SUSHI KING KUANTAN kini ada cop Halal Jakim, makan makanan lebih sihat seperti SUSHI berbanding Pizza atau ayam goreng membantu otak anda lebih tenang dan lebih sihat |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada waktu anda menulis hanya ingin memberitahu seseorang luahan hati anda.
Anda tahu, dia tidak akan membaca sampai mati, tapi anda tetap tulis.
Untuk apa? Untuk menjaga hati sendiri dan mempertahankan diri dan memenangkan diri anda yang sebenarnya memang tak akan menang.
Ketahuilah ketika anda berusaha keras untuk membuktikan anda benar menunjukkan dengan jelas, anda sebenarnya telah lama kalah.
Tiada apa yang perlu dibuktikan, kerana kemenangan yang utama ialah ketenangan hati.
Apa guna menang jika hati anda tidak tenang dan redha.
Berbalah dan menegakkan benang yang basah tidak akan kemana.
Ia akan merosakkan lagi hubungan yang sedang genting.
Lebih banyak anda bercakap dan mempertahankan diri, lebih teruk anda sendiri yang akan tersakiti.
Lebih bagus jika anda tidak menulis ketika marah dan sedih.
Seperti lebih jauh baik anda diam ketika anda marah dan tidak berpuas hati.
Ada waktu tidak perlu terang apa-apa, masa akan menentukan segalanya.
Hidup bukan untuk menang sahaja.
Biar kalah asal anda tidak lagi menghiris hati sesiapa.
Sering usia dan pengalaman, anda akan belajar menjaga hubungan jauh lebih selamat dari menegakkan kebenaran.
Meminta maaf jauh lebih tenang dari menunggu insan lain memohon maaf terlebih dahulu.
Sekurang-kurangnya anda anda bersyukur dan tenang kerana anda dahulu meminta maaf.
Meminta maaf tidak pernah menjatuhkan maruah sesiapa.
Biarlah mereka atau siapa sahaja mengatakan anda salah kerana meminta maaf, cukuplah abaikan sahaja.
Jika terpaksa mengaku salah mengaku sahaja, tiada apa yang rugi untuk itu.
Dalam mengejar kebahagiaan dan lebih banyak peluang, meminta maaf itu amat indah, malah memuji mereka Yang pernah melukakan jauh lebih membuatkan anda tenang dan gembira dari mencerminkan keburukan insan lain.
Ramai mengatakan setelah 30 tahun, masa masih tidak menunjukkan apa-apa.
Namun ketahuilah ada perkara yang telah terbukti namun tidak pernah ditunjukkan kepada anda dan hanya diketahui oleh mereka yang melaluinya sahaja.
Ada doa dan kemaafan yang hanya disimpan dalam hati dari jauh.
Biar kalah dahulu, menang kemudian.
Kerana ketenangan itu lah kemenangan.
Selagi masih bernyawa ada banyak kisah lagi bakal dilalui.
Semoga ketenangan menjadi teman abadi.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan