Jumaat, 15 Mei 2015

Petua @ Ubat Merawat Penyakit Batu Karang / Gall Bladder Stones




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Dihari Jumaat yang berkah ini, saya ingin berkongsi dengan anda petua atau rawatan untuk batu karang yang diambil dan dishare oleh Dr Hamid Arshad di facebook beliau juga imej yang disyer dipelbagai group Wasap dan Telegram kesihatan yang saya ikuti.


Petua Merawat Batu Karang / Gall Bladder Stones ini hanya memerlukan air yang ditapis atau disuling, buah epal hijau @ merah, buah lemon segar, minyak zaitun (olive oil) pastikan yang asli dan garam epsom sahaja. Murah dan mudah. Sila pastikan jika anda membeli epal hijau @ merah biasa pastikan anda merendam buah tersebut didalam air garam pink himalayan selama 10 minit dahulu sebelum dikisar jika anda tidak mempunyai garam pink himalayan anda boleh juga menggunakan cuka epal atau sebarang cuka buah-buahan. Ini adalah untuk membuang segala racun didalam buah epal tersebut. (Cara ini juga terpakai untuk buah-buahan lain dan sayur-sayuran)





Cara rawatan :-

1. Anda perlu minum 4 gelas jus epal seitap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari Ke -6 - Jangan Makan Malam (Dinner)
   - pastikan pada pukul 6 petang anda makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate), boleh          dibeli dari farmasi. Harga dalam rm5 sahaja sebungkus.
   - Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
   - Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250ml) olive oil atau sesame oil dan setengah cawan   jus lemon yang segar ( perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insyaallah pagi esok anda akan buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar sekali.


Saya telah melihat banyak komen tentang petua ini telah berjaya dengan jayanya dan banyak di share di facebook dan group-group kesihatan yang lain. 

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


*** terima kasih atas segala imej diatas. Jika anda adalah antara pengomen di facebook ini dan tidak membenarkan nama anda dipublish, sila email saya untuk saya menghidekan nama anda. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...