Rabu, 13 Mac 2013

Petua Wanita : Untuk Wanita Dalam Pantang - Part 3

menu ibu dalam pantang yang glamer.. ikan selor di cicah dengan lada hitam dan garam serta pucuk pegaga.. make sure semua dimakan panas @ baru di masak.
Darling!! oklah seperti yang i janjikan... so this entry sambungan dari entry yang lepas ,http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/petua-wanita-untuk-wanita-dalam-pantang.html

Seperti sebelumnya i  hanya ringkaskan sahaja ye...

1. Ramai ibu muda yang pertama kali bersalin terlupa untuk mengikat rambut ketat-ketat ke atas ala pokok kelapa, so sila ingat lepas ini ye bagi mereka yang bakal bersalin sila simpan rambut panjang sikit , janji boleh di ikat...supaya dijauhkan dari masuk angin atau bentan atau meroyan..

2. Jangan lupa mandi air panas, tapi kalau dah bersalin kat hospital atau hospital government.. redha je lah ye... nevermind.. lepas tuhz uols leh start mandi air panas...

3. Ibu baru bersalin boleh lumurkan asam dan jadam ke perut , untuk mengelakkan perut buncit dan mengurangkan kedutan.

4. Memang agak pelik sedikit mendengarnya.. tapi jururawat yang merawat anak saudara i berkata bayi perempuan yang vagina keluar darah adalah perkara biasa. .so dont worry.. ia hanya berlanjutan dalam tempoh sementara sahaja.

5. Ulam paling senang didapati di pasaraya dan pasar untuk ibu bersalin adalah pucuk pegaga... make sure pucuk pegaga itu tidak disimpan di dalam peti.. just rendam dalam air sahaja.. pucuk pegaga khasiatnya yang paling banyak terdapat di akarnya.. so sila jangan buang akar pegaga itu ye.. makan ok.. coz akar pegaga turut memanaskan badan..

6.Jangan lupa untuk memakaikan barut kepada bayi anda, supaya bayi anda tidak kembung, selain itu barut turut membantu bayi anda supaya tidak buncit (ramai ibu moden kini melupuskan amalan ini), jangan lupa ikat@balut sekali kaki bayi anda dengan lampin..supaya bila besar tidaklah bayi anda senang jalan mengengkang...jangan lupa ikat@balut sekali tangan baby (orang tua-tua panggil "bedung"), nanti tangan baby tuh pulak "mengengkang" sekali heheheh..

7. Selain menu ikan selor bakar dan nasi putih, (make sure ke2-2nya di makan panas ye), jika ibu dalam pantang bosan, sesekali boleh menukarkan menu kepada ikan tenggiri bakar@panggang, sungguh sedap dicicah lada hitam dan garam...
makan ikan rebus je ye.. jangan ambil kuahnya.. kecuali jika ibu dalam pantang sembelit teruk, barulah better makan nasi sedikit saja dengan kuah.
antara menu ibu bersalin yang boleh di makan, ikan singgang itu ambil ikan saja, jangan ambil kuah, kecuali jika sembelit teruk makan dengan nasi sikit saja kuah.. jangan lupa makan halia sekali..hehehehe

8. Setelah 2 minggu bersalin, ibu dalam pantang di galakkan untuk minum air akar kayu, jangan minum dalam minggu pertama kerana ditakuti bayi diserang demam kuning. Digalakkan membeli akar kayu segar.. dan make sure akar kayu yang tak banyak steroid.. seperti kes adik ipar saya.. akar-akar kayu ini dikutip oleh nenek dan datuk beliau didalam hutan.. berikut adalah nama akar-akar kayu yang dikutip oleh nenek dan datuk beliau...(i faham zaman sekarang susah nak dapat akar kayu..so boleh try cari penjual akar kayu dekat mana..just google saja ye...)..untuk menyenangkan.. i gunakan video sekali untuk uols tengok rupa akar kayu ini dari dekat...supaya next time uols senang untuk membezakan..terima kasih kepada nenek adik ipar i kerana menunjuk ajar jenis-jenis akar kayu kepada i... (actually akar kayu ini dipetik dan dicari oleh nenek dan atuk kepada adik ipar i di dalam hutan lagi ye.. Pahang kan kaya dengan hutan..heheheh)

***sorry berjam i upload video ni tapi tak berjaya kerana line internet slow.. so i akan kemaskini upload video ini akan datang.. sila bersabar ye...hehehhe



untuk mereka yang tidak boleh melihat video diatas, uols boleh tengok gambar-gambar yang i ambil untuk rujukan dan nama akar-akar kayu ini..
akar selawang

rempah gunung

akar selawang

moyang selada

rempah gunung
halia bara yang hiris dan dikeringkan

akar-akar kayu ini diasingkan bila direbus barulah di campurkan sekali

Koleksi akar-akar kayu untuk dicampurkan dan direbus untuk minuman ibu dalam pantang
air akar kayu yang telah direbus , sedia untuk diminum
i dah try ye minum air akar kayu ini.. maybe coz akar kayu ini "fresh" yang baru dipetik.. so rasa air ini pun sedap sangat.. macam sarsi.. hehehe...elok jika uols rebus dalam cerek dan diminum panas, jika tak habis dan nak minum lagi just rebus balik saja.. dont worry air akar kayu ini tak basi ye...huhu

9. Ibu dalam pantang juga digalakkan untuk mandi air daun pandan atau pun boleh juga mandi  air daun atau batang serai wangi.. just rebus jek...tapi lagi digalakkan mandi air batang serai wangi (lagi banyak khasiat dari daun) dari daun serai wangi.. tapi bagi mereka yang tidak tahan.. air batang @ serai wangi ini boleh menyebabkan gatal atau pun miang.. (sila mandi time air masih suam @ panas sikit ye...boleh dicampur dengan air paip untuk meredakan kepanasan air yang baru direbus, untuk dibuat mandian)

daun serai wangi yang di rebus, tapi tak elok sgt guna daun serai wangi, coz boleh menyebabkan miang @ gatal-gatal better lagi guna batang serai wangi untuk mandi
air daun serai wangi yang telah siap direbus

Bidan yang mengurut adik ipar saya menyediakan pelbagai jenis daun-daun yang terdiri daripada daun lada pahit, daun mengkudu, daun balik angin, daun limau purut , daun lengkuas , daun siti balkis , daun pandan, daun jambu batu... daun sembong (juga elok untuk orang yang mengidap buasir, just basuh sahaja dekat bawah tempat itew ye..huhu), sila mandi ketika air daun-daun ini masih panas sedikit @ suam (digalakkan campur air rebusan daun dengan air biasa untuk menjadikannya suam) . Sebelum mandi air daun-daun ini, uols kena mandi bersih-bersih dulu dengan sabun segala bagai. .lepas itu bilasan terakhir adalah air daun-daun rebusan ini (lepas mandi air rebusan ini, tidak perlu bilas, just biarkan saja dekat badan) . Bau air daun-daun ini serius memang wangi sangat.. i dah try sekali mandi air daun ini, memang rasa sangat badan best dan badan pun berbau wangi.. sungguh segar ye... 
air rebusan pelbagai jenis daun yang i sebut diatas.. mandi time masih panas atau suam ye..
10.  Ibu dalam pantang juga tidak digalakkan untuk mandi lama didalam tandas bimbang jika bentan, masuk angin atau sejuk.. so sebolehnya segerakan masa mandi uols dan habis mandi cepat ye...

Oklah darling, i akan sambung lagi entry ini untuk last entry for Petua Wanita :Petua Wanita Dalam Pantang Part 4, dalam entry itu i insyaalah i akan menerangkan bagaimana terjadi bentan, jenis-jenis bentan, apa yang perlu dibuat jika sudah terlanggar pantang.. dan pengalaman mereka yang melanggar pantang.. so, tqvm kerana sudi membaca my blog.. see uols next entry.. Luv!!!

*** INI  ARTIKEL RESEPI KHAS UNTUK BUAT JAMU SENDIRI . SELAMAT MENCUBA  RESEPI JAMU BUATAN SENDIRI


Selasa, 12 Mac 2013

And They Live Happily Ever After...

Morningggg Darlingzzzz!!! .. before i continue Petua Wanita Dalam Pantang Part 3 , i sajork meng"release" otak i nihz sebelum memikirkan idea untuk di taip.. dengan gambar-gambar perkahwinan adik lelaki i dengan wife dia yang baru bersalin itew... hehehehe... so diaorg nihz berkahwin pada bulan April 2012 last year yea.. so enjoy all pic.. luvvvv!!!!

Pasangan pengantin di atas pelamin. .i tak boleh panggil penggantin baru yea.. coz bulan April nihz cukup 1yr.. hehehehe


penggantin melangkah masuk ke dalam dewan persandingan


i bergambar dengan adik ipar i yang baru habis pantang yea...


Enjoy gambar-gambar seterusnya yea darlingz..


i dengan my young sister bergambar dengan penggantin


dengan ala mengadanya i menepung tawar.. hehehe



makan bersantap


kek perkahwinan


pic penggantin...


candid picture


picture dari Eksotik Collection.. yang lain tuhz dari iphone i jek yea...



juga picture dari Eksotik Collection . pakej pelamin semua pun dari Eksotik Collection yea..

Gambar-gambar seterusnya gambar i dengan family i... saudara mara bagai.. di mulakan dengan my picture with my young sister.. bergambar bersama pengantin. hhhheheheheh








gambar family candid hehehehe



my big family 

oklah darlingz .. see uols next entry.. .lot of luvvv!!! muaahhhhhzzz!!!!!

Isnin, 11 Mac 2013

BIla Rindu itu Datang....



"bila rindu itu datang.. terutama ketika time-time kita selalu bersua.. hanya tuhan yang tahu derita hatiku... bila rindu itu datang..sedangkan aku tidak tahu kau dimana , bersama siapa.. merindui aku atau tidak.. atau aku seorang yang merinduimu.. sedihnya hatiku.... oh tuhan..tolong luputkan perasaan ini jika benar-benar aku bertepuk sebelah tangan....."

ohhhhhh!!!! kasihannya i ke uolsss yang sedang merindu.. entah si dia ingat kat uols entah kan tidak...ohhh!!! sedihnya if uols bertepuk sebelah tangan???? oh tidakkkkkk!!!!!! so uolsss please stop merindu.. risau ye if uolss angau tak bertempat.. paling sadis jika bertepuk sebelah tangan.. tak pun "perah santan"... darlingz.. if orang betul-betul nak kat uols... tak susah ye nak teka.. sure diaorang akan bersungguh untuk dapatkan uols.. dalam era zaman sekarang setakat nak dapat nombor telefon orang tuhz bukan susah sangat.. hehehehhehe. .tak gitew?... samaada bersunguh atau pun tidak... bak kata my frenz zaman sekarang bukan macam zaman nenek moyang kita dulu..apabila berpisah jauh..memang susahlah nak bertemu kembali... tapi zaman moden zaman it.. if kita betul-betul suka pada seseorang.. kita boleh selidik nama, tempat tinggal ,no telefon dengan pelbagai cara... just nak tak nak sajork... tak akan semua benda nak ajar... especially lelaki.. diaorg sure taw macam mana untuk selidik wanita idaman mereka.. ke"teror"an mereka tidak boleh di sangkal  lagi.. kena pula if lelaki tuhz.. ramai kawan & kenalan lagi lah senang kerja mereka.. yup! i agree sure la lelaki tuhz segan kat kawan-kawannya kalau taw diaorang minat uols.. tapi diaorang bijak ye.. untuk menyembunyikan "feel" mereka dengan menggunakan nama kawan lain.. kononnya nak menolong kawan.. lelaki, darlingz.... memang bijak bab-bab benda nihz.. so please dont frust! if uols rasa uols simpan feel dalam diam, tunggu sidia memulakan langkah tapi still tak mulakan... ada baiknya if uols bagi tempoh tertentu. .kalau dah bertahun masih macam tuhz... please padamkan hasrat hati.. angkat kaki dan cari lain.... 

begitu juga dengan jejaka-jejaka diluar sana... if still tak dapat jawapan pasti hampir bertahun dengan gal yang dikejar.. tolonglah.. stop berkhayal.. dan find other gal yang deserve uols... gal kalau asyik main tarik tali... mengada-ngada.. tak reti nak bagi jawapan pasti.. tak tetap pendirian.. rasanya.. tak boleh diharapkan.. lebih-lebih lagi jika lebih setahun diberi masa... sila angkat kaki dan find other gal kat luar bersepah yang single mingle dan tak takut komitmen.. masa makin berlalu pantas.. sekelip mata bulan March bakal berakhir.. apakah uols still nak tunggu after Raya baru find someone new?.. or tunggu anniversary cukup tahun untuk find other person?.. sadis!!!!! 

I malas nak cakap banyak.. tapi kekadang sakit hati apabila mendengar luahan rasa gal-gal dan jejaka-jejaka diluar sana yang asyik meluah rasa hati.. tak cukup lagi luahan para isteri dan suami yang setia tapi pasangan sungguh tak reti menghargai.. why la manusia selalu begitu? bila ada didepan mata selalu bergaduh?.. tapi bila tiada.. baru tahu makna erti rindu dan hargai.. aduilaa.... sungguh sadis....

kekadang untung menjadi insan yang tak punya perasaan.. busy dengan kerjaya dan hidup.. tak sempat memikirkan pasangan hidup.. tak punya sesiapa untuk dirindui dan diingati.. indahnya hidup... patutlah salah seorang my bff terlalu happy hidupnya.. coz dah lama tak bercinta juga dah lama tak jatuh hati atau minat sesiapa.. bila di tanya .. jawapan dia sebijik lirik lagu TAK SANGGUP kumpulan X-factor... "Tak sanggup ku bercinta lagi.. kerana tak ingin lagi dilukai.. tak sanggup ku lafazkan sayang.. kerna di hati masih terbayang.. di lukai.. gerak hatiku .. hingga masih menghantuiku...".. waduhhh!!!!!! baru i tahu betapa sakitnya cinta... uhukkkk!!! 

ohhhh!!! time to sleep.. untuk uols yang masih merindui.. padamkan rindu uolss... lupakan saja... kerana jika benar sidia jua merindu.. tentu sudah lama sidia mencari ..... please padamkan..... heheheh so.. sebelum tidur jangan lupa padam lampu... wakakakakak... nite... luvvvv!!!!

Mari Perlahan-Lahan Kita MULAKAN DIET

coklat memang sedap ye.. tapi better kurang kan.. bukan tidak boleh makan lansung ye...
I faham uols...sungguh tidak adil i asyik focus kepada tempat-tempat makan best sajork ye... so coz i memahami ramai yang bersungguh berniat untuk berdiet.. so i dengan hati yang kononnya suci murni.. buatlah entry khas untuk uols yang semangat nak berdiet...

Oklah i ringkaskan sajork ye... supaya lagi senang uols nak baca.. i taw uols over sibuk sampai tiada masa untuk membeli majalah apalagi membacanya.. hehehehe:-

1. Ok darlingz, khas untuk kaum ibu, i tahu especially kaum ibu yang rajin memasak untuk anak-anak masakan desert macam kek dan coklat... apa kata if uols kurangkan gula dalam resepi dan seboleh-bolehnya dari sekarang. .please catu apa yang uols makan... kalau muffin coklat tuhz cukuplah makan satu walau sedap bangat... tak payah lah sampai 2 @ 3, jika takut membazir. .dont worry, sila bagi ke jiran sebelah ye.. boleh mengeratkan siratullrahim lagi ok...

2. Ramai mereka yang diet kekadang terlupa yang mereka diet.. kadang-kadang tak sedar apa yang masuk ke dalam perut mereka,so pleasse... please.. pleasee.... sentiasa ingatkan diri anda yang anda diet.. dan sila war war kanz dekat semua orang sekeliling uols yang uols diet.. dan sound uols jika uols terlebih makan... minta mereka bagi sokongan kepada uols.. (sebolehnya pesan juga kepada anak-anak untuk ingatkan yang uols diet... heeheheh.. "mummy!!!! mummy kanz dietttt?" wakakaaka)

3. Rajin-rajinkan diri berkawan dengan orang yang sedang berdiet.. saling memberi motivasi kepada masing-masing dan ingatkan diri masing-masing.. Jangan lupa untuk selalu mengikuti blog pakar diet seperti kevinzahri.com , sususejat.com dan zakikhan.net.

4. Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis bagi orang islam ye.. jangan pula berniat untuk kurus.. niatlah dengan ikhlas.

5. Ramai yang ingat bahawa diet sayur-sayuran boleh menguruskan badan, minta maaf ye.. i baru sahaja baca yang sayur-sayuran juga mempunyai estrogen , so ia tetap boleh mengemukkan ye... uols leh baca entry nihz untuk rujukan... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/khas-untuk-lelaki-estrogen-punca-lelaki.html

6. Untuk mereka yang rajin memasak, boleh cuba mengurangkan kandungan gula dan garam.. cuba tukar cara masakan kepada panggang..(pemanggang elektronik sekarang murah ye.. i pernah jumpa yang promote dalam facebook RM48 sahaja) sebelum terlupa, berhati-hati dengan sos yang anda gunakan.. silap haribulan.. kalorinya lebih tinggi dari yang disangkakan...

7. Sayur-sayuran lebih baik setakat di celur daripada di goreng.. selain menjimatkan masa dan tenaga anda juga boleh jimat gula dan garam serta minyak.. jika ahli keluarga anda tidak mengemari sayur-sayuran yang setakat di celur, maybe anda boleh buat dua sajian, satu yang di goreng untuk ahli keluarga dan untuk anda yang di celur.. tak lama ye setakat celur sayur-sayuran tu...

8. Sila belajar menggunakan tangan apabila makan.. sesungguhnya tangan itu lagi cepat menghadamkan makanan yang anda makan.. hanya gunakan sudu bila perlu saja.. kunyah dengan perlahan-lahan.. dan please.. ambil nasi segemgam atau suku saja sudah cukup.. kerana antara senaman dan jaga makan.. jaga makan lagi penting.

9. Belajar untuk kurangkan minum minuman manis. Jika ingin minum juga hanya minum sekali sahaja iaitu waktu pagi.. kalau boleh awal pagi.. juga tolong hentikan menggunakan minuman 3 in 1... kerana minuman ini tinggi dengan gula dan kalori.

10. Ramai yang berdiet meninggalkan nasi.. base on my experiance... kawan-kawan i yang diet tinggalkan nasi... walau nampak badan mcm mampat.. tapi bila di sentuh lengan atau body mereka serius badan atau isi badan mereka lembek... memang banyak kes yang i jumpa macam itu.. maybe kena kerap bersenam angkat berat atau buat weight lifting baru daging body kembali mantap bila disentuh.. tapi seriusly i advice.. beter uols makan nasi walau segengam..

11. I sempat baca 2 majalah Maskulin untuk keluaran 2012 , Aaaron Aziz cakap dia dah 4 tahun tidak pergi gym, hanya exercise jaga anak dan kerja dia saja... begitu juga dengan Stephen Rahman yang hensem macho tak ingat itu juga, jarang pergi gym dan dah lama tak pergi gym.. Stephen Rahman yang memegang watak utama dalam Merong Mahawangsa itu, hanya menari untuk fit... so dont give reason uols tak mampu dan tiada budget untuk pergi gym that why tak kurus...tqvm.

12. Amalkan berjalan kaki laju.. serius, ia meningkatkan daya ketahanan jantung anda, mengurangkan kalori dan satu aktiviti senaman terbaik serta boleh menghilangkan stress. Paling penting ia akan meningkatkan tenaga anda tanpa anda sedari...memang banyak sangat beza jalan kaki laju dan perlahan coz i sendiri mengamalkannya...

13. Mungkin nampak kolot.. tetapi mandi di awal pagi sebelum Subuh juga membantu memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan.

14. Sayangi diri anda, jangan memaksa diri untuk lapar... jika lapar makan sekadar sahaja, makan banyak kali atau berulang kali.. tapi sedikit-sedikit.. 

15. Biskut juga banyak garam dan ada perasa serta pengawet.. sila kurangkan jika anda berniat untuk diet... terutama jika yang anda makan itu biskut coklat.. lebih baik anda makan segengam nasi.

16 . Berhati-hati menggunakan ubat diet dan produk kecantikan kulit.. jangan tak percaya.. sesetengah produk kecantikan kulit yang memutih dan mengebukan kulit sebenarnya juga membantu menambah berat badan anda tanpa disedari.. .harap maklum

17. Sesekali beli majalah berunsur kesihatan dan diet seperti Majalah RAPI, tidak semestinya anda mesti membeli setiap bulan tetapi jika ada artikel menarik better uols belilah.. atleast dua majalah setahun mengenai kesihatan dan diet.. .ia tentu membantu anda untuk lebih bermotivasi berdiet...

ok lah darlingz cukup setakat ini yang boleh i kongsikan untuk anda.. nanti next entry i sambung.. so mari kita belajar secara slow-slow untuk berdiet.. it's not mean anda slim tidak perlu berdiet.. diet ini elok untuk kesihatan badan dan kulit..  tak perlu ikut orang lain yang diet terlalu drastik kerana ia still boleh efek badan.. bila berat badan turun terlalu cepat.. strech mark , selulit memang lagi bertambah banyak.. so better uols campurkan dengan diet yang sihat dan senaman yang tidak melampau sangat.. kekadang kena fikir berapa tahun anda sanggup berdiet dan mengamalkan senaman melampau? .. sedangkan kita semua tahu , tanda akhir zaman masa berlalu begitu pantas sekali... so pepandailah masing-masing membahagi masa mulai sekarang.. maybe sekarang jika anda single, anda punya banyak masa untuk bersenam walaupun 3 jam sehari.. .tapi fikirkanlah untuk masa akan datang... 

Akhir sekali. .jaga diri hiasi peribadi.. tiada guna wajah dan tubuh badan yang cantik tapi sentiasa menyakitkan hati... belajar terima kekurangan diri dan sentiasa memaafkan orang lain.. akan membantu anda diet dan lebih cantik... luvvvvv a lotttt!!! muaaaahhhh!!!!

SINGLE & AVAILABLE ????? Mesti Baca nihzzzz!!!!!




Darlingzzzzzz!!! Petang semalam I menerima email dari seorang kenalan yang berkongsi pandangan beliau tentang status 'single & Available'… yelah.. ini semua kerana beliau dan rakan-rakan single minglenya yang amat sukakan my entry bertajuk “WOW! Single & Available” , ini linknya ye…http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/02/wow-single-available.html . Kata beliau sejak membaca entry tersebut, beliau dan kawan-kawan beliau start “follow” my blog… seriously.. memang menarik email yang di beri so I decide untuk “sharing” this email dengan uolssss…so, I gelar dia MR. Y boleh?? hahahah. Bukan apa, I still respect him dan I rasa tak perlulah  me'reveal'kan identiti sebenar MR. Y, cukuplah we ouls hormati privasinya sebagai lelaki biasa'.. ok lah.. my darlingz.. semua.. please read… I luv all statement yang MR.Y nyatakan yang I yakin sesangat.. lahir dari hatinya yang ikhlas… luvvvvvv!!!!

Dari Kaca Mata Aku Yang Tak Sempurna....
Bila di tanya tentang 'bila nak kahwin?', kepala aku mula mencari jawapan 'selamat tapi bernas'. Bukan mahu mengelak, tapi soalan cepu emas ini kerap di ajukan kepada aku tambahan lagi adik aku bakal menamatkan zaman daranya akhir tahun ini, Insya-Allah. When is my turn? Takut dengan frasa 'tak laku' atau 'takde orang nak', aku mula mencari jawapan aku sendiri, mengapa aku masih solo dan selesa dengan status sebegini. Mungkin belum besedia untuk memikul tanggungjawab berat sebagai 'breed winner' atau mungkin Allah belum menemukan aku dengan jodoh yang 'compatible' dan saling memahami antara satu sama lain. Atau aku malas nak cari.....
To be honest, mencari jodoh yang sesuai mungkin senang bagi orang lain tapi bukan aku...Memilih? nope, aku bukan 'choosy' memandangkan aku tahu kelemahan diri aku, aku akan 'extra' selektif. Ya lah, ada yang memandang rupa, harta dan kedudukan, al-maklumlah, perempuan zaman moden, 'wise and independent'. Lelaki yang mempunyai pakej yang lengkap ibarat 'insurans' bagi mereka. Aku? mungkin tidak 'berpakej' buat masa sekarang. Tapi aku tetap positif, satu hari nanti aku bakal bertemu dengan wanita idamanku...Insya-Allah. Kahwin untuk selamanya bukan sekali. Walaupun di haruskan dalam Islam 'berbini' lebih, ia bukan 'tiket' bagi aku..mungkin untuk orang yang berkemampuan...
Kadang-kadang, aku terfikir, adakah aku seorang yang memilih atau perempuan juga mempunyai reaksi yang sama bila berbicara tentang jodoh. Ramai kenalan aku mengeluh, bila mana tiba bab kahwin, 'moolah' atau duit menjadi pemisah. Ibarat 'red thin line', semua benda memerlukan duit hatta kebahagian. Is it true? Mana kebenaran lirik lagu, 'my love don't cost a thing' nyanyian J.Lo? Mungkin, sesetengah wanita tidak kisah pasal duit asalkan bahagia. Ada pula yang beranggapan, campurtangan ibubapa dalam bab duit ini boleh menjejaskan masa depan perhubungan mereka....kena kaji dan fikirkan. 'Sekarang abang papa adik tak kisah, tapi once anak dah 2, baru menyesal....'. Betul tak? Aku pula beranggapan duit itu penting, sebab kita nak bagi 'anak orang lain makan' tapi perlu diseimbangkan dengan perkara-perkara lain seperti pengisian rohani, kekerapan komunikasi dan kelapangan masa untuk kebahagian berkekalan.
Masing-masing mempunyai alasan tersendiri bila di tanya pasal 'single mingle' ni. Apapun, aku doakan buat diriku dan rakan-rakan aku yang masih mencari, agar bertemu jodoh satu hari nanti. Insya-Allah...
MR.Y
(Masih Mencari)

Uhuk!uhuk!! (touching ye baca email atas ye walau dah berpuluh kali I baca)..ohhhhh!!!...Ok darlingzz… meti gal-gal kat luar yang single mingle nihz.. rasa hepi sangat kanzzz???? ??

Dari apa yang di ceritakan oleh Mr.Y dalam emailnya dan message-message I seterusnya kepada beliau, Mr.Y mengatakan yang memang kawan-kawannya still ramai single mingle ok… oh ya! Mr.Y dalam linkungan early 30yr ok.. so for gal outside there.. please searching nowww!!! Hahahaha.. kata Mr.Y juga ada juga kawan dia yang baru bercerai… I no comment.. coz my frenz pun ada yang bercerai…

To Mr.Y nihz my answer for your email.. actually I just reply base my experience dengan my frenz punya experience… trust me! Tak semua gal memandang harta dan rupa… jangan pelik if u jupe gal yang tolak cinta jutawan tapi menangih cinta pengangur.. I pernah jumpa ramai kawan I mcm tuhz.. walau pun ada yang dah berlaku lama dulu, tapi still juga ada yang baru saja berlaku..



Percaya tak kisah benar yang berlaku pada tahun 2012 yang lepas, I just ceritakan sebuah  saja kisah my frenz bernama Eina . Eina nihz seriously lah.. rekod peminat yang menagih cinta bukan seorang dua la yang berpangkat.. tapi tak tahu lah, maybe kerana perangai Eina yang sedikit egois, so dia lebih suka kot, dia lagi berpangkat dari lelaki agaknya.. so dia asyik jatuh cinta dengan lelaki biasa, yang tak lah hensome, xla kaya & tak la educated sangat.. tapi maybe kerana orang yang Eina cinta nihz menyedari yang Eina juga di sukai oleh lelaki yang grad from overseas, anak orang senang so kebanyakan xbf Eina akhirnya mengundur diri kerana merasakan Eina layak mendapat lelaki yang lebih baik.. sampai sekarang pun.. I dapat tahu kebanyakan  xbf eina still belum mendapat pengganti Eina dan still menanya perihal Eina dari rakan-rakan Eina… yelah bukannya xbf-xbf Eina curang @ tak cintakan Eina.. tapi maybe diaorang memikirkan masa depan Eina yang lebih layak bersama lelaki yang sama-sama sekufu dengan Eina.. tapi lain pula dengan Eina, perkara yang sering berlaku membuatkannya tidak semangat untuk hidup coz cintanya yang selalu kecundang.. akhirnya memberi efek kepada kerjayanya.. sehinggalah suatu hari Eina terperasan dia jatuh hati sekali lagi dengan seorang jejaka yang selalu dia jumpa di kedai makan berhampiran rumah dia tinggal.. wahhhh!!! I kagum! Bagaimana Eina yang I kenal boleh jatuh hati dekat lelaki biasa yang dia jumpa di gerai makan (sedangkan Eina nih memang selalu makan restoran, hotel & kedai mewah) , tetiba jek rajin makan kat gerai makan biasa… wallla… yang kelakarnya.. Eina tuhz siap bagi tahu I yang lelaki itu tak punya apa-apa just naik lrt jek pi kerja, rasanya sure muda pada dia (coz Eina age 30an juga, dia target lelaki tuhz below 30) , agak rendah baginya (normal ketinggian lelaki Malaysia sedangkan taste Eina tinggi & Chinese look), tapi still hensem kata Eina.. hahahah kalau dah suka… laki boroi kedut seribu tetap dikatakan hensem ye…. Tapi Eina cakap kat i.. memang hensem wei.. hahaha camne tuhhhzzzz???..tahap angau Eina nihz.. memang tinggi.. hahahaha

Sejak itu I tengok Eina dah jarang makan tempat mewah, bila kawan-kawan ajak makan atau keluar lepak-lepak malam even nak belanja pun Eina menolak.. ohhh! Rupa-rupanya jejaka itu yang di tunggu Eina. Setiap malam walaupun Eina dah kenyang @ baru makan sekalipun akan ke gerai makan area rumahnya hanya sekadar melihat jejaka itu.. hahah sungguh kelakar (kata Eina dia dah perasan jejaka itu sejak 2 tahun lepas, tapi tak pernah suka @ jatuh minat, sehingga dia terperasan jejaka itu selalu mencuri pandangnya, still dia tak menaruh sebarang perasaan sampai satu waktu selepas Raya 2012 dia tertentang mata, terus hati berdebar & dia jatuh suka ke lelaki itu, padahal dalam waktu yang sama Xbf Eina tengah menangih kembali cinta tuhz ye…).. itulah peliknya cinta… selepas itu lastly apa yang I dengar dari Eina, jejaka itu dan Eina sendiri telah pindah dari rumah masing-masing berubah area…  tiada salam perkenalan yang diberikan. Masing-masing selama bulan-bulan terakhir 2012 hanya pandang memandang..tidak tahu nama apa, umur berapa, kerja apa, status single @ couple.. begitu sahaja berakhir , tapi kata Eina, 2 hari terakhir sebelum dia pindah  baru dia tahu yang lelaki itew ada kereta.. hahaha… & dia rasa untuk memadamkan feeling dia dekat lelaki itu cara terbaik ialah anggap saja lelaki itu dah ada gf dan dalam proses nak kahwin.. samaada betul ke tak betul .. tapi itu cara terbaik dan paling senang untuk kita putus asa dan melupakan orang yang kita suka… sedih pula I dengar .. well Eina.. I hope u jumpa jodoh terbaik u ye.. if jodoh uols berdua uols sure berjumpa lagi.. jika tiada.. nevermind anggap ia sebagai pengalaman.

Eina yang I kenali memang bagi I seorang yang memilih, tapi pilihan dia agak pelik, walau kita tahu si A jauh lebih hebat dari Si B, tapi dia lebih menyukai si B… I tak tahu why… coz soal hati kanz… begitu juga dengan kawan I Zally yang lansung tak pandang harta, juga jatuh cinta dengan lelaki yang hanya ada motor, tak punya apa-apa walau ada lelaki yang berkereta menyukainya.. kerja government lagi yang terjamin kerjaya.. tapi cinta dia tetap pada mat motor yang lansung tak tahu Zally ada mempunyai perasaan suka kepadanya.. Berlainan pula dengan my frenz seorang lagi.. Nancy.. dia prefer lelaki berduit.. hatta husband orang.. selalu cakap kat I .. dia lebih rela menjadi andarlusia.. dari berkahwin dengan lelaki biasa.. coz dia mahu kahwin saja memang sudah tersedia segalanya… tak nak susah-susah.. sasaran dia sekarang kalau bukan laki orang yang kaya.. duda yang kaya.. so I respect semua taste… ada tu my frenz yang rendah tapi nak lelaki tinggi coz nak anak tinggi, soalnya ramai kawan laki I yang tinggi single mingle nak gal tinggi..so I nak kenalkan pun..aduila… tapi bak kata Eina.. dia pun nak lelaki tinggi  , tapi bila lelaki tinggi pikat dia.. dia tetap jatuh hati kepada lelaki depan gerai rumah dia yang dikategorikan rendah oleh Eina… so maybe uols boleh try nasib ye.. tapi nasihat i.. please don’t be second choice.. .sakit darlingz bila jadi second choice… tak kira walau bagaimana despredo uols… make sure u are not second choice… (second choice nihz maksudnya, dia nak orang lain, coz orang lain tak nak so, uols di jadikan second choice).. ada banyak kes sekeliling kita, yang boleh kita baca nasib orang yang menjadi second choice… yang akhirnya di tinggalkan.. walau dah kahwin tapi jika xbf @ xgf tiba-tiba kembali , akhirnya di tinggalkan.. lebih baik cinta di tolak dari jadi second choice lepas tu di tinggalkan.. coz memang I sedar ramai lelaki @ gal yang mengharap kesabaran mereka menunggu akhirnya dihargai… memanglah di hargai akhirnya kahwin dengan anda.. tapi bila mereka jumpa balik xbf  @ xgf takpun boy @ gal taste diaorg.. chance uols kena tinggal memang tinggi.. hal hati dan perasaan nihz xperlu di paksa-paksa… tak perlu terlalu banyak berkorban.. jika ia di takdirkan berlaku.. tak kira masa, tak kira tempat.. ia pasti berlaku pada masa dan waktu di tentukan tuhan… beri diri anda peluang untuk bahagia… that all…

Oklah uols.. panjang pulak entry I kali nihz.. so kita jumpa lagi next entry yang I still tak taip-taip lagi yang I janjikan tempoh hari…Entry meletup tuhzz.. “Tips untuk memulakan perkenalan”.. maybe Eina my frenz tuhz leh baca.. hahahaha.. ok see uols next entry ye… luvvvv!!!

Sabtu, 9 Mac 2013

Aktiviti Hari Sabtu We oulsss

Darlingzzz!!! nihz aktiviti time cuti we oulss hari nihz ye... pagi-pagi lagi breakfast corn bun (roti jagung) yang di buat sendiri lagi ye uolss.... nanti la i bagi resepi next entry yea... wakaka.. tak mampu nak menaip panjang-panjang. .huhu
bun jagung tengah di bakar
baki bun jagung yang tinggal ye setelah selamat di makan oleh we oulss. .hehehehe

lepas breakfast terus we ouls pergi shopping kat East Coast Mall (ECM Kuantan) nak shopping mainan Ultraman kat Parkson ye.. huhu, lepas tuhz singgah jap makan Hot & Roll yang best itew kat depan Parkson ECM.. nyam!!!





lepas berehat sebentar bersama Hot & Roll we ouls pun terus sambung shopping yea.. hehehehe.. sampai la lapar yang amat & terus pi lunch kat Old Town White Coffee sebelah Bank Islam , Kuantan ye.. dont worry Old Town White Coffee kat Kuantan nihz ada cop halal JAKIM ok.. jangan tak caya yea.. hehehehehehe , so i yang memang dah bertahun tak makan kat Old Town nihz coz katanya jarang ada cop halal JAKIM  especially kat KL, segera lah pi ye...terliur beb favourite kuew tiaw i tuhz... 

seriusss!!! ada cop halal ok...
menunya pun ada cop Halal JAKIM ye uolsss...
anak saudara i dengan my sis menunggu makanan di order tak kunjung tiba.. tapi menu i order dah selamat sampai ye... nyam!
minum dulu walau air lain tak sampai lagi.. lapar beb...
mana air i tak sampai lagi nihz?? makanan dah sampai.. heheheh
sampai air i .. nyammmm!!!
kusyuk makan ye...
mee kari sini serius best... serius sedap RM10.90 ye tak silap harga.. memang pekat kuah dia & banyak...
nihz pic candid anak saudara i ambil.. gelap & blur ye coz anak saudara i cakap dia tak pandai ambil pic ikut my iphone, dia reti guna hp mama dia samsung galaxy S3 tuh jek... konon.. padahal alasan dia kelaparan nak sambung makan.. hahahaha
anak saudara i nihz memang nakal, selapas dia main ultraman sambil duduk kat lantai, denagan penuh selambanya dia berlagak umpama cashier disini.. ganasz sungguh anak saudara i nihz ye...

serius mee kari kat sini banyak & pekat.. menu yang i order kurang pekat dan sikit berbanding mee kari kat sini ye.. so datang sini sila order mee kari.. sedap kata kakak i...
Balik je dari bandar , coz kelaparan di waktu malam, we ouls terus decide masak pizza for dinner.. so apalagi segera la buat ye.. lapar beb.. hehehe so cara buat bahan-bahan semua nanti next entry i bagi ye. .heheheh enjoy dulu picture-picture di bawah...
bahan-bahan buat pizza
dah siap.. masa untuk bakar
jom masuk dalam oven
jom bakar pizza
guna ketuhar nihz serius cepat masak ye..
dah masak ye...
masa untuk makan.. irfan memang suka pizza nihz coz lembut.. biasalah buat sendiri memang lembut ye..
satu dulang nihz samaada uols percaya atau tak anak saudara i habiskan ye... hehehe nampak je badan kurus ye..
tak cukup pizza sampai menangis si adiknya , ilham.. aduila.. esok kita buat lagi ye. .dont worry..
Oklah darlingz.. i dah mengantuk nihz ye.. kekenyangan yang teramat.. so rest time ok.. nak tengok tv baca magazine bagai... hehehe.. so see uols next entry ye.. luvvvv & muaahhhhh!!!

Jumaat, 8 Mac 2013

Khas untuk LELAKI : Estrogen punca lelaki Gemuk


Saya tertarik dengan penulisan dalam kolum diari doctor , Mingguan Wanita , 08-14 Feb 2013  tulisan Dr Rushmini Maris binti Ismail bertajuk Estrogen Punca Lelaki Gemuk…
Saya hanya ringkaskan saja rencana ini dan mengambil kata-kata beliau yang menarik minat saya. Beliau bercerita bagaimana beliau berjumpa dengan kawan lelakinya (di zaman muda seorang yang kacak dan diminati ramai) yang sangat beremosi dan tertekan kerana kenaikan berat badan walaupun pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan tetapi tidak berkesan. Apabila lemak berkumpul di sana sini dan perut menjadi buncit, maka pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki :-

1.       Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan.

2.       Anda perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan naluri anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan , ia akan selesa dan anda berasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebaliknya jika anda cuba memaksanya menjadi kurus , anda akan dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata.

3.       Untuk membakar lemak, tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormone estrogen.

4.       Apabila usia meningkat maka paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosterone , DHEA dan juga hormone GH (Growth Hormone). Selain itu hormone tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancer. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

5.       Estrogen merupakan hormone yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai hormone estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh. Sedikit hormone estrogen adalah penting, tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen).

6.       Hormon jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormone estrogen terdapat dengan banyak dalam tubuh. Kekurangan hormone lain membuatkan estrogen semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.

7.       Pengambilan anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan. Setelah anti estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan efektif. Setiap senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis.

8.       Lelaki juga akan merasakan tenaganya meningkat , stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih baik. Begitu juga dengan keperluan seks mereka akan lebih terpenuh disebabkan kestabilan dalam emosi dan tenaga seksual yang bertambah.

9.       Sebenarnya makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi hormone estrogen yang banyak dan boleh menambahkan saiz perut seseorang. Adalah tidak benar jika seseorang mahu cepat kurus maka dia harus memakan sayuran sahaja.

10.   Diet yang berasaskan sayuran sahaja belum menjamin seseorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan diet sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet memakan sayuran. Estrogen yang tinggi dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz badannya tetap gempal. Setelah diberikan anti estrogen dan dikenal pasti hormone tambahan yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya seperti yang diinginkan.

Tidak dinafikan senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu menstimulasikan kelenjar hormone kita agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormone tinggi maka darah kita menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperoleh dengan menyeluruh dan anda pasti akan tampan dan kacak semula.

***Di ringkaskan daripada Tulisan Dr Rushmini Maris bt Ismail,  Marissa Esthetik Semenyih,
Bagi yang berminat menyertai Bengkel Cantik Sihat Dr Rushmini sila hubungi 013-2448484 atau 03-87234808. Pendaftaran percuma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...