Ahad, 10 November 2013

Khasiat Buah Goji @ Buah Goji Kering



buah goji sebanyak ini hanya berharga RM1 dibeli timbang oleh saya di kedai Ubat Cina - hehehehe, lepas tu i esoknya i beli banyak sikit... huhu


Tahukah anda betapa hebat khasiat buah goji ini ? jika selama ini herba cina yang paling famous ialah kurma merah @ kurma cina.. so kali ini saya ingin memberitahu anda kehebatan buah goji.. yang selalu dibawa balik oleh adik saya jika keluar "tabligh" dan bawa pulang 2-3 bungkus kecil buah goji ini untuk my mum... sayang sekali kerana selama ini saya mempersiakan buah ini.. heheheheheh


1) Buah Goji Amat kaya vitamin


Buah ini seperti buah lain yang mempunya banyak vitamin , dan buah goji mempunyai khasiat 18 asid amino, vitamin c, vitamin B1, B2 , B6 dan vit E.


Lebih menakjubkan khasiat buah goji yang telah dikeringkan mengandungi 10 asid amino ( 6 kali ganda lebih tinggi berbanding bee pollen), 21 unsur mineral, kaya beta karoten berbanding lobak dan lebih menakjubkan 500 kali ganda lebih vitamin C berbanding buah oren mengikut berat... malah buah ini diletakkan tempat ke 3 buah paling tinggi vitamin C didunia.

2) Awet muda

Tabib cina yang menjual kepada saya mengatakan yang buah ini amat baik untuk kulit dan mencantikkan kulit serta awet muda.

3) Baik untuk penglihatan

Mereka yang rabun elok memakan buah ini.. begitu juga mereka yang mengalami masalah penglihatan yang lain.

4) Meningkatkan tenaga dan imuniti

kerana kaya dengan vitamin c.. so ia adalah sumber antioksidan yang baik.

5) Menguatkan daya ingatan

Ia kaya dengan pelbagai vitamin B... so sila bagi anak makan.

6) Menguatkan tenaga batin

7) Menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes

8) mengurangkan kolesterol

9) membersihkan buah pinggang

10) Buah goji adalah buah yang cukup terkenal dalam lagenda cina dan sejarah cina.. terlalu banyak cendikiawan cina dan pahlawan cina yang memakan dan membicarakan khasiat buah ini.

Menurut analisa yang dilakukan oleh "Beijing Nutrition Research Institute", China:

" Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan "carotenoids" yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu
"


Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).



Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun. 



"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".


Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."



So , apalagi sila beli.. buah ini boleh dimakan saja.. dan cukup murah... anda boleh membeli timbang di mana-mana kedai ubat cina dari serendah RM1.. .I dah try beli... RM1... memang tahan untuk 1 minggu...

Cara untuk memakan buah ini.. just rendah 3,7,9,17@21 biji , janji angka ganjil didalam air suam.. dan minum.. dan jika kemalasan melanda.. just basuh dan makan saja....



so.. ini saja untuk setakat ini .. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv! & muahhhhhzzzz!!!1


**** Saya akhirnya berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES by Qisya Khadeeja.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....


Hanya berharga RM10 satu balang.. ia diperbuat dari flakes asli bermutu tinggi gred A, kekacang berkhasiat,, rempah bermutu, daun kari segar, dan lada kering ranggup.. amat digemari semua golongan walaupun kanak-kanak. Anda wajib mencubanya.. hehehe




CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm

Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja juga boleh dibeli melalui pos.. sila like facebook https://www.facebook.com/cruncyflakesbyQK untuk maklumat lanjut .. senarai agent dan tempat terpilih yang terdapat produk ini terutama disekitar Tempat Makan Famous di Kuantan.

Jika anda berada di Kuantan anda boleh mendapatkan Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja di tempat berikut :-

1.Terminal Usrah ,Balok (depan Pasaraya Eng Hong, Balok)

2. Nasi Ayam Noor , Balok (depan KFC Balok)

3. Restoran Ismail , Chengal Lempong

4. Medan Selera Oh! Fatimah, Sg.Karang (depan Swiss Garden Hotel)

5. Kedai Chalong belakang Surau Haji Zainon , Beserah

6. Akob Patin House 2  (tepi sungai @ benteng yang kini telah berpindah ke, Indera Mahkota 8 sebaris restoran Rahmat sebelah Shell )


 7. Aida Corner (sebelah Bank Rakyat Kuantan @ depan Masjid Besar)

8. Warung Pok Su & Mok Su , Tanjung Lumpur (sebelah balai polis Peramu)


9. Akob Patin House 1 (belakang Maybank Jalan Bukit Ubi, berdekatan Kuantan Parade)

10. Restoran Sri Kampung Satu (sebaris Pasaraya Cowboy Bukit Sekilau)

11. Aida Corner belakang ECM (East Coast Mall / Capital Mall)



  Terima kasih atas sokongan anda kepada produk Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja ini..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...