Restoran Zam Zam yang terkenal |
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah.
TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 37
Telah lama mengetahui mengenai restoran Arab, Restoran ZAM ZAM namun saya tidak berminat untuk menikmati makanan disini kerana mempercayai komen-komen yang didengar.
Maklumlah bukan calang-calang orang yang pandai memberi komen mengenai makanan di Kuantan ini.
Akhirnya setelah mendapat komen terbaru mengenai rasa enak Restoran ZAM ZAM Kuantan yang terkini dan semakin sedap dan enak mengatasi saingannya di Kuantan, akhirnya saya pergi menikmati masakan Arab di Restoran ZAM ZAM kuantan semalam atau hari Ahad baru-baru ini bersama anak saudara saya.
bahagian hadapan restoran ZAM ZAM |
Restoran arab ini adalah yang paling terbesar setakat ini di Kuantan. Di katakan bahawa Restoran ZAM ZAM turut terdapat di Lembah Klang atau Selangor. Anda boleh sahaja menggunakan carian Google untuk maklumat lanjut cawangan Restoran Zam Zam ini di tempat lain.
Irfan dan Ilham menunggu makanan sampai |
Memilih meja berdekatan cermin untuk melihat kawasan luar |
Ketika kami tiba ramai pelanggan restoran ini beransur pulang selepas menikmati makanan tengah hari di sini.
Pelanggan beransur pulang selepas makan tengah hari |
Ruang restoran yang luas |
Pekerja Nepal itu memberitahu seksyen itu closed.
Kerusi ala dekorasi Arab dan butang untuk memanggil servant atau staff restoran |
Istimewa restoran Arab yang agak eksklusif ini, anda tidak perlu melambai tangan untuk memanggil pekerja restoran atau mengeluarkan suara agak kuat untuk memanggil pekerja bagi memesan makanan atau perkara lain.
Hanya tekan butang yang disediakan di tepi meja ala restoran mewah, pekerja restoran akan terus datang ke meja anda.
Ilham kepelikan melihat kuah sup untuk di makan dengan nasi mandy |
Di Restoran Zam Zam ini kuah ala sup menggantikan kuah kari untuk di makan bersama nasi mandy.
Irfan dan Ilham memilih nasi mandy.
Agak lama menunggu nasi disiapkan kerana baru habis untuk makan tengah hari. Kami menunggu hampir setengah jam bagi menikmati hidangan ini
Irfan dan Ilham bergurau senda setelah mendapat nasi mandy |
Namun Irfan tetap bertegas ingin menikmati nasi Arab Mandy itu juga.
Maka saya sabar menunggu.
Ilham dan Irfan gembira akhirnya setelah setengah jam menu nasi mandy tiba |
Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka berdua.
Maklumlah suasana restoran ini dihias cantik ala Arab mewah berbanding restoran Arab lain di Kuantan.
Pastikan kedua-duanya ingin menikmati hidangan disini.
Selain mandy chicken terdapat pelbagai lagi pilihan menu masakan arab di sini.
Berbeza restoran Arab lain di Kuantan, Restoran Zam Zam menyediakan pelbagai menu tersendiri yang tidak terdapat di restoran Arab lain di Kuantan ini.
Kepelbagaian menu ini adalah satu bonus untuk restoran ini.
Berikut antara menu yang sempat di ambil oleh saya
Menu sup di Restoran Zam Zam Kuantan |
Menu appetiser di restoran zam zam Kuantan |
Pilihan menu nasi di restoran zam zam Kuantan |
Pilihan menu masakan panggang di restoran Arab zam zam Kuantan |
Menu pilihan makanan laut di restoran Arab zam zam Kuantan |
Pilihan minuman dan kek juga pencuci mulut |
Saya memilih menikmati pencuci mulut Arab iaitu mahalabiya.
Air pilihan dan dessert arab |
Namun oleh kerana di masak kecil rasa daging kambing disini lebih lembut, manis dan sedap.
Roti mulawwah di restoran zam zam ini lembut dan tidak keras atau kering seperti restoran Arab lain.
Malah roti Arab yang diletakkan khas atas lamb kebab ini terdapat sos dan rempah di dalamnya.
Satu kelainan berbanding lamb kebab di restoran Arab lain.
Saya menyukai rasa lamb kebab ini namun seperti tidak puas makan oleh kerana portion atau porsi lamb kebab yang agak kecil berbanding restoran Arab lain.
Lamb kebab porsi yang agak kecil salad pun agak sedikit |
Roti mulawwah yang dipotong kecil dan diletakkan rempah di dalamnya dan sos |
Roti mulawwah di restoran ini memang lembut.
Malah anak saudara saya Irfan juga menyukainya.
Sedap walaupun dimakan tanpa kuah.
Makan sahaja roti mullawah dan kebab menggunakan tangan |
Mandy chicken |
Nasi Arab pilihan saya ialah kabshah.
Maka saya tidak boleh komen rasa mandy chicken di sini.
Cukup sahaja saya katakan ia sedap.
Ayam mandy disini bagi saya biasa sahaja.
Saya tidak tahu citarasa pelanggan lain kerana saya bukan penggemar ayam kecuali ayam organik. Maka ketika saya menikmati rasa ayam ia agak tidak sesuai dengan selera saya.
Anda boleh datang ke restoran ini untuk merasa kelainan menu masakan arab disini.
Hiasan dan dekorasi restoran juga menarik dan agak mewah.
Jumlah semua makanan kami termasuk servis segala ialah RM67.85.
Restoran Zam Zam ini juga kebiasaannya menawarkan buffet Ramadan dan berbuka puasa.
Selamat Mencuba.
Terima kasih.
** ini sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan Part 39:- Rimbunan Oriental Cafe
wow.. jap ni siri ke 38 kan ? wow semua satu siri 1 kedai ke ? terbaiklah.. lama da x pergi Kuantan. kalo pegi sana blh rujuk sini..
BalasPadamActually untuk part 1-3 banyak kedai dalam list. Lepas tu buat satu atau 2 kedai kemudian satu persatu coz tak nak panjang sangat.
Padam