Delima antara buah kegemaran saya ketika mengalami TSW dahulu, sila sesuaikan diet pemakanan dengan tubuh anda. DELIMA amat sesuai dengan tubuh saya. |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sering membaca banyak kemaskini terkini pemberhentian steroid mendadak terutama di kalangan mereka yang berpuluh tahun mengamalkan krim steroid untuk ekzema atau psoriasis.
Jika anda sehingga tahap terpaksa memakai krim steroid paling kuat dan mengambil injection steroid, dinasihatkan agar anda jangan terus berhenti mendadak.
Mengapa Anda Tidak Digalakkan Berhenti Mendadak Steroid?
1. Badan anda akan terkejut besar dan Ekzema akan mengamuk teruk. Pernah lihat orang berhenti dadah mengejut? Ia akan membawa Stress pada tubuh yang ketara termasuk pada organ tubuh.
2. Anda akan rasa lebih baik mati sahaja. Saya sudah melaluinya dan beberapa orang individu lain melaluinya. Terlalu teruk sehingga anda rasa 'ingin bunuh diri'. Panas yang melampau, sakit seluruh badan dan steroid itu mengamuk menyerang seluruh anggota tubuh. Walaupun anda membaca sejuta Blog sekalipun mengatakan parut akan hilang anda tidak percaya dan sukar percaya melihatkan keadaan tubuh anda. Sokongan moral untuk pemberhentian mendadak amat sukar didapati. Pasti ramai akan memaksa anda ke pakar kulit, malah silap hari bulan bawa anda berubat dengan bomoh dan ustaz kerana ingat anda di sihir. Percayalah Stress yang anda akan lalui bertimpa timpa.
3. Mengurangkan stress tubuh dan organ tubuh termasuk stress untuk anda hadapi sendiri.
4. Tubuh perlu dididik buka dipaksa. Didik secara pujukan, pakai sedikit demi sedikit sehingga berkurang. Kuatkan usus dengan pemakanan sihat. Beri masa untuk anda lebih mengenali tubuh dan pemakan sihat dan apa yang akan anda hadapi seterusnya.
5. Jika anda biasa mengambil injection steroid seminggu sekali, mohon kurangkan 2 minggu sekali begitu juga ubatan seterusnya kurangkan dan kurangkan. Mohon belajar berpuasa dan kawal diet serta kuatkan usus.
6. Dapatkan sokongan kumpulan mereka yang menghadapi ekzema. Ia ada dalam Group Facebook. Search sahaja Ekzema.
7. Sila rajin mengoogle dan membaca Info Topical Steroid Withdrawal (TSW) dan pengalaman setiap individu adalah berbeza-beza. Sila membayangkan yang lebih teruk, Sekurang-kurangnya apabila anda menghadapi pengalaman lebih teruk anda sudah bersedia.
8. Belajar Eat Clean dan Diet sihat mulai sekarang. Tinggalkan banyak benda kimia mulai sekarang, perlahan-lahan kurangkan steroid anda.
9. Mohon dapatkan nasihat pakar jika anda mampu boleh terus berhubung. Jika anda tidak punya Budget, nasihat dari Internet dan Group sebenarnya amat memadai. Perkara paling penting ialah semangat yang kuat dan tidak putus asa.
10. SIFAT Mudah terasa dan mengharapkan insan lain dari segi bantuan dan memahami keadaan ketika sakit mohon dijauhkan. Tiada sifat ini lebih bagus. Dalam sakit manusia akan lebih sensitif namun sensitif itu akan menyukarkan anda sembuh. Anda beza mereka yang kuat dan sensitif dalam proses kesembuhan.
11. Percaya kesembuhan itu dari Allah bukan dari manusia dan Supplement. Makanan sihat dan semulajadi paling terbaik. Tiada duit beli Supplement tidak apa, janji anda makan yang sihat sahaja. Puasa amatlah di galakkan.
Untuk anda yang ingin belajar sendiri berhenti menggunakan steroid.
Boleh belajar kurangkan dari sekarang.
Jangan tergopoh gapah dan terburu-buru. Lihat tubuh anda kesanggupan anda sendiri.
Selamat berjaya untuk anda.
Jangan lupa berdoa dan berdoa disamping tawakal dan berusaha kuat.
Terima kasih.
** untuk info steroid bukan sahaja digunakan oleh pesakit ekzema, malah di gym dalam banyak Supplement. Saya pernah berjumpa bekas perenang berjaya yang menggunakan steroid untuk mendapatkan Body fit yang menghadapi kesan sampingan penggunaan steroid yang amat teruk dan dasyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan