Khamis, 26 Oktober 2017

Stress Ketika Makan


Ada waktunya hanya Ramen Organik sahaja pilihan terbaik yang ada,  maka makanlah dengan redha tanpa rasa susah hati. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pernahkah anda rasa Stress ketika makan? 

Order benda lain dapat benda lain. 

Tunggu berjam lama. 

Rasa dan rupa langsung tidak sama dalam menu. 

Rasa ntah apa-apa namun siap Viral. 

Penuh minyak,  pesan jangan letak telur namun tetap diletakkan,  anda malas bising anda tetap makan. 

Bayar mahal namun rasa ke laut. 

Pernah rasa stress dan marah sebegitu? 

Lebih dasyat lagi anda makan sambil maki dalam hati, makan dalam keadaan tidak puas hati Stress,  marah dan sebagainya. 

Percayalah apa yang anda lakukan ini bukan sahaja memberi kesan kepada tubuh ketika anda menikmati makanan itu malah pada emosi dan hormon. 

Rasulullah ketika tidak mengemari makanan hanya tidak menyentuh dan diam. 

Perasankah anda ada beza ada Stress dan marah dengan makanan selain menegur makanan tidak sedap akan menyebabkan anda sendiri tidak selesa dan rasa bersalah. 

Cukuplah sekali jika anda terkena masakan seperti itu dikedai yang sama. 

Diam dan tidak perlu marah.  Anda juga boleh tidak menyentuh langsung makanan itu. 

Pilihan lain makan sahaja walaupun tidak enak kerana tekak dan cara masakan manusia berbeza-beza. 

Jika memang anda yakin tukang masak itu memang tidak pandai memasak langsung namun ingin membuka kedai dan menjual di bazar. Anggap sahaja penjual cuba mencuba nasib kerana tidak tahu ingin menambah pendapatan atau mencari rezeki untuk anak-anak untuk memulakan hidup dengan apa lagi. 

Mana anda tahu rezeki dari anda hari ini membolehkan mereka membayar hutang dan membeli susu anak. 

Ketika anda datang ke restoran yang langsung tidak menyediakan makanan sihat bersama sahabat atau pelanggan anda. 

Belajar menerima takdir dengan redha. 

Ada waktu kita kena terima walaupun ia bukan kehendak kita. 

Bukan semua yang berlaku dalam dunia ini mengikut kehendak kita sahaja. 

Baca bismillah 5 dan makanlah kemudian detoks. 

Itu sahaja yang boleh dibuat. 

Ada hubungan dan silaturahim yang perlu dijaga. 

Namun jika setiap hari anda bersama teman yang sama,  masa untuk anda mengajar dan mendidik teman dan pelanggan anda untuk diet lebih sihat. 

Ia jauh baik dari anda sendiri terjerumus ke diet yang tidak sihat. 

Tentu mereka juga akan menghargainya jika anda juga menghormati mereka. 

Kurangkan rasa marah dan Stress termasuk ketika anda ingin makan. 

Cubalah.  Jangan putus asa. 

Ada beza cuba dan cuba,  bermula dan terus mencuba walaupun ada waktu terlencong namun anda pasti akan kuat untuk kembali ke landasan semula.

Ingat satu perkara makan dalam perasaan marah tidak bagus untuk kesihatan. 

Terima Kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan