Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Hormon menjadi isu kesihatan beberapa tahun
kebelakangan ini. Malah ia merupakan isu normal dikalangan masyarakat dunia
hari ini. Masalah hormon berkaitan adrenal, estrogen, progesterone, kortisol
dan pelbagai lagi hormone semakin kerap di bincangkan oleh para doctor baik
doctor perubatan moden juga doctor yang mengamalkan perubatan semulajadi.
Isu hormone paling utama ia menggangu
kesuburan dan emosi, mengakibatkan stress dalaman dan luaran pada individu.
Hormon gantian bagi sesetengah individu
meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh seperti menyebabkan kesan sampingan
kepada adrenal gland dalam cara kerja adrenal gland sekaligus ia tidak
disyorkan bagi mereka yang masih boleh diubati dengan cara lebih semulajadi
seperti perubahan pemakanan, gaya hidup dan pemikiran.
Berikut ialah 10 Solusi Yang Boleh Di Cuba
Jika Anda Mengalami Isu Kesuburan.
1. Ambil Ujian
Pengesahan
Kebanyakan individu, baik lelaki atau wanita,
jarang mengambil ujian penuh kesuburan untuk mengetahui masalah hormone dan
kekurangan nutrisi dan vitamin dalam tubuh mereka. Dengan ujian penuh, maklumat
mengenai estrogen sama ada tinggi atau rendah termasuk hormone lain.
Hormon progesterone yang rendah boleh
menyebabkan risiko kerugian. Hormon Kortisol juga menggangu tidur dan stress.
Senaman yang dilakukan setiap hari juga boleh menyebabkan tubuh semakin sihat atau
semakin teruk. Jika ini terjadi kepada tubuh, ia menunjukkan latihan atau
senaman yang dilakukan itu sama ada tidak dilakukan dengan cara yang betul atau
dilakukan pada waktu dan masa yang salah. Tidak semua senaman boleh dilakukan
pada waktu malam dan pada waktu badan tidak sihat atau tertekan.
2. Belajar
Mengenai Kolesterol
Kebanyakan hormone gantian ialah hormone
steroid. Hormon steroid dikatakan mengandungi kolesterol. Kolesterol terbahagi 2. Kolesterol baik dan
kolesterol jahat. Dikatakan bahawa kolesterol dan protein berkait rapat. Hormon
yang sihat memerlukan kolesterol baik seperti kolesterol dari telur, juga lemak
avocado dan minyak zaitun. Jangan takut kepada kolesterol kerana kajian terbaru
menunjukkan kolesterol baik dan menikmati telur tidak menyebabkan sakit
jantung.
3.Jauhi
Tekanan dan stress
Kajian menunjukkan depressi atau tekanan
mental amat kuat dalam kes pengidap PCOS. Adalah disyorkan penggunaan minyak
pati asli seperti lavender untuk mengurangkan tekanan dan stress. Selain itu
herba seperti California poppy turut membantu mengurangkan tekanan.
4. Amalkan
Pemakanan Asid Lemak
Makanan mengandungi lemak baik semakin
dipromosikan sebagai makanan sihat dalam proses penurunan badan dan menguatkan
tubuh. Suatu waktu dahulu ramai takut kepada makanan yang mengandungi lemak
yang dikatakan menyebabkan kegemukan dan masalah kesihatan. Seiring kesedaran
dan kajian terbaru menunjukkan lemak terbahagi dua, lemak baik dan lemak jahat.
Untuk melawan lemak, lawannya juga lemak. Yang harus ditekankan pastikan anda
memilih lemak baik seperti asid lemak baik yang terdapat dalam kacang gajus, kacang
walnut, kacang macadamia dan badam. Makanan yang kaya asid amino juga turut
digalakkan dalam diet seharian anda. Flaxseed dan ikan laut dalam seperti
salmon dan sardine amat disyorkan diamalkan dalam pemakanan seharian anda.
Avocado atau alpukat yang kaya lemak baik
amat disyorkan diamalkan setiap hari. Avocado bagus untuk hati, hati berkait
rapat dengan hormon, malah hati juga berfungsi meningkatkan glutathione yang
amat berguna untuk tubuh dan kesihatan.
5. Senaman Yang Betul dan Konsisten
Senaman dan latihan seperti yoga, berjalan
kaki, mengangkat berat, burst training, tabata yang diamalkan secara rutin dan
bersilih ganti amat bagus untuk awet muda, mengurangkan kesan penuaan sekaligus
amat bagus untuk peningkatan hormone yang turut membantu mengurangkan stress
dan membantu tidur yang lena sekaligus memudahkan tubuh dalam penyembuhan dan
rehat dimalam hari. Pastikan anda lakukan senaman dan aktiviti yang sesuai pada
waktu dan keadaan yang betul. Waktu dan cara latihan yang salah hanya akan
menyebabkan stress dalaman yang lebih teruk pada tubuh.
6. Elakkan Toksin termasuk Toksin Persekitaran
Dunia hari ini terlalu banyak perkara sukar
dielakkan. Toksin pencemaran dari kilang industry, toksin dari segala asap
kenderaan, toksin dari barangan rumah dan sekitar, toksin dari barangan
penjagaan diri, toksin dari makanan, toksin dari plastic serta pelbagai lagi.
Penggunaan bahan plastic dalam penyimpanan
makanan sebagai bekal ke pejabat dan sekolah turut meninggalkan kesan toksid
kepada tubuh. Logam berat seperti periuk dan sudu aluminium juga memberi kesan
metal dalam tubuh, barangan plastic dalam masakan dan penyimpanan serta proses
makanan turut memberi kesan. Dapatkan bekas plastic BPA Free, kurangkan makanan
yang dibungkus dalam polisterin atau plastic ketika panas, minum air bertapis
dan cuba elakkan pencemaran.
Selain itu elakkan makanan proses terutama
daging proses, makanan sejuk beku, makanan dalam peket, soya, susu komersial,
makanan tinggi gula dan makanan segera.
Selain itu elakkan penggunaan pil kecantikan
yang anda sendiri tidak pasti apa bahan-bahannya, pil perancang juga tidak
digalakkan kerana ia bukan sahaja menganggu hormon dalam tubuh wanita malah
kesan toksid pil perancang ini turut dialihkan atau transfer kepada pihak suami
ketika melakukan hubungan seks. Ramai tidak faham bahawa kesan sampingan yang
diterima oleh pihak lain sebenarnya boleh di alihkan kepada pihak kelain ketika
hubungan seks dan ketika hamil kepada bayi dan keturunan seterusnya. Penggunaan
pil perancang bukan sahaja menyebabkan pelbagai kekurangan nutrient pada tubuh
malah menyebabkan isu candida terlebih biak dan pertambahan yis tidak sihat
terhadap tubuh badan anda. Ada alasan kukuh kenapa islam sendiri mengharamkan
zina dan tidak menggalakkan sesuatu yang tidak sihat diamalkan dalam merancang
keluarga.
7. Makanan Padat Nutrisi
Air mineral atau air hidup, garam laut,
magnesium, CBD, Vitamin B dan spirulina antara makanan dan nutrisi yang
disyorkan untuk diamalkan dalam pemakanan seharian. Koko merupakan salah satu
superfood yang tinggi antioksidan dan bagus untuk otak serta penghadaman.
Pastikan anda memilih koko asli bukan koko proses. Makan dan nikmati makanan
padat nutrisi. Kurangkan pemakanan yang menghakis nutrisi dalam tubuh anda
seperti air berkarbonat dan makanan proses yang merbahaya.
8. Amalan Herba
Herba terkenal zaman berzaman dalam aktiviti
perdagangan semenjak zaman. Malah kehebatan herba tidak dapat dinafikan dalam
kesihatan dan penyembuhan penyakit. Herba seperti schisandra yang popular dalam
perubatan cina, milk thistle dan kunyik ialah herba yang amat digalakkan
diamalkan oleh individu yang menghadapi cabaran isu kesuburan.
9. Pemakanan
Sebenar ialah Pemakanan Asli Zaman Berzaman
Food is Medicine, makanan ialah ubat sebenar
telah lama diamalkan oleh masyarakat berkurun lama dahulu. Makanan sihat
seperti ubi bit merah, sup tulang, spirulina, hemp atau ganja (sila rujuk
Negara yang membenarkan penggunaannya), makanan kaya asid amino, buah delima,
blueberry, blackberry, buah zaitun dan pelbagai makanan yang wujud berkurun
lampau harus diamalkan dalam pemakanan seharian. Kembali kepada menu dan diet
nenek moyang, Jika makanan itu tidak pernah terdapat dalam diet nenek moyang
kita dahulu, jangan makan jika anda benar-benar ingin sihat dan sembuh dari isu
kesuburan.
10. Minyak
Pati Asli
Penggunaan minyak pati menjadi amalan
pelbagai kaum berkurun tahun lampau. Ia menjadi pengubatan pelbagai penyakit
selain digunakan bagi kecantikan wajah dan tubuh. Terdapat pelbagai minyak pati
asli seperti lemon, thyme, patchouli, lavender yang amat bagus untuk membantu
meringankan stress dan melegakan minda dan tubuh. Belajar menggunakan minyak
pati asli ini dalam kehidupan seharian. Pastikan ia asli, organik dan
dilabelkan dietary supplement. Penyembuhan minyak pati adalah salah satu ubat
yang selamat digunakan dengan ilmu. Untuk pembelian minyak pati asli dan
organic Young Living Essential Oils anda boleh hubungi dan whatapps terus
Khadeeja di 016 276 2636.
10 Solusi ini boleh dicuba jika kes kesuburan ini masih awal dan belum diperingkat serius. Jika anda merasakan sukar untuk
melakukan semua ini, lebih baik anda merujuk doctor dan pakar perubatan yang
merawat anda dan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.
Segala maklumat diatas ditonton di video yang
dikongsi oleh DR. AXE dan diolah kembali dengan bahasa mudah dan ringkas diblog
ini.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan