Khamis, 3 Disember 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 27 :- WARONG BAY ROUTE


Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan :- SUPER KITCHEN

Jika anda mencari warung yang menjual pelbagai sajian untuk breakfast atau makan pagi serta tengah hari, WARUNG BAY ROUTE adalah antara pilihan yang ada di bandar KUANTAN ini.



WARONG BAY ROUTE yang berada di tengah-tengah bukit bay route ini, terletak menghadap kawasan hutan atau pokok yang menghijau di atas bukit.


Dengan keindahan hutan dan alam semulajadi, terdapat ramai pelanggan yang datang ke restoran ini dari pagi sampai petang.


Terdapat pelbagai menu yang disediakan di warung ini. Anda boleh melihat antara menu dan harga yang dipaparkan di sini.


Selain kuih muih disini juga ada dijual roti canai segera.

Gambar-gambar di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil dan antara menu yang dijual di sini pada waktu pagi dan untuk sarapan pagi atau breakfast.


laksa
Anda boleh lihat menerusi setiap gambara betapa ramainya pelanggan yang datang ke warung ini.



Di sini juga ada di jual roti home made, ramai pelanggan disini yang membeli roti ini sama ada di makan di sini atau di bawa pulang.


Terdapat pelbagai pilihan roti di sini.


Antara menu pagi yang di tawarkan disini termasuklah lontong, nasi impit, nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee kari, mee jawa, laksa, laksam dan pelbagai menu lagi.




Pulut kuning , nasi dagang, nasi kerabu turut dijual di sini.






Disini juga terdapat pelbagai pilihan kuih muih yang digemari ramai.





lontong

Mee kari disini amat digemari oleh rakan saya kerana kari yang pekat dan sedap. Rasa laksam disini biasa sahaja, begitu juga puding roti.


saya menikmati makanan saya
 Di bawah ini adalah gambar suasana pagi di warung ini.







 Warung ini amat besar dan luas dan di penuhi dengan lambakan meja-meja besar bagi memudahkan pelanggan menikmati makanan disini bersama keluarga.



mee soto, mee jawa, mee kari, adalah antara menu pilihan ramai di sini.


 selain itu cekodok goreng juga antara menu yang mendapat perhatian di sini.




mee kari

kuih bakar juga di masak di sini dan antara menu yang sentiasa di tambah






Dibawah ini pula adalah antara lauk pauk dan menu untuk hidangan tengah hari yang ditawarkan di WARONG BAY ROUTE ini.












PAIS PATIN 
 Pais patin juga turut di jual disini



Pada setiap hari JUMAAT, WARONG BAY ROUTE menyediakan bubur kacang hijau percuma untuk setiap pelanggan di warung ini.

Rasa bubur kacang hijau disini memang sedap dan saya amat mengemarinya.

bubur kacang percuma
Saya menikmati bubur kacang disini sampai licin. Memang sedap. Percuma pula tu.


Tandas turut di sediakan di warung ini. Jadi jangan risau.


Jika anda berada di Kuantan, warung ini adalah antara pilihan yang bagus untuk makan atau sarapan pagi bersama keluarga anda.


Ingin diingatkan disini perjalanan ke warung ini melalui jalan-jalan bukit yang tinggi dan agak sempit. Sila berhati-hati.

Terima kasih.


KHASIAT LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB



Selain MANNA atau GUM ARABIC atau GAM ARAB yang tinggi khasiat seperti dalam artikel sebelum ini KHASIAT MANNA ATAU GUM ARABIC ATAU GAM ARAB

KEMENYAN ARAB atau LUBAN juga adalah antara makanan sunnah yang banyak khasiat dan berguna untuk tubuh badan sebagai antibiotik asli dan supplement yang amat berkuasa dengan izin ALLAH SWT.

Rasa LUBAN atau KEMENYAN ARAB ini agak pahit dan pedas serta kelat sedikit. Agak sukar menikmati luban atau kemenyan arab ini untuk pertama kali tetapi lama kelamaan anda pasti akan dapat menerima rasa luban dan kemenyan arab ini.

Harga luban atau kemenyan arab ini adalah dalam RM30 untuk 100gram berpandukan jenis gred dan tempat anda mendapatkan luban ini.

Dibawah ini adalah antara KHASIAT dan KELEBIHAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB :-

1. Mengubati penyakit lupa terutama di kalangan golongan muda kerana faktor pemakanan dan persekitaran masa kini.

2. Amat bagus untuk otak dan sesuai sebagai makanan tambahan minda untuk kanak-kanak atau pelajar serta hafazan.

3. Turut membantu memperkuatkan penglihatan.

4.  Membantu memperkuatkan organ perut.

5.  Membantu mengurangkan kahak

6. Amat bagus memperkuatkan tulang

7.  Turut membantu mengeluarkan angin dalam badan

8. Membantu memperkuatkan fungsi otak.

9.  Turut membantu melawaskan pembuangan air kecil

10.  Membantu membersihkan hati

11. Membantu melancarkan pertuturan. dengan membantu meringankan penggunaan lidah.

12. Amat bagus di makan oleh ibu hamil.

13. Membantu mengurangkan kolesterol.

14. Turut menghentikan penyebaran sel kanser.


CARA-CARA MAKAN LUBAN ATAU KEMENYAN ARAB

1. Ambil 3 ulas luban atau kemenyan arab dan kunyah. Pahit luban itu menjadi ubat untuk tubuh.

2. Rendam 3 biji luban di dalam air kosong sebelah malam sebelum tidur. Pagi esok minum air ini sebaik sahaja bangun tidur.

3. Makan luban atau kemenyan arab dengan mencicah ke dalam madu asli sebagai makanan tambahan di waktu pagi.

4. Luban juga boleh ditambah di dalam kopi.

5. Untuk makanan kecerdasan minda anak, tambah luban ke dalam minuman coklat atau susu kegemaran anak-anak anda.

6. Harus Diingatkan disini, luban lebih bagus dikunyah seperti coklat getah untuk khasiat yang lebih bagus dan sempurna. Selepas dikunyah, sila buang sisa luban tersebut yang telah menjadi kenyal kerana bimbang ia menggangu usus atau sistem penghadaman anda.

7. Luban atau kemenyan arab juga dikenali sebagai 'chewing gum' atau gula-gula getah arab.

Dikatakan juga bahawa luban atau kemenyan arab di amalkan oleh IMAM SYAFIE yang amat terkenal dengan daya ingatan beliau yang amat kuat, sehingga akhir hayat beliau. Dikisahkan bahawa semasa kematian IMAM SYAFIE yang masyur itu masih ditemukan sisa-sisa luban di celah gigi IMAM RAHIMULLAH ini.

Malah IBNU SINA , Ahli perubatan ARAB yang popular mengesyorkan LUBAN atau kemenyan arab sebagai ubat untuk tumor, bisul, muntah dan demam.

Di BARAT atau EROPAH, LUBAN atau KEMENYAN ARAB ini lebih dikenali sebagai FRANKINCENSE. 

Minyak pati Frankincense amat popular digunakan sebagai bahan semulajadi yang berguna untuk kesihatan dan merupakan antara minyak pati yang mahal dan paling popular di kalangan peminat minyak pati itu sendiri.

Salah seorang herbalist yang saya kenali pernah memberitahu luban juga boleh menyembuhkan sakit belakang dan juga menyembuhkan tulang yang bengkok menjadi lurus kembali. Wallahualam.

Bagi anda yang menghadapi banyak masalah kesihatan, sila tambahkan luban dalam diet harian anda.

Ini sahaja perkongsian yang dapat saya tulis mengenai luban untuk setakat ini.

Sila dapatkan luban di tempat berdekatan anda.

Ini perbezaan antara Manna (Gam Arab)  dan Luban (Kemenyan Arab).  Sila rujuk artikel di bawah. 




Terima kasih.




Rabu, 2 Disember 2015

ICED MILK PAPER BEG SEDAP DI KUANTAN PART 1 : - D' MAN COFFEE CLASSIC



Ketika ini adalah TREND PAPER BAG COFFEE di mana-mana sahaja, malah di bandar KUANTAN sahaja terdapat beberapa stalls atau gerai minuman yang menjual kopi jenis ini.

Antara yang paling popular dan sedap di kuantan selain KOPI AKAR ialah D'MAN COFFEE CLASSIC yang terletak di belakang AL-FARABI atau berdekatan RESTORAN TAJ BARU , lorong Tun Ismail 1.


berada belakang AL-FARABI atau berdekatan atau berdepan dengan RESTORAN TAJ BARU
Tidak kira cuaca hujan atau panas, gerai D'MAN COFFEE CLASSIC ini sentiasa di penuhi pengunjung. Rasa kopi dan pelbagai minuman di sini amat sedap sekali dan di gemari ramai.


walau ketika cuaca hujan turun, tetap ada pelanggan yang datang ke kedai minuman ini

Saya ke kedai D'MAN COFFEE CLASSIC ini ketika hujan turun dengan lebatnya, kerana cuaca dan keadaan ini saya tidak berkesempatan untuk menikmati kopi dan minuman di sediakan ini di meja yang turut di sediakan di sini. Meja di kedai ini terpaksa dilipat dan di simpan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

hujan yang lebat menyukarkan saya mengambil gambar

Kerana cuaca dan keadaan hujan, saya agak sukar untuk mengambil gambar di kedai ini. Tetapi cukup saya katakan, pembancuh kopi dan peniaga kedai kopi ini amat ramah sekali, terdiri dari 2 orang lelaki muda yang membancuh kopi dan seorang wanita, sifat ramah dan membantu mereka amat saya puji.

pilihan menu minuman yang terdapat di sini
Dengan pelbagai pilihan menu ICED MILK PAPER BAG di sini dengan harga serendah RM3.50 dan RM4.00 anda boleh memilih apa sahaja pilihan menu yang sesuai dengan citarasa anda.



Kedai kopi ini juga di hias ringkas dan menarik serta selesa di pandang dengan hiasan basikal putih dan teddy bear yang comel.

hiasan basikal putih dan teddy bear comel
Seperti nama menu ICED COFFEE BAG , minuman ini diletakkan dalam plastik dan di isi dalam paper bag yang cantik dan menawan.


contoh minuman yang di bungkus

Pemandangan yang lebih jelas

Anda boleh menikmati pilihan minuman kegemaran anda di sini di meja yang di sediakan atau boleh membungkus pulang.

kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan hujan, meja untuk menikmati minuman di gerai ini , tidak di buka ketika ini.
paper bag yang di gantung di sini


Sesuai dengan tagline paper bag, terdapat banyak paper bag yang tergantung di sini sebagai hiasan

teddy bear comel yang di jadikan hiasan

Saya telah bertanya kepada peniaga dan pembancuh kop D'MAN COFFEE CLASSIC apa istimewa setiap menu minuman di sini sehingga digemari ramai?.

Rahsia menu di sini , setiap kopi disini menggunakan kopi biji yang dikisar kasar dan masih berbiji.

Menu special pula adalah campuran cip coklat dengan tambahan kos 50 sen sekaligus berharga RM4 sahaja.

rupa kopi yang digunakan , dikisar kasar.

rahsia kesedapan menu minuman disini ialah kopi yang istimewa
Selain biji kopi istimewa ini, terdapat juga bahan-bahan lain yang menambah rasa dan keenakkan kopi ini. Berbaris bahan-bahan lain yang digunakan untuk setiap campuran minuman digerai ini untuk tatapan para pembeli dan pelanggan di kedai kopi ini.

bahan-bahan lain yang digunakan

Pujian harus di berikan kepada peniaga dan pembancuh kopi di kedai ini atas kerjasama yang diberikan ketika saya mengambil gambar , walau cuaca ketika ini hujan dan kurang sesuai untuk di ambil gambar.


pekerja dan peniaga kedai kopi kusyuk membancuh kopi dan menyediakan bahan diperlukan
Minuman tambahan vanilla dan hazelnut di sini juga amat sedap dan diantara menu yang digemari ramai disini.

jenama sirap hazelnut dan vanilla yang digunakan disini.
Jika anda berada di sekitar bandar KUANTAN , sila datang ke gerai kopi ATAU KEDAI KOPI PAPER BAG ini.

D'MAN COFFEE CLASSIC bukan sahaja berpatutan harga malah rasa kopi dan pilihan menu yang disediakan turut membuat ia istimewa dan menjadikan setiap yang pernah merasa kopi disini akan membeli berulang kali.

Selamat mencuba dan menikmati kopi disini.

Terima kasih.

*** ini adalah artikel untuk tempat makan best di Kuantan TEMPAT MAKAN BEST DIKUANTAN : SUPER KITCHEN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...