Selasa, 6 Mei 2014

Tempat Makan Best di Kuantan - Part 12

Assalammualaikum wbt...

Ini adalah sambungan entry sebelum ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/05/tempat-makan-best-di-kuantan-part-11.html

Sekali lagi jutaan maaf dipinta kerana entry ini juga seperti melepas batuk ditangga.. actually my internet line seriusly very slow... tqvm


36) Little Croc , Deli Cafe , Riverside Boutique Guest House , Jalan Besar Kuantan

Actually cafe ini sebenarnya adalah didalam hotel atau guest house.. .kebetulan kerana i dengan my frenz dah keboringan makan nasi sahaja setiap hari.. so kami ingin sesuatu yang "light" untuk lunch jadi kami kesini.. harga disini tidaklah mahal dan tidaklah murah sangat.. standard cafe hotel @ guest house sahaja.. .makanan disini bagi kami menarik dan rasanya juga boleh tahan kerana roti (ciabatta) disini dibuat sendiri oleh chef di Cafe ini.. .so please try....



pemandangan cafe ini di luar
So , berikut juga gambar pemandangan cafe ini diluar..




Dibawah ini pula pemandangan di dalam cafe ini...









Dibawah ini pula antara menu yang ditawarkan di cafe ini...



buku menu










muffin & pastry turut dijual disini


harga bilik hotel  disini

I dengan my fren memilih menu poached salmon yang diupgrade kepada roti ciabatta dengan extra caj rm2 so jadilah harga rm15 dan juga menu  Vegetarian panini hot grilled ciabatta sandwich yang berharga  RM11.. disini semua harga makanan dikenakan extra service charge 7% ok....




poached salmon with a sweet dill & mustard sauce - roti ciabatta

poached salmon

Vegetarian Panini with cream cheese, pesto & pepperonata RM11


Vegetarian Panini

so, i dengan my fren ambik 1 seorang untuk rasa ye...

Rasa menu poached salmon ok sedap.. dan vegetarian panini pula agak masam... coz kaya sangat dengan cheese masam.. .hehehehe


saja ambik pic action guna garpu makan.. padahal i prefer makan guna tangan sajork...

candid pic - i menikmati hidangan... guna tangan sahaja ye supaya cepat hadam


candid pic

ini bil kami makan.. kami minum air suam sahaja ye... heheheh



37) Gerai Merdeka sebelah Surau Kubur, Tanjung Lumpur

Actually i sendiri pun tidak tahu apa nama gerai makan ini ye...tapi serius disini memang tempat breakfast @ sarapan pagi yang cukup terkenal di Kuantan... i tidak tahulah apa makanan special disini tapi... memang setiap hari cukup penuh kereta dan orang berhenti disini untuk breakfast... so maybe anda semua boleh try.. bagi i makanan disini biasa-biasa sahaja.. tetapi taste setiap orang berbeza... jadi tidak boleh bersandar kepada taste dan komen saya seorang sahaja ye.. tapi kalau dah pagi-pagi sentiasa "full".. sedaplah bagi orang lain... heheheheh


Baiklah berikut ialah pemandangan di luar gerai makan ini


gerai ini memang dihias ala-ala malaysian tanah airku ye....


nampak simbol tok gajah tu? hehehe






Di bawah ini pula pemandangan didalam gerai ini...actually dalam kedai atau gerai ini terdapat banyak lagi pilihan gerai didalamnya... atau dengan kata lain dalam gerai terdapat gerai... hehehehhe



antara kuih muih yang dijual disini

i memilih nasi kerabu daging yang berharga rm4.50, kerana i tidak kuat masin. .so i rasa nasi kerabu ini masin ye.. tapi bila i tengok orang kiri kanan i.. masing-masing licin makan.. so maksudnya sedaplah tu kanzz???.. heheheh

my dad makan nasi dagang... dan i tengok nasi dagang my dad pun licin ye...


roti canai disini boleh tahan ye.. so please try

So sila enjoy gambar-gambar dibawah.. disini anda boleh memilih gerai makan yang jual nasi minyak, nasi lemak dan roti canai ataupun nasi kerabu... pergi saja ke gerai tersebut dan order...


pelanggan menikmati makanan

Dibawah ini adalah gambar gerai nasi kerabu dan gambar-gambar lauk yang terdapat digerai nasi kerabu ini...



daging bakar

paru masak kicap

senarai harga makanan


ikan goreng celup tepung





Dibawah ini pula gambar gerai yang menjual nasi minyak ayam kampung, nasi dagang, nasi minyak daging dan roti canai...
















My parent hanya bungkus sahaja nasi minyak untuk dibawa kepada cucu kesayangan mereka... actually nasi minyak ayam kampung ini memang kegemaran anak saudara i... so maybe kanak-kanak lain juga menyukainya... dibawah ini adalah gambar nasi minyak ayam kampung yang dibawa pulang.







Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv muahhhhzz..

**** ini adalah sambungan link ini

http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.my/2014/05/tempat-makan-best-di-kuantan-part-13.html?m=0




Isnin, 5 Mei 2014

Khasiat Lobak Merah untuk kulit yang sentiasa terkena panahan matahari


image from google



Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana cuaca sekarang amat panas sekali di Kuantan.. di KL khabarnya dah hujan setiap hari.. tetapi di Kuantan.. .fuh!! panas sepanas-panasnya.. sampai ketika waktu malam pun, tetap rasa haba panas.... i bukanlah pengemar air cond.. so, walau pun bilik tidur ada pasang air cond.. memang i jarang guna bukan jarang guna.. memang tidak guna... coz bagi i.. air cond kurang elok untuk kesihatan... dan tidak membantu mengurangkan berat badan serta menyebabkan i malas... i dah ler pemalas.. kang bertambah-tambah plak malasnya...

Oleh kerana kerjaya i memang berhadapan dengan cuaca yang panas ini.. sinaran matahari yang cukup terik.. dan selalu drive ke sana kemari.. ke Kuala Lumpur, Kuantan, Kemaman , Kerteh, Dungun segala... maka berlaku la sunburn dan kegelapan kulit yang cukup ketara... bukan sahaja kulit muka .. .seluruh tubuh lagi ye... walau asalnya i peminat setia sunburn skin colour... (i peminat mat salleh kulit sunburn ye.. especially pelakon-pelakon hawai-five o tuhz.. fuhzz.. baik mat salleh & chinese mix kat dalam cerita tuhz.. serius i suka tengok kulit mereka.. chinese-chinese@japanese walau kulit sunburn tetap nampak cun & sexy maybe coz hidung diaorg mancung sikit kot...hehehhehe)..

Oleh kerana i nihz berangan nak kulit cun macam mereka.. dan i selalu baca dalam kolum majalah.. wanita-wanita modern asia termasuk malaysia yang suka berpanas.. atau sunburn kan kulit di pantai dan pulau... yang menyukai kulit perang... walaupun kulit mereka putih.. selalu meminum air lobak merah untuk mewujudkan kulit perang cantik ... so.. i dengan hati yang gembira terus mengoogle khasiat lobak merah ini untuk kulit...i bukanlah peminat sayuran .. serius i tidak suka sangat sayur.. tapi sekarang terpaksalah makan kerana usia yang makin bertambah... tapi tetap juga jarang makan... so i sekarang tengah cuba memaksa diri rajin meminum air lobak setelah mengetahui khasiat lobak merah ini... so dibawah ini.. .i sertakan antara khasiat lobak merah ye... paling penting jika anda selalu terkena matahari... please minum air lobak merah.. untuk kasi kulit sunburn kita itu perang cantik... i yang dulu dipanggil anak chinese atau mix chinese lepas nih.. boleh ler berangan ala-ala mat salleh kulit perang ye.. hahahah... syok sendiri sangat uols... hahahah... :-


Khasiat Lobak Merah :-

1. baik untuk kesihatan mata kerana kaya vitamin A dan antioksida
2. antioksida yang baik untuk badan
3. baik untuk kesihatan kulit dan warna kulit.
4. menyegarkan dan rendah kalori. Tidak bermasalah jika minum dalam kuantiti yang banyak.
5. mengurangkan lemak dan baik untuk kesihatan hati.
6. penuh dengan beta carotene, melawan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kerosakan sel, melambatkan proses penuaan.
7. membantu kesihatan tulang dan mengelakkan masalah2 tulang seperti osteoporosis.
8. mengandungi potassium yang membantu fungsi otot dan pengurusan kolestrol.
9. vitamin E dan anti-oksida dalam jus carrot membantu mencegah cancer daripada terbentuk.
10.  Membantu Mengurangkan kolesterol  
11. Menghalang jerawat , kulit kering, kedutan pra matang dan membantu mendapatkan kulit lebih cerah.
12. Mengurangkan tekanan dam melegakan stress
13. Mencantikkan warna kulit yang selalu terkena panahan matahari

****- Lobak lebih berkhasiat jika dimasak dari dimakan mentah. Bagi sesetengah orang, lobak boleh menyebabkan "angin" atau kembung perut...

So, lepas ini i  kena segera beli lobak merah dan paksa diri mengalamalkannya... hehehe

 Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya...luv! muahhhhzz!!!

** dari pengalaman saya sendiri kerap menikmati lobak merah turut menyebabkan tapak tangan saya juga berwarna oren akibat juicing lobak setiap hari atas beta karotenoid yang terdapat dalam lobak merah. 


**** sumber maklumat khasiat lobak merah ini adalah dari google... thanks!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...