Selasa, 28 Mac 2017

Better Late Than Never


Permulaan pertama dalam penulisan Job review
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada perkara yang banyak kita akan pelajari dalam hidup seiring pengalaman dan usia.

Berkali-kali jatuh dan bangkit,  namun tidak serik, mengulangi kesilapan yang sama akan mengajar anda bahawa kebanyakan kata pujangga dan bijak pandai adalah benar sama sekali.

Pernah jatuh dan bangun kembali,  jatuh dan bangun lagi,  kemudian jatuh dan berusaha bangun lagi adalah perjalanan yang setiap dari anda akan lalui,  saya tentu sebagai manusia tidak terkecuali.

Ada banyak perkara sesekali timbul kesalan,  mengapa ia tidak dimulakan dari dahulu lagi.

Bohong jika saya katakan saya tidak pernah bosan menulis, adakala pening mencari idea apa lagi yang ingin ditulis,  bosan bila melihat tiada sebarang perkembangan yang membuat saya betul betul bersemangat untuk berkongsi artikel dan mengabadikan masa di Blog ini.

Sungguh bohong.  Percayalah saya kadang kala putus asa untuk berblogging.  Penat menulis,  namun apabila ada pembaca yang rajin meninggalkan komen,  menghantar whatapps bertanya soalan sehingga ada yang menelefon,  membuatkan saya bersemangat kembali.

Percayalah,  ketika bersemangat menulis,  saya sentiasa rasa menyesal mengapa saya menulis Blog lewat. Mengapa dari dulu saya tidak mula menulis. Banyak perkara yang menyebabkan saya kesal mengapa dari dulu saya tidak bermula.

Itulah saya manusia biasa,  dalam satu hari,  satu minggu masih berubah rasa.  Namun Sejujurnya saya lebih kerap rasa sedikit kesal kerana jarang menulis artikel bermutu dan tidak tercapai hajat menulis artikel bermutu 5-6 artikel setiap hari.

Kekecewaan tidak berjaya menulis artikel bermutu lebih teruk dari  kecewa tidak bermula lebih awal dan jauh teruk berbanding terasa penat dan bosan terhadap bidang penulisan.

Pernah beberapa kali terasa penulisan ini langsung tidak dipedulikan.  Tiada sokongan dan mendapat komen sekeliling yang sungguh menyakitkan hati, tiada sangka akhirnya bidang Blogging ini telah masuk tahun ke 4 dalam hidup ini.

Mengambil motivasi setiap motivator di Media sosial saya makin jelas bahawa motivator kita sebenarnya bukan di kalangan sahabat atau keluarga namun insan yang popular di Media sosial yang kita sendiri tidak kenali dengan lebih dekat.

Semakin yakin dengan dunia Blogging apabila rajin melayari Linkedln dan Facebook.

Sejujurnya yang lebih memberi semangat untuk saya menulis ketika saya mulai sakit belakang menulis artikel Blog menggunakan telefon bimbit ialah artikel artikel yang dibaca di Linkedln.

Benarlah,  kita perlu lakukan perubahan setiap hari.

Perlu explore lebih banyak cabang komunikasi setiap hari.

Harus mengenali dan membaca artikel lebih ramai penulis dan motivator.

Tiada siapa yang boleh mengerakkan anda kecuali diri sendiri,  dibantu dengan motivasi yang anda dapat dari pengalaman dan pengajaran serta pembacaan.

Percayalah tiada yang sia-sia jika anda bertungkus lumus membaca,  menulis perkara baik-baik,  tidak putus asa dan sentiasa memperbaiki diri dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Hasil tidak datang terus,  ada yang datang cepat dan ada yang datang lewat,  malah ada yang datang peringkat demi peringkat.

Anda harus tahu tujuan utama anda menulis.

Tetapkan sasaran.

Jadilah diri sendiri.

Akui kelemahan diri namun wajib perbaiki.

It's OK late than never.

Tidak perlu memperlekehkan diri sendiri.

Anda sendiri tidak akan pernah tahu jika anda tidak pernah mencuba.

Cuba dahulu,  sekurang kurangnya anda pasti ada kemahiran dan ilmu baru.

Dan pengalaman baru untuk saya di bidang Blogging yang bakal bermula ialah Job review yang bakal diberikan.

Saya tidak pasti masa hadapan saya dalam dunia blogging.

Namun saya sedang bercinta didalam dunia blogging ini.

Orang sedang bercinta,  bergaduh,  bosan,  kecewa,  putus,  gembira, sambung balik semua ada.

Dan selagi ada cinta saya akan terus berblogging dan menulis.

Mana tahu cinta ini membawa kejayaan jauh lebih besar dari satu bidang ke bidang yang lain untuk saya.

Kadang kala dunia impian jauh lebih kecil berbanding dunia kenyataan yang akan berlaku akan datang.

Kecil atau besar bersedia hadapi.

Dan untuk hari ini saya percaya bidang penulisan akan terus kekal kuat pada masa akan datang.

Kemahiran menulis dan mengundang folower setia adalah bonus yang paling besar jika dimiliki.

Terima kasih terus setia mengikuti Blog ini.

Jika anda masih belum bermula,  sekurang - kurangnya anda telah mula membaca.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan