Khamis, 4 Mei 2017

KHASIAT BUAH BIDARA


Buah Bidara yang dibeli di pasar malam
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Baru sahaja ingin berkongsi link artikel KHASIAT Daun Bidara,  hari ini baru saya perasan tiada artikel itu di Blog ini. 

Bermatian saya ingatkan telah lama berkongsi Info mengenai daun bidara di Blog ini..

Abaikan kesilapan saya,  maka saya teruskan sahaja menulis artikel mengenai Khasiat Buah Bidara sebelum mencari waktu untuk mengambil gambar daun bidara dan menulis khasiat daun bidara dalam waktu terdekat insyallah.

Diringkaskan artikel ini.  Saya hanya tahu buah Bidara ini boleh di makan melalui Facebook berbulan lalu ketika ia popular di jual di Group Facebook.

Tidak pernah tahu wujudnya buah Bidara,  hanya tahu wujud daun dan pokok berduri,  agak terkejut juga namun tiada rezeki untuk saya bagi membeli buah Bidara yang agak mahal ketika masih popular beberapa bulan lalu.

Baru sahaja membeli buah Bidara di pasar malam semalam,  ia hanya dijual RM10 sekilogram.

Saya mengambil beberapa biji seperti didalam piring diatas dan sempat merasa sebiji malam tadi dan jumlah untuk belian diatas adalah RM2.80 sahaja.

Amat murah berbanding apa yang saya sangka.

Rasa buah ni lemak manis,  rangup ketika saya menikmati buah yang berkulit kuning.  Yang masih belum masak berwarna hijau.  Malam nanti jika saya sudah menikmatinya akan saya kongsi kan disini bagaimana rasa buah Bidara hijau ini,  dari pembacaan komen ramai memberi komen rasa buah Bidara ini seperti buah epal.
Tidak hairanlah ketika dipromosikan di Facebook, bidara ini dipanggil buah Bidara  epal.

Apa istimewa buah Bidara ini?  KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BIDARA adalah seperti berikut :-

1. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi khasiat jambu batu yang tinggi vitamin C lebih dari oren dan kiwi di link ini  Khasiat Jambu Batu.

Berita gembira untuk anda,  buah Bidara juga lebih tinggi Vitamin C berbanding 2 buah popular ini oren dan kiwi,  namun jambu batu masih menandingi buah Bidara dalam ketinggian vitamin C.

2. Saya pernah membaca perkongsian artikel mengenai buah Bidara di mana terdapat ayat AlQuran yang menceritakan mengenai pohon bidara yang tidak berduri di dalam syurga.  Maka tentu sahaja pohon bidara yang disebutkan di dalam Al Quran mempunyai keistimewaan sendiri.

3. Jika daun bidara di buat teh untuk detoks,  buah Bidara sungguh enak dibuat ulam atau dimakan sahaja,  malah ia popular dibuat jeruk.

4. Daun bidara amat popular dibuat mandian ketika habis haid atau mandian untuk mandi jenazah,  buah Bidara  juga enak dibuat salad buah.

5. Selain mengandungi vitamin C,  buah Bidara juga mengandungi vitamin A,  lemak dan karotena.

6. Tinggi anti oksidan,  buah Bidara juga mengandungi khasiat lain seperti kalsium,  riboflavin,  niasin,  fosfor, karbohidrat dan thiamin.

7.  Buah Bidara juga dipercayai boleh menurunkan panas dan mengubati demam.

8. Seperti buah lain buah Bidara juga membantu melancarkan pencernaan dan sistem perkumuhan.

9. Tinggi antioksidan buah Bidara juga bagus untuk tubuh dan kesihatan kulit.

10. Seperti buah zaitun,  kurma,  delima,  buah tin, buah Bidara @ pohon bidara juga disebut dalam Al Quran maka jika anda kurang Budget membeli delima atau buah Tin,  beli sahaja buah Bidara.

11.  Buah Bidara juga mengurangkan kembung perut dan rasa loya juga sakit perut.

12. Kandungan kalsium dan galian lain turut membantu menguatkan tulang dan gigi.

13.  Bagi mereka yang sering sakit kepala akibat kurang darah,  buah bidara dikatakan dapat membantu masalah ini.

14. Buah Bidara juga terkenal dalam mengurangkan risiko osteoporosis dan tulang rapuh.  Wanita anda digalakkan menikmati buah ini.

15. Kandungan karbohidrat didalam buah Bidara membantu memberi tenaga kepada tubuh.

16. Anda yang berdiet dan eat clean,  gantikan buah Bidara sebagai snek yang lebih sihat berbanding buah import.


Saya tidak pasti adakah kerana menikmati buah durian Siam saya asyik membuang air kecil malam semalam berkali-kali atau kerana saya hanya menikmati sebiji sahaja buah Bidara.

Akan saya siasat bila saya mencuba menikmati buah Bidara lagi hari ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

Sila cari buah Bidara ini segera.


Terima kasih







Tiada ulasan:

Catat Ulasan