Selasa, 22 Disember 2015

10 KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG

sedapnya jus limau gedang

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG atau lebih dikenali dengan GRAPEFRUIT untuk anda.

Buah limau gedang ini mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya berdekatan anda. Harga sebiji buah limau gedang ini biasanya jika tidak sampai RM3 , biasanya saya membeli dan memilih buah yang bukan datang dari CHINA.

Buah limau gedang ini , kurang sedap jika dimakan begitu sahaja, ia jauh lebih sedap jika dibuat jus. Saya hanya menggunakan mesin kisar biasa atau blender sahaja jika ingin menikmati buah limau gedang ini. Ia adalah alternatif terbaik selain buah oren biasa atau buah nenas untuk dibuat jus.

Dibawah ini saya kumpulkan KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG untuk info anda , para pembaca blog ini :-

1. Buah LIMAU GEDANG ialah antara buah-buahan yang paling tinggi kandungan VITAMIN C di kalangan buah-buahan citrus malah jus buah limau gedang adalah pilihan paling terbaik untuk keperluan vitamin C di musim sejuk.

2. Buah Limau Gedang mengandungi pelbagai vitamin dan galian antaranya ialah kalsium, glukosa, fosforus, kalium, lycopene, potasium dan serat yang tinggi.

3. Kandungan bioflavonoid di dalam limau gedang membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit jantung dan tumor.

4. Buah limau gedang turut membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu tahap insulin yang lebih stabil dan membekalkan rasa kenyang yang lebih lama.

5. Buah limau gedang juga membantu mengurangkan masalah keletihan , demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan dan banyak lagi.

6. Buah limau gedang juga turut berfungsi sebagai antiseptik untuk luka, malah ia juga sesuai sebagai tonik hati. 

7. Kandungan air di dalam limau gedang turut membantu mencantikkan kulit dan membuatkan kulit lebih lembab dan sihat serta membantu kulit kelihatan lebih muda terutama dengan kandungan potasium di dalam buah limau gedang membantu menghilangkan garis-garis halus  dan kedutan di tubuh,

8. Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan buah limau gedang di dalam menu yang konsisten turut mengurangkan risiko penyakit  kanser prostat.

9. Kandungan tryptophan di dalam limau gedang turut membantu dalam masalah insomnia bagi mendapat tidur yang lebih berkualiti.

10. Kandungan vitamin A dan vitamin C di dalam buah limau gedang juga turut membantu pembentukan kolagen kulit sekaligus membantu mengekalkan keanjalan kulit, selain itu khasiat limau gedang juga turut membantu dalam mengurangkan risiko sinar matahari yang merbahaya kepada kulit.


Jika anda inginkan kulit yang sihat dan cantik, limau gedang adalah alternatif terbaik untuk rawatan semulajadi yang murah dan selamat. Minum sahaja segelas jus limau gedang kerana semua khasiat dari vitamin C, kolagen dan perlindungan sinaran matahari telah terdapat dalam sebiji buah citrus bermutu tinggi ini. Ia jauh lebih sihat dan menjimatkan.

***Perhatian : Bagi anda yang mengambil ubat doktor atau supplement mengandungi dadah lain, sila pastikan anda tidak menikmatinya bersama-sama limau gedang. Ini kerana kandungan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam buah limau gedang seperti Naringin boleh berinteraksi dengan kandungan dadah didalam ubat-ubatan sekaligus boleh merosakkan sistem organ anda. Sila pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menikmati buah limau gedang.

Terima kasih.



Isnin, 21 Disember 2015

11 KHASIAT & KEBAIKAN BUAH JAGUNG


sedapnya buah jagung..

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat buah jagung yang digemari ramai ini sama ada direbus, di buat bubur , di buat kuih atau minuman jagung.


Berikut adalah KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH JAGUNG untuk info kita bersama :-

1. Buah jagung dikatakan lebih berkhasiat jika di masak, sama ada direbus, dibakar atau di buat pengat.

2. Buah jagung amat bagus bagi melawan penyakit kanser dan sakit jantung.

3. Buah jagung manis terkenal dengan limpahan lutein dan zeaxanthin yang amat bagus untuk penglihatan.

4. Buah jagung juga tinggi serat sekaligus amat bagus bagi masalah penghadaman dan membantu mengelakkan sembelit sekaligus mengurangkan risiko kanser usus.

5. Buah jagung juga mengandungi khasiat seperti karbohidrat , vitamin B , Vitamin C, beta karoten, kalium,  zat besi, magnesium, fosfor , omega 6, lemak baik yang turut membantu mengurangkan kolesterol.

6. Menikmati sajian yang mengandungi jagung amat digalakkan bagi ibu yang sedang menyusu badan kerana ia berfungsi melancarkan air susu ibu.

7. Mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas, digalakkan mengamalkan jagung didalam diet harian kerana khasiat buah jagung yang membantu melawaskan pembuangan air kecil.

8. Buah jagung juga mengandungi vitamin C dan zat besi sekaligus campuran ini mengurangkan risiko anemia serta membantu mencegah anemia.

9. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah jagung menjadikan ia sajian yang amat sesuai untuk ibu hamil untuk bayi yang lebih sihat dan kuat.

10. Kandungan Vitamin C, karotenoid dan bioflavinoids didalam buah jagung membantu kesihatan jantung sekaligus membantu mengawal kolesterol dalam tubuh.

11. Buah jagung juga amat bagus untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Nikmatilah jagung rebus dan jagung bakar sebagai menu kegemaran anda setiap hari.

Buat jagung di AMERIKA amat terkenal dengan kandungan GMO ,sekaligus tidak bagus untuk kesihatan.

Tetapi di MALAYSIA , ada pendapat mengatakan terdapat ramai petani-petani dan orang kampung yang menanam sendiri dirumah dan dijual di pasar-pasar berdekatan atau di tepi-tepi jalan dan pasar malam.

Harga buah jagung yang masih murah dan berkhasiat serta sesuai di masak sebagai snek serta sajian diet yang mudah bagi golongan yang sibuk dan mementingkan kesihatan dan berat badan, masakan jagung rebus atau bakar amat sesuai diamalkan.

Tunggu apa lagi, sila dapatkan jagung di kawasan sekitar anda. Pastikan ia jagung tempatan atau jagung dari negara jiran yang terdekat yang kurang risiko racun yang tinggi.

Terima kasih.





Rabu, 16 Disember 2015

CUTI-CUTI DI SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES, SUNGAI KARANG KUANTAN


Jika sebelum ini saya berkongsi mengenai pengalaman bermalam di Pengalaman Bermalam di SWISS GARDEN RESORT & SPA , KUANTAN, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bermalam di SWISS GARDEN RESORT , RESIDENCES SUNGAI KARANG, KUANTAN pula.

SWISS GARDEN RESORT, RESIDENCES ini , baru sahaja di buka pada tahun ini dan berada bersebelahan SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN sahaja. Dan tentu sahaja hotel apartment ini betul-betul berhampiran lautan yang indah dan luas iaitu pantai balok atau pantai sungai karang.




Beza antara Swiss Garden Resort dan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini ialah , Swiss Garden Resort Residences ini ialah percutian ala-ala berada di apartment atau rumah sendiri ,sedangkan SWISS GARDEN RESORT & SPA, KUANTAN pula ialah percutian di hotel.




Swiss Garden Resort Residences ini berada berdekatan bangunan-bangunan kedai yang tersusun dibawahnya, ia adalah tempat percutian dan persinggahan paling mudah kerana menjimatkan masa dan memudahkan urusan jual beli harian. Malah kedudukan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini juga betul-betul di hadapan gerai makanan yang satu masa dulu cukup terkenal iaitu warung PAK SOH  sungai karang yang menjual keropok lekor dan sata.

Selain WARUNG PAK SOH , kini terdapat banyak lagi warung-warung yang menyediakan masakan keropok dan sata yang sedap berhadapan swiss garden resort residences ini.


barisan kedai dan butik yang berada dalam bangunan berdekatan dengan apartment ini

Di bawah ini adalah antara pemandangan sekitar SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini.








Gambar-gambar di bawah ini pula ialah gambar sekitar taman permainan dan kolam renang di dalam SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES, SUNGAI KARANG KUANTAN ini.









Tergambar wajah-wajah keriangan di setiap kanak-kanak dan ibu bapa yang bercuti di sini.




















Keluarga saya bercuti di sini dengan memilih apartment untuk family unit. Terdapat 2 buah bilik untuk family unit berbanding hanya satu bilik untuk studio unit.

Gambar di bawah ini adalah antara suasana yang terdapat di apartment 'family unit' di sini.

ruang tamu di sini kecil sahaja, tetapi cukup untuk beristirehat dan menonton television

terdapat 2 buah tandas di dalam apartment ini satu di luar dan satu lagi dalam master room
ini bilik kedua


Di bawah ini pula ialah gambar ruang dapur untuk memasak dan menikmati makanan.




Jika anda ingin menjimatkan kos makanan, anda hanya perlu memasak sahaja.



Di bawah ini pula ialah pemandangan atau view dari balkoni apartment yang kami duduki. Abaikan construction yang sedang berjalan di kawasan sekitar apartmen ini.


memang cantik pemandangan theme park dari balkoni apartment ini



cantik kan?


Swiss Garden Resort Residences ini turut berada berdekatan laut atau pantai, view atau pandangan dari apartment kami tetap kelihatan kolam renang dan laut di kawasan berhampiran. Sungguh cantik sekali.


Irfan, berdiri melihat pemandangan theme park dan pantai yang terbentang luas

pemandangan dari bilik master room

pemandangan dari bilik master room

abaikan katil yang tidak berkemas dan menjadi tempat bermain kanak-kanak riang di aparment ini

Di bawah ini ialah suasana percutian dan rehat di Swiss Garden Resort Residences ini.



Qasrina dan Zara seronok bermain air

naik tangga dan menunju ke gelongsor air

baldi besar yang kerap mencurahkan air



Irfan dan Zara







Qasrina dan Zara bersuka ria
saya sempat berposing di kolam renang disini

sempat berposing menunggu anak-anak saudara berenang dan bersuka ria


Irfan seronok bercuti

kakak saya dan qasrina

mandi manda dan bersuka ria, Irfan, Ilham, Qasrina dan kakak saya

Sebelum terlupa, di SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini juga turut disediakan perkhidmatan SAUNA MINI percuma, kakak saya sempat bersauna disini, tetapi saya terlupa untuk mengambil gambar begitu juga kakak saya.

Antara deretan cafe, butik dan 7 eleven, butik DHIA SOFEA juga berada disini. Perkhidmatan percuma WIFI LAJU turut diberikan percuma kepada anda jika bercuti disini.

Kami hanya menikmati makanan malam di restoran terkenal di Sungai Karang atau BALOK iaitu SARA THAI KITCHEN yang berdekatan SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES ini sahaja.

Masakan  dan tempat ini memang terkenal dengan keselesaan dan keunikan dekorasinya.



menikmati masakan panas di Sara Kitchen Balok
Keesokkan harinya setelah check out kami sekeluarga pergi ke KEMAMAN untuk menikmati makanan tengah hari di DINNIE  KOPITIAM dan seterusnya singgah membeli sata dan otak-otak di WARUNG TERKENAL di belakang Masjid Geliga, Kemaman.

Untuk maklumat anda, DARI SWISS GARDEN RESORT RESIDENCES Sungai Karang ini ke KEMAMAN hanya memakan masa tidak sampai setengah jam sahaja jika anda menggunakan highway atau by pass. 

Sila ke KEMAMAN jika anda mempunyai masa lebih.










Oh! tentu sekali di musim cuti sekolah ini, sarapan pagi berkhasiat juga penting terutama jika dimasak sendiri.

Kami sekeluarga juga bersarapan pagi nasi lemak , ubi rebus cicah kelapa muda dan gula molases serta pau inti kacang merah yang di masak sendiri.


masakan rumah memang paling sedap

jemput makan...

Sekian sahaja artikel dan perkongsian untuk kali ini.

Selamat bercuti  dan cuti sekolah di hujung tahun 2015 ini.

Terima kasih.


** Perhatian : Tingkap cermin kaca di  dalam setiap bilik di apartment ini agak menakutkan, seperti kurang dari segi faktor keselamatan kerana tidak mempunyai grill , agak menyeramkan membayangkan jika kanak-kanak yang bermain ganas dan terlanggar kaca atau terkena besi dan tingkap kaca itu pecah. Di harap pihak Pengurusan SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES mengambil berat tentang hal ini. 

Pastikan anda memerhatikan tindak tanduk anak-anak anda jika pihak pengurusan SWISS GARDEN RESORT & RESIDENCES masih tidak mengambil tindakan mengenai hal tingkap kaca ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...