Diet Sihat dan Cheat Diet itu biasa |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai individu biasa.
Kita memerlukan sokongan dan motivator.
Pembimbing dan mentor.
Rakan-rakan untuk memberi semangat.
Dalam apa sahaja baik kerjaya, hidup, perniagaan mahu pun dalam pemakanan atau diet.
Mengikuti diet kemudian terbabas.
Merasa sedih kerana terbabas namun di teruskan kerana merasa tewas dengan godaan untuk selamanya adalah sesuatu yang merugikan.
Tidak perlu terlalu mengikut mereka yang terlalu straight dalam diet jika itu membuat anda rasa tertekan sekaligus kecewa kerana tidak mampu menjadi seperti mereka.
Ada waktu instagram dan Facebook juga Blog yang anda ikuti fokus semata-mata betul-betul untuk ajaran dan ilmu kesihatan sebenar.
Maka tidak sesuai yang tidak baik ditulis dan kongsikan di situ.
Ia mungkin menggalakkan follower untuk kurang serius menjaga pemakanan.
Namun itu bukan bermaksud anda harus sentiasa tertekan apabila melihat isu ini.
Realitinya ramai sahaja mereka yang berusaha menjaga pemakanan kerap terbabas dan kembali ke pangkal jalan sedikit demi sedikit.
Seperti seorang wira ada masa rasa lemah kemudian bangkit.
Begitu juga manusia ada waktu diet ke laut kemudian kembali ke landasan kembali.
Paling utama jangan jatuh dan berehat terlalu lama.
Gagahkan diri untuk bangkit.
Buat juga sesuatu yang lebih sihat dan cuba untuk cari makanan lebih sihat sikit demi sedikit.
Insyallah anda akan berjaya.
Jauhkan tekanan wajib mencari yang sihat ketika Budget anda membuat anda tertekan.
Juga jangan terlalu stress jika anda tidak mampu masak sendiri kerana terlalu penat.
Sesungguhnya stress juga merupakan toksid yang bahaya kepada tubuh.
Pemakanan sihat membantu mengurangkan stress.
Namun jika mencari dan mendapatkan makanan sihat membuatkan punca stress yang lebih menekan pada diri anda.
Sudah masanya untuk anda perlahan-lahan mendidik diri bahawa setiap proses mengambil masa dan akan tiba masa anda akan bijak mengawal keadaan dan menjadikannya sebagai perkara mudah untuk mendapatkan dan menyediakan sesuatu yang lebih sihat.
Makanan sihat ada murah (ulam dan sebagainya).
Exercise juga ada yang langsung tidak mengeluarkan Budget dan mendatangkan hasil seperti Bercucuk tanam.
Jika anda tinggal di apartmen atau condominium belajar Bercucuk tanam dalam pasu.
Selain itu aktiviti Bercucuk tanam selain memberi anda sayur-sayuran segar organik percuma, ia turut membantu otak anda berfikir dan lebih cergas.
Pemakanan sihat juga turut membantu otak menjadi cergas dan menguruskan stress dan lebih memberi idea yang banyak untuk anda.
Memudahkan anda berfikir dan menjadikan mood anda jauh ceria dan positif.
Tahukah anda faktor pemakanan juga melibatkan emosi.
Makanan yang baik akan membantu anda menjadi kurang sensitif dan emosi sekaligus berpersonaliti lebih menarik.
Badan yang sihat dan cergas akan membuka minda untuk menerima pelbagai benda baru dengan mudah.
Malah dari awal anda menjaga pemakanan, insyallah keturunan anda juga akan lebih sihat.
Cari individu yang memberi anda semangat dalam apa yang anda ingin lakukan.
Insyallah anda tak akan merasa berjuang seorang diri dan ia lebih mudah untuk anda melakukannya.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan