Sabtu, 11 Januari 2014

TEMPAT MAKAN BEST DI KL PART 8


Assalammualaikum wbt

Ini adalah sambungan entry sebelum ini.. http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/12/tempat-makan-best-di-kl-part-7.html

Sekali lagi jutaan maaf jika entry ini juga seperti melepaskan batuk di tangga...

35.  Cupcake Chapter (Taman Melawati @ Ukay Boulevard)

Jika anda mahukan tempat makan yang happening untuk hitea atau celebrate birthday atau release tension.. anda boleh datang kesini...  disini disediakan pelbagai jenis desert especially cup cake dan makanan western yang lain.. harga disini oklah.. berpatutan. tak mahal dan tak murah.. . rasanya pun ok.. not bad.. tetapi cup cake red velvet di sini memang best... i dah try rasa 2 jenis cup cake disini iaitu black forest & satu lagi cup cake i tak ingat nama apa.. tapi sama macam red velvet just ada strawberry jem je kat atas dan dalam cup cake tu... bagi i black forest cup cake agak manis dan i kurang suka.. .tapi yang sejenis lagi seperti cup cake  red velvet tuh serius isuka... Harga sebiji cup cake disini rm4.50 sahaja... ia sesuai dihadiahkan untuk client @ someone spesial....  Decoration di sini juga menarik dan turut disediakan perkhidmatan wifi free... hehehehe



pemandangan hadapan cafe ini


cafe ini 2 tingkat dan serius menarik dan happening

pemandangan di dalam cafe ini




disini juga turut dijual hamper yang sudah berbungkus cantik...

pemandangan luar cafe ini

red velvet cup cake ini di bungkus pulang oleh my fren dan dibungkus cantik di dalam box
box yang berbungkus cantik dan sesuai sebagai cenderahati @ hadiah @ buah tangan untuk sesiapa saja


my fren order beef lasagna... dia cakap rasa lasagna ni biasa saja

actually mmg nampak "creamy" & mengterliurkan sangat beef lasagna ni ye..

ini antara menu yang ditawarkan beserta harga

ini pula harga minuman yang dioffer dicafe ini


oleh kerana i baru lepas lunch.. so i just pilih 2 cup cake saja... actully i suka cup cake yang bentuk love tuhz.. sedap... ini adalah cup cake seperti red velvet just ada tambaha jem strawberry



pemandangan didalam cafe ini

pelbagai pilihan cup cake yang dijual disini

kek hari jadi dan dessert lain juga turut di jual disini

so gambar-gambar dibawah adalah pemandangan didalam cafe ini.. i tak sempat nak ambil gambar di tingkat atas kerana ingin mengejar appointment seterusnya.. heheh



antara barisan hamper yang sesuai dihadiahkan kepada sesiapa sahaja

Parking disini i rasa dalam rm1 sejam.. kerana ketika membayar parking tiket masa i disini dalam 1 jam berbelas minit sahaja tetapi bayaran dikenakan rm2... selain cafe ini.. berdekatan sini juga terdapat banyak pilihan restoran dan cafe lain..



36) Nu'in (Selera Perak) , Bandar Baru Bangi seksyen 8

Jika anda berada di area bangi.. dan ingin menikmati hitea yang ringan dan serius teh tarik yang sedap.. .anda boleh cuba datang disini.. bagi i makanan disini biasa saja... not my taste.. tapi teh tarik disini sedap kerana ia dibancuh dengan susu segar.. harga teh tarik disini pun murah dalam rm4 sahaja... makanan disini harganya pun berpatutan dan banyak makanan jenis "light" di jual disini dan yang penting disini turut disediakan perkhidmatan wifi free dan tempat caj hp @ laptop...

pemandangan hadapan restoran ini


pemandangan didalam restoran ini

menu book restoran nu'in

ini keratan dalam menu book restoran ini

so dibawah ini adalah antara menu yang disediakan di restoran ini ..

kuih berlauk tapah

pelbagai jenis popia turut di jual disini

 




tempat rehat yang best.. .i memang suka duduk di sofa ini sambil buat kerja ye.. heheheh

pemandangan didalam restoran ini


kuew tiaw disini bagi i rasanya biasa saja.. tetapi air asam boi kasturi tu memang best harga kuew tiaw ni dlm rm7.50 dan air asam boi kasturi itu rm3.90

mee rebus disini pun bagi i biasa saja.. kerana i bukan pengemar mee rebus.. tetapi yang pasti teh tarik disini memang best... so sila try...

mee rebus rm7.50
so dibawah ini pemandangan didalam restoran ini



so sila datang.. especially jika anda pengemar masakan Perak...



37) Pastry Ville , Wangsa Walk , Wangsa maju

Jika anda berada diarea wangsa maju dan tidak tahu nak breakfast apa... i suggest uols datang kesini dan menikmati set breakfastnya.. serius murah... RM10.90 sahaja untuk 2 jenis roti @ pastry dan tea @ coffee... oklah jika dibandingkan dengan tempat lain dan jika anda dah boring breakfast masakan melayu, mamak atau western yang lain.. Tempat disini juga menarik untuk release tension atau mencari idea untuk inspirasi hari anda... so please try & enjoy all picture i'm taken...



pemandangan hadapan Pastry Ville, Wangsa Walk


pemandangan hadapan cafe ini. .selain set breakfast.. set lunch dan hitea pun disediakan disini

so uols boleh pilih set apa yang uols berminat

disini turut disediakan untuk corporate packages

So dibawah ini pemandangan didalam cafe ini dan jenis-jenis pastry yang disediakan... actually banyak saja pastry buah-buahan disini.. seperti strawberry, blueberry.. tapi i tak ambil la plak.. coz i nak cepat breakfast yea.. hehehehe.. btw bcoz harga pastry disini antara rm2+++ ke rm4+++ i suggest u ambik la untuk breakfast pastry yang mahal-mahal.. hahahaha... tapi coffee disini mahal... so bila disertakan dengan set. .so automatik jadi murah lah.. so jika anda pengemar coffee sila pilih latte yea.. coz harga latte disini pun dah rm12.90.. tapi bila disertakan dengan set breakfast 2 pastry dan coffee hanyalah rm10.90.... jimat banyak kan???












Pemandangan didalam cafe ini.. actually coz ketika ini cuaca tengah hujan, so i tak boleh ambil gambar cafe ini dibahagian luar.. cafe ini actually 2 tingkat.. dan dibawah ini adalah pemandangan bahagian atas cafe.. tetapi didalam.. diluar pun ada meja untuk makan dan "cuci mata" heheheh...










ini adalah set breakfast yang kami pilih... air dalam mug tuhz green tea, roti ini dihidang panas kerana baru sahaja dipanaskan didalam ketuhar

set breakfast yang i dan my frenz pilih.. pastry nih kerana dihidang panas so sure sedap...

hahahah.. dah habis 1 round makan baru i ingat nak posing.. huhu

i memang coffee lover

i sedang menikmati my "breakfast set"...


Semoga berpuas hati dengan entry ini.. .terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya... luv & muahhhhzz!!!


ini adalah sambungan entry ini... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/04/tempat-makan-best-di-kl-part-9.html

Ahad, 5 Januari 2014

Khasiat @ kebaikan BEKAM



Berbekam amatlah di galakkan didalam islam..  Terdapat 2 jenis bekam iaitu Bekam DARAH (bekam sunnah) dan Bekam Angin (dikatakan bukan bekam sunnah). .walau bagaimana pun dikatakan Bekam Darah lebih banyak memberi kebaikan daripada bekam angin.. tetapi anda boleh mencuba kedua-duanya sekali jika berminat.

Dalil-dalil tuntutan berbekam Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik


Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari


Sabda Rasulullah SAW :-
ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi & Baihaqi)

Antara kebaikan berbekam :



1.       Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2.       Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3.       Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4.       Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5.     Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan   sakit gigi.
6.       Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7.       Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8.     Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.
9.    Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10.     Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11.     Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12.     Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13.   Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14.   Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15.     Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16.     Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17.   Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18.    Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19.    Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20.    Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21.   Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan   rasa berat dan malas.
22.  Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23.    Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24.    Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.


*****HARI YANG DILARANG BERBEKAM DARAH****
Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM :-

1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.

2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.

3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.


4. Makan setelah 2 @ 3 jam selepas makan . Digalakkan perut kosong atau berpuasa sehari sebelumnya.


 "Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)

Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka


Titik Bekam paling baik (titik bekam istimewa) adalah di Ummu Munghits/titik bekam kepala. Dalam sebuah Riwayat di jelaskan, “Bahwa titik bekam kepala menghilangkan 100 penyakit”. Riwayat lain Bekam kepala ada 5 manfaat, mencerdaskan, menguatkan pandangan mata, menguatkan hafalan, meringankan tubuh dan menghilangkan sihir.


Selain Kepala.. belakang badan juga antara titik bekam istimewa (terutama dibelakang tengkuk) .... tetapi paling terbaik adalah dikepala.


Terima kasih kerana membaca entry ini. . Salam Sayang dari saya.. luv! Muuaaahhhzzz!!


**** Terima kasih kepada my bff google diatas maklumat ini...


Lirik Lagu : JODOH PASTI BERTEMU - AFGHAN






JODOH PASTI BERTEMU  - AFGHAN

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu








Sabtu, 21 Disember 2013

Khasiat Teh bunga kekwa @ bunga Crysantimun



Assalammualaikum wbt...

Diantara herba cina yang popular selain kurma merah @ kurma cina , buah goji , teh hijau ialah bunga kekwa @ bunga crysantimun.. Teh kekwa @ teh crysantimun memang cukup popular dikalangan pengamal herba cina.. malah teh ini juga boleh didapati secara segera didalam kotak dan antara jenama teh crysantimun yang popular adalah yeo's..


teh cyrsantimun yang segera diminum - pic diambil dari google


Teh crysantimun kegemaran masyarakat cina ini memang amat banyak manfaatnya... antara khasiat teh ini adalah seperti berikut :-

1. Membantu melancarkan perjalanan darah

2. Membantu pencernaan makanan.. elok diminum suam @ panas tanpa gula jika makan apa-apa makanan berminyak atau tinggi kalori .

3. Membantu mengurangkan sakit kepala .

4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.

5. Menyejukkan badan

6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .

7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme).. iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah., penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.

8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.

9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.

10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 

11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.


mini teh crysantimun @ teh cina = rm3 sahaja sebanyak ini ye..


****Cara membancuh teh bunga kekwa @ teh bunga crysantimun ini amat mudah, just rendam @ rebus dgn air panas, setelah bunga crysantimun ini kembang dan air bertukar kuning anda boleh meminumnya...

Saya telah mencuba teh ini dengan hanya mengisi air suam dan 5 kuntum kekwa @ bunga crysantimun mini ini kedalam segelas air panas.. .rasa air teh ini ok.. sweet rasa bunga.. dan wangi.. dan kesannya.. fuhhhh!!! sila berhati-hati untuk minum first time @ untuk first day. .kerana pada hari pertama , anda akan kerap ke tandas @ membuang air kecil.. serius kerap.. ada sejam lebih dari 4-5 kali... so, i kuat mengatakan bunga crysantimun ini memang mencuci ginjal dan buah pinggang... tetapi pada hari kedua anda mengamalkannya.. anda tidak akan kerap ke tandas seperti hari pertama.. walau bagaimana pun jika anda stop.. mengamalkannya beberapa hari, jika anda mulakan sekali lagi.. amalan teh ini.. perkara yang sama akan berlaku pada hari pertama anda kembali mengamalkannya. ... iaitu kerap membuang air kecil... jadi my advice.. please amalkan minum teh crysantimun ini untuk 1st day pada hari anda berada dirumah... bukan di pejabat atau ketika anda keluar...


Sekian saja.. entry saya pada kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv!!! & muaahhhhzz!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...