Ahad, 4 Mei 2014

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 10

Assalammualaikum wbt...

Ini adalah sambungan entry sebelum ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/04/tempat-makan-best-di-kuantan-part-9.html

seperti biasa maaf sekali lagi.. saya terpaksa jua ringkaskan entry ini.. hehehehe

32)  Nasi Arab Mandy Hadrammaud , Jungle 

Actually Jungle ini adalah tempat makan dan lepak best dan memang dikunjungi ramai orang kerana disini selain happening.. terdapat pelbagai pilihan gerai makanan dari western, arab , melayu cina dan india... selain itu lokasi tempat makan yang "open" memang menarik untuk dikunjungi... antara tempat makan yang menarik dan best di Jungle ini adalah gerai Nasi Ayam  Mandy Hadrammaud... harga mandy chicken disini hanyalah rm8.50 sahaja... so please try...


pemandangan gerai ini


i sampai awal dalam pukul 11.30, dan ayam masih belum siap dimasak, owner kedai ini meminta i menunggu lagi 15minit untuk ayamnya siap dimasak...so sila datang dalam pukul 12pm ye next time...

sila hafal no meja ye untuk order air...


nasi mandi chicken yang berharga rm8.50 saja. .serius murah. .dan ayamnya dipotong empat... actually ketika i datang hanya menu ini yang siap dimasak ok...



sedap dan murah.. so please try...


Dibawah ini pula.. gambar pemandangan di jungle @ medan gerai makan jungle ini....

anda kena order air digerai ini.. dan mereka akan hantar ke meja anda... so sila beri nombor meja anda ok..

antara gerai yang terdapat disini. .tetapi kebanyakan gerai ini dibuka waktu petang

antara pilihan gerai yang dibuka untuk lunch time

antara gerai disini...



actually tempat ini cukup meriah ketika petang dan malam so sila datang...
burger bakar abang burn juga terdapat di sini


disini juga anda boleh makan dan berkaraoke bersama family dan rakan-rakan...


33. D' Pondok (berdekatan megamall @ belakang secret recepi , megamall

Ok, serius anda jika berada di Kuantan ketika hari bekerja iaitu antara hari isnin hingga jumaat.... jika anda tidak tahu dimana tempat lunch best dan sedap paling penting serius murah untuk masakan nasi campur...silalah pilih restoran ini... .


pemandangan hadapan restoran ini

Pemilik restoran ini seorang yang "beragama"... dan peramah.. serta disini juga terdapat banyak pilihan lauk pauk.. tetapi kena datang awal lah ye... nanti cepat lauk habis... disini juga ramai pelajar sekolah datang makan kerana harganya yang murah dan berpatutan.. actually.. jika anda dari KL jangan terkejut ye.. kerana harga nasi campur di Kuantan memang mahal berbanding gombak, ampang, kg.baru , cheras , bangi dan lain-lain.. hehehhehe.. tetapi disini dikategorikan murah berbanding restoran lain di kuantan....

So dibawah ini adalah antara lauk yang disediakan disini...

sambal sotong

ikan bakar



antara pilihan lauk









sini memang ramai datang lunch ye


lauk nasi yang i pilih.. harga nasi ini bersama air barli hanyalah rm8.50 sahaja.. .kira murahlah coz harga tu harga di Kuantan ye....


harga makanan my frenz in rm4.50 sahaja...


So.. .sila datang try makanan di restoran ini. .sure berbaloi--baloi...

34) Restoran Taj (Berdekatan Mydin, berdekatan Al-Farabi )


Jika anda mencari masakan mamak best dan famous di Kuantan.. .Restoran Taj memang cukup famous dari saya study lagi... paling famous ialah nasi briyaninya... harga nasi briyani ayam disini adalah rm8 jika tambah keropok harganya jadi rm9... so please try...


pemandangan restoran taj berdekatan mydin kuantan

Taj Restaurant

nasi beriyani ayam rm8 - makanan paling famous disini


kuah kari

acar


i menikmati makanan i..

Dibawah ini pula antara pemandangan didalam restoran ini. .so enjoy....





Ini saja yang dapat saya coretkan kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv! muahhhhzz!!!


ini adalah sambungan entry seterusnya :- http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/05/tempat-makan-best-di-kuantan-part-11.html



**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...