Rabu, 19 April 2017

Pengalaman Menggunakan Kurier @ Courier NINJA VAN


Order status
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya membeli barang di Lazada menggunakan perkhidmatan kurier atau Courier NINJA VAN.

Untuk info,  ini kali kedua saya membeli barang yang sama di Lazada iaitu Kitchen scale yang di jual dengan harga RM9.90 sahaja dan kos pengeposan atau penghantaran adalah percuma. 

Kali pertama membeli hanya satu barang yang berharga RM9.90 saya agak terkejut melihat kos pengeposan percuma. 

Al maklum,  sebagai seorang penjual Online,  kos pengeposan ini merupakan satu isu hangat. 

Maka saya menyelidik kurier apa yang diguna pakai oleh penjual Lazada itu,  ketika menerima email dari Lazada,  ia memaklumkan bahawa NINJA VAN ialah syarikat kurier yang digunakan. 

Maka saya mula memasukkan nombor rujukan consignment atau barang pesanan saya di bahagian track Order,  sayangnya saya mendapat mesej reference invalid atau tiada.

Sabar menunggu dan berfikir positif,  3 hari berikutnya juga sama.  

Mesej yang sama di paparkan bahawa No reference saya itu invalid. 

(sebelum terlupa Order saya dibuat pada hari Sabtu di Lazada). 

Pada hari Rabu tiba-tiba saya menerima email dari Lazada,  barang saya tidak dapat di hantar. 

Hanya tuhan yang tahu betapa kecewa hati saya. 

Dan saya memulakan refund. 

Dapat sahaja refund,  hati pun tenang dan sekali lagi saya membeli barang yang sama dengan penjual yang sama. 

Maklumlah sebagai penjual Online saya sendiri ingin mengetahui bagaimana perkhidmatan  kurier NINJA VAN dan berapakah kos perkhidmatan ini. 


Website NINJA VAN mengikut paparan telefon bimbit 
Jika untuk kali pertama tempoh hari saya membeli Online pada hari Sabtu.

Untuk kali kedua saya membeli secara Online di Lazada pada hari Selasa (18/4/2017)

Order kali kedua ini saya mendapat email seperti biasa dari Lazada yang memaklumkan No consignment atau reference saya untuk di rujuk di Website NINJA VAN.

Kali ini semuanya mudah.  Website NINJA VAN terus menunjuk paparan bahawa barang saya telah di bawa keluar dari Lazada store.

Paling istimewa saya turut menerima mesej dari NINJA VAN bahawa barang saya telah dihantar keluar dari stor Lazada.

Di bawah ialah mesej yang di hantar pada hari ini Rabu (19/4/2017).

RM0.00 Hi QISYA KHADEEJA  a Ninja is delivering your order from Lazada Warehse today!

Pada kali pertama pembelian saya sebelumnya,  saya tidak menerima mesej ini.

Ketika melawat website NINJA VAN dan melihat reference barang pembelian saya,  barang pesanan saya masih dalam transit atau perjalanan.

Saya membuat carian Google pengalaman pembeli lain menggunakan NINJA VAN.

Ada sesetengah memaklumkan jika anda berada di rumah,  namun tidak angkat telefon bimbit anda ketika mereka menelefon.  Pihak NINJA VAN akan menganggap anda tiada di rumah.

Maka pastikan anda sentiasa bersama telefon bimbit.

Pengalaman lain penulis Blog.  Operasi NINJA VAN bukan seperti waktu pejabat biasa,  ada waktu selepas waktu pejabat penghantaran tetap dibuat.

Penghantaran pada hari Sabtu juga dilakukan,  dan pekerja NINJA VAN akan menelefon dahulu untuk memastikan penerima berada di rumah.

Paling istimewa ada pembeli Lazada dan Zalora menerima barang yang dibeli tidak sampai 24 jam apabila ia menggunakan perkhidmatan dan kurier NINJA VAN.  

Hebat bukan?. 

Moralnya jika anda menggunakan perkhidmatan ini,  pastikan anda sentiasa dikemaskini dengan perjalanan barangan anda berdasarkan reference consignment yang diberi dan pastikan pada hari sepatutnya barang anda tiba, telefon bimbit anda sentiasa berada di tangan anda.

Saya baru sahaja mendaftar di NINJA VAN untuk mengetahuinya perkhidmatan untuk penjual Online yang ingin menggunakan perkhidmatan ini.

Saya masih tidak mendapat maklum balas dari Pihak NINJA VAN.

Saya tentunya ingin tahu berapa caj yang dikenakan dan selanjutnya mengganggu perkhidmatan NINJA VAN jika kos penghantaran jauh lebih murah dan berpatutan berbanding kurier komersial lain.

Maka ketika ini tentu sahaja saya sedang menunggu barang pembelian saya di Lazada sampai menggunakan kurier NINJA VAN.

Telefon bimbit harus sentiasa berada di sisi.

Maklumat lanjut perkhidmatan NINJA VAN ini akan saya kongsikan dalam artikel akan datang.  Insyallah.

Terima kasih.


*** barang belian saya dari Lazada menggunakan perkhidmatan NINJA VAN selamat diterima hari ini dalam jam 6.20 petang di bawa oleh perkhidmatannya ala-ala Uber atau Grab.




36 ulasan:

  1. Menarik.

    Saya pula dah daftar sebagai NINJA Driver untuk NINJA Van.

    Tapi sampai sekarang belum ada reply (daftar awal bulan 11/2017).

    Sangat berminat jadi runner @ courier.

    Haa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga rezeki menyebelahi anda tahun 2018 ini.

      Padam
  2. Tak payah masuk ninja van lebih penipu dari untung

    BalasPadam
  3. Sye beli dari Lazada penghantaran menggunakan Ninja Van. Sampai masa yg di tentukan Brg pon tk sampai lg. Entah kemna Brg nya.

    BalasPadam
  4. Ninja van cakap barang da sampai tp barang xda sampai pun

    BalasPadam
  5. Saya ingin tahu ninja van ni, bole tolong pickup barang di KL n htr ke utara dll. Mana lebih baik? Cari ninja v yg dari kedah cthnya n pickup di KL n htr ke Kedah.

    BalasPadam
  6. Ninja van ni diorg deliver dpn rumah ke mcm mna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. depan rumah, kadang lepas maghrib pun dia orang hantar lagi dekat depan rumah. Lepas waktu pejabat.

      Padam
  7. Ninja van ni under apa? Gdex? Poslaju? Sbab area perumahan sya hnya ada pejabat poslaju. So adakah brg akan deliver kt rmh or sya perlu ambik sendiri di mna² pejabat tertentu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. NinjaVan adalah seangkatan dengan Gdex/Poslaju/DHL. Jika barang tuan/puan delivery by NinjaVan, kebiasaannya akan sampai depan rumah. Driver@Rider akan call dulu untuk pengesahan.

      Padam
    2. Kalau daerah tu takde pejabat ninjavan macam mana

      Padam
    3. Kalau daerah tu takde pejabat ninjavan mcm mana tu

      Padam
  8. Masalahnye barang aku x sapa lg , 13 hri dh aku tunggu , ye kbo aku x dop kt rmh padahal aku ada je kat rmh , hri selasa ,pkul 7.45 mlm

    BalasPadam
  9. Gi lah ambik kat pejabat ninja yg berdekatan 13 hari tu

    BalasPadam
  10. Tgh menunggu brg yg di order dari shopee ni, harap2 sampai la dlm masa terdekat ni, sebab tak berapa hari lgi nk raya...

    BalasPadam
  11. saya banyak kali da order brg kat lazada ninjavan yang hantar . alhamdulillah semua brg smpai dgn selamat . penghantaran pon takde laa lambat sangat . lagi cepat kot dari courier lain . hantar selalu pada waktu yang sama . pertama kali je dia call kata nak hantar brg . seterusnya da takde sebab dia bgthu melalui e-mail . so sy stay je kat ruma .

    BalasPadam
  12. Dh kat seminggu tunggu brg dri ninja van x smpai2..update status pon x..tpi kta in transit..dh smpai mna ntah ler.. Naek angin dwatnyer..tlg ar prbaiki mutu prkhidmatan

    BalasPadam
  13. Pengalaman saya dah berapa kali beli barang kat shopee guna ninja van tempoh 3 hari dah sampai . Memang best berbanding yang lain. Runner pun ramah

    BalasPadam
  14. Harap sampai ler brg from ninja van nih

    BalasPadam
  15. Sabtu lps order.. dh 6 hari tk sampai2.. chk barang kt temerloh..sy di klang dik oii..
    Perkhidmatan paling teruk yg sy terima sejak sy hidup 56 th ni..

    BalasPadam
  16. Sabtu lps order.. dh 6 hari tk sampai2.. chk barang kt temerloh..sy di klang dik oii..
    Perkhidmatan paling teruk yg sy terima sejak sy hidup 56 th ni..

    BalasPadam
  17. Servis mmg down ..tidak perlu la nk buat panggilan terlebih dahulu ..klu kita org dh bagi alamat tu mmg confom la ada org yg sedang menunggu untuk ambil barang !!! Tk pena aku tnggu smpi 1 minggu beli brg ..melainkan tk de org dirumah mmg runner akk call penerima ..masalah nya kita org bekerja dh yg ambil brg org yg ada dktt rumah ..so apa masalah ninja van ni ??? Tk paya kerja la klu malas nk hantar barang!!

    BalasPadam
  18. Tak faham ..sampai sekarang barang saya belum sampi sampi lagi.. Dorang guna Perhantaran ninjavan my., mcm mana kat ld sabh takde ninjan van my. Macm mna nak ambli brng..? ...

    BalasPadam
  19. Perkhidmatan ninja van mmg betul2 lambat dah seminggu brang sy tak smapi2 lgi..serik dah ngn ninja van ni

    BalasPadam
  20. kes saya pula pelik, tak pernah pos barang dekat sesiapa tiba-tiba hantar email barang dah delivery..

    BalasPadam
  21. Nak tnya laa pada siapa2 yg tahu... Driver penghantar barang ninja van tuu tau dak isi kandungan barang tersebut?

    BalasPadam
  22. Boleh tak kalau NinjaVan hantar kat Pejabat Pos and then kite self pick up kat pejabat pos. Sebap msalahnye saye tinggal kwasan pedalaman and takde alamat specific rumah seperti no. rumah. Kalau cam tu boleh tak?

    BalasPadam
  23. NinjaVan boleh hantar barang ke Pejabat Pos ka? and kite self pickup. Sebap sy tinggal kawasan pedalaman jadi takde alamat specific seperti no rumah or apa-apa yang boleh menunjukkan sy punya exact location.

    BalasPadam
  24. Biasa pakai jnt 2 hari sampai..barang dari kedah..ni pakai ninja van.barang dari selangor..4 hari menunggu tak sampai...sampah.. kena ganti kura2 van nie

    BalasPadam
  25. Amat berbaloi gunakan servis ninja van untuk perap barang anda. Barang anda akan diperap sekurang-kurangnya sebulan, sampai dah berkulat parcel tu sendiri barulah diorang akan post ke kita. Untuk servis seterusnya, barang anda akan disimpan lebih daripada setahun, kemudian barang anda akan "hilang" kerana diorang nak pecahkan record dunia berapa banyak barang boleh sumbat dalam jubo diorang.

    BalasPadam