Ahad, 7 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 41 :- KOKO CAFE


Pemandangan hadapan KOKO

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 40.

Jika anda mencari kedai kek enak paling sedap di Kuantan,  KOKO adalah pilihan terbaik.

Memang enak segala dessert atau makanan manis disini.

Dari macaron yang sungguh enak dan berperisa,  ais krim Home made yang sedap,  kek yang terasa tulen dan premium akan membuat anda bersetuju kafe ini adalah kedai kek dan dessert pilihan No. 1 paling enak dan sedap di Kuantan. 


Bahagian hadapan setelah masuk pintu ke kafe

Terletak di Jalan Air Putih,  Kuantan berhampiran Tunas Manja Air putih atau berdepan Petronas Air Putih,  Cafe ini adalah kafe kek yang amat eksklusif sekali. 

Di reka bentuk dengan cantik 
Di reka bentuk dengan cantik berlatar belakang warna putih cantik,  kafe ini terlihat cukup eksklusif.  Malah lalu-lalang English berentak jazz turut di pasang di dalam Cafe ini mewujudkan suasana damai romantis. 

Semua dessert adalah home made
Dari kek,  ais krim,  pastries,  macaron,  waffle atau kon ais krim semuanya di buat sendiri,  Home made. 

Hiasan peti ais moden,  gambar dan Dekorasi menawan pasti akan membuat anda gembira dan bahagia berada di kafe ini. 

Peti ais krim dan kon berhampiran tempat pilihan utama

Gambar hiasan di sudut ini

Ais krim Homemade yang enak

Cantik kan

Kon ais krim ini dimasak segar dan memang enak sekali
Berikut antara gambar yang sempat di ambil oleh saya di kafe KOKO ini.

Antara pilihan kek
Sila lihat Dekorasi eksklusif ini.

Jika anda mencari kafe eksklusif untuk sambutan hari istimewa,  perayaan istimewa,  hari jadi,  atau bergembira bersama insan tersayang kafe KOKO amat sesuai menjadi pilihan utama.

Zara Kusyuk melihat saya mengambil gambar 
Sila lihat aksi saya,  kakak saya dan anak saudara saya Irfan,  Ilham dan Zara ketika menikmati makanan di kafe ini.


Zara gembira berada disini

Dekorasi cantik sesuai untuk berbincang dan bergembira 

Dekat belakang tu tandas,  pun cantik 
Dekorasi ala English juga pasti menarik minat kanak-kanak untuk menikmati makanan manis,  kek,  pastri dan ais krim di sini.

Zara gembira dapat makan ais krim

Lihat bunga Zara pegang tu,  cantik kan
Anak saudara saya,  Zara gembira bersuka ria disini.

Bergambar menikmati hidangan bersama Zara
Sebelum menikmati makanan kita bergambar dahulu.


Saya dan Zara sempat berpusing sebelum makan

Dome Chocolate cake yang enak 
Ketika pertama kali ke sini,  saya dan Zara hanya memesan kek coklat Signature di sini iaitu Dome Chocolate cake.  Harganya RM13 dan bersize kecil.

Amat berbeza dengan size kek biasa yang besar seperti kek di kafe lain.

Namun apabila menikmati rasa kek coklat ini amat terasa coklat pekat yang Pure dan amat enak dan sedap sekali.

Malah adik lelaki dan adik perempuan saya juga memberi komen yang sama ketika saya membungkus kek ini di bawa pulang.

Ais krim Home made sini sedap
Ais krim Homemade disini sedap termasuk waffle dan kon ais krim ini. 

Ais krim strawberi terasa strawberi sangat,  namun sayang ketika saya sampai ais krim strawberi ini kehabisan stok,  tidak sampai separuh scoop ais krim dapat saya nikmati. 

Ais krim coklat juga sedap walaupun tidak sesedap ais krim strawberi. 

Ais krim coklat Dome pekat dan enak

Kek coklat Dome yang amat enak dan pekat rasa coklat 

Zara Kusyuk menikmati ais krim

Ais krim Homemade yang sedap dan kek coklat Dome enak
Esoknya sekali lagi saya dan Kakak saya serta anak saudara saya Irfan,  Ilham dan Zara juga kakak saya menikmati dessert dan pastri di sini.

Seharian di Teluk Chempedak tentu sekali menyebabkan kami kelaparan dan inginkan sesuatu yang manis dan menyegarkan tekak.

Maklumlah cuaca yang panas membahang,  di Kuantan berbulan ini menyediakan kami mudah penat dan lapar.

Antara Menu yang kami nikmati semalam ialah raspberry tart yang berharga RM13,  macaroni salted egg dan macaron coklat,  ais krim coklat (ais krim strawberi habis stok lagi)  dan buah-buahan celup coklat.

Raspberry tart dan macaron

Raspberry tart yang enak

Kami memilih 2 pilihan buah, anda boleh pilih 4 pilihan termasuk marshmallow 

Kami memilih 2 jenis buah untuk dimakan bersama sos coklat.  Terdapat 4 pilihan untuk cicahan coklat,  termasuk marshmallows namun kami lebih sukakan kedua-dua buah tersebut. 

Di bawah riak wajah kami yang penat berpanas seharian dan sunburn bermain di tepi pantai dan mengelilingi Teluk Chempedak 


Lapar.. Jari pun dah tak betul nak makan
Mohon abaikan kulit sunburn teruk kami.

Yang pasti sunburn itu seksi.

Maaf,  abaikan sahaja kulit gelap sunburn teruk itu,  tetap nak bergambar 
Irfan dan menu kegemaran 
Di bawah Ini gambar kegembiraan masing-masing.


Zara kegembiraan keluar berjalan
Ilham tetap suka tengok handphone 
Saya memilih menu raspberry tart memang sedap.  Macaron salleh egg caramel saya makan 2 keping pun enak sangat begitu juga macaron coklat tidak terlalu manis lembut dan memang sedap sekali.  Mohon cuba. 

Gambar dari Facebook KOKO 
Untuk info,  kafe KOKO ini juga menawarkan set minum petang berharga Rm75. 

Set 3 tingkat ini berserta satu Tea pot teh TWG.  Sesuai untuk hidangan 2-3 orang. 

Oleh kerana kakak dan anak saudara saya pernah mencuba set ini maka pada hari semalam kami tidak menikmati set minum petang ini.

Ini video yang sempat di ambil saya pada hari pertama ke kafe KOKO ini.




Anda boleh melihat instagram KOKO atau Facebook KOKO untuk senarai menu penuh dan harga yang ditawarkan di kafe ini.


Terima kasih.


*** ini sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 42 :- Nasi Lemak Place







Khamis, 4 Mei 2017

KHASIAT BUAH BIDARA


Buah Bidara yang dibeli di pasar malam
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Baru sahaja ingin berkongsi link artikel KHASIAT Daun Bidara,  hari ini baru saya perasan tiada artikel itu di Blog ini. 

Bermatian saya ingatkan telah lama berkongsi Info mengenai daun bidara di Blog ini..

Abaikan kesilapan saya,  maka saya teruskan sahaja menulis artikel mengenai Khasiat Buah Bidara sebelum mencari waktu untuk mengambil gambar daun bidara dan menulis khasiat daun bidara dalam waktu terdekat insyallah.

Diringkaskan artikel ini.  Saya hanya tahu buah Bidara ini boleh di makan melalui Facebook berbulan lalu ketika ia popular di jual di Group Facebook.

Tidak pernah tahu wujudnya buah Bidara,  hanya tahu wujud daun dan pokok berduri,  agak terkejut juga namun tiada rezeki untuk saya bagi membeli buah Bidara yang agak mahal ketika masih popular beberapa bulan lalu.

Baru sahaja membeli buah Bidara di pasar malam semalam,  ia hanya dijual RM10 sekilogram.

Saya mengambil beberapa biji seperti didalam piring diatas dan sempat merasa sebiji malam tadi dan jumlah untuk belian diatas adalah RM2.80 sahaja.

Amat murah berbanding apa yang saya sangka.

Rasa buah ni lemak manis,  rangup ketika saya menikmati buah yang berkulit kuning.  Yang masih belum masak berwarna hijau.  Malam nanti jika saya sudah menikmatinya akan saya kongsi kan disini bagaimana rasa buah Bidara hijau ini,  dari pembacaan komen ramai memberi komen rasa buah Bidara ini seperti buah epal.
Tidak hairanlah ketika dipromosikan di Facebook, bidara ini dipanggil buah Bidara  epal.

Apa istimewa buah Bidara ini?  KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BIDARA adalah seperti berikut :-

1. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi khasiat jambu batu yang tinggi vitamin C lebih dari oren dan kiwi di link ini  Khasiat Jambu Batu.

Berita gembira untuk anda,  buah Bidara juga lebih tinggi Vitamin C berbanding 2 buah popular ini oren dan kiwi,  namun jambu batu masih menandingi buah Bidara dalam ketinggian vitamin C.

2. Saya pernah membaca perkongsian artikel mengenai buah Bidara di mana terdapat ayat AlQuran yang menceritakan mengenai pohon bidara yang tidak berduri di dalam syurga.  Maka tentu sahaja pohon bidara yang disebutkan di dalam Al Quran mempunyai keistimewaan sendiri.

3. Jika daun bidara di buat teh untuk detoks,  buah Bidara sungguh enak dibuat ulam atau dimakan sahaja,  malah ia popular dibuat jeruk.

4. Daun bidara amat popular dibuat mandian ketika habis haid atau mandian untuk mandi jenazah,  buah Bidara  juga enak dibuat salad buah.

5. Selain mengandungi vitamin C,  buah Bidara juga mengandungi vitamin A,  lemak dan karotena.

6. Tinggi anti oksidan,  buah Bidara juga mengandungi khasiat lain seperti kalsium,  riboflavin,  niasin,  fosfor, karbohidrat dan thiamin.

7.  Buah Bidara juga dipercayai boleh menurunkan panas dan mengubati demam.

8. Seperti buah lain buah Bidara juga membantu melancarkan pencernaan dan sistem perkumuhan.

9. Tinggi antioksidan buah Bidara juga bagus untuk tubuh dan kesihatan kulit.

10. Seperti buah zaitun,  kurma,  delima,  buah tin, buah Bidara @ pohon bidara juga disebut dalam Al Quran maka jika anda kurang Budget membeli delima atau buah Tin,  beli sahaja buah Bidara.

11.  Buah Bidara juga mengurangkan kembung perut dan rasa loya juga sakit perut.

12. Kandungan kalsium dan galian lain turut membantu menguatkan tulang dan gigi.

13.  Bagi mereka yang sering sakit kepala akibat kurang darah,  buah bidara dikatakan dapat membantu masalah ini.

14. Buah Bidara juga terkenal dalam mengurangkan risiko osteoporosis dan tulang rapuh.  Wanita anda digalakkan menikmati buah ini.

15. Kandungan karbohidrat didalam buah Bidara membantu memberi tenaga kepada tubuh.

16. Anda yang berdiet dan eat clean,  gantikan buah Bidara sebagai snek yang lebih sihat berbanding buah import.


Saya tidak pasti adakah kerana menikmati buah durian Siam saya asyik membuang air kecil malam semalam berkali-kali atau kerana saya hanya menikmati sebiji sahaja buah Bidara.

Akan saya siasat bila saya mencuba menikmati buah Bidara lagi hari ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

Sila cari buah Bidara ini segera.


Terima kasih







Selasa, 2 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 40 :- Seoul Garden


Pemandangan hadapan Restoran Seoul Garden Megamall Kuantan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 39:- Rimbunan Oriental Cafe

Telah bertahun di buka di Megamall Kuantan,  baru hari ini saya berpeluang menikmati makanan tengah hari di Seoul Garden,  restoran Korea yang terkenal menghidangkan Buffet steamboat Korea yang amat popular. 

Seoul Garden ini memang telah lama terkenal di kalangan pengemar masakan Korea dan pastinya hidangan disini juga adalah Style Korea. 

Jika anda peminat makanan Korea anda di jemput menikmati menu makanan Korea disini. 


Antara Menu untuk hidangan steamboat dan grill.  Ikan,  sotong,  udang,  ayam dan daging pelbagai perisa. 
Sungguh terdapat pelbagai hidangan pilihan untuk menu steamboat dan grill citarasa Korea disini.

Dari menu pilihan daging,  ikan dory,  ayam,  sotong dan udang anda boleh pilihan sahaja mana satu pilihan yang ada atau nikmati sahaja ia semua sekali. 


Pilihan sayur-sayuran untuk steamboat dan grill
Peminat sayur-sayuran anda tidak perlu risau disini juga terdapat limpahan pilihan sayur-sayuran yang sihat dan segar. 

Anda boleh memilih sup apa yang anda suka.  Saya dan kakak saya memilih tom yam. 


Pelbagai pilihan sushi
Istimewa di restoran Seoul Garden ini,  disini turut dihidangkan sushi pelbagai jenis yang enak.  Sungguh sedap dan puas hati menikmatinya. 


Pilihan romen,  seaweed, mee,  bihun,  nasi dan pelbagai lagi

Disini anda boleh memilih sama ada ingin menikmati nasi,  ramen,  bihun,  Mee kuning,  kuew tiaw,  seaweed dan pelbagai pilihan lagi. 

Pilihan pelbagai buah buahan dan air batu campur juga ada
Di musim panas membahang ini,  tekak terasa lega apabila menikmati ais batu campur. 

Disini turut terdapat pelbagai pilihan ais batu campur,  buah-buahan,  jeli,  cendol dan Ice cream pelbagai perisa. 

Antara pilihan masakan panas
Terdapat pelbagai pilihan masakan panas yang siap dihidangkan disini termasuk spaghetti cabonara,  kuah kari ikan,  tauhu telur goreng,  sup cendawan,  nasi goreng dan pelbagai lagi. 

Pilihan sos dan salad pelbagai jenis 
Istimewa di restoran Korea Seoul Garden ini barisan sos termasuk sos sashimi turut terdapat disini.  Anda boleh memilih apa sahaja sos sesuai citarasa anda. 

Untuk anda yang sukakan salad,  sini terdapat pelbagai jenis pilihan salad untuk anda. 
Memang enak jika dimakan bersama steamboat. 

Kimchi turut disediakan di bahagian sushi termasuk wasabi. 

Mari lihat makanan yang sempat saya dan kakak saya nikmati untuk hidangan tengah hari kami hari ini. 

Banyak round ye kami makan
Masakan Korea ini tidak terlalu pedas seperti masakan Thailand,  namun ia cukup membuatkan saya mengulangi makan berulang kali. 

Sushi disini boleh tahan sedap dan saya banyak menikmati sushi disini. 

Selain itu Kimchi disini juga dikategorikan sedap. 


Menu kami

Setiap menu yang di hidangkan disini saya nikmati dan boleh diberi pujian untuk harga Buffet yang di tawarkan. 


Lihat wajah saya sebelum menikmati makanan disini dan sedanf mengulangi menikmati makanan berulang kali. 
Wajah sebelum menikmati makanan,  lapar okey 
Sebelum menikmati hidangan terasa penghawa dingin di sini. 

Sedang menikmati makanan terasa bahang panas dan wajah mula berpeluh.  Maklumlah anda menikmati steamboat. 

Untuk info mangkuk besi itu boleh dialihkan dan diganti mangkuk besi lain. 

Setiap orang boleh menikmati ramen atau Mee di dalam mangkuk besi berlainan. 

Jika mangkuk besi anda sejuk,  panaskan kembali ke atas bahagian grill tersebut. 

Amat mudah bukan. 

Wajah Kusyuk menikmati hidangan sambil mengelap peluh di wajah kepanasan menikmati hidangan 
Memang berpeluh-peluh saya dibuatnya ketika menikmati hidangan disini.  Lebih lebih lagi menikmati masakan yang panas dan meja kami pula berada di tepi pintu.  Namun keasyikan menikmati makanan mengurangkan keresahan dan ketidakselesaan itu.

Untuk info anda Restoran Seoul Garden ini buka pada pukul 11.30 pagi.

Hanya restoran Seoul Garden di Megamall Kuantan yang menghidangkan hidangan secara Buffet,  restoran Seoul Garden di East Coast Mall menghidangkan hidangan ala-carte.

Perbezaan jelas antara Seoul Garden Hotpot dan Seoul Garden.

Kakak saya membayar hampir RM90 untuk BUFFET ini.

Maka anggaran dalam RM45 seorang termasuk GST dan perkhidmatan.

Anda boleh mencuba Buffet di sini jika anda peminat masakan Korea.

Roti Arab dimasak Panas-panas dari oven
Alang-alang anda berada di Megamall Kuantan anda boleh singgah ke Zam Zam Mart di hadapan Megamall,  pasaraya barangan sunnah popular di Kuantan.

Disini juga dijual roti Arab yang dimasak Fresh dari oven.  Beli pagi pagi okey.

Untuk anda saya turut merakamkan video menu yang ditawarkan di Restoran Korea yang menghidangkan Buffet steamboat.

Anda boleh lihat video yang sempat saya rakamkan seperti di bawah.







Juga video daging grill rasa kopi enak.






Sekian sahaja artikel untuk kali ini.

Jika anda mencari menu berlainan dari biasa,  citarasa berlainan sekali sekala.

Anda boleh mencuba restoran Seoul Garden ini.



Terima kasih.

** ini link sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 41


Isnin, 1 Mei 2017

UJIAN DALAM BERDIET


Ketika ingin berdiet ketika itulah makanan kurang lemak tiada stok 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia ada masa kita terpaksa akur.

Ketika semangat kuat ingin berdiet datang,  pelbagai ujian lain menimpa. 


Ingin membeli Yogurt jenama Farm Fresh tanpa gula dan asli,  namun kehabisan stok di setiap pasaraya.  Maka terpaksa bangun pagi dengan menikmati roti dan cheese. 

Mencari sayur-sayuran lain kebanyakannya telah layu tidak sempat di masak. 

Baru sahaja berdiet sehari eat clean,  esoknya kakak membawa sebekas Brownies enak taburan chocolate chip dan badam. 

Telah lama mengidam namun malas membeli,  kini di depan mata sukarnya menolak. 

Maklumlah Brownies enak sebegini seketul dijual hampir RM6.  Ini dibawanya sekotak,  rugi tidak makan.  Maka berketul ditelannya. 

Belum kira baru masuk minggu pertama diet sihat,  minggu ini penuh jamuan makan.  Tolonglah. 

Hari esok jemputan makan istimewa, ahli keluarga lain pula ingin  belanja. 

Tolak rasa rugi pula maklumlah sekepala lebih RM70.  Jika pergi boleh juga menulis di Blog atau update dalam instagram,  paling kurang di Facebook atau jika tidak pun boleh juga tahu rasa sedap atau tidak selain bersosial..

Ia bukan mudah istiqamah.  Bukan mudah mengikut apa yang dirancang.  Itu yang kita rancang,  lain tuhan tentukan. 

Semuanya dalam bentuk rezeki berbeza.  Maka nikmati ia.  Esok masih ada hari baru untuk anda teruskan niat. 

Sekurang-kurangnya itu orang belanja.  Bukan duit anda. 

Duit yang ada mohon beli makanan sihat atau organik,  jangan lupa simpan untuk simpanan atau modal perniagaan anda. 

Ketika baru semangat ingin minum kopi tanpa gula,  esok terlalu banyak tenaga akan digunakan dalam pelbagai aktiviti.  Bimbang kurang produktiviti maka gula terpaksa di tambah sedikit. 

Lihat,  banyak alasan bukan. 

Ia,  bimbang jika penat dan lapar lagi teruk makanan tidak sihat di beli di kedai apa sangat setakat sesudu kecil gula perang atau molasses. 

Ketika menikmati makanan tengah hari dirumah baru perasan tiada sayur atau ulam-ulaman. 

Rasa agak stress,  namun stress tidak bagus,  maka terpaksa makan nasi setakat 3 sudu bersama kuah. 

Hanya ada ikan goreng malas memasak,  anda terpaksa kuatkan diri menolak ikan goreng dan menikmati nasi dan kuah sahaja. 

Agak sukar jika yang anda beli hanya sayur hijau yang semua tahu mudah layu. 

Sesekali memang wajar untuk letakkan kubis atau brokoli di dalam peti walaupun sayuran ini terkenal banyak racun dan mahal di kedai organik. 

Itu belum kira bekalan air mineral kehabisan. 

Maka minum lah air reverse osmosis (RO)  yang ada. 

Sesetengah orang tidak sesuai dengan air RO.  Memang agak kesian. 

Memang pelbagai dugaan akan menimpa namun belajarlah bersikap tenang dan tetap bersyukur. 

Teruskan sahaja diet anda setakat yang termampu dan cuba untuk diet sihat esoknya. 

Selamat bertabah dan kuatkan diri anda. 

Apa lagi ujian diet anda? 

Mohon kongsikan di komen. 

Terima kasih. 




Buat SNEK Sihat Sendiri


Depang @ bepang dari nasi yang di jemur
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini,  semakin ramai yang hanya ingin menikmati hari di rumah dan jarang keluar.

Maklumlah selain ingin berehat,  waktu ini juga diambil peluang untuk tidak bersesak di jalan raya sekaligus menjimatkan perbelanjaan minyak,  tol dan parking.

Kini semakin ramai peniaga yang menawarkan khidmat makanan Homemade Delivery antara yang enak dan sedap ialah Kitchen By Hermosa.  Anda boleh membaca artikel mengenai Kitchen By Hermosa di link ini Makanan Homemade dan Delivery ke Rumah Anda.
Kitchen By Hermosa menawarkan menu masakan rumah untuk menu makanan tengah hari di rumah atau di pejabat.

Alternatif jika anda malas keluar buat sahaja snek Home made sendiri.

Jika tiada bahan,  ini antara snek mudah yang kebiasaannya bahan-bahan telah tersedia dirumah anda.

Jimat duit dari anda membeli kacang badam yang lebih RM30 sekilogram,  kacang walnut,  biji bunga matahari dan sebagainya.

Ini caranya bagi menjimatkan kos yang sering dijadikan alasan untuk menikmati snek sihat yang jauh lebih baik dari biskut komersial.

Tentu anda biasa berlebihan nasi putih atau nasi beras perang di rumah anda?.

Kebanyakan individu saya jumpa membuang sisa nasi ini,  ini termasuk saya dan keluarga saya sendiri.

Sebelum ini sisa-sisa nasi ini diberi makan kepada monyet dan burung-burung di sekitar rumah.

Namun kebelakangan ini sudah berbulan monyet tidak kelihatan dan burung juga makin berkurang.  Nasi yang ditaburkan kering begitu sahaja di laman tanpa di sentuh.

Akhirnya ibu saya mengambil keputusan dari dibuang lebihan nasi putih semalam yang banyak itu lebih baik ia dibuat snek lebih sihat dan tahan lama iaitu depang atau bepang.

Tentu anda tahu betapa mudah membuat bepang ini sendiri.

Ini RESEPI MUDAH BEPANG

Anda hanya perlukan bahan-bahan berikut

1. Nasi putih yang telah dikeringkan seharian
2. Minyak untuk mengoreng
3. Gula Melaka
4. Air bertapis
5. Daun pisang segar atau loyang

Cara-cara membuatnya

1. Goreng nasi yang telah dikeringkan sebentar dalam 2 minit sahaja.  Angkat toskan. (goreng api kuat tapi sebentar macam goreng keropok keping).

Nota penting :- Anda boleh menyimpan nasi kering yang telah digoreng ini didalam botol berapa lama pun dan boleh memikirkan perasa apa yang ingin anda gunakan,  coklat,  bijan,  cheese atau tradisional seperti gula melaka.

2. Panaskan kuali dengan air yang di didihkan bersama gula melaka.  Masukkan nasi kering yang di goreng tadi dan gaul sebati,  ketika panas terus isikan ia atas daun pisang atau loyang.  Ratakan cepat-cepat,  ini kerana gula akan menyebabkan ia cepat keras.

3. Setelah keras,  potong dan simpan didalam bekas kedap udara.

Nota tambahan

1. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa sawit baru bukan didalam peket yang lebih sihat.

2. Pilih gula melaka asli tanpa campuran gula atau pewarna.

3. Nasi ialah bahan paling kurang proses berbanding makanan lain yang siap kering atau dibuat dari tepung gandum.


Selamat Mencuba snek mudah ini.

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih.





TIPS KURUS SEBELUM RAYA


Pilih kek bersize kecil
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan Ramadan dan hari raya bakal menjelang tidak lama lagi. 

Maka bersiap sedia dengan segala longgokan kuih muih di bazar Ramadan dan bazar Raya. 

Sayang jika anda terlalu berdiet di hari Raya Aidilfitri nanti,  maklumlah hanya setahun sekali anda dapat merasai masakan rumah di rumah sendiri dan saudara mara serta rakan-rakan yang di masak sendiri. 

Bonus kebiasaan yang memasak sendiri mereka menggunakan minyak yang lebih bersih,  tidak diulang banyak kali dan tentunya penyediaan segala makanan lebih bersih dan berkualiti. 

Jangan bandingkan makanan yang dihidangkan di rumah anda dan ibu anda mahupun sanak saudara anda atau jiran dan rakan-rakan anda sama sahaja seperti masakan Yang di jual di luar,  dan anda boleh menikmati ia bila-bila masa. 

Percayalah segala bahan yang dijual tidak sama bahan di gunakan di rumah. 

Segala rasa juga tidak sama.  Ramai yang sanggup berdiet ketika hari raya,  namun selepas raya kembali membeli walaupun sedikit makanan di luar yang ada di hidangkan ketika raya.

Anda boleh teruskan semangat dan pendirian anda itu jika anda rasakan itu yang terbaik. 

Hari Raya Aidilfitri adalah hari bersuka ria dan mengeratkan silaturahim,  makan bersama dan menikmati hidangan yang disediakan. 

Tidak perlu terlalu banyak,  makan sahaja sikit-sikit jika ia kegemaran anda,  dan jika sedap makan sahaja secukupnya,  bimbang jika anda terliur lagi anda menyesal dan mencari ia kembali di luar.  Lain jadinya nanti. 

Untuk anda yang ingin KURUS SEBELUM RAYA ini antara perkara yang anda boleh lakukan. 

1. Kopi dan teh tanpa gula 

Tiba masa anda langsung jangan menambah gula dalam minuman kopi atau teh anda. KOPI dan teh tetap punya khasiat sendiri terutama jika anda banyak menggunakan otak dan tenaga.  Kopi juga membantu dalam menguruskan badan dan tinggi anti oksidan .  Pilih kopi dan teh 100% asli.  Cara ini sesuai bagi anda yang telah belajar mengurangkan gula di dalam kopi dan teh anda.  Untuk info teh hijau dan Rooibos jauh lebih sedap tanpa gula.  Kopi asalnya juga jauh sedap tanpa gula.  Belajar menambah minyak kelapa dara atau Mentega asli kedalam kopi anda jika anda pertama kali menikmati kopi tanpa gula. 


2. Kurangkan minuman manis anda

Terima hakikat.  Kini masa anda mengurangkan minuman manis anda. 

Jika sebelum ini 2 kali sehari,  pagi dan petang. 

Tukar hanya sekali untuk waktu pagi. 


3.  Kurangkan porsi makanan anda

Perkara ini ditekankan beberapa kali. 

Jika anda sudah biasa dengan pengurangan porsi,  sila kurangkan lagi. 

Jika selama ini anda banyak menikmati biskut dan makanan ringan,  masa untuk tinggalkan itu semua kecuali terpaksa kerana tiada makanan lain untuk dikunyah. 

Lebih baik anda tambah porsi nasi anda berbanding anda terpaksa menambah biskut di dalam diet harian anda.


4. Bergerak aktif

Ini realiti.  Saya sendiri mengalaminya.  Beza sungguh jika anda aktif dan tidak.  Lakukan sesuatu agar anda lebih aktif. 


5. Tambah buah-buahan tempatan dan sayur hijau

Sayur hijau adalah makanan yang semakin popular kini. 

Untuk lebih kerap kenyang,  nikmati lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Buah terbukti dapat mengurangkan Ketagihan makanan manis. 

Pastikan anda nikmati buah setiap hari. 

Amat berbeza khasiat didalam buah berbanding makanan lain. 

Sayur-sayuran juga penting,  namun anda harus ingat,  jika anda terlebih serat,  sesetengah individu akan menghadapi masalah sembelit atau susah pembuangan. 

Malah ada yang jarang membuang. 

Pastikan anda menikmati semua kategori makanan sihat yang ada. 

Jangan terlalu diet ekstrem. 


6.  Minum air putih yang banyak. 

Minum air putih bertapis atau air alkali.  Sebaiknya air mineral asli. 

Bukan air yang berperisa. 

Peringatan ini diberikan berkali-kali  terutama jika anda tinggal didalam bilik berhawa dingin. 


7. Berpuasa 

Kini masyarakat Barat juga mula berpuasa dan tahu kepentingan berpuasa. 

Puasa bukan untuk kurus namun untuk mendekatkan lagi diri kita kepada ajaran Tuhan. 

Untuk lebih mengasihi manusia yang lebih susah dari kita sekaligus memberikan tubuh masa untuk rehat dan menyembuhkan diri. 


8. Hindari stress

Belajar kurangkan stress yang tidak membawa kebaikan kepada anda. 

Stress yang ringan penting dalam sesuatu segi namun Stress berat yang berpanjangan akan mengakibatkan kesan buruk pada diri anda dan boleh menyumbang kepada kenaikan badan serta proses perkumuhan yang lemah. 


9. Buat jadual makanan

Jika anda terlalu sukar untuk berdiet. 

Masa untuk membuat jadual pemakanan harian anda untuk seminggu. 

Cubalah ikuti jadual anda sendiri. 

Tentu ini lebih memudahkan anda. 


10. Motivasi 

Sejujurnya anda tidak akan mampu memotivasikan diri anda setiap hari dan setiap saat. 

Anda perlukan motivasi dari setiap sudut. 

Rajin-rajin membaca motivasi di Blog,  instagram dan majalah. 

Berkawan dengan sahabat yang ingin mengamalkan diet sihat seperti anda. 



11. Kurangkan porsi

Terima hakikat. 

Anda boleh makan apa sahaja anda teringin namun dalam bahagian atau porsi kecil. 

Makan ala kadar sahaja. 

Pilih kek bersize mini dan kecil. 

Pilih coklat bersize kecil walaupun harga amat berbeza dengan yang bersize besar. 

Tidak perlu fikir yang besar lebih jimat.  Beli sahaja yang kecil sudah cukup untuk anda. 


12. Berubah kepada yang manis kepada yang kurang manis

Jika selama ini anda nikmati biskut oat bersama chip coklat tukar oat bersama kacang.

Jika anda biasa nikmati cornflakes manis atau berperisa coklat.  Tukar Cornflakes biasa.

CRUNCHY FLAKES by QK adalah antara pilihan yang anda boleh pilih sebelum mengamalkan diet sihat sepenuhnya.

Snek emping jagung enak
Untuk pembelian dan pertanyaan produk  Crunchy Flakes by QK, sila whatapps ke

016 276 2636 


Untuk maklumat lanjut. 


13. Cuba untuk membuang setiap hari. 

Ubah cara pemakanan anda. 

Cuba untuk memastikan anda membuang tiap hari. 

Namun membuang tiap hari masih berdasarkan tubuh anda sendiri. 

Tidak semestinya anda tidak membuang setiap hari,  usus anda tidak sihat. 

Pastikan pembuangan anda tidak mempunyai masalah. 

Kebiasaannya jika anda mengamalkan diet yang sihat,  sistem pembuangan anda lebih tersusun.  

Jika anda makan terlalu banyak hari ini dan hari berikutnya dan masih tidak membuang,  mungkin masa untuk anda memikirkan tentang apa yang berlaku dalam usus anda terutama jika perut anda sendiri semakin naik.

Fikirkan sendiri. 


14. Berhenti menyalahkan diri sendiri. 

Jika anda sudah terlebih makan hari ini. 

Makan makanan manis yang terlebih banyak. 

Berhenti menyesal dan menyalahkan diri. 

Puasa sahaja esoknya atau tukar sahaja diet jauh sihat untuk hari esok. 

Ia jauh membantu. 



Ini sahaja antara perkongsian untuk anda. 


Selamat Mencuba Tips mudah ini. 


Terima kasih 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...