Rabu, 29 Mac 2017

9 Perkara Mudah Untuk Lebih Sihat


Baking Soda dan Kayu Sugi
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia moden hari ini memaksa setiap individu ingin sesuatu yang lebih cepat. 

Iklan di televisyen yang mengetengahkan segala perkara terbaik yang terdapat di dalam setiap keluaran saban tahun menyebabkan ramai antara pembeli mengambil jalan singkat. 

Untuk membaca adalah perkara yang agak sukar dilakukan kecuali ia berkaitan kerjaya dan minat. 

Ramai individu lebih suka terus mendapat nasihat doktor atau masyarakat sekeliling tanpa menimba ilmu lebih mendalam. 

Masyarakat dunia masih belum mempunyai kesedaran membaca tiap tiap bahan kandungan ketika membeli apa sahaja barangan makanan atau barang keperluan peribadi. 

Tiada siapa harus disalahkan kerana tidak banyak kesedaran dan kempen dalam menyedarkan masyarakat dalam perkara ini. 

Untuk mengurangkan risiko terdedah kepada bahan karsinogen dalam pelbagai produk harian dan pemakanan lebih sihat ini antara perkara mudah yang boleh di lakukan :-

1. Ia waktu pagi anda perlu mandi dan cara mudah ialah mandi menggunakan sabun,  agak sukar meninggalkan rutin harian ini terutama di musim panas.  Alternatif jika anda tidak ke mana-mana,  anda gunakanlah mandian asli seperti tepung beras atau susu tepung untuk mengurangkan kesan bahan kimia di tubuh anda.

Jika anda agak malas menggunakan bahan tersebut,  belah limau nipis atau limau purut dan gunakan ia sebagai mandian untuk lebih kesegaran. 

Hanya potong dan perah 3-5 biji limau ke dalam besen atau baldi.  Gaulkan kasi sebati,  kemudian mandi termasuk bahagian kulit kepala. 

Percayalah tubuh anda lebih segar dan wangi dari rambut hingga kaki. 

2. Menggunakan ubat gigi komersial seharian sepanjang waktu anda bekerja, belajar kurangkan kandungan ubat gigi anda.  Jika selama ini anda guna 1cm, kurangkan kepada 0.05cm.

Alternatif lain selang sehari gunakan kayu sugi sebagai pengganti ubat gigi anda. 

Mungkin anda boleh belajar selang 3 hari menggunakan kayu sugi,  atau mulakan pagi anda dengan kayu sugi selepas makan baru memberus dengan ubat gigi.

Untuk kebaikan kayu sugi anda boleh rujuk artikel

Kebaikan Kayu Sugi

3. Baking soda turut membantu Memutihkan Gigi.  Jika anda kerap menggunakan Gel untuk Memutihkan Gigi,  pilihan lain ialah Baking soda. 

Namun harus diingatkan anda harus menggunakan Baking soda dalam jumlah yang sedikit dan di bawah pengawasan.  Bimbang Baking soda menghakis dan mencederakan Gusi yang lemah. 

4. Sarapan pagi ringkas pada hari bekerja sering dinikmati di pejabat bersama rakan rakan.  Alternatif pada hari minggu cuba anda memasak resepi ringkas yang kurang menggunakan bahan proses. 

Nasi goreng akan menjadi menu yang sihat jika kena cara menggoreng menggunakan minyak zaitun dengan api perlahan dan pantas serta kaya dengan sayur-sayuran dan ulama ulaman serta tidak ditambah perasa atau daging proses lain.  

Belajar memasak tanpa tambahan gula atau perasa.  Elakkan sos dan kicap tiram penambah rasa. 

5. Menikmati buah agak sukar jika anda bukan peminat buah.  Amalkan Smoothie berbanding jus komersial.  Hari minggu hari paling sesuai bersmoothie walaupun ketika minum petang. 

Tinggal seketika kopi,  teh dan minuman coklat panas kegemaran anda ketika petang.  Lupakan sebentar kuih dan cookies manis,  cuba tukar ia kepada hidangan petang lebih sihat seperti lepat pisang tanpa gula,  bubur kacang hijau bersama gula melaka,  pisang rebus berbanding pisang goreng. 

6. Jika anda kerap menggunakan ubat kumur untuk nafas berbau.  Belajar menggantikan ubat kumur anda dengan sesuatu yang Semulajadi yang lebih mudah.

Ia boleh dimulakan hanya pada hari cuti.
1/4 teh Baking soda yang dibancuh bersama secawan air dan di buat kumur, insyaaAllah boleh membantu masalah mulut berbau dan nafas berbau.  Sila cuba.

Pilihan lain anda boleh belajar membuat Oil pulling.

Untuk rujukan anda boleh membaca artikel

Oil Pulling Untuk GIGI dan Gusi Lebih Sihat


7.  Jika anda malas untuk bersenam dan ke gym,  anda boleh mengaktifkan diri sendiri dengan pelbagai aktiviti harian termasuk jalan kaki dan membuat kerja rumah.

Pilihan lain yang menguntungkan belajar bercucuk tanam.

Jika anda tinggal di flat atau apartmen belajar menanam di dalam pasu tanaman yang mudah di tanam.

8. Tidak mampu mengamalkan diet yang sihat walaupun telah  cuba memaksa diri?.  Pilihan terbaik belajar berpuasa dengan ikhlas.

Puasa lambat laun akan mengajar anda mengawal nafsu makan sendiri.

Cubalah dan amalkan.

9. Ketika berpantang selepas bersalin,  anda tidak digalakkan menikmati air kosong kecuali air akar kayu atau jus buah seperti epal,  oren atau Roselle.  Itu dari segi pantang Melayu.

Jika anda tidak mampu menikmati air akar kayu.  Rajin-rajinlah minum jus Roselle tanpa gula yang telah diganti dengan paste kurma asli yang dibuat sendiri.

Kurma membantu menambah tenaga dan susu badan dan Roselle amat kaya dengan vitamin C.

Untuk anda yang ingin berdiet anda boleh mencuba Smoothie Roselle.

Resepi Smoothie Roselle @ Rozelle Mudah


Ini sahaja perkongsian paling ringkas dan mudah untuk di kongsi.

Semoga ia membantu anda.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan