|
pemandangan hadapan De Rhu Oriental |
Jika anda mencari masakan chinese muslim ketika lunch dan dinner.. De Rhu Oriental adalah antara pilihan yang terdapat dibandar Kuantan ini.. bersebelahan dengan UTC Kuantan , restoran ini menyediakan pakej hidangan untuk keluarga dan rakan-rakan.. Saya dan keluarga saya baru sahaja menikmati hidangan disini pada Chinese New Year tempoh hari untuk makan malam.
|
restoran ini disahkan halal oleh JAKIM |
Pada malam tahun baru cina baru-baru ini , saya berkesempatan menikmati makanan disini bersama family saya dan family adik ipar saya.. kebetulan adik ipar saya belanja makan besar disini.. Beliau menempah 2 meja untuk family kami.
|
menu pilihan yang dinikmati oleh keluarga saya pada malam CNY - abaikan pic jari saya itu.. |
Antara menu hidangan kami pada malam itu adalah Tomyam seafood, ikan siakap, kailan goreng, ayam lemon, udang butter, sotong telur masin, nasi putih,tauhu telur sos tiram, teh cina, air limau nipis dan plate buah-buahan... i lupa pula mengambil gambar hidangan potongan buah-buahan itu.. harga bagi satu set hidangan ini adalah RM230 dan harga bagi air limau satu jug ialah RM20. Untuk keluarga kami kerana 2 buah meja so 2 set hidangan ini dan 2 jug air...
|
Ikan siakap dan ayam lemon |
|
butter prawn dan udang telur masin |
|
tauhu cina dan sos tiram serta kailan goreng |
|
seafood tomyam berisi lala, sotong , udang dll |
|
adik saya menikmati makanan |
|
semua kusyuk menikmati makanan |
|
ketika makan malam disini kami menempah 2 buah meja |
Bagi saya makanan disini biasa sahaja.. maybe kerana kebetulan ketika kami datang, makanan dihidangkan sejuk.. even meja berdekatan kami juga memberi komen yang sama... Walaubagaimana pun adik lelaki saya mengemari sotong ikan masin disini.. dan adik ipar saya pula menyukai ayam lemon yang disediakan.
|
kusyuk menikmati hidangan |
|
bergambar sementara menunggu hidangan dihidang |
|
kusyuk menunggu hidangan |
Bagi saya service disini not bad... tak cepat dan tak lambat.. so, sila bawa family anda atau orang tersayang datang disini....
|
hanya sekeping sahaja gambar saya yang pakai tudung pink itu.. bz ambil gambar... |
Sekian sahaja entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...
2 ulasan:
wahhh bestnya . banyak erk tempoat makanan best kat kuantan sampai part 20 . kena tengok ni . hehee
memang banyak parihh.. lebih dari 20 tempat wlu tulis part 20.. hehehehhe
Catat Ulasan