Gambar hiasan- kawan-kawan saya ketika minum air kelapa di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuatnan |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua petua atau remedi untuk mengurangkan sakit Arthritis atau sakit sendi.
Petua ini saya dapat dari Group Telegram yang diberikan oleh doktor rujukan kami iaitu Doktor Hafiz.
ini adalah petua yang diamalkan oleh orang tua atau ibu-bapa Doktor Hafiz sendiri.
Bahan-bahannya :-
1. Buah Betik HIJAU di potong dadu
2. Isi Kelapa Muda
3. Air Kelapa Muda
Cara-caranya ialah :-
Rebus ketiga-tiga bahan diatas selama 15 minit dan minum.
Amalkan setiap hari. Kesan akan nampak dalam masa satu ke dua minggu. Insyaallah
Amalan ini telah diamalkan oleh orang tua Doktor Hafiz sejak bertahun-tahun. Ia memang berkesan. Cuma kata Doktor Hafiz, jika berhenti lama mengamalkan remedi ini. Sakit Arthritis @ sendi akan kembali.
Secara ringkas ia hanya menghentikan sakit arthritis atau sendi ini untuk sementara waktu. Ia seperti painkiller atau antri radang sahaja dan juga memberi khasiat lain untuk tubuh. Sekaligus mengurangkan penggunaan painkiller dengan ramuan semulajadi yang insyaallah tiada kesan sampingan.
Jika anda ada mempunyai ahli keluarga atau sesiapa yang anda kenali mempunyai penyakit arthritis atau sendiri. Anda boleh mencuba petua dan remedi ini.
Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Assalammualaikum.
** petua atau remedi ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ekzema, sle , psoriasis, asma dan radang yang lain.
** petua atau remedi ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ekzema, sle , psoriasis, asma dan radang yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan