Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Semakin kurang mengemaskini blog, itu juga mungkin punca antara diet atau pemakanan semakin tidak dijaga dan kelaut.
Mengikuti aktiviti dan gambar di instagram sendiri, anda akan melihat diri ini asyik menikmati makanan diluar yang kaya lemak tidak baik, penuh gula dan bahan proses juga MSG.
Ia, sekali anda terjerumus kembali, agak sukar untuk kembali ke pangkal jalan, walaupun suatu waktu dulu anda pernah makan tahun menjaga pemakanan.
Perkara mengenai istikhamah ini agak sukar dilakukan terutama jika anda lansung tiada sokongan terdekat. Malah lebih, mendukacitakan, disekeliling anda adalah golongan yang tidak pernah ambil tahu mengenai perkembangan diet sihat khususnya 'Eat Clean'.
Membaca dan menambah ilmu bukan syarat utama untuk anda kekal dalam memastikan diet anda sihat setiap hari seperti yang anda baca dan hadam.
Isu utama ialah displin. Ia bukan sahaja mengenai pemakanan, malah pelbagai perkara lain termasuk azam dan kerjaya anda sendiri.
Telah beberapa kali membeli sayur-sayuran organik, konon untuk dimakan atau dinikmati akhirnya layu rosak di dalam peti ais. Itu menunjukkan sukar untuk kembali ke pangkal jalan seperti sebelumnya.
Semangat dahulunya kuat semakin hari semakin lemah, lebih-lebih lagi jika makan tahun anda meninggalkan diet sihat yang anda bina hanya setahun, dua.
Sedangkan kita yang tahu bahaya dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak mampu melawan nafsu, apakah lagi mereka yang tidak pernah ambil tahu.
Maka, perlahan-lahan kurangkan jumlah bahagian makanan tidak sihat. Jika dahulu satu mangkuk habiskan seorang, kini satu mangkuk di kongsikan berdua. Jika dahulu kentang goreng dihabiskan seorang, kini cukuplah beberapa batang untuk rasa.
Jika hari ini anda telah tersasar jauh, tidak perlu rasa menyesal, kembali perlahan-lahan ke dalam track anda, jika tersasar lagi kembali lagi. Lambat laun anda akan sebati dan semakin kekal dalam track sendiri. Paling penting jangan terus terbabas ke track insan lain.
Ingat, segalanya mengenai kita adalah tanggungjawab kita. Ingatkan diri kita sendiri. Belajar mengawal nafsu dan diri sendiri.
Suatu hari nanti yang sakit, yang rasa dan yang menanggung semua adalah kita.
Siapa lagi yang akan mengingatkan diri sendiri, jika bukan kita sendiri.
Terima kasih.
2 ulasan:
asyik fail nak diet sebab godaan tu haih... nipis iman ku.. tapi slowly kena juga jaga pemakanan sebab takutla macam2 skrng ni..
Betul u. Kadang semangat nak diet sihat, time tu la ramai nak belanja. Motif sangat. Namun memang kena keras dan paksa diri slow-slow jaga makan balik. Usia bukan muda lagi.
Catat Ulasan