Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Teh terkenal zaman berzaman
sebagai minuman petang dan pagi bagi kebanyakan penduduk dunia. Malah teh hitam
juga adalah teh dan minuman yang paling banyak dikonsumi penduduk dunia.
Antara teh yang paling terkenal
termasuklah the hitam. Malah di Malaysia terutama dikalangan kaum melayu,
menikmati teh hitam bersama biskut atau kuih muih ketika pagi atau petang telah
menjadi amalan berketurunan. Malah kebanyakan rumah melayu sentiasa ada teh
hitam ini di dapur.
Teh hitam atau black tea yang
terkenal zaman berzaman ini mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada
kulit dan tubuh.
Teh hitam mempunyai rasa yang
lebih kuat berbanding the lain, dan teh hitam jgua terkenal mengandungi lebih
kafein berbanding teh lain didunia. Namun satu keistimewaan teh hitam walaupun
ia mengandungi kafein yang tinggi berbanding teh lain, kafein didalam teh hitam
tetap kurang berbanding kopi.
Berikut antara 11 kebaikan dan
khasiat TEH HITAM dan mengapa sesekali anda harus mengamalkannya.
1. Teh hitam mengandungi antioksidan
Istimewanya tumbuh-tumbuhan,
setiap satunya mengandungi antioksidan yang penting untuk tubuh. Teh hitam
antara tumbuhan yang kaya sumber antioksidan yang penting untuk kesihatan .
Dengan menghirup secawan teh hitam, antioksidan didalamnya akan membantu
menyahkan toksin dan radikal bebas didalam tubuh sekaligus mengurangkan
kerosakan sel. Sumber antioksidan ini juga dipercayai mengurangkan risiko
penyakit kronik.
Antara sumber antioksidan popular
dalam the hitam ialah polyphenol. Antara sumber polyphenol ini termasuklah
catechin, theaflavins dan thearubigins. Sumber antioksidan ini membantu
melindungi tubuh keseluruhannya.
2. Membantu Mengurangkan Stress dan tekanan
Jika anda merasa stress dan tertekan,
minum secawan teh hitam panas. Tambahkan sehiris limau nipis, lemon atau sebiji
limau kasturi. Jangan lupa tambah sesudu gula perang. Ia akan membantu
meringankan kepala anda dan mengurangkan stress.
3. Mengurangkan risiko Kanser Payudara
Kandungan antioksidan yang
terdapat di dalam teh hitam dipercayai membantu mengurangkan risiko kes kanser
payudara dikalangan wanita. Kandungan Polyphenols didalam Teh hijau ini
dikatakakan antara antioksidan yang memerangi sel kanser termasuk sel kanser
payudara.
4. Teh hitam mengandungi Flavonoids yang bagus untuk kesihatan jantung.
Flavonoids yang sering ditemui
didalam pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan dan coklat hitam turut terdapat
dalam teh hitam.
Pengamalan minum teh hitam di
katakana memabntu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk darah
tinggi, kolesterol jahat dan obesity.
Dalam satu kajian rawak, hasil
kajian mendapati mereka yang minum the hitam selama 12 minggu kurang kandungan
nilai trighlyceride 36% , kandungan gula
dalam darah juga berkurang dalam 18% dan HDL / LDL turut menurun dalam linkungan 17%. Kajian lauin menunjukkan
mereka yang minum 3 cawan teh hitam sehari turut mengurangkan riskiko sakit
jantung sebanyak 11%.
5. Mengurangkan kadar kolesterol Jahat.
Dalam pelbagai dapatan kajian,
dipercayai bahawa menikmati secawan teh hitam turut membantu mengurangkan kadar
kolesterol jahat didalam darah.
6. Membantu Menyihatkan Usus
Kandungan polyphenols didalam the
hitam turut membantu menyeimbangkan bakteria baik didalam usus, malah dipercayai
kandungan antimicrob didalam teh hitam juga memabantu membunuh bakteria jahat
sekaligus membantu menyihatkan usus.
7. Membantu Mengurangkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi semakin
menjadi isu didunia ini. Malah dikatakan hampir satu billion manusia menghadapi
isu tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi bersangkut
paut dengan risiko kesihatan jantung, kegagalan buah pinggang, stroke,
kehilangan penglihatan dan serangan jantung. Dengan menikmati secawan teh
hitam, ia dipercayai turut membantu dalam pengawalan tekanan darah.
8. Mengurangi Risiko Strok
Strok dikatakan berlaku apabila
perjalanan darah seolah diblok dan tidak berfungsi diotak. Strok deikatakan
berkaitan dengan otak. Bagi mengurangi risiko strok, dinasihatkan untuk setiap
individu menjadi aktif, menjalani hidup dengan lebih sihat, kurangi stress,
menjaga pemakanan, mengurangkan makanan proses serta menjauhi rokok. Teh hitam dipercayai antara minuman teh yang
boleh membantu mengurangkan risiko strok.
9. Mengurangkan Gula dalam Darah
Teh hitam juga dipercayai
membantu menstabilkan gula didalam darah dengan membantu mempertingkatkan
fungsi insulin dalam tubuh.
10. Teh Hitam membantu anda lebih fokus
Kandungan kafein dan asid amino
yang dipanggil L-theanine yang terdapat dalam teh hitam dipercayai membantu
anda untuk lebih fokus. Asid Amino ini dipercayai membantu meningkatkan
aktiviti alpha di otak dimana ia boleh meningkatkan konsentrasi dan fokus.
11. Memilih Teh Hitam Terbaik
Anda hanya perlu bijak memilih
teh hitam tanpa pewarna dan tanpa racun. Antara teh hitam yang dipercayai tidak
mengandungi pewarna dan menggunakan racun ialah teh popular dari Malaysia iaitu
teh sabah. Ia bukan sahaja murah dan mudah didapati malah selamat untuk
diminum. Jika anda mempunyai budget lebih anda juga boleh membeli daun teh
organic yang turut boleh dibeli secara online.
Selamat menikmati dan menghirup
teh hitam anda.
Terima kasih.
saja scroll Signature Market tengok2 harga black tea jadi rm2 je terus beli tapi tak pernah tahu apa rasanya dan khasiat. hehe kena pula gaya jumpa entry ni =D
BalasPadammurahnya. sales berapa percent tu?. teh hitam murah berkata teh hijau.
Padam**berbanding
Padam