Jika anda mencari kedai kek enak paling sedap di Kuantan, KOKO adalah pilihan terbaik.
Memang enak segala dessert atau makanan manis disini.
Dari macaron yang sungguh enak dan berperisa, ais krim Home made yang sedap, kek yang terasa tulen dan premium akan membuat anda bersetuju kafe ini adalah kedai kek dan dessert pilihan No. 1 paling enak dan sedap di Kuantan.
Bahagian hadapan setelah masuk pintu ke kafe
Terletak di Jalan Air Putih, Kuantan berhampiran Tunas Manja Air putih atau berdepan Petronas Air Putih, Cafe ini adalah kafe kek yang amat eksklusif sekali.
Di reka bentuk dengan cantik
Di reka bentuk dengan cantik berlatar belakang warna putih cantik, kafe ini terlihat cukup eksklusif. Malah lalu-lalang English berentak jazz turut di pasang di dalam Cafe ini mewujudkan suasana damai romantis.
Semua dessert adalah home made
Dari kek, ais krim, pastries, macaron, waffle atau kon ais krim semuanya di buat sendiri, Home made.
Hiasan peti ais moden, gambar dan Dekorasi menawan pasti akan membuat anda gembira dan bahagia berada di kafe ini.
Peti ais krim dan kon berhampiran tempat pilihan utama
Gambar hiasan di sudut ini
Ais krim Homemade yang enak
Cantik kan
Kon ais krim ini dimasak segar dan memang enak sekali
Berikut antara gambar yang sempat di ambil oleh saya di kafe KOKO ini.
Antara pilihan kek
Sila lihat Dekorasi eksklusif ini.
Jika anda mencari kafe eksklusif untuk sambutan hari istimewa, perayaan istimewa, hari jadi, atau bergembira bersama insan tersayang kafe KOKO amat sesuai menjadi pilihan utama.
Zara Kusyuk melihat saya mengambil gambar
Sila lihat aksi saya, kakak saya dan anak saudara saya Irfan, Ilham dan Zara ketika menikmati makanan di kafe ini.
Zara gembira berada disini
Dekorasi cantik sesuai untuk berbincang dan bergembira
Dekat belakang tu tandas, pun cantik
Dekorasi ala English juga pasti menarik minat kanak-kanak untuk menikmati makanan manis, kek, pastri dan ais krim di sini.
Zara gembira dapat makan ais krim
Lihat bunga Zara pegang tu, cantik kan
Anak saudara saya, Zara gembira bersuka ria disini.
Bergambar menikmati hidangan bersama Zara
Sebelum menikmati makanan kita bergambar dahulu.
Saya dan Zara sempat berpusing sebelum makan
Dome Chocolate cake yang enak
Ketika pertama kali ke sini, saya dan Zara hanya memesan kek coklat Signature di sini iaitu Dome Chocolate cake. Harganya RM13 dan bersize kecil.
Amat berbeza dengan size kek biasa yang besar seperti kek di kafe lain.
Namun apabila menikmati rasa kek coklat ini amat terasa coklat pekat yang Pure dan amat enak dan sedap sekali.
Malah adik lelaki dan adik perempuan saya juga memberi komen yang sama ketika saya membungkus kek ini di bawa pulang.
Ais krim Home made sini sedap
Ais krim Homemade disini sedap termasuk waffle dan kon ais krim ini.
Ais krim strawberi terasa strawberi sangat, namun sayang ketika saya sampai ais krim strawberi ini kehabisan stok, tidak sampai separuh scoop ais krim dapat saya nikmati.
Ais krim coklat juga sedap walaupun tidak sesedap ais krim strawberi.
Ais krim coklat Dome pekat dan enak
Kek coklat Dome yang amat enak dan pekat rasa coklat
Zara Kusyuk menikmati ais krim
Ais krim Homemade yang sedap dan kek coklat Dome enak
Esoknya sekali lagi saya dan Kakak saya serta anak saudara saya Irfan, Ilham dan Zara juga kakak saya menikmati dessert dan pastri di sini.
Seharian di Teluk Chempedak tentu sekali menyebabkan kami kelaparan dan inginkan sesuatu yang manis dan menyegarkan tekak.
Maklumlah cuaca yang panas membahang, di Kuantan berbulan ini menyediakan kami mudah penat dan lapar.
Antara Menu yang kami nikmati semalam ialah raspberry tart yang berharga RM13, macaroni salted egg dan macaron coklat, ais krim coklat (ais krim strawberi habis stok lagi) dan buah-buahan celup coklat.
Raspberry tart dan macaron
Raspberry tart yang enak
Kami memilih 2 pilihan buah, anda boleh pilih 4 pilihan termasuk marshmallow
Kami memilih 2 jenis buah untuk dimakan bersama sos coklat. Terdapat 4 pilihan untuk cicahan coklat, termasuk marshmallows namun kami lebih sukakan kedua-dua buah tersebut.
Di bawah riak wajah kami yang penat berpanas seharian dan sunburn bermain di tepi pantai dan mengelilingi Teluk Chempedak
Lapar.. Jari pun dah tak betul nak makan
Mohon abaikan kulit sunburn teruk kami.
Yang pasti sunburn itu seksi.
Maaf, abaikan sahaja kulit gelap sunburn teruk itu, tetap nak bergambar
Irfan dan menu kegemaran
Di bawah Ini gambar kegembiraan masing-masing.
Zara kegembiraan keluar berjalan
Ilham tetap suka tengok handphone
Saya memilih menu raspberry tart memang sedap. Macaron salleh egg caramel saya makan 2 keping pun enak sangat begitu juga macaron coklat tidak terlalu manis lembut dan memang sedap sekali. Mohon cuba.
Gambar dari Facebook KOKO
Untuk info, kafe KOKO ini juga menawarkan set minum petang berharga Rm75.
Set 3 tingkat ini berserta satu Tea pot teh TWG. Sesuai untuk hidangan 2-3 orang.
Oleh kerana kakak dan anak saudara saya pernah mencuba set ini maka pada hari semalam kami tidak menikmati set minum petang ini.
Ini video yang sempat di ambil saya pada hari pertama ke kafe KOKO ini.
Anda boleh melihat instagram KOKO atau Facebook KOKO untuk senarai menu penuh dan harga yang ditawarkan di kafe ini.
Halal tak sini?
BalasPadam