Jumaat, 16 Mac 2018

8 Cara Mencuci Kolon atau Usus secara Semulajadi


Detoks Usus Secara Semulajadi


Bagaimana Mencuci Usus Dan Detoksifikasi Tubuh Secara Semulajadi

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makan, makan dan makan iu perkara pertama dilakukan apabila dilanda tekanan kerja dan perasaan. Ada yang tidak berselera makan dan tidak mampu tidur lena, ada individu yang tidak mampu berhenti makan terutama makanan yang tidak berkhasiat.

Namun apabila tersedar timbul rasa menyesal melihat, keadaan tubuh yang tidak terurus, lemah, susah membuang, kulit kering, alergi dan sebagainya.
Kebanyakan individu kini semakin sedar bahaya makanan proses dan manis serta tidak berkhasiat, namun tidak ramai yang mampus meninggalkan makanan proses ini terus.

Bagaimana Anda Boleh Mencuci Usus atau kolon anda secara semulajadi ?. Anda boleh cuba 8 Cara Mencuci Kolon atau Usus secara Semulajadi ini.

1. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengurangkan makanan proses, makanan yang dibungkus siap juga makanan segera termasuk makanan yang dijual homemade namun menggunakan bahan proses dan gula yang tinggi seperti kek, kuih berwarna-warni dan pelbagai lagi.

2. Selain nikmati sayur-sayuran segar dan berkhasiat, masa untuk anda belajar menikmati sayur-sayuran yang melalui proses penapaian atau fermentasi seperti kimchi, sup miso, sayur jeruk seperti sawi jeruk, lada jeruk, petai jeruk dan sebagainya.

3. Makan makanan yang ditapai seperti tempe mentah non gmo yang dibalut daun pisang, budu, cencalok, kefir, kambucha, tapai dan pelbagai makanan yang melalui proses penapaian atau proses fermentasi.

4. Nikmati epal sebolehnya organic. Epal tinggi kandungan pectin dan serat amat bagus untuk mencuci kolon atau usus. Avocado, flaxseed, chia seed dan pastikan makan lebih banyak sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman.

5. Kurangkan minuman manis dan gantikan dengan air yang lebih bersih dari gula seperti superfood smoothie, tambahan timun jepun, avocado, saderi dan buah yang tinggi antioksidan serta sayuran hijau bagus diminum sebagai sarapan pagi. Ia sekaligus membantu anda membuang dengan mudah . Selain itu tomato, acai berry dan sup tulang atau bone broth juga dikira makanan berunsur air bersih yang mudah dihadam dan kenyang lama sekaligus membantu mencuci usus dan kolon.

6. Amalkan herba yang membantu detoksifikasi seperti gam Arabic atau manna yang tinggi serat. Anda juga boleh mencuba serbuk baobab yang tinggi vitamin C.

7. Cuka epal bagus untuk detoksifikasi, anda boleh mencuba ia sebagai minuman detoks sebelum tidur. Pilihan lain ialah jus lemon pekat tanpa gula dan jus limau nipis atau limau kasturi.

8. Berbekam dan berpuasa juga membantu mencuci usus dan kolon anda. Anda boleh berpuasa 3 hari sebulan seperti puasa hari putih atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Selamat Mencuba 8 Cara Mudah Detoks Usus Secara Semulajadi ini.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan