Sabtu, 21 Disember 2013

Khasiat Teh bunga kekwa @ bunga Crysantimun



Assalammualaikum wbt...

Diantara herba cina yang popular selain kurma merah @ kurma cina , buah goji , teh hijau ialah bunga kekwa @ bunga crysantimun.. Teh kekwa @ teh crysantimun memang cukup popular dikalangan pengamal herba cina.. malah teh ini juga boleh didapati secara segera didalam kotak dan antara jenama teh crysantimun yang popular adalah yeo's..


teh cyrsantimun yang segera diminum - pic diambil dari google


Teh crysantimun kegemaran masyarakat cina ini memang amat banyak manfaatnya... antara khasiat teh ini adalah seperti berikut :-

1. Membantu melancarkan perjalanan darah

2. Membantu pencernaan makanan.. elok diminum suam @ panas tanpa gula jika makan apa-apa makanan berminyak atau tinggi kalori .

3. Membantu mengurangkan sakit kepala .

4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan memperkuatkan paru-paru.

5. Menyejukkan badan

6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .

7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme).. iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah., penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.

8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.

9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak.

10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten. 

11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.


mini teh crysantimun @ teh cina = rm3 sahaja sebanyak ini ye..


****Cara membancuh teh bunga kekwa @ teh bunga crysantimun ini amat mudah, just rendam @ rebus dgn air panas, setelah bunga crysantimun ini kembang dan air bertukar kuning anda boleh meminumnya...

Saya telah mencuba teh ini dengan hanya mengisi air suam dan 5 kuntum kekwa @ bunga crysantimun mini ini kedalam segelas air panas.. .rasa air teh ini ok.. sweet rasa bunga.. dan wangi.. dan kesannya.. fuhhhh!!! sila berhati-hati untuk minum first time @ untuk first day. .kerana pada hari pertama , anda akan kerap ke tandas @ membuang air kecil.. serius kerap.. ada sejam lebih dari 4-5 kali... so, i kuat mengatakan bunga crysantimun ini memang mencuci ginjal dan buah pinggang... tetapi pada hari kedua anda mengamalkannya.. anda tidak akan kerap ke tandas seperti hari pertama.. walau bagaimana pun jika anda stop.. mengamalkannya beberapa hari, jika anda mulakan sekali lagi.. amalan teh ini.. perkara yang sama akan berlaku pada hari pertama anda kembali mengamalkannya. ... iaitu kerap membuang air kecil... jadi my advice.. please amalkan minum teh crysantimun ini untuk 1st day pada hari anda berada dirumah... bukan di pejabat atau ketika anda keluar...


Sekian saja.. entry saya pada kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv!!! & muaahhhhzz!!!

2 ulasan:

Jejaka Penyu berkata...

Air favourite saya ni..selalu beli di 7e.Bagus teh ni sbb bile kite minum terasa badan sejuk je..

Ketahui pelbagai kebaikan teh hijau untuk kita.

terima kasih ya admin atas perkongsian ini.

Deeja berkata...

Yup.. Mmg best dh la murah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...