Produk Homemade dan INSYALLAH Selamat



Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Terima kasih untuk anda yang setia dan baru menjadi pembaca Blog ini. 

Blog ini adalah Blog PERTAMA Qisya Khadeeja. 

Alhamdulillah Blog ini telah berusia lebih dari 4 tahun. 

Bermula menulis untuk suka-suka,  namun akhirnya Blog ini menjadi umpama 'diari' sebagai paparan untuk dijadikan pedoman dan pengajaran serta berkongsi sedikit ilmu yang ada. 

Saya selaku penulis Blog ini mula aktif menulis Blog ini setelah di serang ekzema. 

Saya melalui proses Topical Steroid Withdrawal iaitu pemberhentian krim steroid. 

Selain penggunaan krim steroid penyakit ekzema yang menyerang saya adalah disebabkan kecelaruan pemakanan yang tidak sihat yang saya amalkan. 

Berbelas tahun saya hanya menikmati makanan di luar dan membeli.  Makan apa sahaja dalam kuantiti yang banyak. 

Tidak seperti individu lain yang mudah naik berat badan,  dahulunya saya makan berkeping Pizza,  Berbelas donut JCo atau segala coklat dan cookies serta makanan berminyak saya tidak mengalami masalah peningkatan berat badan,  walaupun minuman berkarbonat adalah minuman biasa bagi saya. 

Tidak cukup dari itu,  saya juga mengamalkan pelbagai vitamin dari pelbagai jenama dari farmasi dan MLM terkenal. 

Akhirnya akibatnya yang saya terima saya terjerumus dalam masalah ekzema yang teruk. 

Menghentikan pelbagai bahan kimia didalam kehidupan,  akhirnya saya berada di sini. 

Produk pertama saya dari resepi perkongsian insan sekeliling ialah Crunchy Flakes by QK.


1. ORIGINAL BODY SCRUB 


Original Body Scrub 
Belajar menggunakan susu tepung kemudian tepung pulut sebagai mandian. 

Akhirnya setelah diserang ekzema pada tahun 2014,  saya belajar menggunakan cuka epal sebagai mandian. 

Alternatif selepas sembuh dari ekzema saya memformulasikan Skrub tubuh saya sendiri untuk menghilangkan parut dan mence3rahkan kulit akibat sunburn dan proses TSW. 

Original Body Scrub ialah 100% Dari Bahan natural yang boleh dimakan. 

Belajar dari YM Dr.  Tunku Zaidar pengasas produk Zai's Beauty Formula hanya benda yang boleh dimakan sahaja boleh dipakai dikulit,  ini Skrub kegemaran saya kini. 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga mengatakan hanya bahan yang boleh dimakan selamat di sapu dan diletakkan di wajah dan tubuh. 

Original Body Scrub Diperbuat dari bahan asas utama ialah beras pulut susu terpilih dan bahan asas lain yang terkenal bagus untuk kulit asia khususnya.

Maklumat lanjut mengenai Original Body Scrub di link

Original Body Scrub by QK


2. HAIR GONE 


Hair Gone 
Seiring semakin mengelakkan menggunakan bahan kimia.

Deodorant adalah antara produk yang dihentikan pemakaian.

Sepanjang mengharungi TSW dan pengeluaran toksin dari tubuh.  Antara perkara yang dilalui ialah bau tubuh yang kuat akibat pengeluaran toksin.

Maka antara bahan yang digunakan untuk mengurangkan bau tubuh ialah kapur.

Dari kapur terdapat inovasi tambahan bahan lain didalam produk pencabut bulu ketiak dan mencerahkan ketiak dan menghapuskan bau badan ini.

Hair Gone bahan asasnya juga sama dari kapur dan segala bahan yang digunakan adalah bahan makanan.

Buat masa ini produk By QK hanya menggunakan bahan yang boleh dimakan sahaja.

Keterangan lanjut produk Hair Gone di link ini

Hair Gone Produk Untuk Ketiak


3. CARBONESS POWDER 


Carboness Powder 
Bermula dengan kesedaran gigi yang semakin kuning walau kerap di berus dan menggunakan kayu sugi.

Namun gigi masih kekal kuning.

Cuba membeli arang dari kulit tempurung kelapa,  namun bentuk yang pelik meragukan saya sendiri.

Maka saya mencari arang yang betul-betul asli dan sanggup melakukan ia sendiri.

Berjumpa dengan penjual produk organik yang turut menjual kayu arang tualang.

Kayu arang tualang itu masih kekal kayu di hadapan mata.

Maka saya membelinya hanya untuk kegunaan sendiri.

Puas hati dengan kesan arang ini walaupun baru beberapa hari menggunakan ia,  akhirnya Carboness Powder dihasilkan sebagai satu lagi antara produk di bawah label QK.

Anda boleh membaca artikel mengenai Carboness Powder ini di link ini

Produk Arang Untuk PEMUTIH GIGI

Harga terbaru untuk Carboness Powder ialah RM12.90.

4. BLACK SCRUB,  4 IN 1  SCRUB 


Berfungsi sebagai Skrub,  mandian,  merawat,  memanaskan dan melegakan tubuh

BLACK SCRUB,  4 IN 1 SCRUB ini di perbuat dari bahan asas kopi asli 100%,  minyak kelapa dara,  pati minyak Habbatus sauda asli cold press,  biji Habbatus sauda asli,  biji kurma ajwa, kayu manis ceylon dan pelbagai bahan semula jadi lain yang amat bagus untuk kulit dan kesihatan.

Ia adalah Skrub paling mudah untuk anda yang selalu lalai dalam menyapu minyak di tubuh dan tiada masa merawat tubuh.

Bahan-bahan yang digunakan membantu memecahkan lemak dan angin sambil anda berlulur dan mandi.

Di syorkan hanya digunakan sekali seminggu,  BLACK SCRUB,  4 IN 1 SCRUB adalah inovasi baru bahan semula jadi selepas Original Body Scrub.

BLACK SCRUB, Baru sahaja di perkenalkan.  Diharap ia membantu ramai mereka yang ingin menjaga dan merawat tubuh dan kulit MENGGUNAKAN bahan semula jadi, namun ingin menjadikan proses itu lebih mudah.

Untuk segala. Artikel dan maklumat lanjut mengenai BLACK SCRUB,  4 IN 1 SCRUB di link ini

INOVASI BARU SCRUB, BLACK SCRUB, 4 IN 1 SCRUB


5. RED LIPS 💋 

Red Lips 💋 yang terdiri dari Lips Tint atau lips treatment dan lips Scrub 
Produk Perawatan BIBIR Terbaru .

Hanya menggunakan bahan selamat.  Bahan asas utama madu asli dan campuran bahan makanan Semulajadi dan bahan organik. 

Membantu mencerahkan bibir,  mengurangkan kekeringan dan memerahkan bibir dengan warna merah Semulajadi.

Lips Treatment Vs Lips Tint dalam botol kaca berkualiti tinggi dan Roller dari stainless steel 

Lips treatment juga sesuai digunakan sebagai Lips Tint.  

Lips Scrub membantu memulihkan bibir dan menyediakan bibir untuk rawatan lain. 

Pelbagai maklumat mengenai produk Red Lips 💋 ini di sini





6. CRUNCHY FLAKES BY QK 


 CRUNCHY FLAKES by QK 
Ia bukanlah 100% snek sihat. 

Masih dari Corn Flakes atau emping jagung proses. Sekaligus mempunyai kandungan gula jika disebut proses. 

Cuma ia tidak ditambah lagi benda manis seperti gula atau coklat mahupun tepung atau bahan trans fat lain lagi. 

Ia hanya ditambah rempah dan daun kari segar serta kekacang lain seperti kacang pis hijau dan kacang shandong. 

Sesuai untuk anda buat kudapan untuk cheat day anda sekali sekala atau untuk anda yang baru ingin berlatih mengurangkan manis.

Anda boleh membaca segala artikel mengenai Crunchy Flakes by QK Di label atau kategori SNEK di Blog ini.

Atau terus ke link CRUNCHY FLAKES BY QK

*** Sila ambil perhatian ,minimum untuk pembelian Crunchy Flakes by QK ialah 8 botol. Hanya Crunchy Flakes by QK sahaja mempuyai jumlah minimun order.


Insyallah pelbagai lagi produk By QK akan diperkenalkan dalam waktu terdekat.

Semua produk tentu sekali akan dipakai dan digunakan terlebih dahulu untuk mengetahui kesan penggunaan.

Untuk pembelian dan pertanyaan produk,  anda boleh terus menghubungi atau what app ke

016 276 2636 

Terima kasih atas minat anda kepada produk kami. 

Gunakan produk selamat untuk kesan berpanjangan tanpa kesan sampingan. Insyallah. 


Terima kasih.

*** Maaf, untuk sementara waktu semua produk di atas di hentikan pengeluarannya sehingga di beritahu. Terima kasih. 






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...