Isnin, 24 Ogos 2015

Khasiat Nangka Madu


nangka madu yang dibeli oleh saya, sedap dan manis

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Sempena musim buah NANGKA MADU ketika ini, saya kerap membeli BUAH NANGKA MADU yang banyak dijual ditepi-tepi jalan. Walaupun pendapat orang tua dahulu, bahawa nangka adalah buah yang 'berangin' tetapi alhamdulillah, saya mampu menikmati berbelas biji nangka ketika perut kosong tanpa menganggu tubuh. Ini mungkin kerana penerimaan tubuh manusia berbeza-beza. Tetapi setiap penciptaan Tuhan tentu ada khasiat dan kebaikan sendiri.

Berikut adalah KHASIAT BUANG NANGKA MADU yang dapat saya kongsikan dengan anda .

1. BUAH NANGKA mengandungi vitamin A, B dan C dalam bentuk sebatian thiamin, riboflavin dan niacin.

2. BUAH NANGKA juga mengandungi mineral yang diperlukan oleh badan seperti KALSIUM, POTASSIUM, zat besi, magnesium dalam jumlah yang tinggi berbanding dengan buah-buahan lain.

3. Selain itu BUAH NANGKA juga mengandungi kandungan GIZI YANG TINGGI , seperti protein dan karbohidrat.

4. 100gram BUAH NANGKA hanya mengandungi 106 kalori.

5. Oleh kerana BUAH NANGKA MADU dikategorikan sebagai buah yang manis dan agak tinggi kandungan gula kemungkinan besar ia akan menimbulkan kandungan gas di dalam perut, Pesakit kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menikmati BUAH NANGKA MADU.

6. BUAH NANGKA turut kaya dengan kandungan vitamin C dan antisoksida. Ia sekaligus membantu memperkuatkan sistem KEKEBALAN TUBUH dengan meningkatkan fungsi sel darah putih . Ini menjadikan BUAH NANGKA sebagai sumber perlindungan yang sangat bagus untuk tubuh..

7.Oleh kerana BUAH NANGKA kaya dengan kalium , ia turut membantu mengawal tekanan dan juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke.

8.BUAH NANGKA turut mengandungi fitonutrien seperti lignan, isoflavon dan saponin yang membentuk satu lapisan perlindungan kepada tubuh untuk menghalang kemunculan sel kanser.

9. Kerana kandungan VITAMIN A dan kandungan antioksidan yang banyak, BUAH NANGKA juga membantu dalam menjaga dan memelihara kesihatan kulit. Sekaligus membuat anda kelihatan awet mdua.

10. Kandungan gula asli dalam BUAH NANGKA seperti fruktosa dan sukrosa juga membantu menambah tenaga dan mengurangkan keletihan tubuh.

11. Dengan segala khasiat dan mineral seperti mangan, zat besi, vitamin B6, niasin, asam folat dan segala vitamin dan zat zalian lain .Menikmati buah nangka, dapat memaksimakan fungsi tubuh bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik. Malah biji BUAH NANGKA juga mengandungi protein yang bagus untuk kesihatan tubuh dan amat enak untuk dinikmati.

12. Oleh kerana BUAH NANGKA adalah buah tempatan, ia mudah ditanam di Malaysia, dan hidup subur. Buah tempatan amat kurang penggunaan racun dan jauh lebih murah berbanding buah import. Khasiat buah yang segar lebih senang diserap dan lebih tinggi kandungan nutrisi.

Tunggu apa lagi, jika anda singgah di kedai-kedai buah sekitar kawasan anda, mungkin anda boleh memilih untuk membeli nangka untuk mempelbagaikan pilihan buah dan nutrisi untuk tubuh anda.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...