Khamis, 20 April 2017

Mesej Security Warning @ Amaran Keselamatan Muncul Di Blog


Mesej security Warning atau amaran keselamatan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tiada perkara yang sentiasa mudah dalam hidup ini. 

Ujian dan pengalaman akan mematangkan anda dan menambah ilmu dalam perkara yang terjadi dalam hidup. 

Dalam pengalaman dunia blogging juga begitu. 

Pelbagai isu kecil atau besar dalam Blogging akan anda hadapi dan pastinya seiring masa dan tekad ia insyallah berjaya di uruskan. 

Pagi semalam ketika melayari Blog ini tiba tiba mesej Security Warning @Amaran Keselamatan Muncul Di Blog ini beberapa kali. 

Tentu sekali saya merasakan amat takut jika mesej amaran keselamatan ini terus muncul terutama bagi pembaca yang melayari Blog ini. 

Teringat status yang di kongsi oleh salah seorang sifu Blogger dan SEO tuan Dr Wan Yusof Wan Jeffery,  saya terus cuba menukarkan setting http: blog Ini kepada https: yang lebih selamat. 

Untuk info,  atas status facebook Dr Wan Yusof Wan Jeffery itulah baru saya tahu bahawa https atau huruf 's'  itu mewakili perkataan Security (keselamatan).  Ia tentu sekali disukai Google atau SEO. 

Saya tidak perlu membayar untuk perkhidmatan ini kerana saya ialah pengguna Blogspot.  Ada sesetengah domain anda perlu membayar untuk menggunakan perkataan 's'  atau security ini untuk muncul di alamat Blog anda. 

sijil amaran atau Security Certificate itu datang dari Nuffnang 
Setelah menukar setting (tetapan)  blog dari http ke https.  Blog ini kembali kepada sediakala.  Tentu sekali saya bersyukur. 

Ketika waktu petang saya kembali melayari Blog ini,  saya terkejut. 
Mesej amaran keselamatan masih di terima. 

Saya melihat paparan sijil amaran (view Certificate). 
Info di sijil amaran itu ia datang dari Nuffnang. 

Segera saya membuka dashboard Nuffnang dan membuang Blog ini dari dashboard Nuffnang itu. 

Saya turut membuang kod atau coding nuffnang di Blog saya di bahagian html dan bahagian theme html. 

Mesej amaran keselamatan masih muncul. 

Saya menghubungi beberapa orang sifu Blogger di Facebook. 

Antara nasihat dan balasan mesej yang diterima termasuklah dari Tuan Hasrul Hassan yang memberitahu isu itu ada kaitan dengan Nuffnang dan saya perlu menghantar tiket ke Nuffnang. 

Pagi ini saya melawat kembali Blog saya. 

Alhamdulillah ia kembali kepada sedia kala. 

Paparan dan pengunjung Blog ini semalam lebih seribu pengunjung. 
Syukur alhamdulillah,  sekurang-kurangnya ia kekal ramai. 

Saya tentu sekali akan menambahkan kembali nuffnang di Blog ini. 

Saya akui nuffnang membayar terlalu sedikit seperti bumi dan langit berbanding bayaran Adsense. 

Namun baki dalam akaun nuffnang saya berjumlah RM46+ membuatkan saya terpaksa mencukupkan jumlah RM50 untuk di Cash out.. 

Tentu sekali saya perlu meletakkan kembali iklan nuffnang ini sehingga bayaran RM50 boleh dikeluarkan.

Namun hampir tengah hari,  masalah sijil amaran ini timbul semula.

Saya mengikut ajaran sifu Blogger di Facebook, dan mula menghantar tiket ke Nuffnang.

Isu ini harus di tangani oleh pihak nuffnang. 

Untuk anda yang masih baru berhadapan dengan isu ini,  di harap artikel ini membantu. 

Doakan yang baik-baik untuk semua. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan