Ahad, 7 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 42 :- Nasi Lemak Place


Nasi Lemak Place yang terkenal di Kuantan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah 


Di Kuantan suhu panas terus terasa.  

Cuaca panas membahang tidak menghalang kami menikmati makanan di luar. 

Antara tempat Makan popular dan baru di Kuantan ialah Nasi Lemak Place yang terletak di Jalan Beserah Kuantan berhampiran AmMet Life Kuantan. 

Kami datang lewat dalam pukul 11 Cafe ini mulai kosong

Pernah Viral seketika atas keenakan hidangan disini. 

Nasi lemak disini memang enak sekali. 

Sambalnya dimasak menggunakan lada giling asli dan campuran limpahan ikan bilis yang dikisar halus.  Tidak hairanlah tambahan sambal akan di caj RM1 jumlah yang kecil dibandingkan harga ikan bilis di masa sekarang. 

Suasana yang tenang
Menikmati hidangan di kafe ini dalam suasana yang tenang dan tempat yang cantik membuat anda akan lebih berselera. 

Nasi Lemak Place ini beroperasi dari pagi sehingga malam dalam area 8.30 pagi lagi. 

Terdapat pelbagai hidangan disini selain nasi lemak termasuk Mee rebus,  tauhu bunga,  kuew tiaw goreng dan pelbagai lagi. 


Zara anak saudara saya Kusyuk bergambar 

Hiasan di dinding yang sungguh cantik mengilhamkan Nasi Lemak Place sebagai Dekorasi kedai makan ala warung moden ini menjadi tarikan bagi golongan muda mudi dan kanak-kanak yang suka bergambar selain seronok menikmati makanan. 

Nasi Lemak daging dendeng 

Antara Menu popular disini ialah nasi lemak daging dendeng yang berharga RM6. 50, nasi lemak ayam kampung,  nasi lemak ayam pandan,  nasi lemak Chicken chop dan pelbagai pilihan menu nasi lemak lain. 

Gambar yang sempat diambil
Oleh kerana saya dan Zara mengejar masa kerana banyak program di hari minggu hanya beberapa gambar sahaja yang sempat diambil. 

Anda boleh melawati instagram dan Facebook Nasi Lemak Place untuk segala menu dan harga di warung makan istimewa ini. 

Nasi lemak biasa dari serendah RM2.50 dan bagi saya inilah sambal nasi lemak paling sedap di bandar Kuantan untuk setakat ini mengikut selera saya.
 Ini kerana sambal nasi lemak disini tidak banyak minyak seperti sambal nasi lemak lain.

Maklumlah ketika ini saya makin kurang suka makanan atau sambal yang banyak minyak. 

Menu lain yang turut dijual disini
Di Nasi Lemak Place ini juga turut dijual sambal hitam, tart Nenas juga hidangan lain. 

Nasi lemak di hidangkan sepanjang hari.  Menu masakan panas bermula tengah hari. 

Lukisan kucing yang cantik 
Saya hanya menikmati nasi lemak daging dendeng dan rasa nasi lemak ini memang enak. 

Zara menghabiskan nasi lemak kosong yang dinikmati oleh nya. 

Memang sedap dan wajib cuba jika anda mencari nasi lemak enak dan digemari semua golongan pasti warung nasi lemak itu ialah Nasi Lemak Place. 

Kami sempat bergambar sebelum menikmati hidangan 
Lama tidak berselfie,  maka sebelum makan kami berselfie dahulu berlatar belakang kan lukisan cantik di dinding warung ini. 


Okey Kita selfie dulu
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan saya amat syorkan anda ke warung Nasi Lemak Place Ini.

Nasi Lemak Place tidak beroperasi pada Hari Ahad.

Semoga anda berpuas hati dengan artikel ringkas ini.

Terima kasih.


** ini sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 43 :- KRIM by Kula Cakes





2 ulasan:

  1. comelnyaa kedai dia.. sangat comical.. pandai attract pelanggan =)

    BalasPadam