Sabtu, 28 Oktober 2017

Apakah Makanan Tambahan Perlu Di Amalkan Setiap Hari?


Manna atau Luban antara makanan tambahan yang di galakkan 

Apakah makanan tambahan perlu di makan setiap hari? 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Soalan berapa kali kena makan setiap hari? 

Sering dikemukakan. 

Baik untuk cuka epal,  madu,  Luban,  Manna,  Habbatus Sauda,  minyak kelapa dara,  minyak zaitun dan sebagainya. 

Perkara pertama yang harus diingatkan,  bersederhanalah itu penting. 

Cuka Epal atau cuka buah. Amalkan hanya 2 -  3 kali seminggu sahaja. 

Kecuali anda sedang menghadapi sakit teruk seperti sedang mengharungi proses Topical Steroid Withdrawal (TSW)  iaitu proses pemberhentian steroid untuk ekzema atau penyakit auto imun lain. 

Setelah sembuh,  amalkan 2 - 3x seminggu sebagai Supplement atau makanan tambahan. 

Diakui ditulis di botol arahan amalan supaya diminum dan diamalkan setiap hari.

Harus diingatkan disini,  sebagai bahan campuran dalam makanan ia logik untuk diamalkan seperti campuran dalam salad,  sup,  bubur atau sebagainya. 

Namun untuk minum terus hanya dalam campuran segelas air,  ia hanya sesuai untuk 2-3 X seminggu sahaja. 

Minum cuka peraman setiap hari boleh menyebabkan badan sejuk dan lemah. 

Begitu juga dengan Supplement atau makanan tambahan lain. 

Untuk mengambil ia terus setiap hari tidak digalakkan.

Ketahuilah ada pendapat Supplement dan makanan tambahan tidak boleh diamalkan berterusan kerana ia boleh mengakibatkan 'tepu'  atau kurang kesan kerana sudah biasa sehingga 'lut'. 

Malah vitamin C sekalipun jika anda amalkan setiap hari dan membentuk kebergantungan kepada bahan ini untuk tubuh akhirnya akan 'imun'  sendiri pada tubuh anda. 

Jika anda tinggalkan sehari dua badan anda akan cepat terasa 'lain'. 

Itu alasan kukuh mengapa mengamalkan apa-apa sahaja perlu sederhana tanpa menjadikan ia sebagai kebergantungan seumur hidup. 

Cuba lihat tubuh anda. 

Apakah ada makanan tambahan jika tidak diambil dalam jangka masa agak lama anda susah membuang? 

Jika anda ambil makanan tambahan tersebut sistem pembuangan anda 'laju'  sahaja. 

Jika anda perlu bergantung kepada makanan tambahan itu,  ada sesuatu yang harus anda ambil berat pada usus anda. 

Usus yang kuat dan tidak bocor tidak bergantung sepenuhnya kepada Supplement sehingga Supplement itu wajib di bawa ke mana-mana untuk memastikan anda membuang setiap hari atau memudahkan pembuangan najis. 

Begitu juga jika anda wajib bergantung bertahun lamanya dengan vitamin C yang jika ditinggalkan beberapa hari anda terus selesema. 

Ada sesuatu yang anda harus lakukan untuk mengelakkan kebergantungan anda kepada vitamin C seumur hidup setiap hari.

Apa sahaja yang anda amalkan.  Pastikan ia secara sederhana. 

Jangan amalkan dalam satu hari semua makanan tambahan anda nikmati. 

Tidak cukup cuka epal,  vitamin C,  baobab, Manna,  Luban,  Habbatus Sauda,  minyak zaitun,  minyak kelapa,  cinnamon dan sebagainya. 

Amalkan satu atau 2 suplemen setiap hari. Paling banyak hanya 3.

Makanan sunnah yang harus diamalkan setiap hari ialah Habbatus Sauda atau jintan hitam dalam bentuk biji bukan minyak atau jus. 

Makan 3-7 biji Habbatus Sauda sesuai tubuh anda. Amalkan setiap pagi setiap hari. 

"Tetaplah dengan Habbatus Sauda ". 

Habbatus Sauda untuk kesan maksimum, sila amalkan kunyah biji dan telan. 

Hatta madu asli sekalipun cuba amalkan 2-3x seminggu sahaja. 

2x seminggu pun sudah cukup untuk hari Isnin dan Khamis. 

Cicah dengan jari manis anda sahaja dan hisap. 

Pilihan lain anda boleh masukkan madu asli sesudu dalam air dingin. 

Harus ditekankan disini.  Amalan ini hanya untuk anda yang sihat dan tidak berpenyakit. 

Bagi yang sedang cuba memulihkan tubuh dari penyakit,  sukatan dan pengambilan tentu berbeza dan diakui anda digalakkan menambah Supplement dan makanan sihat yang banyak untuk sembuh. 

Harus diingatkan disini untuk mereka yang sakit,  makanan sihat sekalipun akan menjadikan  anda sakit jika ia tidak sesuai dengan keadaan penyakit anda. 

Sila pastikan anda mengkajinya sebelum memulakan mengamalkan apa-apa makanan tambahan bimbang ada kesan alahan dan 'healing crisis'  atau meningkat histamine dalam tubuh. 

Dapatkan pendapat dan pengawasan pakar adalah lebih baik.

Apa sekalipun perkara utama yang harus ditekankan ke akhir hayat,  pemakanan sihat dan halal lagi toyyib adalah faktor utama dalam kehidupan seharian.

Terima kasih. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan