Selasa, 31 Oktober 2017

Skrub @ Lulur Untuk Tapak Kaki


Original Body Scrub hanya di perbuat dari bahan asli dan semulajadi 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Original Body Skrub,  skrub @ lulur asli ialah produk berasaskan lulur @ Skrub yang pertama kali di perkenalkan. 

Hari demi hari formula ia akan terus diubah suai untuk di sesuaikan dengan tubuh. 

Ketika anda membancuh Original Body Scrub ini anda akan melihat dengan jelas bahagian Skrub yang halus,  sederhana dan ketara bijinya hatta untuk kulit sensitif sekali pun. 

Original Body Scrub di olah untuk kegunaan dari Tapak kaki bawah sehingga ke atas leher,  ia tidak digalakkan untuk digunakan di wajah. 

Biji paling kasar dan ketara berbentuk bulat itu  harus digunakan di bawah tapak kaki. 

Ini bahagian pertama yang harus dipakai sebelum naik ke atas. 

Dan bahagian ini ketika bancuhan sudah siap sedia, anda akan bijak sendiri untuk memilih biji yang paling kasar untuk di lumurkan dan diurut di bahagian bawah tapak kaki anda. 

Kenapa bahagian bawah tapak kaki di galakkan untuk di urut dan dipakai terutama dengan butiran Skrub yang kasar. 

Di bawah tapak kaki terdapat banyak kajian yang mengatakan segala titik organ terdapat disini.

Anda digalakkan berjalan kaki 'ayam'  tanpa alas kaki di atas tanah atau pasir pantai,  atau atas batu batuan untuk menyentuh setiap titik point tubuh anda berdasarkan pijakan kaki anda. 

Selain itu tubuh manusia dari tanah itu,  amat sesuai kembali kepada alam dan tanah itu sendiri untuk mendapatkan caj-caj positif dari tanah setelah seharian anda bermain handphone dan gajet serta barangan elektronik lain. 

Sekali lagi di terangkan secara ringkas 

Cara Pemakaian Original Body Scrub 

1. Bancuh satu ke 2 sudu Original Body Scrub dalam bekas bersama air bertapis. 

2. Jika anda ingin memakai Original Body Scrub di waktu pagi,  sila bancuh di waktu malam.  Begitu sebaliknya,  jika anda ingin pakai di waktu malam,  sila bancuh di waktu pagi.  

ORIGINAL BODY SCRUB Digalakkan di rendam semalaman untuk proses penapaian berlaku dan ia jauh lebih bagus untuk tubuh. Pernah lihat iklan SK11, pitera? 

3. Pastikan bancuhan Original Body Scrub terendam elok,  esoknya isi bancuhan Original Body Scrub anda dalam mangkuk lain.  Basahkan tubuh anda. 

4. Lumur bahagian paling kasar (berbiji kasar)  di bawah tapak kaki anda. Sila mulakan di bahagian bawah tapak kaki dahulu.  

5. Kemudian lumurkan di tapak tangan dan belakang tapak tangan anda.. 

6. Barulah anda mulakan di betis dan ke arah bahagian atas lain.

7. Bahagian celah-celah lipatan sila gunakan butiran paling halus dan sapu secara atas angin sahaja.  Bimbang ia akan mengakibatkan geseran dan akan lebih hitam. 

8. Kira 20 saat,  bilas. 

9. Biar tubuh kering sendiri dan jangan lupa sapu minyak asli pilihan anda. 

Original Body Scrub akan sentiasa berubah dari segi formula dan cara pemakaian. 

Ia adalah hasil trial &  error serta research dari bacaan demi bacaan dan ilmu yang dicari hari demi hari. 

Bahan yang sama jika di pakai di tubuh selama 3 bulan akan imun sendiri. 

Itu alasan kukuh mengapa formula baru sentiasa dikemaskini dan Original Body Scrub digalakkan di campur bahan lain untuk anda memakainya seperti hampas kopi,  hampas teh,  hampas kelapa dan pelbagai lagi. 

Setiap pengguna Original Body Scrub digalakkan sentiasa merujuk artikel di bawah label @ kategori Original Body Scrub. 

Ini untuk memudahkan anda mendapat informasi terkini dan cara guna terbaik sekaligus memotivasikan anda menggunakan produk yang lebih sihat dan selamat dengan cara mengoptimumkan ia di tubuh anda. 

Untuk pertanyaan dan pembelian Original Body Scrub 

Sila whatapps terus ke

016 276 2636 

ORIGINAL BODY SCRUB terdapat dalam 3 pakej

1. Pakej Biasa (normal)  180 gram Rm8.90
2. Pakej Premium 430 gram Rm15. 90
3. Pakej Special 1kg gram RM30. 90

Sila cuba Original Body Scrub dan rasakan perbezaan di tubuh anda. 

** Penggunaan Original Body Scrub di tapak kaki juga mengurangkan masalah tapak kaki pecah,  kering dan sebagainya dengan syarat selepas memakai Original Body Scrub anda wajib menyapu minyak dan digalakkan memakai stoking ketika tidur. 

** segala artikel mengenai Original Body Scrub di link ini



Terima kasih 





Ahad, 29 Oktober 2017

Ketenangan


SUSHI KING KUANTAN kini ada cop Halal Jakim,  makan makanan lebih sihat seperti SUSHI berbanding Pizza atau ayam goreng membantu otak anda lebih tenang dan lebih sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ada waktu anda menulis hanya ingin memberitahu seseorang luahan hati anda. 

Anda tahu,  dia tidak akan membaca sampai mati,  tapi anda tetap tulis. 

Untuk apa?  Untuk menjaga hati sendiri dan mempertahankan diri dan memenangkan diri anda yang sebenarnya memang tak akan menang. 

Ketahuilah ketika anda berusaha keras untuk membuktikan anda benar menunjukkan dengan jelas, anda sebenarnya telah lama kalah. 

Tiada apa yang perlu dibuktikan, kerana kemenangan yang utama ialah ketenangan hati. 

Apa guna menang jika hati anda tidak tenang dan redha. 

Berbalah dan menegakkan benang yang basah tidak akan kemana. 

Ia akan merosakkan lagi hubungan yang sedang genting. 

Lebih banyak anda bercakap dan mempertahankan diri,  lebih teruk anda sendiri yang akan tersakiti. 

Lebih bagus jika anda tidak menulis ketika marah dan sedih. 

Seperti lebih jauh baik anda diam ketika anda marah dan tidak berpuas hati.

Ada waktu tidak perlu terang apa-apa,  masa akan menentukan segalanya.

Hidup bukan untuk menang sahaja. 

Biar kalah asal anda tidak lagi menghiris hati sesiapa. 

Sering usia dan pengalaman,  anda akan belajar menjaga hubungan jauh lebih selamat dari menegakkan kebenaran. 

Meminta maaf jauh lebih tenang dari menunggu insan lain memohon maaf terlebih dahulu. 

Sekurang-kurangnya anda anda bersyukur dan tenang kerana anda dahulu meminta maaf. 

Meminta maaf tidak pernah menjatuhkan maruah sesiapa. 

Biarlah mereka atau siapa sahaja mengatakan anda salah kerana meminta maaf,  cukuplah abaikan sahaja. 

Jika terpaksa mengaku salah mengaku sahaja,  tiada apa yang rugi untuk itu.

Dalam mengejar kebahagiaan dan lebih banyak peluang,  meminta maaf itu amat indah, malah memuji mereka Yang pernah melukakan jauh lebih membuatkan anda tenang dan gembira dari mencerminkan keburukan insan lain. 

Ramai mengatakan setelah 30 tahun,  masa masih tidak menunjukkan apa-apa. 

Namun ketahuilah ada perkara yang telah terbukti namun tidak pernah ditunjukkan kepada anda dan hanya diketahui oleh mereka yang melaluinya sahaja. 

Ada doa dan kemaafan yang hanya disimpan dalam hati dari jauh. 

Biar kalah dahulu,  menang kemudian. 

Kerana ketenangan itu lah kemenangan. 

Selagi masih bernyawa ada banyak kisah lagi bakal dilalui.

Semoga ketenangan menjadi teman abadi. 

Terima kasih. 




Perubahan



Makanan yang berair seperti Mee Calong,  sup biasanya tinggi MSG atau ajinomoto 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada satu perkara utama jika anda telah biasa meninggalkan ajinomoto dalam masakan. Walaupun anda telah biasa menikmati makanan yang turut mengandungi MSG di rumah seperti perencah Hilal.

Apa bila anda makan di luar,  makanan yang tinggi bahan ajinomoto anda akan mudah sakit kepala.

Begitu juga dengan makanan berminyak tinggi,  sekelip mata tekak anda akan rasa berminyak dan tidak selesa .

Belum lagi menikmati makanan bergoreng atau punyai trans fat sekejap sahaja sakit belakang menyerang.

Mereka telah lama mengamalkan diet sihat akan cepat 'menangkap'  ada bahan tidak kena dalam makanan kerana darah mereka yang berdiet sihat kebiasaannya lebih bersih.

Malah bagi golongan yang semakin mengurangkan bahan kimia dalam produk jagaan diri,  bau sabun,  mandian,  sabun cuci baju dan pelembut baju juga mudah memeningkan kepala kerana kesan kimia yang memang kuat yang amat cepat di tangkap oleh mereka yang kuat tindak balas pada bahan kimia kerana tubuh sudah dapat mengenali benda yang bukan asli dan membawa kesan kepada tubuh.

Jika suatu waktu dahulu anda boleh bau perfume wangi,  kini terhidu sahaja perfume murah anda akan cepat loya.

Pewangi murah menggunakan bahan kimia yang amat murah dan bahaya.    Itu alasan kukuh mengapa mereka yang mengelakkan bahan kimia lama di tubuh akan cepat merasa Loya jika terhidu pewangi murah ini.

Tahukah anda bahawa dari pewangi rumah,  kereta,  bahan mandian,  sabun dengan segala produk komersial harian lain, amat tinggi bahan kimia yang merosakkan hormon dan mengganggu hormon sekaligus kesihatan anda.

Bukan sedikit gangguan hormon yang terjadi untuk jangka waktu panjang.

Jika anda meninggalkan semua bahan-bahan ini percayalah anda akan nampak kesan yang amat ketara apabila anda sekadar menghidu baunya.

Malah jika anda kurangkan makanan bergula dan benda manis sekalipun anda akan nampak kesannya dengan cepat.

Makanan manis kegemaran anda suatu waktu dulu, tidak lagi boleh terima atas asbab terlalu manis.

Begitu juga dengan bahan kimia,  tubuh anda terhidu sahaja sudah rasa mencucuk kepala dan loya.

Ini berbeza dengan bau herba asli seperti daun pandan dan aroma terapi.

Ia jauh melegakan  dan mengurangkan Stress.

Bahan kimia komersial untuk bau wangi yang konon melegakan Stress sebenarnya berlaku sebaliknya dalam tubuh untuk jangka masa panjang.

Jika anda telah biasa dengan bahan kimia,  anda tidak mungkin akan perasan apa-apa.

Zaman millennium ini selain diet perlu diambil kira juga setiap bahan yang digunakan dalam rumahnya dan persekitaran.

Bukan senang ingin berubah namun sedikit perkara akan mengubah banyak benda.

Saya sendiri tidak mampu mengelakkan ia sepenuhnya kerana tinggal bersama ahli keluarga yang menggunakan ia.

Malah jika bercuti atau bermalam di mana-mana bahan kimia ini sukar di elakkan.

Namun asalkan anda boleh mengurangkan ia sudah mencukupi dan berazam meninggalkan terus.

Berusaha dan berdoalah pada tuhan.

Terima kasih.



Sabtu, 28 Oktober 2017

Melepaskan


Hari gelap akan cerah,  hari cerah akan gelap. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apabila anda mengejar sesuatu,  mungkin ada benda lain anda harus korbankan. 

Mengejar kejayaan,  banyak masa yang tidak dapat diluangkan untuk perkara lain. 

Itu mungkin masih boleh diterima. 

Namun berbeza pendapat dan destinasi,  terutama membabitkan perasaan sayang,  adalah satu perjalanan panjang yang susah untuk di terjemahkan. 

Berada di dunia media social dan internet. 

Anda akan berjumpa rakan yang setuju dengan pilihan anda,  malah anda juga akan berjumpa rakan yang kurang menyokong pilihan anda. 

Ada bayaran besar untuk popular,  kesusahan ia sampai anda menutup mata. 

Kurang suka semua ditulis dan dikongsi di media sosial,  hidup adalah privasi. 

SEABAD dulu mungkin anda berjumpa insan yang tidak setuju dengan kerjaya pilihan anda. 

Beberapa tahun kemudian anda akan berkenalan dengan insan yang tidak menyukai anda terlalu expose dengan media sosial walaupun ia sekadar untuk pemasaran dan Branding. 

Begitulah hidup,  ada kata beruntung mempunyai mereka yang menyokong anda dalam apa yang lakukan. 

Ada yang berasa terkilan apabila insan yang diharap memahami, lebih sedih lagi jika ia menjadi alasan untuk hubungan anda semakin menjauh. 

Begitulah hidup tidak semua yang kita pilih akan disokong atau cuba difahami. 

Mungkin apa yang dikatakan oleh si dia adalah benar belaka,  namun perasaan dan impian yang anda pandang versi berbeza. 

Perhubungan yang terjalin lama walaupun cuba di pertahankan akhirnya terlerai menjadi sebuah perhubungan biasa. 

Semakin jauh dan jauh kerana mereka tahu anda kekal dengan pendapat dan pendirian tersendiri. 

Sukar untuk menegakkan pendirian anda Lebih-lebih lagi  anda tahu ada sebab kukuh untuk mereka membantah, untuk alasan kukuh anda tahu tiada siapa akan menang dalam mempertahankan hujah. 

Dan anda tahu untuk itu anda takkan menang.  Namun anda kekal dengan pendirian anda sendiri. 

Ada banyak perkara ia bukan mengenai betul atau salah. 

Atas sebab tertentu yang sukar di terangkan untuk difahami sehingga berada di dalam 'kasut' itu sendiri. 

Apa bila tiba masa untuk melepaskan,  anda harus melepaskan apa yang anda sayang. 

Itulah hidup,  mungkin satu waktu dahulu dia bersama anda susah dan senang,  sihat dan sakit. 

Tiba masa pinjaman itu akan diambil dia akan memilih jalan yang telah lama dipilih cuma bukan lagi bersama anda. 

Dan tentu sekali masa untuk anda melepaskan. 

Apabila anda melepaskan sesuatu yang istimewa untuk mengejar impian anda,  bersedialah untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan di masa hadapan.

Seiring usia anda akan tahu melepaskan seseorang itu bukan bermaksud anda langsung tidak menghargainya. 

Belajarlah melepaskan. 

Walaupun anda tahu usia akan terus mengejar anda. 

Dan anda akan melepaskan dengan rela bila anda sedar usia juga mengejar Dia. 

Terima kasih. 








Jangan Terus Berhenti Steroid Mengejut


Delima antara buah kegemaran saya ketika mengalami TSW dahulu,  sila sesuaikan diet pemakanan dengan tubuh anda.  DELIMA amat sesuai dengan tubuh saya.  

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering membaca banyak kemaskini terkini pemberhentian steroid mendadak terutama di kalangan mereka yang berpuluh tahun mengamalkan krim steroid untuk ekzema atau psoriasis. 

Jika anda sehingga tahap terpaksa memakai krim steroid paling kuat dan mengambil injection steroid,  dinasihatkan agar anda jangan terus berhenti mendadak. 

Mengapa Anda Tidak Digalakkan Berhenti Mendadak Steroid? 

1. Badan anda akan terkejut besar dan Ekzema akan mengamuk teruk.  Pernah lihat orang berhenti dadah mengejut?  Ia akan membawa Stress pada tubuh yang ketara termasuk pada organ tubuh.

2. Anda akan rasa lebih baik mati sahaja.  Saya sudah melaluinya dan beberapa orang individu lain melaluinya.  Terlalu teruk sehingga anda rasa 'ingin bunuh diri'.  Panas yang melampau,  sakit seluruh badan dan steroid itu mengamuk menyerang seluruh anggota tubuh.  Walaupun anda membaca sejuta Blog sekalipun mengatakan parut akan hilang anda tidak percaya dan sukar percaya melihatkan keadaan tubuh anda.  Sokongan moral untuk pemberhentian mendadak amat sukar didapati.  Pasti ramai akan memaksa anda ke pakar kulit,  malah silap hari bulan bawa anda berubat dengan bomoh dan ustaz kerana ingat anda di sihir. Percayalah Stress yang anda akan lalui bertimpa timpa.

3. Mengurangkan stress tubuh dan organ tubuh termasuk stress untuk anda hadapi sendiri. 

4. Tubuh perlu dididik buka  dipaksa.  Didik secara pujukan,  pakai sedikit demi sedikit sehingga berkurang.  Kuatkan usus dengan pemakanan sihat.  Beri masa untuk anda lebih mengenali tubuh dan pemakan sihat dan apa yang akan anda hadapi seterusnya. 

5. Jika anda biasa mengambil injection steroid seminggu sekali,  mohon kurangkan 2 minggu sekali begitu juga ubatan seterusnya kurangkan dan kurangkan.  Mohon belajar berpuasa dan kawal diet serta kuatkan usus. 

6. Dapatkan sokongan kumpulan mereka yang menghadapi ekzema.  Ia ada dalam Group Facebook.  Search sahaja Ekzema. 

7. Sila rajin mengoogle dan membaca Info Topical Steroid Withdrawal (TSW)  dan pengalaman setiap individu adalah berbeza-beza.  Sila membayangkan yang lebih teruk,  Sekurang-kurangnya apabila anda menghadapi pengalaman lebih teruk anda sudah bersedia. 

8. Belajar Eat Clean dan Diet sihat mulai sekarang.  Tinggalkan banyak benda kimia mulai sekarang,  perlahan-lahan kurangkan steroid anda. 

9. Mohon dapatkan nasihat pakar jika anda mampu boleh terus berhubung.  Jika anda tidak punya Budget,  nasihat dari Internet dan Group sebenarnya amat memadai.  Perkara paling penting ialah semangat yang kuat dan tidak putus asa. 

10. SIFAT Mudah terasa dan mengharapkan insan lain dari segi bantuan dan memahami keadaan ketika sakit mohon dijauhkan.  Tiada sifat ini lebih bagus.  Dalam sakit manusia akan lebih sensitif namun sensitif itu akan menyukarkan anda sembuh.  Anda beza mereka yang kuat dan sensitif dalam proses kesembuhan. 

11. Percaya kesembuhan itu dari Allah bukan dari manusia dan Supplement.  Makanan sihat dan semulajadi paling terbaik.  Tiada duit beli Supplement tidak apa,  janji anda makan yang sihat sahaja.  Puasa amatlah di galakkan. 

Untuk anda yang ingin belajar sendiri berhenti menggunakan steroid. 

Boleh belajar kurangkan dari sekarang.  


Jangan tergopoh gapah dan terburu-buru.  Lihat tubuh anda kesanggupan anda sendiri. 

Selamat berjaya untuk anda. 

Jangan lupa berdoa dan berdoa disamping tawakal dan berusaha kuat. 

Terima kasih. 


** untuk info steroid bukan sahaja digunakan oleh pesakit ekzema,  malah di gym dalam banyak Supplement.  Saya pernah berjumpa bekas perenang berjaya yang menggunakan steroid untuk mendapatkan Body fit yang menghadapi kesan sampingan penggunaan steroid yang amat teruk dan dasyat. 



Langgar Dinding


Tidak cukup langgar dinding, pijak batu, terlanggar kayu,  tersadung semua ada termasuk nyaris lemas dalam lautan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam proses belajar,  langgar dinding adalah biasa. 

Pengalaman langgar dinding berkali-kali itu akan mengajar kita untuk berwaspada dan berhati-hati untuk masa akan datang. 

Malah langgar dinding itu akan membuatkan kita bertambah pakar dalam sesuatu perkara. 

Ramai yang melihat menghasilkan sesuatu perkara itu mudah,  baik produk yang nampak ringkas dan senang dihasilkan. 

Juga tulisan yang sepertinya siap ditulis tidak sampai 5 minit. 

Percayalah produk yang anda nampak Simple dan mudah itu dihasilkan dari Try &  error.

Seperti masakan yang nampak mudah dan cepat,  namun apabila cuba dibuat pertama kali ia tetap gagal dari segi rasa dan mungkin rupa. 

Mudah meniru namun hasil belum tentu anda akan puas hati. 

Menulis Blog juga begitu. 

Lihat setiap artikel yang di tulis di tahun-tahun pertama Blog ini. 

Menyedihkan.  Baik dari segi ejaan ringkas dan bahasa yang langsung tidak menunjukkan profesional dan kematangan. 

Begitulah realitinya pertama kali menulis di Blog sebagai mencuba,  langgar dinding itu biasa. 

Berubah dari segi susunan ayat,  emosi dan tutur kata malah ejaan penuh,  terasa indah menulis apabila masuk tahun ke 4.

Begitu juga dalam penghasilan produk.

Kali pertama menghasilkan Crunchy Flakes by QK.  Emping jagung dari kedai biasa seperti bakery langsung tidak sesuai,  mudah hancur.  Jenama kellogg's terlalu lembut dan mudah hancur juga.  Seterusnya jenama Nestlé paling terbaik untuk penghasilan produk ini. 

Ketika ini ilmu kurang dari segi bab pemakanan.  Percaya 100% kepada iklan bahawa emping jagung ialah makanan sihat. 

Percaya jagung ialah Gluten free dan emping jagung diperbuat dari jagung atas asbab tidak pandai melihat bahan-bahan yang ditulis di kotak produk. 

Tidak cukup itu harus bijak memilih kekacang agar bukan kacang tengik.  Jika tersalah pilih rasa Crunchy Flakes juga berlainan. Begitu juga dari setiap bahan. 

Ia nampak senang dan mudah namun perjalanan itu tidak semudah difikirkan. 

Begitu juga dengan Original Body Scrub.  Bahan-bahan ia mungkin mudah,  namun dari segi mencari formula terbaik sesuai kulit dan keperluan tetap memakan idea dan masa serta pembacaan dan mencari ilmu berterusan. 

Tidak kira sama ada dalam penghasilan produk dan memasak. 

Pengalaman perbankan dan insurans serta pelaburan juga menyebabkan berkali-kali melanggar dinding. Sebelum semakin tahu pelbagai perkara dan pengalaman penting. 

Teringat saya singgah ke rumah rakan yang membela udang galah. 

Beliau membela udang galah kerana memasang impian untuk mempunyai kolam udang galah sendiri seterusnya berniaga udang galah. 

Namun anak udang galah yang dibeli dalam RM50 seekor dan dibeli oleh beliau sebanyak 5 ekor hanya tinggal seekor sahaja. 

4 ekor lagi selamat di makan oleh udang galah terakhir yang tinggal. 

Rupanya begitulah hidup udang galah,  yang paling kuat akan tinggal.  Makan dan berlawan sesama sendiri. 

Itu pengalaman yang rakan saya belajar dalam proses pembelajaran untuk membela udang galah. 

Ada banyak perkara dan cerita.  Kisah kesulitan yang ramai dari kita tidak tahu di sebalik kejayaan mereka yang berjaya. 

Sedangkan perkara yang dirasakan seperti kecil ini juga banyak dugaan dan kesulitan mendatang apa lagi mereka yang jauh lebih hebat berbakti pada dunia. 

Terimbas kisah antara bahan yang bakal digunakan untuk produk terbaru insyallah sebelum tahun hadapan. 

Mengirim antara satu bahan herba untuk suami rakan saya belikan di Pasar Siti Khadijah,  akhirnya nyaris di saman kemudian terpaksa bagi duit kocek RM30 hanya untuk membeli satu bahan menunjukkan betapa pengorbanan amat perlu untuk berjaya. 

Saya harus membayar untuk itu dan untuk tenaga suami rakan saya yang saya pasti rakan saya juga agak kasihan dengan apa yang dihadapi oleh suami beliau. 

Maka belanja kopi bawah RM10 mengopi perlu diisi. Hidup ini memerlukan khidmat dan pertolongan rakan dan orang lain yang juga terpaksa mengisi minyak dan menggunakan tenaga. Motor atau kereta bukan jalan kaki lagi macam zaman dahulu kala.  Esok lusa kita tidak tahu kita masih memerlukan khidmat mereka. 

Itu kisah kecil dunia.  Banyak lagi kisah lebih pahit yang tidak dikongsi. 

Hanya kisah ringkas sahaja.  Belum kisah dikhianati sebagainya. 

Selagi bernama manusia untuk mengejar kejayaan selain melanggar dinding secara tidak sengaja,  banyak pengorbanan harus dilakukan. 

Mentor amat diperlukan walaupun sekadar anda mampu membaca ilmu beliau di media sosial. 

Bersyukurlah dengan teknologi Internet zaman ini kerana terlalu banyak manfaat dan peluang yang didapati darinya. 

Ia sama ada kita bijak atau tidak menggunakan ia sebagai manfaat dan keuntungan untuk kita di masa ini atau akan datang. 

Dalam hidup ini pandang ke hadapan adalah perlu,  jangan terus langgar dinding berterusan.

Tiba masa jalan akan lebih cerah dan anda akan lebih faham dengan pelbagai perkara, juga hikmah sebaliknya. 

Dalam meniti hidup untuk belajar perkara baru dari mula,  hanya tuhan tahu kesukarannya. 

Pengalaman dan ilmu adalah satu perkara yang takkan mampu di bayar dan dibeli selamanya. 

Atas kekuatan itu, memulakan sesuatu yang baru akan terus dianggap sebagai penggambaran hidup baru dalam dimensi seterusnya. 

Sekurang-kurangnya anda tidak punya pengalaman dalam satu dua bidang sahaja. 

Terima kasih. 





Apakah Makanan Tambahan Perlu Di Amalkan Setiap Hari?


Manna atau Luban antara makanan tambahan yang di galakkan 

Apakah makanan tambahan perlu di makan setiap hari? 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Soalan berapa kali kena makan setiap hari? 

Sering dikemukakan. 

Baik untuk cuka epal,  madu,  Luban,  Manna,  Habbatus Sauda,  minyak kelapa dara,  minyak zaitun dan sebagainya. 

Perkara pertama yang harus diingatkan,  bersederhanalah itu penting. 

Cuka Epal atau cuka buah. Amalkan hanya 2 -  3 kali seminggu sahaja. 

Kecuali anda sedang menghadapi sakit teruk seperti sedang mengharungi proses Topical Steroid Withdrawal (TSW)  iaitu proses pemberhentian steroid untuk ekzema atau penyakit auto imun lain. 

Setelah sembuh,  amalkan 2 - 3x seminggu sebagai Supplement atau makanan tambahan. 

Diakui ditulis di botol arahan amalan supaya diminum dan diamalkan setiap hari.

Harus diingatkan disini,  sebagai bahan campuran dalam makanan ia logik untuk diamalkan seperti campuran dalam salad,  sup,  bubur atau sebagainya. 

Namun untuk minum terus hanya dalam campuran segelas air,  ia hanya sesuai untuk 2-3 X seminggu sahaja. 

Minum cuka peraman setiap hari boleh menyebabkan badan sejuk dan lemah. 

Begitu juga dengan Supplement atau makanan tambahan lain. 

Untuk mengambil ia terus setiap hari tidak digalakkan.

Ketahuilah ada pendapat Supplement dan makanan tambahan tidak boleh diamalkan berterusan kerana ia boleh mengakibatkan 'tepu'  atau kurang kesan kerana sudah biasa sehingga 'lut'. 

Malah vitamin C sekalipun jika anda amalkan setiap hari dan membentuk kebergantungan kepada bahan ini untuk tubuh akhirnya akan 'imun'  sendiri pada tubuh anda. 

Jika anda tinggalkan sehari dua badan anda akan cepat terasa 'lain'. 

Itu alasan kukuh mengapa mengamalkan apa-apa sahaja perlu sederhana tanpa menjadikan ia sebagai kebergantungan seumur hidup. 

Cuba lihat tubuh anda. 

Apakah ada makanan tambahan jika tidak diambil dalam jangka masa agak lama anda susah membuang? 

Jika anda ambil makanan tambahan tersebut sistem pembuangan anda 'laju'  sahaja. 

Jika anda perlu bergantung kepada makanan tambahan itu,  ada sesuatu yang harus anda ambil berat pada usus anda. 

Usus yang kuat dan tidak bocor tidak bergantung sepenuhnya kepada Supplement sehingga Supplement itu wajib di bawa ke mana-mana untuk memastikan anda membuang setiap hari atau memudahkan pembuangan najis. 

Begitu juga jika anda wajib bergantung bertahun lamanya dengan vitamin C yang jika ditinggalkan beberapa hari anda terus selesema. 

Ada sesuatu yang anda harus lakukan untuk mengelakkan kebergantungan anda kepada vitamin C seumur hidup setiap hari.

Apa sahaja yang anda amalkan.  Pastikan ia secara sederhana. 

Jangan amalkan dalam satu hari semua makanan tambahan anda nikmati. 

Tidak cukup cuka epal,  vitamin C,  baobab, Manna,  Luban,  Habbatus Sauda,  minyak zaitun,  minyak kelapa,  cinnamon dan sebagainya. 

Amalkan satu atau 2 suplemen setiap hari. Paling banyak hanya 3.

Makanan sunnah yang harus diamalkan setiap hari ialah Habbatus Sauda atau jintan hitam dalam bentuk biji bukan minyak atau jus. 

Makan 3-7 biji Habbatus Sauda sesuai tubuh anda. Amalkan setiap pagi setiap hari. 

"Tetaplah dengan Habbatus Sauda ". 

Habbatus Sauda untuk kesan maksimum, sila amalkan kunyah biji dan telan. 

Hatta madu asli sekalipun cuba amalkan 2-3x seminggu sahaja. 

2x seminggu pun sudah cukup untuk hari Isnin dan Khamis. 

Cicah dengan jari manis anda sahaja dan hisap. 

Pilihan lain anda boleh masukkan madu asli sesudu dalam air dingin. 

Harus ditekankan disini.  Amalan ini hanya untuk anda yang sihat dan tidak berpenyakit. 

Bagi yang sedang cuba memulihkan tubuh dari penyakit,  sukatan dan pengambilan tentu berbeza dan diakui anda digalakkan menambah Supplement dan makanan sihat yang banyak untuk sembuh. 

Harus diingatkan disini untuk mereka yang sakit,  makanan sihat sekalipun akan menjadikan  anda sakit jika ia tidak sesuai dengan keadaan penyakit anda. 

Sila pastikan anda mengkajinya sebelum memulakan mengamalkan apa-apa makanan tambahan bimbang ada kesan alahan dan 'healing crisis'  atau meningkat histamine dalam tubuh. 

Dapatkan pendapat dan pengawasan pakar adalah lebih baik.

Apa sekalipun perkara utama yang harus ditekankan ke akhir hayat,  pemakanan sihat dan halal lagi toyyib adalah faktor utama dalam kehidupan seharian.

Terima kasih. 






Bila Tiba Masanya


Jika dahulu coklat,  kek dan Pizza serta ayam goreng segera menjadi menu,  kini ia berubah sendiri 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bila tiba masanya.

Anda sendiri akan berubah.

Tidak perlu di paksa,  tidak perlu disuruh,  tidak perlu dididik atau di motivasikan anda.

Baik dari segi diet,  pemikiran,  perangai,  berhenti merokok,  berhenti mengharap dan memulakan,  Blogging,  menulis,  memasak sendiri dan sebagainya.

Suatu waktu dahulu,  di kelilingi ramai rakan yang berdiet.

Kurang makan makanan berminyak, banyak makan sayur,  hanya makan ayam bahagian dada, tidak makan nasi,  asyik ke gym.

Namun saya memandang sepi walaupun mempunyai agak ramai sahabat yang menjaga kesihatan dan diet baik rakan lelaki  mahupun  rakan wanita.

Majalah Rapi sering di beli 2x sebulan,  majalah kesihatan dan diet namun kekal dengan diet sihat dan makanan segera.

Membaca majalah kesihatan setiap bulan tidak bermakna anda mampu berubah.  Ada waktu hanya untuk menambah pengetahuan namun sebenarnya bacaan itu tidak menusuk hati dan cuba mengkaji serta memahami sepenuhnya.

Sgl berubah,  xperlu motivasi,  xperlu di leteri,  xperlu kwn karib.

Apa bila diuji dengan pemberhentian steroid untuk pemakaian alahan kulit dan ekzema.

Akhirnya kesedaran dan perubahan diet itu datang sendiri.

Tidak perlu rakan yang asyik berdiet di sisi,  tak perlu membeli dan membaca majalah 2 bulan sekali, atas inisiatif dan kesedaran sendiri segala maklumat boleh dicari di hujung jari dan semangat untuk diet sihat dan sembuh mengatasi segalanya tanpa perlu sokongan atau semangat insan sekeliling.

Walaupun dikutuk di cerca ramai yang tidak percaya anda akan kekal dengan pendirian sendiri.

Begitulah masa apabila ia tiba ia tidak akan ditahan lagi.

Sama ada untuk berhenti merokok sekali pun.

Mendengar cerita pak cik sendiri di usia hampir 60 an berhenti merokok sekembali dari Haji tahun ini,  dan langsung tidak boleh bau rokok cukup menyedarkan apabila tiba masanya tiada siapa dapat menghalang walaupun diri sendiri,  rokok yang menjadi darah daging lebih sekotak sehari itu akhirnya ditinggalkan dan ditolak tubuh dan diri sendiri.

Dalam Blogging juga begitu. Di ajarkan oleh rakan sendiri Kak Sue untuk berblogging.  Tidak pernah terfikir untuk Blogging dan menulis akhirnya sehingga hari ini Blogging masih menjadi aktiviti harian,  didoakan  semoga ia terus berterusan sampai bila-bila.

Kak Sue sendiri yang memulakan Blogging selama 2 tahun berturut-turut menulis tanpa henti kini telah bertahun berhenti.

Blog ini yang hanya main-main untuk mengikut dan menjaga hati Kak Sue ditulis hanya untuk 3 bulan pertama dan berhenti.  Kemudian di tulis untuk suka-suka akhirnya menjadi antara medan penulisan  dan perkongsian hampir setiap hari dan kini di baca jutaan manusia seluruh dunia.

Itu aturan Tuhan.

Apabila tiba masa sesuai akan ada perubahan baik yang akan berlaku.

Sama ada dari segi kejayaan,  jodoh,  rezeki,  ajal atau apa sahaja.

Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan berfikir positif sahaja.

Kesabaran amat tinggi dalam berdoa.

Sedangkan ramai manusia di muka bumi ini setelah berpuluh tahun baru memiliki anak walaupun di sahkan subur.

Malah ada kes umur 50 lebih baru bertemu jodoh dan mempunyai anak.

Maka tiada apa lagi yang mustahil.

Hidup ini telah pun tertulis.  Allah telah mencipta kehidupan dan perjalanan yang cukup indah untuk hambanya.  Kita sebagai hamba harus sentiasa berfikir semua yang terbaik untuk kita.

Tugas kita sebagai hamba hanya menjalani hidup ini mengikut aturannya.

Tiba masa apa yang diusahakan dan diharapkan akan menjadi.

Maka jika anda sendiri sukar untuk berubah,  teruskan berusaha dan berdoa untuk berubah dan berjaya.

Andai anak,  suami,  atau sesiapa pun yang anda sayang masih tidak berubah sikap dan berjaya,  teruskan berdoa dan berikan semangat.

Belum bertemu jodoh dan belum punya rezeki menimang cahaya mata baik lelaki atau perempuan,  selagi anda belum menghembuskan nafas terakhir anda insyallah ada peluang untuk itu.

Berfikir positif dan cakap positif pada diri..
Allah mengikut sangkaan hambanya.

Dan anda pasti akan berjaya dan bahagia.

Insyallah.

Terima kasih.





Khamis, 26 Oktober 2017

Stress Ketika Makan


Ada waktunya hanya Ramen Organik sahaja pilihan terbaik yang ada,  maka makanlah dengan redha tanpa rasa susah hati. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pernahkah anda rasa Stress ketika makan? 

Order benda lain dapat benda lain. 

Tunggu berjam lama. 

Rasa dan rupa langsung tidak sama dalam menu. 

Rasa ntah apa-apa namun siap Viral. 

Penuh minyak,  pesan jangan letak telur namun tetap diletakkan,  anda malas bising anda tetap makan. 

Bayar mahal namun rasa ke laut. 

Pernah rasa stress dan marah sebegitu? 

Lebih dasyat lagi anda makan sambil maki dalam hati, makan dalam keadaan tidak puas hati Stress,  marah dan sebagainya. 

Percayalah apa yang anda lakukan ini bukan sahaja memberi kesan kepada tubuh ketika anda menikmati makanan itu malah pada emosi dan hormon. 

Rasulullah ketika tidak mengemari makanan hanya tidak menyentuh dan diam. 

Perasankah anda ada beza ada Stress dan marah dengan makanan selain menegur makanan tidak sedap akan menyebabkan anda sendiri tidak selesa dan rasa bersalah. 

Cukuplah sekali jika anda terkena masakan seperti itu dikedai yang sama. 

Diam dan tidak perlu marah.  Anda juga boleh tidak menyentuh langsung makanan itu. 

Pilihan lain makan sahaja walaupun tidak enak kerana tekak dan cara masakan manusia berbeza-beza. 

Jika memang anda yakin tukang masak itu memang tidak pandai memasak langsung namun ingin membuka kedai dan menjual di bazar. Anggap sahaja penjual cuba mencuba nasib kerana tidak tahu ingin menambah pendapatan atau mencari rezeki untuk anak-anak untuk memulakan hidup dengan apa lagi. 

Mana anda tahu rezeki dari anda hari ini membolehkan mereka membayar hutang dan membeli susu anak. 

Ketika anda datang ke restoran yang langsung tidak menyediakan makanan sihat bersama sahabat atau pelanggan anda. 

Belajar menerima takdir dengan redha. 

Ada waktu kita kena terima walaupun ia bukan kehendak kita. 

Bukan semua yang berlaku dalam dunia ini mengikut kehendak kita sahaja. 

Baca bismillah 5 dan makanlah kemudian detoks. 

Itu sahaja yang boleh dibuat. 

Ada hubungan dan silaturahim yang perlu dijaga. 

Namun jika setiap hari anda bersama teman yang sama,  masa untuk anda mengajar dan mendidik teman dan pelanggan anda untuk diet lebih sihat. 

Ia jauh baik dari anda sendiri terjerumus ke diet yang tidak sihat. 

Tentu mereka juga akan menghargainya jika anda juga menghormati mereka. 

Kurangkan rasa marah dan Stress termasuk ketika anda ingin makan. 

Cubalah.  Jangan putus asa. 

Ada beza cuba dan cuba,  bermula dan terus mencuba walaupun ada waktu terlencong namun anda pasti akan kuat untuk kembali ke landasan semula.

Ingat satu perkara makan dalam perasaan marah tidak bagus untuk kesihatan. 

Terima Kasih.





Bahan Toksid Dalam Mandian Komersial


Original Body Scrub dalam proses 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya terlalu banyak bahan kimia baik yang lembut (mild)  atau keras (Hard) dalam produk kegunaan harian kita. 

Dari pencuci dapur,  simen,  pewangi malah mandian ke losen dan sebagainya anda akan melihat pelbagai senarai bahan yang akan membawa kesan kepada kulit dan kesihatan walaupun mungkin ia dari jumlah yang dibenarkan. 

Antara bahan yang sering di war-warkan penyebab kanser dan kimia harsh ialah 
  • Sodium Lauryl/Laureth Sulfate (SLS/SLES) Sodium lauryl sulfate is a surfactant, detergent, and emulsifier used in thousands of cosmetic products, as well as in industrial cleaners. ...
  • Dioxane. ...
  • Parabens. ...
  • Propylene glycol. ...
  • Diethanolamine or DEA. ...
  • Fragrance. ...
  • Triclosan.
** sumber rujukan di atas diambil dari Google 

Malah terdapat berpuluh malah beratus lagi bahan-bahan kimia jenis baru dan lama yang bukan sahaja merosakkan tubuh anda malah alam sekitar dan udara. 

Bahan kimia yang digunakan hari ini sedikit demi sedikit akhirnya akan memberi kesan kepada tubuh badan. 

Berpuluh tahun menggunakannya bahan mandian komersial akhirnya di beri kesedaran,  maka penulis juga akhirnya berubah ke bahan lebih asli dan selamat. 

Tahukah anda didalam buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang sering ditegaskan hanya guna bahan yang boleh dimakan sahaja di tubuh anda. 

Bahan makanan asli yang anda tahu asalnya dan bukan diproses. 

Menyelusuri setiap bahan bacaan dan tajuk buku yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang Anda akan memahami betapa perlunya anda cerdik memilih setiap bahan yang perlu anda sapu ke tubuh dan gunakan setiap hari.



Pernah menulis artikel mengenai Homemade Scrub dan lulur yang anda boleh membuatnya sendiri di link di bawah,  artikel ini memberikan lebih 7 pilihan mudah untuk menggantikan mandian komersial anda. Sila rujuk artikel ini untuk semangat dan idea pilihan lulur dan Skrub untuk memudahkan hari anda 


Kini anda tidak perlu risau,  jika anda tidak punya masa dan inginkan sesuatu yang lebih sihat dan formula asli turun temurun anda boleh menggantikan mandian komersial anda dengan menggunakan Original Body Scrub. 

Original Body Scrub di perbuat dari bahan asas utama beras pulut susu premium yang terkenal zaman berzaman sebagai bahan paling sesuai untuk kulit asia. 

Di gunakan antara bahan perawatan kulit dan penjagaan tubuh  utama di Filipina dan Thailand,  beras pulut juga turut dijadikan bahan tradisi untuk tubuh dan kecantikan di Malaysia dan Indonesia berkurun lama sejak zaman nenek moyang lagi. 

Hanya 26 saat masa diambil untuk bahan kimia ini masuk ke dalam saluran darah anda.
**imej diambil dari Google 

Di musim panas membahang,  terutama jika anda sering keluar dan berpanas.  Sering ke pantai untuk bermain bersama anak-anak dan sunbathing,  Original Body Scrub dari bahan utama beras pulut susu ini amat membantu dalam menjaga kecantikan kulit. 

Original Body Scrub bukan sahaja berfungsi membersihkan tubuh malah menanggalkan kulit mati,  menipiskan parut,  mengurut badan dengan urutan ringan,  mencerahkan tubuh dan menegangkan kulit.

Bancuh Original Body Scrub ini secara cair dan rendam ia semalaman,  ia amat membantu mendapatkan kulit yang lebih sihat. 

Jangan lupa sapu minyak asli di tubuh untuk kesegaran dan urutan selepas mandi. Pastikan pilih minyak yang paling sesuai dengan tubuh anda. 

Original Body Scrub di datangkan dalam 3 pakej. 

1. Pakej Biasa 180 gram  Rm8. 90
2. Pakej Premium 430 gram Rm15.90
3. Pakej Special 1kg RM30.90

Untuk pertanyaan dan pembelian produk Original Body Scrub 

Anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 

Untuk pembacaan lanjut mengenai Original Body Scrub anda boleh membaca setiap artikel di kategori Skrub di Blog ini di link  di bawah. 


Tunggu apa lagi,  mulakan azam baru anda mulai sekarang. 

Selain diet yang sihat,  tubuh anda juga perlukan bahan penjagaan diri yang lebih sihat. 

Fikirkan berapa kali anda mandi sehari, sebulan atau setahun.

Darabkan dengan usia anda hari ini.

Terima kasih. 


Rabu, 25 Oktober 2017

Harijadi Idaman


Sesuai usia dan kegemaran, saya juga berubah 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Manusia berubah,  saya tidak terkecuali. 

Hati berubah itu bukti kuat mengapa ada doa yang boleh diamalkan untuk tetapkan hati terutama kepada perkara baik iaitu doa memohon ketetapan hati. 

Untuk perkara yang tidak berapa bagus dan sesuai adalah digalakkan untuk lebih cepat berubah. 

Seiring usia,  jika dahulu menerima sedozen donut mahu pun coklat kek besar atau hamper berisi penuh coklat sudah cukup mengembirakan hati sebagai hadiah.  Baik sebagai cenderamata mahupun hadiah hari jadi. 

Mampu menghabiskan ia seorang diri,  namun seiring pengalaman hidup dan pengajaran,  perkara seperti itu tidak lagi diamalkan saya sendiri. 

Cukup sekadar sekotak coklat gelap dengan 99% koko atau sepotong kek coklat atau keju coklat untuk mengucap selamat hari jadi,  saya lebih gembira dengan hadiah sebakul buah atau sayur organik dalam satu bakul hamper hatta satu plastik shopping bag. 

Agak rasa bersalah jika anda memberikan saya coklat dan makanan manis lain yang mahal dan saya kurang menikmatinya sedangkan saya faham anda bermaksud mengembirakan hati saya dan saya pasti ingin sekali menghargainya dan menghabiskan segala hadiah dan cenderahati dari mereka yang menghargai saya. 

Artikel ini saya tulis untuk masa hadapan. 

Agar anda yang menghargai saya dan amat saya hargai memahami bahawa saya suatu waktu dahulu jauh berubah. 

Jika dahulu coklat bermaksud romantik dan paling saya suka, kini saya masih suka coklat. 

Roti coklat,  kek coklat,  coklat gelap dan Brownies. 

Namun saya makin kurang menikmatinya dan saya pasti anda juga ingin menghadiahkan saya sesuatu yang saya suka. 

Cukup saya katakan saya lebih sukakan  buah-buahan berbanding coklat dan kek sebagai hadiah. 

Mungkin jika anda masih ingin kekal sebagai satu cenderahati romantik anda boleh hadiahkan buah dan coklat yang boleh dimakan bersama dan antara kegemaran saya. 

Ingat untuk sesiapa pun yang sukakan diet lebih sihat mereka lebih sukakan dark chocolate dan coklat yang tiada trans fat serta tanpa gula. 

Saya menghargai apa sahaja hadiah dan cenderamata dari anda hatta kek coklat biasa.

Percayalah tiada paksaan dalam memberi.  Saya tetap gembira dengan apa sahaja hadiah dari anda walaupun mungkin saya tidak menikmati ia kerana alergi namun saya tidak mungkin akan mengsia-siakan ia. 

Dari pengalaman setiap insan yang mengeluarkan tenaga dan wang tentu ingin mengembirakan. 

Maka saya hanya inginkan anda akan lebih gembira dengan lebih memahami saya.

Tentu sekali tugas saya jua memahami anda. 

Tidak kira sama ada anda sahabat saya 30 tahun lepas atau baru setahun lepas,  tidak kira apa anda beri atau siapa pun yang berikan saya pasti akan hargai. 


Begitu juga untuk anda yang bakal menjadi sahabat saya pada masa akan datang kerana artikel ini ditulis bukan hanya untuk hari ini juga untuk akan datang. 

Salam kasih sayang dari saya. 

Terima kasih. 





Tempat Makan Best Di Kuantan Part 51 :- Buffet Dim Sum ENAK Di Jade Terrace Grand Darul Makmur


Bahagian hadapan Restoran Jade Terrace di Hotel Grand Darul Makmur 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini 


Jika anda peminat Dim Sum Halal,  ini ialah tempat terbaik untuk menikmati Dim Sum sepuas-puasnya secara buffet terutama jika anda berada di Kuantan. 

Berharga dalam anggaran RM38 untuk satu kepala.  DIM SUM BUFFET ini amat berbaloi sekali dinikmati. 

Buffet Dim Sum ini hanya diadakan pada hari Rabu sahaja di Grand Darul Makmur Hotel Kuantan. 

Dari segala jenis dim sum,  mee goreng dan nasi goreng serta manisan kek dan puding termasuk potongan buah tempatan. 

DIM Sum ini amat disyorkan untuk anda nikmati nya secara Buffet kerana jika anda menikmati ia secara ala carte,  sepinggan sahaja harganya mencecah Rm8 ke RM12. 

Aneka jenis Dim Sum yang di hidangkan panas-panas
Bermula jam 12.30 pm sehingga 3 petang.  Buffet ini ditawarkan untuk dinikmati. 

Lautan Dim Sum disediakan di sini dari pelbagai dim sum berisi udang,  ayam dan pelbagai lagi. 

Malah pau teratai, kacang dan ayam gebu turut terdapat di sini. 

Memang puas hati dan kenyang sekali menikmati semuanya disini. 

Pilihan Dim Sum
Ayam halia yang penuh rasa halia,  pulut manis,  bubur nasi,  chakoi dan segalanya amat menyelerakan. 

Anda pasti puas hati menikmati segala menu yang ditawarkan disini. 


Antara menu yang saya nikmati
Berkesempatan menikmati Buffet Dim Sum ini hari ini bersama kakak saya,  memang kenyang sekali perut menikmati makanan dan segala menu disini. 

Dari lai Chi kang,  teh cina segala sos bijan dan sebagainya termasuk lada jeruk memang memenuhi rasa jika anda menikmati ia panas-panas. 

Kek,  lai Chi kang dan buah
Kek, puding, teh cina,  lai Chi kang dan buah juga di sediakan dalam Buffet ini sekaligus memang memudahkan anda menikmati semuanya tanpa perlu menambah caj lain. 

Lada jeruk,  kicap cair dan kicap soya turut disediakan 
Paling penting sos soya,  dan taburan bijan serta apa sahaja sos boleh dipilih dan ditambah sendiri tentu sekali anda menyukai pelbagai sos pilihan disini. 

Saya menikmati semua jenis pau disini dari ayam,  kacang hitam,  teratai dan segala jenis dim sum termasuk bubur. 

Amat sesuai dan berbaloi dengan harga RM38 sekepala. 

Setelah berpanas seharian diluar masa untuk nikmati Sum 
Untuk tatapan mata anda saya sertakan sekali 2 video yang sempat di ambil ketika saya menikmati DIM SUM ENAK DI JADE TERRACE RESTAURANT ini.





Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan,  dan ingin menikmati DIM SUM Halal puas-puas sila nikmati Buffet ini di hotel Grand Darul Makmur segera. 

Tentu ada puas hati. 

Terima kasih. 


*** ini link sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 52 :- LOFT BY LOTENG