Selasa, 27 Januari 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN - PART 19 *** BROTHERHOOD WESTERN & GRILL****


Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... ini adalah sambungan entry sebelum ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2015/01/tempat-makan-best-di-kuantan-part-18.html


Baiklah diringkaskan sahaja entry ini.. menyedari betapa sukarnya mencari western food untuk lunch di Kuantan ini.. restoran ini adalah antara alternatif yang sesuai untuk anda jika anda ingin menikmati lunch @ hidangan tengahari melalui sajian western... Restoran ini terletak di Indera Mahkota 15.

bahagian hadapan restoran

bahagian dalam restoran ini - my sis bz melihat menu yang ditawarkan


bahagian dalam restoran ini , bersih dan kemas.. my sis kusyuk memilih menu

buku menu restoran ini

Dibawah ini adalah antara menu yang ditawarkan di restoran ini




















Saya dan kakak saya memesan menu berasaskan lamb iaitu  Brother Hood Succulent Lamb Shank yang berharga RM30 dan char-boiled lamb choptower yang berharga RM19 serta  minuman apple assam boi soda RM8 dan mineral water RM2. Untuk dessert kami memesan Honey Banana Fritters Ice Cream yang berharga RM12.


char-boiled lamb choptower yang berharga RM19 - menu piihan my sis

Brother Hood Succulent Lamb Shank yang berharga RM30 - MENU PILIHAN SAYA

Brother Hood Succulent Lamb Shank rasa sos dia sungguh best.. potato mash pun sedap... sila try menu ini...

apple assam boi soda yang berharga RM8  rasa air ini biasa sahaja bagi saya

Honey Banana Fritters Ice Cream yang berharga RM12. rasa makanan ini ok lah not bad

Baiklah bagi anda yang ingin menunaikan hasrat untuk lunch hidangan western.. sila datang kesini segera...saya sampai awal direstoran ini.. dan pemilik restoran ini berkata bahawa ia mula memasak pada jam 3petang... dan saya datang kesini pada hari Sabtu...

Baiklah ini sahaja entry yang dapat saya coretkan pada kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini salam sayang dari saya... love, huge & kiss..


Isnin, 26 Januari 2015

HIJRAH ke Pemakanan Lebih SIHAT


Assalammualaikum wbt dan salam sayang untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... baiklah sempena tahun baru ini apakata kita sama-sama berhijrah sedikit demi sedikit ke pemakanan lebih sihat.. even dalam islam pun mengalakkan penganutnya memakan makanan yang baik, sihat lagi halal...

Alhamdulillah.. pokok betik air batu dirumah saya sudah mula berbuah.. dan saya kini berkesempatan memakan buah betik organik tanpa karbait yang tumbuh dari kebun dirumah sendiri.. sungguh manis dan sedap buah betik saya ini dan juga tidak berbau  hamis seperti buah betik komersial yang dijual diluar sana...


pokok betik yang ditanam dirumah saya


buah betik segar

tidak seperti betik yang dijual diluar, betik ini keras dan sedap sekali...


Saya juga kini lebih suka memasak sendiri sarapan pagi dari membelinya diluar kerana lebih menjimatkan dan lebih sihat. Antara menu favourite saya untuk sarapan adalah chapati.. untuk menjimatkan kos anda boleh menggunakan tepung atta jenama alagappas... Tepung atta ini lebih berkhasiat dari tepung putih biasa di pasaran.

harga tepung atta ini dalam rm4.20 sahaja untuk 900gram


sila pastikan anda menggunakan minyak sapi tulen dari susu lembu bukan dari kelapa sawit

anda juga boleh menambah pisang didalam resepi chapati anda


sila pastikan adunan anda dibiarkan selama setengah jam untuk naik gebu

Selain mengamalkan sarapan yang lebih sihat saya juga mula belajar minum jus sawi segar @ mentah... saya kini lebih suka merendamkan sayur @ buah-buahan didalam air garam sebelum mengisar atau menikmati sebarang sayur atau buah-buahan.untuk memastikan segala racun perosak atau kekotoran ditanggalkan.

anda juga boleh merendam sayur hijau anda atau buah-buahan menggunakan garam buluh

sawi dipotong halus sebelum dikisar


sawi dan air gau untuk diblend



siap dikisar


jus sawi yang siap untuk diminum

Rasa jus sawi bagi saya serius tidak memenuhi citarasa tetapi untuk kesihatan mata dan ekzema saya, saya terpaksa mengamalkannya... walau ada ketikanya saya skip juga minum jus sawi tetapi saya berazam untuk mengamal meminum jus sayur setiap hari.. insyaalah...


Baiklah sekian sahaja entry saya ini untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...

Jumaat, 16 Januari 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN - PART 18 **** MABIQ***


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... salam Jumaat yang penuh berkah... baiklah saya terpaksa mempercepatkan penulisan entry ini kerana sebenarnya entry ini sudah berbulan-bulan lamanya.... ini adalah sambungan entry sebelum ini iaitu dari link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/11/tempat-makan-best-di-kuantan-part-17.html


ia berdekatan Madrasah Tahfiz Al-quran anak yatim @ berada dalam madrasah anak yatim


Diantara tempat makan famous , murah dan best di Kuantan ini adalah Restoran Mabiq. Ia berdekatan Yayasan Pahang... anda hanya perlu lalu betul-betul lalu didepan bangunan Yayasan Pahang  dan lalu sahaja mengikut jalan dan akan nampak signboard MABIQ... dan ikut sahaja arrow yang ditunjuk.

pemandangan hadapan MABIQ

Restoran ini terkenal dengan makanan paih @pais patin tempoyak.. harganya juga murah hanya RM7 untuk ekor dan RM4 untuk kepala.. harga lauk mengikut timbangan @ sukatan. Terdapat banyak pilihan lauk disini dan memang sedap-sedap belaka.


pemandangan di restoran ini

Restoran ini tutup pada hari Jumaat dan Sabtu. Dibuka dari pukul 11am hingga 4petang.. memang ramai yang datang makan disini.. terdapat banyak pilihan ulam sekali disini.

pelanggan kusyuk menikmati hidangan



di restoran ini adalah kawasan larangan merokok jadi anda akan menikmati makanan dengan suasana tenang tanpa bau rokok

Dibawah ini adalah pemandangan didalam restoran ini..


anda tidak perlu susah-susah order minuman, anda boleh ambil sendiri dari air manis berwarna sehingga air suam

inilah pais patin bakar tempoyak yang dibalut daun pisang dan hanya berharga RM7 bagi bahagian ekor


pais patin tempoyak bakar yang sedap.. meleleh tempoyak keluar setelah dibuka daun pisang



disini juga dijual pelbagai jenis lauk kampung yang sedap-sedap

juga terdapat tempat bersimpuh untuk makan

staff Mabiq busy menyiapkan paih patin tempoyak



staff Mabiq sedang memasak atau membakar paih patin tempoyak

antara lauk yang dijual disini

barisan lauk

pais @ paih patin tempoyak untuk anda pilih dan ambil

pilihan ulam dan segala sambal, tempoyak , budu , cencaluk dan sebagainya

antara minuman yang anda boleh pilih dan isi sendiri

sedapnya daging salai...



disini juga terdapat pilihan makanan lain yang turut dijual











Disini juga terdapat pilhan makanan ringan , manisan, desert dan kuih muih untuk anda pilih.. Jadi sila datang segera..






Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & kiss....

*** nampaknya...cawangan kedua yang dikatakan milik MABIQ  di area bukit rangin...itu bukan hak milik Mabiq... berdasarkan komen dibawah... tapi saya stil confuse betul ke tidak info ini kerana tertulis di signboard cawangan Restoran Mabiq.... diharap kekeliruan ini dapat diselesaikan oleh para pemilik.. tqvm


cawangan kedua restoran  Mabiq - yang diwar war kan...

Maaf nampaknya memang benar, SEPERTI KOMEN DIBAWAH .. HARAP MAKLUM.


KAIN RENTANG YANG DITAMPAL DI RESTORAN MABIQ TANJUNG LUMPUR


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...