Rabu, 3 April 2013

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian




Gambar ini saya perolehi dari facebook - jika anda adalah pemilik gambar ini dan tidak membenarkan ia berada dientry ini. .. sila maklumkan saya dan saya akan meng'delete"nya dari entry ini.. tqvm


Membaca majalah SOLUSI , Isu 53 Mac 2013.. saya tertarik kepada satu artikel  tulisan Umar Muhammad Noor bertajuk "Hatiku Menjadi Lembut Kerana Nasihatnya"..  - juga dengan harapan mereka yang membaca entry ini akan menjadi lembut hatinya.. hehehehe 

Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam artikel beliau adalah perkara dibawah ;-

Ulama salaf selalu bermuhasabah setiap kali kata-katanya hilang pengaruh. Apabila nasihat dan perintahnya tidak didengari dan diikuti, mereka mencari dan berfikir tentang dosa yang telah merosakkan hubungannya dengan Allah. Mereka segera bertaubat dan memohon ampun. Sungguh berbeza sikap mereka dengan kita yang selalu menyalahkan pendengar apabila ucapan tidak dituruti.

Fudaylh bin Iyad berkata "Setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku akan bermuhasabah; apa maksiat yang telah aku lakukan? Selepas bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka".

"Seorang Manusia tidak memperbaiki hubungannya dengan Allah melainkan Dia akan memperbaiki hubungan dirinya dengan  manusia lain " - riwayat Ibn al-Jawzi,


Peniru Tidak Akan Bertahan

Dunia ini dipenuhi dengan orang yang suka meniru orang lain. Mereka melihat kejayaan orang lain sebagai pembuka jalan baginya. Jumud dan oportunis adalah sifat utama golongan ini, tambahan lagi mereka tiada kreativiti dan kemahiran yang mencukupi untuk memimpin. Mereka rela hidup dibawah bayang-bayang orang lain. 

Peniru menyangka boleh menjadi orang yang ditiru dengan hanya meniru kata-kata, gaya dan perbuatan seseorang, sedangkan ia tidak benar sama sekali. Meniru hanya akan melahirkan kebosanan kerana jiwa manusia menyukai keaslian dan membenci kepalsuan.

Selain itu,  sesuatu yang ditiru biasanya tidak dapat bertahan lama. Suatu saat nanti, si peniru berasa penat menjadi orang lain dan menunjukkan belang sendiri. Itulah yang berlaku terhadap nabi-nabi palsu dari dahulu hingga sekarang dan orang awam yang mendakwa dirinya wali atau ulama.

Jadilah diri anda yang sebenar. Berucap dan lakukan sesuatu tanpa dibuat-buat. Allah menciptakan setiap manusia dengan sempurna bersama keunikan masing-masing. Setiap perkara yang ada dalam diri kita tidak terdapat dalam diri orang lain, dan begitu juga sebaliknya..

Sikap suka meniru orang lain adalah tanda kelemahan diri. Kita sering lupa bahawa masyarakat terus berkembang dan trend terus berubah. Lihatlah, berapa ramai orang yang terkenal suatu masa dahulu akhirnya tenggelam masa sekarang kerana bahana meniru.. Wallahua'lam.

Ayat-ayat diatas di salin sepenuhnya dari tulisan Umar Muhammad Noor, beliau berpengalaman belajar daripada ulama-ulama Syria antaranya Syeikh Dr. Nordin dan ramai lagi dan kini sebagai editor syariah di Telaga Biru Sdn Bhd


Untuk mereka diluar sana... "Be your Self".. terima segala kekurangan dan kelemahan diri.. maybe bagi anda itu kelemahan anda.. tapi percayalah..kelemahan anda juga boleh menjadi kekuatan anda jika anda tahu menggunakannya... 

Biar diri disayangi dan dicintai kerana menjadi diri sendiri.. anda akan rasa lebih selamat dan dihargai.. dari takut kehilangan insan yang disayangi.. kerana menjadi "insan lain".. stop meniru... banggalah dengan asal usul dan diri anda... Salam Sayang dari saya.. Luv !!!!


*** " I dont care who u are.. where u from. .what u do.. as long as u love me.. babe ".. - That we called luv !


kekadang kita memerlukan "orang ketiga" untuk menegur kerana "kata-kata dan tulisan" kita tidak pernah diendahkan dan diberi perhatian.. semoga tulisan ini... juga menyedarkan anda dan diri saya sendiri supaya belajar memahami dan menerima setiap kekurangan diri... dan berhenti meniru insan lain... heheheheehheh....



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...