Bagaimana menjadikan ruang kerja anda lebih sihat? dan mesra kesihatan?. |
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
Pekerjaan hari ini memaksa
ramai pekerja duduk lebih lama berbanding berdiri. Tidak seperti kerja bertani,
memukat, menjala ikan, memburu yang dilakukan oleh moyang kita di zaman dahulu
yang terkenal bekerja dan bergerak aktif untuk mencari rezeki, masyarakat hari
ini lebih kerap berada dihadapan computer atau meja berbanding bergerak dalam
melakukan kerja.
Tahukah anda bahawa duduk
ialah penyakit zaman moden terbaru dan dmula digelar ‘Sitting is new smoking’
atau dengan jelas perkara yang amat menakutkan dan menjadi beban seperti
merokok. Ia sukar dielakkan dan ditinggalkan jika tidak berhati waja.
Pekerja hari ini terlalu
banyak duduk. Duduk dikaunter, duduk dimeja, duduk didepan computer, duduk di
hadapan pesakit, duduk sambil merawat pesakit, duduk sambil menjahit, duduk
sambil mereka cipta dan sebagainya.
Dengan kata lain duduk mengambil hampir 90%
dari waktu bekerja dan sekembali ke rumah masih duduk memandu didalam kereta,
sampai dirumah masih duduk disofa dan begitulah seterusnya sehingga tidur. Kurang pergerakan ini menyebabkan, postor
tubuh yang lemah, menyebabkan kerosakan jantung dan paru-paru, sakit belakang,
hilang focus, malah udara yang tidak sihat atas asbab pejabat yang tidak
mempunyai pengudaraan yang bagus dan sihat sekaligus memberikan kesan kepada
tubuh pekerja dipejabat dan ruang kerja.
Bagaimana
Anda Boleh Menjadikan Ruang Kerja Anda Lebih Sihat? .
Anda boleh cuba 7 Cara Ini Bagi Menjadikan Ruang Kerja Anda
Lebih Mesra Kesihatan.
1. Fikirkan kembali Ruang Kerja
Anda. Lihat betul-betul kedudukan computer anda. Pastikan ia selaras mata anda.
Ia bagi mengelakkan anda sakit bahu dan sakit belakang serta menyebabkan postur
tubuh anda lemah. Anda pelbagai cara anda boleh cuba sama ada tinggi atau
rendahkan kerusi anda, tinggikan meja atau alas computer anda, rendahkan lagi
dan sebagainya. Anda juga boleh meletakkan LED Protector di computer anda bagi
mengurangkan kesan sampingan cahaya computer terus kepada mata anda.
2. Rajin-rajinkan diri anda
bangun dan buat regangan di tempat duduk anda atau meja anda. Buat regangan,
bergerak dan berjalan sekeliling meja anda asalkan anda bergerak dan tidak
terlalu lama berada dimeja anda.
3. Untuk meningkatkan focus
dalam kerja anda, minyak pati asli amat membantu. Jika selama ini anda
menggunakan pewangi komersial yang penuh bahan karsinogen, tiba masa anda
menggunakan wangian asli lebih selamat seperti minyak pati atau wangian yang
dibuat sendiri dari minyak pati. Anda boleh mencuba minyak pati pudina untuk
membantu menambah tenaga dan semangat serta memberi lebih focus kepada kerja
yang anda lakukan.
4. Pengudaraan segar amatlah
penting kerana ia melibatkan udara anda seharian. Kurangkan toksid dari pewangi
sama ada pewangi badan dan pewangi pejabat. Jika anda boleh menasihatkan pihak
pengurusan anda adalah lebih baik dan lebih istimewa jika anda mempunyai bilik
sendiri susu atur bilik anda dan pastikan bilik anda hanya dihias dan disembur
dengan semua bahan organic dan selamat.
Ia agak sukar melakukan
ditempat kerja yang bukan milik anda, namun anda boleh mengurangkan risiko
bahan toksid ini dengan menghias meja kerja anda dengan tumbuhan yang membantu
membersihkan udara seperti pokok lidah jin dan pelbagai pokok yang terkenal
untuk mengurangkan udara kotor.
5. Amalkan menikmati makanan
lebih sihat bukan kerepek atau biskut komersial. Simpan stok makanan sihat
dalam laci meja anda. Kurangkan karbohidrat lebihkan buah segar dalam simpanan
stok makanan anda dipejabat.
6. Lakukan senaman mudah
seperti kegel, yoga, pilates yang hanya boleh dilakukan ketika duduk . Lakukan
senaman dan pergerakan ini dengan mengikut giliran, sekejap kegel, kemudian
yoga, pilates, regangan. Pastikan anda berjalan kaki ketika keluar makan tengah
hari.
7. Rajinkan berjalan
mengelilingi ruang kerja untuk mendapatkan udara segar kemudian kembali focus
kepada kerja anda.
Selamat Mencuba 7 Cara Bagi
Membantu Anda Lebih Sihat Di Tempat Kerja Ini.
Terima Kasih.
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
BalasPadamsincerely , farahain zfa
Terima kasih. Segera i lawat your blog.
Padam