Sabtu, 12 April 2014

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 9


Jutaan kemaafan jika entry ini seperti melepas batuk di tangga... saya hanya ringkaskan sahaja tentang tempat makan ini kepada anda... tqvm

31 ) Gerai sebuah program pembangunan usahawan di Taman Gelora

Ini adalah antara tempat makan best dan patut di cuba di taman gelora... so, tentu saja sambil makan anda boleh menikmati pemandangan pantai gelora disini..

Actually i memang banyak kali datang makan disini kerana makanan disini bukan saja best , banyak dan murah malah pelayan dan penjual disini adalah budak-budak muda yang cukup peramah dan very friendly.. i pernah tertinggal pen ketika berjumpa client disini dan mereka memberi i pinjam pen.. baik tak???? hahahahah..

Ok, dekat sini mee kari udang @ seafood memang best sangat-sangat.... mee sup dagingnya pun best.. malah keropok crispy disini juga sedap (make sure makan panas ye)... paling terbaik.. mereka disini tidak kisah jika anda order minuman lain especially air kelapa @ abc di gerai yang berdekatan mereka... maklumlah ada sesetengah gerai kalau anda pergi jenis tak boleh lansung order tempat lain ye.... so enjoy all picture i'm taken...



pemandangan hadapan gerai

sebuah program pembangunan usahawan



mee sup disini . .serius best ada daging, fishball, fish cake dll harganya hanya rm4.50




mee kari - ada udang 3 ekor, ayam , fishball , fish cake, telur dan lain-lain serius banyak ye


keropok crispy = rm1 dapat 4 batang ye




sila tengok betapa pekat dan banyak lauk yang tinggal... serius best.. please try.. harga mee kari ini rm5 sahaja



tengah menunggu keropok sampai.. sedap ye makan keropok dengan mee sup dan mee kari

lagi best jika dimakan dan diminum dengan air jagung


dekat sini yang glamer air jagung... so boleh try harga rm2 sahaja

gerai ini betul-betul depan pantai taman gelora...




31 ) Mr. Burger ,Jalan Beserah, Berhadapan Pasaraya Nirwana Maju

Ok, actually roti john @ restoran ini famous di Terengganu.. katernya yea.. .heheheh... restoran ini dibuka seawal 8am lagi. .so i breakfast disini la.. jika i inginkan western breakfast.. heeheheheh

Di restoran ini masakan paling glamer ialah grill burger yang dari serendah rm6.90 dan juga roti john... so, jika anda datang disini sila cuba kedua-dua menu ini.. .i tidak pernah lagi try grill burger disini.. kerana i lebih suka breakfast roti john berbanding burger... harga disini murah dan tiada tax.. dan paling penting disini juga disediakan wifi free yang laju dan juga plug untuk anda caj hp atau laptop... i suka environment di restoran yang berprivacy ini.. so please try dan datang disini ye...




sign board @ pemandangan hadapan restoran ini





dibuka seawal 8am dan tutup pukul 2am


dibawah ini adalah pemandangan didalam restoran ini...so enjoy ye...



ada banyak plug untuk anda tumpang caj handphone atau laptop ye.. .disini..

ruang didalam itu sesuai untuk sesiapa yang inginkan privacy atau buat call huhuhu...

kerusi untuk kanak-kanak juga turut disediakan disini

bahagian kaunter penyediaan makanan

antara menu yang ditawarkan

i pilih untuk duduk di meja yang ada bunga berbentuk love lagi ye.. hehehehe



roti john special daging


ini adalah menu my breakfast.. banyak kan dagingnya????.. . so sila try ok...

Baiklah, sekian saja entry untuk kali ini... untuk entry ini pun i hanya berkesempatan untuk masukkan 2 sahaja tempat makan best kerana i mengejar masa... masa pantas sangat berlalu sekarang ye darling.... 

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya... jumpa lagi di sambungan entry seterusnya.. salam sayang dari saya.. luv! muahhhhzz!!!!


**** ini adalah sambungan entry ini... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/05/tempat-makan-best-kuantan-part-10.html


Jumaat, 11 April 2014

Khasiat Daun Pudina & Khasiat Daun Teh Hitam



Assalammualaikum wbt.. .jika anda peminat teh arab yang biasa dicampur daun pudina... saya juga sama dengan anda.. so, entry kali ini saya akan berkongsi secara ringkas tentang khasiat daun pudina...

Actually daun pudina ini senang didapati di pasaraya dan pasar biasa .. harganya murah sahaja.. dan cukup sedap diisi didalam air teh dan sebagai hiasan dessert.. dan sup "mat salleh".... berikut adalah khasiat yang ada dalam daun pudina :-



daun pudina sebanyak ini berharga tidak sampai rm2 actually jika beli di pasar biasa lagi murah

so, berikut ringkasan khasiat  daun pudina ini ...

KHASIAT DAUN PUDINA

1. melegakan ketegangan otot.. sesuai untuk mereka yang aktif sukan dan selalu keletihan @ mereka yang berumur,

2. jus daun pudina membantu merawat cirit birit

3. Melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.

4. Membantu sistem penghadaman.

5. Bersifat sebagai anti septik, anti virus  dan anti parasit.

6. membantu mengeluarkan peluh sekaligus toksin didalam badan.

daun pudina


Berikut pula adalah diringkaskan antara khasiat Daun Teh Hitam :-

KHASIAT DAUN TEH HITAM

1. Teh hitam kaya dengan antioksidan dikenali flavonoids yang membantu menangani masalah berpunca daripada radikal bebas seperti masalah sakit jantung, barah dan penuaan.

2. Sebagai skrub dan pupur kulit

3. uncang teh hitam membantu mengurangkan "eye bag"

4. air basuhan teh hitam membantu menghitamkan rambut

5. membantu mencantikkan kaki dan menghilangkan bau kaki dengan merendam  kaki kedalam air rendaman suam daun teh hitam

6. mengatasi luka terbakar ringan (air teh hitam kosong)

7. mengurangkan uban

8. mengatasi gusi berdarah

9. mengurangkan cirit birit dengan cara minum air teh hitam pekat.. tanpa gula



my favourite ialah teh hitam sabah kerana teh ini tidak menggunakan semburan racun dan tiada pewarna dan paling penting ada cap halal jakim

lebih best jika dibancuh dengan madu tualang...


seperti biasa selepas dibancuh semua bahan kita hanya perlu tutup mug.. untuk kesegaran dan aroma yang sepadu.. i suka isi daun pudina banyak-banyak ye...

tutupkan ia.. dan selepas 5 minit boleh diminum ye... hehehehe

So, selepas ini rajin-rajinlah minum teh hitam dan daun pudina... ada pendapat mengatakan teh adalah tidak digalakkan minum dengan susu kerana mengurangkan khasiatnya.. digalakkan minum kosong atau campur madu sahaja...

Terima kasih kerana membaca entry kali ini. .... salam sayang dari saya.. luv! muahhhzz!!!

**** Saya dalam proses mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... 

harga pengenalan hanya RM10





CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com tqvm




Tempat Makan Best Di KL - Part 9


Jutaan kemaafan sekali lagi jika entry ini juga seperti melepas batuk ditangga.. actually i kesuntukkkan masa.. dan gambar-gambar ini juga diambil dari iphone dan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ketika saya menikmati semua makanan ini saya juga mengejar masa... tqvm


38) Dubu-dubu , MidValley (Masakan Korean)

Jika anda peminat masakan korea, anda patut cuba masakan di restorn Dubu-dubu ini... actually saya bukan peminat masakan korea, so masakan korea ini tidak memenuhi selera saya.. tetapi bagi kawan saya yang suka makanan korea dan sukakan rasa yang manis ala "malaysian" memang restoran dubu-dubu ini favouritenya... harga disini bagi i ok dan berpatutan.. set lunch hanya dari serendah RM12.90.. so please try...


bahagian hadapan restoran

Dibawah ini adalah gambar antara menu yang dijual disini untuk satu set









Berikut pula adalah  antara menu dan harga @ menu didalam buku menu di restoran ini... yang sempat i captured.. .heheheh











Actually i dengan my frenz hanya memilih set lunch hour sahaja... jimat banyak ye... untuk 2 orang hanya RM24.90...


kami hanya memilih air roasted barley panas... yang berharga rm2 sahaja


rasa air barli bakar @ panggang ini macam air kopi ye.... "jemput minum hehehe"

ini adalah menu wajib yang dipilih oleh my frenz yang didatangkan sekali dalam satu set lunch untuk 2 orang berharga rm24.90


my frenz menikmati makanan beliau


ini adalah sup yang my frenz pilih.. rasa sup ini pedas sikit dan agak manis.. not my taste...


Dibawah ini pula menu yang i pilih.. rasanya biasa saja. and not my taste.. .tapi i tengok ramai yang pilih menu ini.. so taste orang berbeza-beza ye...



i menikmati makanan i

Di bawah ini pula antara pemandangan restoran ini...




so lepas makan di restoran dubu-dubu ini, kerana ia bukan taste saya dan tidak sesuai dengan my taste.. dan actually perut i pun memang jenis alah dengan masakan korea.. so selepas menikmati ice cream dan cheese cake baru la perut i kembali ok...





39)  Adam Lai , Halal Chinese Muslim Restoran (Prima Gombak, Wangsa Melawati dll)

Actually i terjatuh hati dengan restoran Adam Lai ini bila i tengok rancangan Agen Halal, so i berkesempatan pergi ke restoran ini ketika restoran ini hampir tutup iaitu pukul 10.45 ( restoran ini tutup pada pukul 11malam pada hari bekerja..) so, kerana telah lewat tiba i hanya memilih menu yang simple sahaja.. dan serius bagi i masakan direstoran ini best.. dan staff disini serius peramah dan murah senyum walaupun restoran memang dah hampir ditutup. Sebelum terlupa, i pergi dinner di restoran Adam Lai, Prima Gombak ye...bersebelahan old town kopitiam sahaja.

bahagian hadapan restoran



Kerana restoran pun hampir ditutup, dan staff disini pun ketika kami datang dah angkat kerusi meja lagi. .so kami terus memesan menu yang senang dimasak dan cepat siap iaitu kuew tiaw daging dan yee mee sahaja.. harga makanan ini tidak sampai rm10 pun.. dalam anggaran rm7 sahaja dan air limau serta teh cina sahaja...



Kuew tiaw daging.. serius sedap dan i suka sangat. .simple je rasanya dan berlainan dari kuew tiaw biasa...


kuew tiaw daging ini bukan i sorang saja suka.. kawan i pun beria-ia puji sedap

Kawan i hanya memesan yee mee sahaja dengan teh cina.. yee mee disini pun ok tidak kurang sedapnya...





Berikut adalah pemandangan didalam restoran ini...sebelum terlupa restoran ini juga dibuka untuk lunch hour ye...



ok, setelah habis makan, terus i cepat-cepat snap antara menu didalam buku menu restoran ini...







40) Restoran Tuu Dok Ko ...1488 (area Taman Samudra , Batu Caves .. berdekatan Giant)

Seriusly.. masakan di restoran ini memang best.. so jika anda mencari tempat sarapan best... breastfast yang sedap dan murah ini adalah pilihan terbaik dan berbaloi.. actually anda kena pergi ke restoran ini awal pagi. .kerana seawal 7.15am pun dah ramai orang beratur untuk membeli... antara masakan yang best disini adalah nasi kerabu... nasi dagang, nasi berlauk dan macam-macam lagi. .tapi bagi air kuih disini biasa sahaja...


pandangan hadapan restoran ini
antara menu disini.. actually anda boleh tapau dan makan sahaja disini...







gulai ayam disini serius best.. .i tengok berbesen-besen gulai ayam ini laku dijual dalam sekelip mata.. i suka makan gulai ayam ini dengan nasi dagang

my menu nasi dagang dan gulai ayam -serius best sangat harga jika tidak silap i rm5.50








kawan i pula memilih nasi kerabu dengan gulai ikan tongkol pun sedap sangat






ini antara menu yang diorder oleh pengunjung disini


nasi lemak


nasi kerabu daging - i biasa makan nasi kerabu daging dan nasi dagang gulai ayamg disini. memang best ye..

nasi putih @berlauk ikan tongkol..

Jika anda ingin ke restoran ini.. make sure datang awal. .kerana kadang-kadang sebelum pukul 9am atau 830am pun kebanyakan menu ini sudah kehabisan...


by the way.. bagi anda yang tinggal di Kuantan @ Kuala Terengganu kerana tempat ini tiada Nando's yang paling terdekat di bandar Kemaman @ Kijal.. atau anda yang berada di kawasan lain.. juga senasib dengan orang kuantan.. heheheh ...so i really advice untuk anda try menikmati Nando's.. actually Nando's adalah antara my fav fast food.. @ western.. dan begitu juga my frenz ... so please try.. jika anda tidak pernah try... harga nando's ini dari serendah rm17.90 sahaja 1 set.. dan memang banyak... dan paling penting jika anda pengemar sos... i really advice untuk try nando's ini....


***NANDO'S (terdapat banyak cawangan klcc, mid valley, prima gombak dll)

so,sila enjoy pic dibawah...



air ini berharga rm8.90 sahaja

set ini berharga rm17.90 sahaja

anda boleh pilih 2 side dish pilihan anda... bersama ayam bersama sos pilihan anda = set ini berharga rm17.90


pic ini diambil di Nando's Prima Sri Gombak


Sekian, saja entry untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luvvvv!! muahhhhhzz!!!1




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...