatnya :-

1. Campurkan semua bahan-bahan diatas didalam periuk dan hanya panaskan diatas dapur dengan api perlahan.
2. Setelah semua bahan-bahan kembang, anda boleh tutup api dan tunggu sejuk.
3. Hidangkan panas atau sejuk.
4. Untuk tambahan rasa manis, tambahkan sahaja gula perang, madu atau gula batu organik.

pastikan longan kering, kurma merah dan barli telah kembang baru tutup api dapur
longan kering yang tadi kecut telah kembang dan mekar
kelihatan kurma merah dan barli tidak cukup kembang atau dididihkan 

Pastikan anda merendam barli anda semalaman didalam air bertapis. Selain itu air hendaklah sentiasa ditambah ke dalam periuk yang sedang mendidih untuk memastikan bahan-bahan kembang dengan sempurna.  

Jangan tiru saya ,kerana remedi diatas tidak cukup sempurna kerana saya mengejar masa. Kebiasaannya selepas kurma merah mulai kembang, ia akan menghasilkan bau wangi yang manis dan membuatkan anda berselera untuk menikmati manisan ini. Selagi ia belum menghasilkan bau bermakna remedi anda masih belum cukup masak dan kembang.

Campuran kurma merah atau kurma cina dan longan kering ini juga dibuat minuman untuk wanita mengandung yang kekurangan darah. Terdapat beberapa sahabat saya yang menggunakan remedi ini dan berhasil tanpa perlu menambah darah ketika mengandung. Jika anda menghadapi kekurangan darah, buat REBUSAN KURMA MERAH DAN LONGAN KERING sebagai REMEDI TAMBAH DARAH dan menambah tenaga untuk anda.

barli jobs tear Spain organik
Jika anda tidak cukup budget dan ingin berjimat cermat atau kekurangan bahan seperti kurma merah dan longan kering, air rebusan barli jobs tears juga sudah cukup membantu menyejukkan badan dan mengurangkan panas badan anda. Rebus sahaja barli jobs tears anda yang telah direndam semalaman.

rupa jobs tear barli yang telah direndam semalaman dan dididih berkali-kali diatas dapur , cukup kembang

Pastikan barli jobs tears anda cukup kembang dengan kerap menambah air dan mendidihnya berkali-kali, barulah anda akan mendapat hasil seperti diatas.

Selamat mencuba remedi mudah ini. Semoga panduan ini berguna untuk anda.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...