Jumaat, 8 Mac 2013

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 3

Alhamdullillah atas segala kurniaan Allah... Very Good Morning darling.. di hari Jumaat yang berkat nihz.. i dengan hati yang suci hehehehe... dengan rajin nya wat sambungan entry tempat makan best di Kuantan ..Part 3 plak.. nih link entry before this ye...http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/02/tempat-makan-best-di-kuantan-part-2.html so check it out ...

12. Nasi Minyak Eda Yassin , Tanjung Api (berdekatan Taman Gelora , Kuantan)
Sini seriusly.. ramai sangat yang datang makan breakfast uols.... satu malaysia gitew.. malay , chinese & indian, tua muda memang sanggup beratur sampai luar kat jalan raya demi untuk menikmati makanan di sini. Kat Nasi Minyak Eda Yassin nihz.. menu paling famous glamer gitew... nasi minyak dengan kuah kari ayam, kuah kari dia serius pekat.. satu lagi nasi lemak rendang daging.... uols beter datang breakfast kat sini awal ye.. coz kat sini menu dia cepat habis.. selain nasi minyak, nasi lemak, laksam , nasi kerabu , pelbagai lagi menu lain turut di jual disini.. uols leh tengok je gambar-gambar kat bawah yang i ambil nihz ye...

seawal pagi sudah ramai orang beratur di luar menunggu giliran membeli
awal-awal lagi pelanggan yang datang dah "chop" kerusi meja untuk mereka ye...
serius ramai yang datang makan kat sini , cina india pun ada..
lihat.. kekusyukan pelangan india dan cina yang datang makan nasi minyak di sini
antara menu yang turut di jual di sini

nihz pic di awal pagi lagi ye pada hari Ahad , hari kerja lagi ramai
pemandangan di kedai makan ini
mee kari turut di jual
antara menu yang di jual
serius banyak pilihan untuk breakfast
pilih jangan tak pilih

kuah dia serius pekat & solok lada pun nampak best
siap tampal menu tuhz
pic kat cermin berbaju purple tuhz i la.. i beli bungkus coz tiada tempat duduk ye.. so bungkus makan kat rumah je la..
nihz gambar kuah ayam pedas dia.. nampak banyak minyak kanzzz?/ hahahah
semangat uncle chinese tuhz membeli...
nasi minyak ayam masak merah yang i beli bungkus, bagi i ayam masak merah dia biasa je, tapi nasi dengan acar dia sedap, tapi adik ipar i suka sangat kari ayam dia coz pekat , i tidak pernah lagi rasa kari ayam dia , so tak boleh bagi komen ye.. tapi ramai komen amat sedap sekali..
nasib i kurang baik , i order nasi lemak daging tapi tak tahu la bila sampai rumah tengok-tengok nasi lemak sambal bilis , tapi bayar untuk nasi lemak daging dan nasi minyak ayam masak merah RM8.00 , so sekali lagi i tak boleh bagi komen tentang nasi lemak rendang daging kat sini yang famous tuhz.. tapi nasi lemak nihz ok la.. not bad...

13.  Pak Soh Corner , Sungai Karang berdekatan Swiss Garden Hotel
Jika anda melalui Swiss Garden Hotel Sungai Karang , jangan lupa singgah ke kedai Pak Soh Corner ,Sungai Karang. Warung Pak Soh (nama singkatan glamer tempat nihz ye) memang famous sejak dulu lagi kerana rasa keropoknya yang lain pada yang lain , keropok kat sini banyak isi ikan dan kurang tepung. Lebih sedap jika di makan panas. Selain keropok dekat warung Pak Soh ni juga ada di jual sata, otak-otak , keropok keping , air kelapa , goreng pisang dan kuih muih serta banyak lagi.. so singgah ye jangan tak singgah.. huhuhu

** dikemaskini pada 15/4/2017 saya dan keluarga saya beberapa kali membeli sata dan otak-otak disini namun rasanya menghampakan.  Perkara ini berlaku semenjak 2 tahun lepas sehingga sekarang.  Saya tidak pasti hanya saya dan keluarga saya kebetulan terbeli sata dan otak-otak tidak Fresh beberapa kali semenjak 2 tahun lepas.  Maka sebolehnya anda makan la, 2-3 ketul dulu baru beli.  Terima kasih.

signboard Pak Soh Corner

gerai Pak Soh yang terkenal itew..
pandangan hadapan gerai
sila tengok harga menu di sini ye
juga ada di jual cili sos yang sedap di makan dengan keropok , yang bertutup dengan tudung saji tuhz sata ye..
sini pun ada di jual sata & otak - otak serta air kelapa
siap ada banner lagi ye... huhu
pekerja merangkap isteri pemilik gerai ini tengah menghidang keropok
inilah pemilik kedai ini Pak Soh dan isterinya.. ramah tamah orang nya ye. .siap ucap terima kasih kerana ramai yang datang sejak nama kedainya glamer dalam internet ok....
makanan yang i beli bungkus kat Pak Soh Corner..

15. Keropok Lekor Oh Fatimah Sungai Karang , berhadapan Swiss Garden Hotel Sungai Karang
Gerai nihz juga antara yang famous di sungai Karang, OH Fatimah ... tapi i agak confuse sikit dengan gerai nihz ye.. coz ada waktunya gerai nihz keropok dan makanannya sunguh sedap dan ada waktunya lansung tidak memenuhi selera. Tak tahu lah kerana bertukar tukang masak atau kerana ikan atau makanan laut kurang segar kerana musim hujan atau sebab lain... so if uols bernasib baik... alhamdulillah akan rasa betapa sedap sangat makanan kat sini.. jika nasib kurang baik.. sendiri mau hengattt. .gitew... hehehehe. apa pun dekat sini serius banyak sangat pilihan makanan.. uols nak apa? order jek..so leh tengok gambar-gambar di bawah untuk tahu apa yang di jual di sini.
Gerai Keropok Lekor Oh Fatimah
berhadapan Swiss Garden Hotel
antara menu disini Hot Plate Sizzling
Antara menu di sini udang , sotong & ikan celup tepung , keropok dan pelbagai lagi
sini juga di jual produk-produk Agro Bazar

Ruang makan yang luas sekali
antara menu di sini termasuk nasi ayam



air botol special turut di jual

mee kari , laksa , rojak betik turut di sediakan..
Air kelapa segar dan burger pun ada

mee jawa  dan nasi campur serta lempeng nyor pun ada
nak makan ABC?  pun ada
Western Food Menu juga ada di jual di sini
pemandangan dalam gerai ini

termasuk Char Kuew Teow
favorite orang timur ye...
signboard Oh Fatimah
antara pemandangan gerai ini yang turut menjual produk agromas




Ok darlingzz.. ada banyak lagi tempat makan sedap & best amat kat Kuantan nihz ye.. i tak sempat nak upload pic bagai.. so i continue kat tempat makan best di Kuantan kat part 4 plak nanti yea.. ehehehheh.. line tenet slow ler.. wakakaka... ok ... see uols.. next entry.. luvvv!!! muaahhhhhzzzz!


Khamis, 7 Mac 2013

INFO CANTIK & SIHAT Bahagian 1




1.       Walaupun susu menjadi pilihan & sering diakui kelebihannya dalam menjaga kesihatan tulang, namun kajian terkini menunjukkan tulang dapat menyerap kalsium dan vitamin D yang terkandung di dalam jus oren sama seperti susu. (ringkasan Khasiat buah-buahan sitrus , Harian Metro , 4 Mac 2013 oleh HajahFarhana Tarmudi)

2.       Gamat terdiri daripada 86.8% protein dan 80% kolagen yang amat baik dalam pemulihan luka-luka dan juga bagi rawatan selepas bersalin. (Penawar Luka , Harian Metro 4 Mac 2013 , Murshid Eunos)

3.       Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat , Semporna, Setiu , Kuantan ,Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan gamat sebagai ejen antihipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar Negara turut menyerlahkan potensi gamat sebagai antitumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS. (Penawar Luka , Harian Metro 4 Mac 2013 , Murshid Eunos)

4.       Kajian terbaru di Australia mendapati orang yang memandu ke tempat kerja akan mengalami pertambahan berat badan lebih banyak berbanding individu yang menaiki kenderaan awam sama ada kereta api , bas atau basikal. Dalam kalangan peserta yang bersenam sekurang-kurangnya dua setengah jam seminggu, didapati kumpulan yang memandu  kenderaan sendiri secara purata mengalami pertambahan berat badan 3.6 kilogram dalam masa empat tahun dan 4.1 kilogram bagi mereka yang bekerja berselang hari atau bekerja dari rumah. (Banyak berjalan turun berat badan , Harian Metro 4 Mac 2013 , Norlaila Hamima)

5.       Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Apa yang anda perlu lakukan, sapu madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Lama – kelamaan , pasti terdapat perubahan pada bibir anda. (Rapi , 1 Jan 2013)

6.       Ketahuilah bahawa kegemukan bayi yang disusukan dengan susu formula boleh berlanjutan sehingga dia bergelar kanak-kanak atau pun dewasa. Kegemukan dari usia bayi membawa risiko kepada masalah obesity,diabetes , tekanan darah tinggi dan masalah jantung apabila dewasa kelak. (PA&MA , Feb 2013 , Intan Jastina Jamaluddin)

7.       Kekurangan Kalsium bukan sahaja mengundang masalah kerapuhan tulang tetapi juga masalah kuku rapuh dan mudah rosak.

8.       Warna pakaian bangkitkan aura diri , Isnin (putih = kesucian) ,  Selasa (merah jambu = suburkan kasih sayang) , Rabu ( biru = memudahkan komunikasi ) , Khamis ( kuning = bergerak aktif ) , Jumaat (Hijau = beri ketenangan ) , Sabtu ( merah = berani mencuba ) & Ahad (Hitam = untuk istirehat ) . Anda boleh mencuba warna ini untuk menaikkan aura diri anda. (Mingguan Wanita , Feb 2013 , Intan Rohaizat Zakariya)

9.       Kanta lekap akan menyebabkan mata anda kering terutama jika anda berada di ruang berpenghawa dingin , kawasan berudara panas ataupun ketika mata terkena debu. Sila gunakan ubat titis yang khusus untuk kanta lekap sahaja dan mendapat approval KKM.

10.   Jika anda tersalah pilih kasut boleh menyebabkan kaki kram. Sila pilih kasut yang selesa dan sesuai dengan aktiviti yang anda jalankan.

Khas Untuk Bakal Ibu : 8 Panduan Mudah Kenali Tanda Bersalin




Gambar Anak Saudara Saya , Ilham ketika masih bayi

8 Panduan Mudah Kenali Tanda Bersalin

Anda perlu berhati-hati terutama kehamilan melepasi usia 38 minggu. Walau bagaimanapun , pengalaman sakit bersalin dialami adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

1.       Sakit Belakang
Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

2.       Kontraksi Rahim
Jika kontraksi yand dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital. Braxton Hicks tidak sama dengan konstraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

3.       Bloody Show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tand  berupa Lendir Pekat bercampur darah keluar dari faraj.  Perlu di ketahui apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke salur peranakan.

4.       Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna.

5.       Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal Rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Hanya doctor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.  Pembukaan di pangkal Rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

6.       Perut Memulas
Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.

7.       Perut “turun”
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah , manakala bahagian atas terasa ringan dan kosong.

8.       Kerap Membuang Air Kecil
Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah  dan memberi tekanan kepada pundi kencing.

Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan merupakan petanda awal bersalin, namu anda perlu segera ke hospital jika mengesyaki bayi kurang bergerak. Di khuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika tiba-tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Gambar anak saudara saya , Ilham Ketika kecil


5 rawatan kecantikan perlu di elak
1.       Pedicure & manicure
2.       Cucian Muka
3.       Warna Rambut
4.       Krim Pemutih
5.       Ubat Jerawat

Kajian menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana TIDAK menganggu bayi dalam kandungan. Jika kopi yang mempunyai kafein,  hendaklah berpada-pada. Secawan kopi (100mg kafein), didapati selamat bagi ibu hamil.

****info ini diambil dan diringkaskan daripada Majalah PA& MA , Feb 2013 . Majalah ini memang cukup sesuai untuk bakal ibu dan ayah . Sila Beli.. heheheh ...Sekian , Terima Kasih.



Rabu, 6 Mac 2013

Fashion : Stylish

Macam biasa uolssss.. semua pic fesyen-fesyen nihz di ambil from Facebook & google.... so check it out!! & enjoy!!! luvvvvv!!!



















so hopefully.. relax jap otak tgk pic-pic nihz.. coz if mood i malas menaip & membaca dtg.. mmg i just suka relax & cuci mata dgn tgk pic jek.. yup.. i agree lebih baik mengaji lg kalau org islam kanzzz... heheheh.. ok c uolsss.. next entry.. luv! ...untuk yang bertudung pepandai la uols.. suai padan ye... tqvm ...

***Di kesempatan ini sama-samalah kita berdoa agar keadaan di Lahad Datu , Sabah kembali tenang dan tiada lagi korban nyawa .. dan semoga Kesultanan Sulu kembali berdamai dengan Sabah secepat mungkin.. .Aaaminnnn...



Selasa, 5 Mac 2013

Sayangi Tubuh Anda : Kanser Usus Kini Makin Meningkat & Mengancam

banyakkan pelbagai pilihan buah-buahan dan warna dalam hidangan
Anggapan diri masih lagi muda & mustahil mendapat penyakit kronik seperti kanser usus harus dibuang kerana ia boleh menyerang sesiapa saja daripada umur 18 tahun keatas itu lah ayat pertama yang saya baca  dalam akhbar Harian Metro , Isnin 4 Mac 2012 semalam... bahkan, ada juga di antara kita yang menghidapinya ketika berusia 16 tahun. Kebanyakan pesakit kanser usus pada mulanya merasa dirinya sihat , malah gejala sakit perut. tetapi tidak boleh buang air besar juga di anggap perkara normal kerana mengangap ianya salah makan, alahan, keracunan makanan , gastrik dan banyak lagi. Jika anda kerap mengalami masalah berkenaan dengan kerap sudah masanya untuk anda membuat pemeriksaan kesihatan.

Punca sebenar kanses usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser yang paling kerap berlaku & paling membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.

Di negara kita, sehingga 2002 (11 tahun lepas okey!) , sebanyak 2,778 kes  di catatkan dengan 59.6% jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina. 

"Apa juga jenis kanser , ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula di kesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit , bergantung pada saiz dan kedudukan kanser di dalam usus. Dalam Sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus" -  antara petikan kata-kata Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee... dalam rencana Harian Metro Semalam.

pastikan di dalam setiap hidangan turut di banyakkan buah-buahan dan sayur - sayuran

Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas , kerap ke tandas , tetapi masih rasa tidak puas , masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman.

Ujar Dr Tan , usah bandingkan jadual ke tandas anda dengan orang lain kerana setiap orang ada keperluan berbeza. Walaupun kebanyakan orang ada jadual ke tandas setiap hari, ada juga yang hanya buang air besar seminggu sekali dan ia perkara normal bagi individu berkenaan. Oleh itu , apabila jadual ini mula berubah dan anda kerap mengalami masalah buang air, itu tanda penting yang tidak boleh diabaikan.

Nasihatnya , jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi , lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Belum terlewat untuk kita memulakan tabiat pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan makanan banyak lemak. bagi individu yang mengalami masalah obesiti, mulakan langkah menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Lakukan sesuatu demi menjaga kesihatan diri.

Tanda Kanser Usus :-
1. Kerap buang air , tetapi tetap rasa tidak puas
2.Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3.Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4. Perut rasa tidak selesa , memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
5. Muntah , hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6. Pada keadaan serius , pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Faktor risiko :
1. Umur Golongan berumur 50 tahun dan ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2. Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini di buang dan mencegah pertumbuhan kanser.
3) Sejarah keluarga.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak , banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko di serang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti
7) Alkohol
8) Kurang bersenam.

Artikel ini di ambil dan di ringkaskan dari Artikel Kanser Usus Meningkat , Harian Metro , Isnin 4 Mac 2012 oleh Hamizah Badiran.... Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...