Selasa, 3 Mei 2016

18 KHASIAT& KEBAIKAN HALBA YANG MENAKJUBKAN


halba organik pilihan saya, harga sebenar rm6.90 sebotol.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah walau cuaca panas melanda negara , kita masih dikurniakan kesihatan yang baik dan masih boleh bernafas serta masih hidup dalam keadaan tenteram walau dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat hulbah atau halba iaitu antara herba yang amat berguna dan digalakkan dimakan dan diamal didalam perubatan islam sendiri.

Berikut adalah KEGUNAAN dan KHASIAT UTAMA HALBA terutama dalam bidang kesihatan terutama kaum wanita umumnya.

Rasulullah SAW bersabda . "sekiranya umatku tahu akan kelebihhan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas",

1. Halba adalah antara rempahan yang panas, dan ia membantu memanaskan badan bagi mereka yang sentiasa merasa tubuh 'sejuk' dan penuh 'angin'.

2. Amat sesuai ditambah dalam air suam atau ke dalam nasi untuk menambah susu ibu dan ia membantu menambah susu ibu dalam sehari dua sahaja selepas mengamalkan halba.

3. Turut membantu menstabilkan hormon wanita khasnya.

4. Dikatakan bahawa halba amat bagus dimakan bersama-sama kurma ajwa.

5. Halba amat bagus bagi permasalahan wanita termasuk untuk melancarkan haid, menghilangkan kembung,sebu dan senak rahim , mengurangkan senggugut serta merangsang rahim.

6. Halba juga amat bagus sebagai pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir dalam tekak, melegakan sakit kepala dan masalah migrain dan menyembuhkan buasir.

7. Dikatakan juga halba amat bagus bagi rawatan masalah kulit dan bisul, membantu mengurangkan berat badan dan masalah kegemukan, menyembuhkan buasir serta mengawal kencing manis.

8. Halba juga turut digunakan sebagai teh bagi menguatkan nafsu baik bagi kaum wanita atau kaum lelaki, malah dikatakan bahawa tabib kuno cina menggunakan halba bagi merawat masalah mati pucuk dan masalah penyakit batin kaum lelaki.

9. Halba juga berguna untuk menambah tenaga dan menguatkan badan, malah bagi anak-anak remaja atau sedang dalam tumbesaran halba membantu menguatkan badan dan tumbesaran yang lebih sihat.

10. Adalah diberitahu campuran ramuan halba dan madu asli membantu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah. Wallhualam.

11. Halba juga membantu melegakan sistem monopos.

12. Melegakan senggugut, membesarkan payudara kerana kandungan estrogen didalam halba.

13. Turut merawat masalah usus, ekzema, mencarikan kahak, masalah kulit, ulser , gout dan penyakit auto imun lain.

14.Membantu mencuci perut dan darah sekaligus mencantikan struktur kulit dari dalam.

15, Mengetat dan meremajakan rahim.

16.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan

17. Menambah kecerdasan otak kanak-kanak.

18. Sesuai untuk mereka yang ingin hamil sebagai ikhtiar, kerana halba membantu menyuburkan rahim dan merangsang rahim.

Ingin diingatkan disini, gunakan jumlah halba dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana sifat halba yang panas ditambah pula dengan cuaca panas yang sedang melanda negara ini jika anda tidak ingin diserang cirit birit, sakit kepala atau sakit tekak dan ulser.


Ini adalah resepi jamu untuk penyusuan atau Milk Booster ( jamu penambah susu badan)  dari halba untuk anda

Resepi Milk Booster atau jamu penambah susu badan

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...