Selasa, 20 Ogos 2013

USAH CEPAT MENGHUKUM ...





Manusia memang cepat menghukum... bayangkan satu hari Si A yang berkenan dengan si B melalui alam maya @ di satu pejabat @ satu tempat belajar@ dimana sahaja decide untuk melamar si B... lalu bertanya kepada semua yang mengenali si B iaitu C, D dan E.. tentang pendapat mereka mengenai si B... jawapan yang diberikan ketiga-tiga sahabat A itu mengambarkan si B yang teruk sekali... tidak puas hati.. si A bertanya juga si F hingga si N... jawapan mereka juga sama.. Si B itu memang teruk sekali... berpegang kepada seorang pun yang di tanya tidak memberikan jawapan yang menarik hati untuk si A terus mengambil langkah yang seterusnya dengan berat hati.. Si A melupakan hasrat hati beliau untuk mengahwini pujaan hati.. .setelah 10 tahun atau 20 tahun pun.. si A still membujang dan menyendiri kerana seorang pun yang dijumpai dan dikenali tidak dapat membuka hati seperti si B yang pernah dicintai sepenuh hati....

Berapa ramai mereka yang menjadi seperti si A.. yang tak bertemu jodoh sehingga hari ini.. yang dilabelkan cerewet oleh semua orang.. .tidak kiralah samaada si A lelaki atau pun perempuan... perkaranya tetap sama.. jika mereka tidak kahwin samaada mereka cerewet.. gay atau pun lesbian... atau pun dah selamat kahwin tetapi tidak bernikah... yang lebih best... ada komen yang agak keterlaluan "takut harta mereka jatuh ketangan mereka yang tidak berkelayakan."..  mungkin ramai yang tidak sedar.. ada segelintir ibu bapa, keluarga dan saudara mara yang berpendapat begini... dan terlalu masuk campur hal peribadi...

Untuk mereka yang terdiri dari si C , D dan E... F dan seterusnya.. juga untuk saya dan anda yang membaca ini.. jika ada sesiapa meminta pendapat tentang seseorang yang anda kenali... ia.. benar kita perlu jujur memberi pendapat.. tetapi kadang-kadang kita sendiri kena berfikir.... apakah pendapat kita itu benar-benar betul???.. apakah orang yang anda ceritakan keburukannya itu mungkin sedang berubah?..  apa yang menyebabkan orang yang anda fikir buruk itu berperangai begitu?.. atau adakah anda sebenarnya cemburu dengan kehebatan yang dimiliki oleh insan itu. .sehingga semua yang baik pun anda boleh nampak buruk???.. cuba bandingkan keburukan dan kebaikan insan itu. .adakah yang lebih baik adalah anda.. dan yang lebih buruk sebenarnya anda?????... 



Kekadang kita sendiri pelik dengan manusia... mungkin kerana keadaan marah kerana insan itu ramai peminat, mudah berjaya atau diminati insan yang hebat.. atau mahu insan yang kita dengki itu terus jatuh.. kita memberi komen dengan harapan insan itu akan terus dibenci... kekadang kita perlu semak kembali hati kita.. fikir ke hadapan.. mungkin hari ini adalah hari insan itu.. .tapi mungkin akan datang... giliran anak-anak anda atau ahli keluarga anda atau orang yang anda sayang juga akan disiasat sebegitu.... 

Memang terasa sakit hati apabila orang menanya tentang "kesahihan" kisah kita yang pernah dikhianati dulu... ia walau kekadang kisah itu memang benar... tetapi untuk menghukum sesiapa saja adalah seorang pengkhianat... adalah sesuatu yang  cukup melampau... lebih-lebih lagi...bagi orang yang senang-senang menghukum sesiapa saja... lebih-lebih lagi jika insan yang dibicarakan  itu tidak pernah diganggu gugat dikacau sikit pun oleh insan  yang sedang membicarakan... kenapa mesti mendengar cerita dari orang dan hebah-hebahkan... sedangkan insan yang terasa dikhianati pun.. sudah lama melupakan... mungkin ramai yang tidak sedar dan tahu.. .mungkin bagi insan yang dikhianati itu ia dinamakan pengkhianatan.. tetapi sebenarnya.. pengkhianatan juga boleh menjadi.. "insan yang dikatakan pengkhianat itu memilih yang terbaik untuk hidupnya... dan offer yang lebih baik dari yang boleh diberikan"... memungkiri janji memang adalah sifat munafik.. tetapi.. jika bekerjasama hanya menyakiti hati dan tidak memberi keselesaan dalam salah seorang partner... rasa-rasanya... itu bukan kesalahan besar yang harus dihukum seteruk-teruknya.. .seperti pasangan kekasih @ suami isteri.. jika salah seorang memang tidak mampu untuk bahagia.. tidak ingin untuk berpura-pura.. mengkhianati @ memungkiri janji adalah satu perkara paling sukar untuk dibuat tetapi terpaksa dilaksanakan dari hidup berpura-pura... dan percayalah masing-masing telah menerima hukuman dan belajar dari pengalaman sendiri.. malah mungkin lebih bahagia dan bersyukur atas apa yang terjadi..malah mereka yang dikhianati pun sudah lama memaafkan.. cuma sesekali masih bercerita untuk menjadi pengajaran bagi kawan-kawan atau ahli keluarga meraka pada masa akan datang...itu pun jika penting untuk dibicarakan.. jika tidak, mereka lebih suka menyimpan sebagai hadiah paling mahal dalam hidup...




Untuk si A yang bertanya mengenai si B... kadang-kadang mungkin dari 100 yang anda tanya.. 99 orang yang mengatakan si B jahat.. adalah betul... tetapi ada kes... 1 dari 100 yang anda tanya adalah betul.. anda sendiri boleh memikirkan.. samaada si B seorang yang baik atau tidak...  untuk geng-geng C dan keatas... letakkan diri anda di tempat si B... apa perasaan si B.. .yang mungkin pernah menolong anda dalam sedar atau pun tidak... andainya... si B sendiri sehingga akhir hayat tidak tahu kesilapan dia yang sebenarnya bukan silap pun kadang-kadang.. .sehingga anda tidak memberikannya peluang..untuk lebih dikenali.. kasihan mereka yang sehingga akhir hayat tidak tahu.. kenapa perhubungan mereka berakhir begitu.. dan kasihan sebuah hubungan jika terlibat campur tangan orang lain... dan untuk ibu bapa dan keluarga yang terlalu mengambil berat... mungkin perasaan anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan ahli keluarga sendiri. .tetapi.. siapalah kita untuk mengetahui takdir diri akan datang... percayalah.. REZEKI, AJAL dan JODOH ditangan tuhan... entah-entah bersama dengan jodoh mereka yang bukan pilihan hati anda... segala kejayaan dan rezeki untuk mereka lebih mudah... belajarlah membersihkan hati.. kerana rezeki dan jodoh anda sendiri pun anda tidak tahu jaminannya yang akan datang bagaimana...

Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Dan untuk mereka yang masih berjauh hati... "IT'S NEVER TO LATE TO LIVE HAPPILY EVER AFTER!" Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.... luv & muahhhhzz!!!!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...