Antara pilihan sarapan lebih berkhasiat |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tahukah anda, banyak Blog terkemuka dan doktor berpengaruh kini menggalakkan anda mengamalkan sarapan buah-buahan juga salad campuran buah.
Jika selama ini anda kerap menikmati nasi lemak ayam dan Mee goreng, mungkin tiba masa anda mengajar diri anda menikmati buah-buahan sebagai menu sarapan anda sebelum ke kolej atau pejabat juga bagi memulakan pagi anda.
Tahukah anda bijirin sarapan segera berproses itu tinggi gula?. Emping jagung yang di war-warkan berkhasiat rupa-rupanya tinggi gula.
Ramai tertipu termasuk saya. Melihat iklan SLIM fit pelbagai bijirin sarapan yang menunjukkan model sihat cantik di samping patah perkataan vitamin galian itu ini menyebabkan bukan sahaja golongan dewasa, intelek dan profesional terpedaya.Termasuk golongan muda dan kanak-kanak.
Sesungguhnya nasi lemak yang di masak sendiri menggunakan santan segar dan telur tanpa antibiotik jauh berkhasiat berbanding bijirin sarapan yang di war-warkan terlalu sihat dan berkhasiat itu.
Maka antara pilihan sarapan yang boleh anda nikmati menggantikan sarapan bijirin anda itu ialah roti, salad Buah dan buah-buahan.
Pilihan roti yang lebih popular selain roti Sourdough ialah roti Sprouted yang dibuat dari bijian terpilih dan tanpa tepung gandum.
Antara pengeluar popular roti berkhasiat ini ialah NHF. Peneraju produk kesian dan barangan organik yang cukup popular dan senang didapati.
Buah paling cepat kenyang tentu buah pisang. Pilihan lain buah Avocado, jambu, naga merah, mempelam juga sayur salad dan tomato. Timun Jepun juga mengenyangkan untuk sarapan dan snek.
Apa sekalipun alasan, belajarlah untuk berubah dalam pemakanan.
Anda bukan semakin muda. Malah otak anda juga memerlukan makanan berkhasiat jika anda masih remaja apalagi lebih berusia dari itu.
Permulaan hari bermula dengan sarapan.
Pilih yang berkhasiat dalam memberi energi dan makanan kepada sel tubuh anda.
Anda anda tidak habis menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran anda. Anda boleh simpan ia dan menjadikan ia sebagai Smoothie.
Sila rujuk artikel ini
Sisa Buah-buahan Dan Sayur-sayuran sebagai Smoothie
Anda anda tidak habis menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran anda. Anda boleh simpan ia dan menjadikan ia sebagai Smoothie.
Sila rujuk artikel ini
Sisa Buah-buahan Dan Sayur-sayuran sebagai Smoothie
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan