Isnin, 27 Februari 2017

Jangan Takut Berjumpa Doktor


Antara supplement dari bahan Semulajadi. 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kesihatan di beri oleh Allah kepada setiap hambanya.

Kita bertanggungjawab atas amanah untuk menjaga tubuh dan kesihatan yang diberikan oleh Allah sebagai pinjaman ini.

Menikmati makanan sihat dan makanan asli yang menjadi ubat dan kesembuhan berlaku atas keizinan Allah bukan atas kuasa makanan Semulajadi itu sendiri.

Namun harus diakui,  makanan Semulajadi dan sihat diakui secara sains sebagai makanan kesembuhan dan tubuh boleh merawat sakitnya sendiri dengan pemakanan dan diet yang sihat.

Namun alasan di atas tidak cukup untuk anda menolak mentah mentah perawatan moden terutama saranan doktor yang merawat anda.

Ramai golongan yang mementingkan kesihatan,  berjumpa doktor hanya untuk mengdianosis penyakit namun menolak menggunakan ubatan diberi dan merawat dengan cara pemakanan sunnah dan Semulajadi.

Ia mereka berjaya sembuh berkat kesabaran dan ilmu asas serta ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri.

Jika anda masih baru,  dan masih kekurangan ilmu.  Tiada Group sokongan,  saya menasihatkan anda supaya berjumpa sahaja doktor dan menggunakan segala ubat dan rawatan yang diberikan oleh doktor anda.

Anda harus tahu ada penyakit jika dibiarkan akan lebih teruk,  luka makin membesar dan mungkin menyebabkan jangkitan lebih teruk sekaligus memerlukan antibiotik.

Ini lebih merumitkan keadaan jika senjata supplement Semulajadi anda tidak cukup dan anda baru sahaja mengamalkan diet sihat.  Tubuh anda mungkin tidak cukup kuat,  itu alasan wajib untuk anda menerima dahulu rawatan doktor.

Usah risau tentang kesan ubat anda sama ada ubat sintetik,  kimia,  dadah mahu pun steroid.

Gunakan sahaja ketika waktu terdesak.  ISLAM tidak mengharamkan ubat doktor malah jika waktu terdesak dan darurat perkara yang haram pun boleh menjadi halal.

Jangan terlalu merumitkan keadaan,  kerana stress atau cara hidup zaman sekarang yang memerlukan anda bekerja atau menguruskan anak memerlukan kepada perawatan moden juga.

Setelah anda sembuh.  Masa untuk anda detoks segala ubat yang telah anda ambil.

Pastikan anda benar benar sembuh dan badan telah kuat barulah masa untuk anda mengdetoks dan mengamalkan diet sihat dan holistic.

Apabila tubuh anda sudah biasa dengan makanan sihat dan anda semakin bijak dalam ilmu dan perawatan Semulajadi anda boleh mengamalkan segala ilmu kesihatan ini tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat doktor.

Perkara ini memerlukan step by step bukan Terus ketika sakit,  ketika itu baru anda terpingga-pingga baru bermula.

Saya akan terangkan fasa pertama permulaan untuk detoks dalam artikel khas seterusnya.

Terima kasih.



Ini Cara Check BAHAYA Bahan DALAM Produk Anda


Vanilla ekstrak yang dikirim beli oleh sahabat saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kerap menerima pertanyaan di dalam what apps dan juga di dalam pelbagai Group kesihatan mengenai bahan-bahan kandungan produk yang di beli dan digunakan. 

Ini Cara mudah untuk anda sendiri menyiasat bahan kandungan dalam produk sama ada selamat atau tidak,  tanpa perlu bertanya dan lebih memuaskan hati anda di masa akan datang. 

Pergi ke Google dan masukkan nama bahan
Cara paling mudah.  Gunakan sahaja carian Google.

Siasat satu persatu bahan kandungan walaupun nama bahan kandungan itu terlihat natural. 

Ada sesetengah bahan kandungan tak perlu di Google seperti jintan hitam dan sebagainya. 

Namun nama bahan kandungan yang kebiasaannya ganjil dan panjang,  sebaiknya anda Google untuk mengetahui lebih lanjut. 

Gambar di atas dan di bawah adalah hasil carian muka surat pertama google
Kebiasaannya dalam satu muka surat carian enjin Google anda berjaya berjumpa apa maksud setiap bahan dan setiap kontroversi bahan tersebut sama ada baik atau buruk.

Ia jauh lebih baik dari anda menunggu jawapan insan lain yang kadangkala berjawab dan kadangkala tidak malah dari pengalaman saya jawapan diberikan oleh kebanyakan penjawab jarang jawapan penuh.

Maklumlah setiap orang ada urusan hidup masing masing bukan hanya melayan soalan di dalam what app yang kadang kala di jawab sekali imbas.

Selain Google antara website popular untuk carian sama ada bahan itu bahaya atau tidak terutama dalam ubat dan produk kosmetik   anda boleh terus ke website

http://mims.com/

Amat berbeza ilmu pengetahuan yang akan anda dapat jika rajin mencari sendiri apa sebenarnya setiap bahan yang terdapat dalam kandungan setiap produk kegemaran anda.

Pengalaman saya sendiri kebanyakan produk yang nama kandungan seperti natural dan selamat realitinya amat berlainan.

Rajin-rajin menggunakan enjin carian Google,  mengikut pengalaman saya tidak semua sifu di dalam Group sedar bahaya setiap  kandungan dalam produk yang di tanya di dalam Group kecuali nama bahan karsinogen itu memang nama bahan yang popular dan sering di bincangkan.

Selamat menambah ilmu mengenai nama setiap bahan kandungan.

Ia pasti berbaloi baloi.

Jika anda kurang memahami bahasa Inggeris gunakan sahaja Google Translation atau translate.

Terima kasih.









Ahad, 26 Februari 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 37 - BURGERAK


BURGERAK terletak di Alor Akar Kuantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini artikel Tempat Makan Best Di Kuantan seterusnya selepas artikel Tempat Makan Best Di Kuantan - Azam Roasters

Jika anda peminat Cafe hipster,  ini adalah tempat Makan menarik untuk anda dan keluarga serta rakan rakan anda cuba. 

BURGERAK ialah restoran atau Cafe hipster yang menyediakan menu masakan moden dari sarapan pagi sehingga makan malam. 

Dibuka bermula jam 10 pagi dan terletak di Alor Akar Kuantan sebelum Alliance Bank. 




Saya dan kakak serta anak saudara saya berkesempatan menikmati makanan tengah hari disini. 


Dekorasi restoran ini memang menarik dan penuh dengan kesenian dan reka bentuk tersendiri. 



Anda boleh melihat segala gambar yang sempat diambil oleh saya disini. 




Penuh dengan tulisan yang melambangkan kesenian dan maksud tersendiri.  Restoran atau Cafe hipster yang terletak di tepi jalan ini turut memaparkan imej alat muzik tersendiri dan juga botol botol yang penuh dengan maksud hipster tersendiri. 




Terdapat pelbagai menu menarik di sini antara yang istimewa ialah nachos berkeju dan burger home made.

BURGERAK ini menyediakan burger dibuat hampir 100% Homemade dari roti nya termasuk daging atau patties.

Harga makanan di sini di kategorikan biasa.  Tidak mahal dan berpatutan.

Berikut ialah  antara menu yang terdapat disini berserta harga. 










Di bawah ini adalah antara makanan yang sempat di ambil.  Maklumlah masing masing kelaparan maka saya tidak fokus untuk mengambil gambar makanan.



Antara pilihan menu kami ialah nachos cheese with beef,   roti dan sosej,  minuman seperti manggo lassi,  burrito lamb,  lamb burger dan sup cendawan. 











Untuk tambahan segala sos anda boleh ambil pelbagai sos yang disediakan di sudut berhadapan kaunter pembayaran. 



Sesuai dengan Cafe hipster dan reka bentuk hiasan menarik. 

Tentu sahaja tempat ini amat sesuai bergambar. 

Jika anda peminat art dan lukisan,  anda boleh bergambar disini. 



Seperti biasa saya suka mengambil gambar dan memasukkan ia ke dalam instagram saya. 

Dan jika anda adalah peminat instagram tentu tempat ini amat sesuai untuk bergambar selain menu makanan yang ditawarkan amat menarik sekali. 





Anda boleh melihat kekusyukan saya dan anak saudara saya bergambar.

Maklumlah masing masing punyai akaun instagram.





Sebelum balik,  Ilham anak saudara saya sempat bergambar diatas motor.




Tunggu apalagi jika anda inginkan full package restoran yang sempurna dari lokasi,  menu makanan,  hiasan restoran dan harga ini adalah antara restoran hipster paling tepat untuk anda singgah di Kuantan.


Terima kasih.


*** ini sambungan artikel Tempat Makan Best Di Kuantan Seterusnya

Restoran Arab Zam Zam Kuantan




Sabtu, 25 Februari 2017

Sarapan Diet Sihat Pemalas


Kisar sahaja buah delima dan sedikit air

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kata bijaksana,  sarapan pagi yang sihat akan mencergaskan otak dan menguatkan tubuh bagi melakukan aktiviti seharian.

Namun kekangan masa dan kemalasan sering melanda.  Maka sarapan pagi mudah antara yang paling senang dilakukan.

Tambahkan buah mangga,  pisang emas dan delima Arab di dalam Yogurt asli anda 
Antara sarapan pagi sihat Yang paling mudah selain overnight oat ialah Smoothie.

Buat sahaja Smoothie paling mudah dengan campuran buah-buahan.


Untuk peminat Berry anda boleh tambahkan strawberi 🍓

Antara smoothie paling mudah tanpa perlu anda Kisar ialah campuran Yogurt asli dengan buah manis dan lemak seperti mangga dan pisang.

Bagi peminat buah import anda boleh memilih buah beri atau strawberi untuk rasa yang lebih enak.

Namun adalah disyorkan untuk anda menikmati buah-buahan  tempatan yang manis dan berlemak bersama Yogurt Asli untuk lebih khasiat dan tenaga yang akan digunakan untuk sepanjang hari.

Jambu air juga sedap dimakan bersama Yogurt 
Jika anda peminat buah tempatan.  Jambu air,  mangga dan delima juga adalah antara campuran enak untuk dicuba sebagai sarapan pagi anda. 

Susu segar perisa asli juga adalah sarapan pagi paling mudah dan berkhasiat bagi memulakan pagi anda. 

Green Smoothie campuran buah tempatan
Sayur-sayuran hijau juga enak dibuat jus hijau atau Smoothie.

Jika anda baru sahaja berjinak jinak menikmati jus hijau,  anda boleh menggunakan Slow Juicer untuk rasa lebih enak.

Namun jika anda tidak punyai Slow Juicer anak boleh mengamalkan Green Smoothie sebagai salah satu menu sarapan pagi yang enak lagi berkhasiat.

Bagi resepi menu Green Smoothie mudah diatas boleh rujuk di artikel Resepi Green Smoothie Mudah

Sayur-sayuran hijau segar tinggi enzim yang amat bagus untuk kesihatan dan kesegaran darah dalam tubuh anda sendiri.

Telur ayam kampung organik
Telur amat tinggi khasiat dan kandungan protein.  Pilihan terbaik ialah telur kampung organik tanpa hormon,  antibiotik dan bahan kimia lain.

Paling mudah dan sihat ialah telur yang direbus.  Namun jika anda malas menunggu masa merebus yang agak lama berbanding goreng,  anda boleh menggoreng telur menggunakan minyak zaitun dan menabur sedikit sayur-sayuran hijau pilihan anda ke dalam Omelet anda termasuk sedikit garam Pink dan serbuk lada sulah organik.

Omelet tambahan sayuran hijau pilihan dan lada putih
Omellet ini cukup enak dimakan begitu sahaja tanpa tambahan sos yang tinggi bahan perasa dan pengawet.

Mudah bukan untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat.

Tidak perlu menikmati makanan terlalu berat dan berprotein.

Makanan yang ringan dan tinggi khasiat cukup membuatkan anda bertenaga dan menjadikan tubuh anda lebih ringan.

Selamat mengamalkan diet pemalas namun sihat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.






Jumaat, 24 Februari 2017

Menjadi Diri Sendiri


Dalam lambakan Blogger yang tumbuh bagai cendawan,  menjadi diri sendiri jauh lebih baik
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Perkara pertama bila anda mula menulis Blog sendiri. Hanya fikirkan anda menulis untuk menjadi diri sendiri.  Jangan harapkan perhatian,  namun beri perhatian untuk perkara penting yang meningkatkan lagi mutu dan prestasi Blog anda. 

Jadi seperti pembaca yang mencari cari jawapan,  maka anda juga akan menulis apa yang anda cari ketika anda menghadapi masalah yang sama. 

Saya menulis tanpa perlu memikirkan gambar yang harus terletak cantik dan sempurna.  Saya tahu jika saya hanya mengfokuskan pada gambar dan susun atur Blog yang cantik saya akan lupa tujuan dan fokus utama saya menulis artikel paling bermutu.

Saya lebih gembira masa saya dihabiskan dengan membaca dan menambah ilmu untuk di tulis dan di kongsi dalam artikel setiap Blog saya. 

Ketika saya sakit dan tercari cari jawapan satu waktu dulu,  apa yang saya ingin lihat dan baca ialah ilmu dan fakta serta pengalaman insan lain. 

Namun saya akui gambar amat penting untuk tempat Makan Best dan fesyen kerana saya juga dahulu ketika mencari tempat Makan Best Di Google akan melihat mana gambar makanan yang menarik dan kemudian saya akan pergi ke restoran tersebut. 

Bagi saya gambar biasa yang diambil dan kurang diedit tetap cantik dan saya tetap akan tertarik walau ia berbeza dengan gambar dalam majalah.  Saya lebih percaya gambar dalam Blog yang dikongsi oleh Blogger biasa kerana saya tahu teknik pencahayaan dan editing menjadikan sesuatu pakaian atau makanan itu lebih menarik.  Dengan cara itu saya mendapat gambaran sebenar.

Kebiasaannya saya hanya membaca blog-blog biasa supaya saya tidak rasa kecewa dan tertipu ketika sampai di restoran atau melihat pakaian yang ingin dibeli di hadapan mata. 

Meletakkan sasaran yang sama untuk Blog pertama saya,  akhirnya ini yang cara saya menyampaikan Blog pertama saya untuk anda. 

Untuk Blog ke 4 milik saya mungkin saya akan mereka bentuk Blog lebih cantik dan menawan dengan gambar hasil editing dan profesional.  Saya tidak tahu bila,  namun untuk masa ini saya lebih suka memberi keutamaan kepada Blog pertama ini yang menjurus kepada info dan maklumat serta pengalaman peribadi untuk para pembaca Blog ini.

Bukan saya tidak ingin meletakkan gambar cantik menarik lagi profesional,  namun keadaan dan budget saya tidak mengizinkan.  Saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang akan menjatuhkan motivasi saya untuk menulis. Guna sahaja apa yang saya ada.  Modal paling penting dan bernilai ialah diri sendiri.

Bagi saya,  saya punya track saya sendiri.  Maka saya harus fokus pada track saya sendiri.  Saya tidak mahu termasuk track insan lain,  melihat insan lain berlari sehingga hilang fokus dan menyebabkan saya berlanggar sesama sendiri. 

Jika anda baru membaca Blog ini ketahuilah setiap artikel di bawah label Blogger adalah artikel khas untuk saya memberi motivasi kepada anda dan pembaca Blog ini untuk mendalami bidang Blogger dan mula menulis, ia juga sebagai ingatan dan motivasi untuk diri saya sendiri ketika saya bosan menulis. 

Ada sebab mengapa saya galakkan anda dan pembaca Blog ini menulis dan muncul sebagai Blogger. 

Saya akan kongsi kan apa yang Best dan istimewa menjadi Blogger dalam artikel seterusnya. 

Terima kasih. 



Perasaan Pertama Kali Menulis Blog


Perasaan Pertama kali,  hanya tuhan yang tahu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pertama kali mengentahui mengenai kerjaya Blogger ketika Facebook mulai popular,  saya tertanya-tanya tidak malukah Blogger ini menulis dan terpampang didalam Google dan semua orang membaca artikel tulisan beliau. 

Mungkin ketika itu saya terlupa,  dahulu saya kerap mewakili sekolah,  kelas dan berdiri di hadapan perhimpunan untuk membacakan puisi,  syarahan,  perbahasan dan pementasan drama namun saya langsung tidak punya perasaan malu seperti rakan sekelas yang lain. 

Begitu juga ketika berkhidmat di medan Sales di dunia perbankan langsung tiada perasaan malu ketika itu ketika mempromosikan produk kewangan di dalam cawangan bank dari seorang pelanggan ke pelanggan yang lain. 

Saya tidak tahu mengapa bagi saya suatu waktu dulu,  saya amat malu untuk mula menulis.  Perasaan itu tiada ketika saya mengemaskini status Facebook kerana setiap kali mengemas kini status Facebook saya rasa bahagia dan gembira tanpa perasaan takut.  Itu dahulu,  kini perasaan saya ketika mengemaskini status Facebook saya lebih berhati hati dan takut mengemaskini status yang langsung tidak berkualiti. Bagi saya setiap apa saya kongsi kan haruslah berkualiti dan memberi manfaat atau sekurang nya motivasi jika bukan pada individu lain,  untuk ingatan saya sendiri. 

Akhirnya saya menulis artikel pertama saya di Blog.  Hanya tuhan yang tahu perasaan itu.  Malunya bukan kepalang. 

Segan saya ingin berkongsi artikel itu di Facebook milik saya.  Setelah 5-6 artikel baru saya berkongsi di Facebook.  Itu pun boleh dikira beberapa kali. 

Agak pelik,  saya sehingga kini tidak suka berkongsi artikel Blog saya di Facebook.  Telah beberapa kali saya membina pages di Facebook milik saya,  juga akhirnya saya tidak berkongsi dan mempromosikan Blog ini. 

Bagi saya,  saya masih sukakan privasi,  walaupun ia sebenarnya tidak digalakkan dalam ilmu blogging. 

Pernah memasuki Group dalam Facebook mengenai Blogger untuk pengeposan artikel di Group namun saya hanya melakukan 2-3 kali sahaja. 

Itulah saya,  Blog saya semuanya adalah organik.  Melalui carian organik dan datang dari pembaca organik. 

Saya dahulunya selalu menekankan perkataan eksklusif hanya dari Google atau peminat Blog saya sendiri,  dan sehingga kini kekal dengan perkataan eksklusif itu. 

Tidak pernah mempromosikan Blog saya dalam setiap Group what apps atau telegram yang saya sertai,  saya percaya bahawa jika Blog saya berkualiti dan diiktiraf Google,  ia sendiri akan pergi kepada sasaran pembaca yang mengingininya sendiri. 

Saya sendiri agak tidak setuju dengan cara sendiri.  Bagi saya Blog harus di promosi,  namun saya masih punyai ego sendiri. 

Sehingga hari ini perasaan malu masih ada ketika menulis artikel.  Saya masih malu dan segan berkongsi artikel saya di Facebook.  Pelik tapi benar. 

Saya masih takut takut ketika menulis.

Saya tidak tahu sifu Blogger atau Blogger lama yang lain, tapi itulah saya. 

Saya mungkin masih tidak berubah seperti saya mula mula menulis dulu namun saya masih mencuba menjadi lebih baik dan berharap menjadi yang terbaik. 

Doakan saya. 

Terima kasih. 


Fokus Menulis


Tulis dari hati
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menulis Blog pertama kali pada Februari 2013. Saya berazam untuk menulis setiap hari.

Namun,  akhirnya saya hanya berjaya menulis setiap hari selama 2 bulan berturut turut sahaja.  Beberapa bulan saya berhenti menulis Blog dan berfikir untuk terus meninggalkan Blog ini terus.  Maklumlah ketika itu saya percaya kata kata bahawa Blog saya Blog syok sendiri,  dan beberapa sahabat dan ahli keluarga saya juga berpendapat yang sama.

Namun,  benar sekali,  beberapa bulan berhenti menulis,  saya tiba tiba tersentak apabila sedar bahawa beberapa artikel yang tidak sampai 70 buah itu berada di Google di paparan pertama.  Sekaligus menyedarkan saya,  ada perkara yang kita tidak tahu akan berlaku dan memberi manfaat kepada insan lain.

Menerima komen berbentuk ucapan terima kasih kerana sudi menulis artikel pelbagai tempat Makan Best dan menolong seorang ibu dan isteri merancang percutian di Kuantan dengan mudah menyedarkan saya bahawa pelbagai khidmat yang boleh saya buat hanya dengan menulis.

Paling utama cukup sekali menulis,  namun tulisan itu akan kekal ke akhir hayat dan mungkin berpuluh tahun sehingga saya mati dan berguna untuk menolong berjuta insan lain.

Saya selalu percaya melakukan khidmat untuk insan lain bukan semata-mata berdasarkan duit dan tenaga keringat. Seperti rezeki,  ia bukan dalam bentuk gaji,  upah dan komisen sahaja.  Ia dalam pelbagai bentuk yang saya sendiri semakin hari semakin faham.

Untuk info,  harus diakui di permulaan menulis,  saya mengharapkan agar Blog ini sebagai senjata saya mencari rezeki dan channel untuk memasarkan produk Hai-O di mana Kak SUZANA sebagai Mentor saya untuk saya ikuti.

Namun merasakan masa yang panjang dan saya adalah seorang yang mudah jemu,  akhirnya saya berhenti.  Mungkin kerana niat pertama saya menulis Blog ini,  saya ingin mencari keuntungan dan duit,  maka bila duit tidak datang saya berhenti.

Ia,  manusia berubah.  Hati saya berubah.  Akhirnya saya sedar,  ada banyak perkara boleh saya buat dan tulis dari membazir masa bercerita masalah,  mengumpat dan mengambil tahu hal orang.

Saya mula rajin membaca dan lebih suka menggunakan handphone untuk sesuatu yang lebih memberi manfaat.

Maka saya nekad untuk menulis Blog hanya untuk berkongsi maklumat dan memberi motivasi untuk mereka yang akan singgah di Blog ini.

Tidak sangka sama sekali,  dari Blog yang kecil tanpa sebarang modal besar yang perlu saya keluar ia membawa saya menjadi salah seorang Blogger pemilik akaun Adsense.

Harus saya akui,  mendapat akaun Adsense lagi membuat saya bersemangat. Maklumlah saya tak pernah terfikir apa lagi terlintas menjadi pemegang akaun Adsense apa lagi dalam waktu yang singkat.

Blogging adalah perkara paling berbaloi untuk saya.  Bayangkan saya tidak pernah terfikir saya punyai modal untuk menulis.  Segala artikel 2 bulan pertama kebanyakan ia datang dari tahun gambar percutian dan tempat makan saya lawati pada tahun 2012 dan ke bawah. Saya mengambil semua gambar saya itu hanya dari Facebook milik saya sendiri dan saya olah mengikut cara penulisan saya.

Saya tidak tahu apa ingin tulis dan hanya menulis.
Sumpah!  Amat rugi saya berhenti menulis dan tidak fokus selepas 2 bulan menulis hanya kerana saya percaya cakap insan sekeliling saya.  Ini balasan untuk saya kerana pada awal niat saya mungkin agak 'kurang betul'.  Itu alasan mengapa saya putus asa.

Kini saya makin sedar,  sepatutnya dari awal saya rajin menulis.  Sekurang kurangnya satu ribu artikel setahun.

Namun kini setelah 4 tahun hanya lingkungan 500 artikel yang berjaya saya tulis.

Jika saya sendiri terasa sesal,  saya percaya ada yang dahulu seperti saya dan berhenti lebih lama mungkin lebih menyesal.

Jangan merasa sesal dan agak menyesal seperti saya.

Mulalah menulis.  Saya pernah membaca seorang sifu Blogger menulis di Facebook,  jika tidak pandai menulis,  belajar menulis pendek dan ringkas di Facebook dahulu.

Tiba masa anda akan pandai menulis lebih patah perkataan.

Saya tidak belajar menulis di Facebook.

Namun saya akui,  semenjak zaman sekolah saya ialah pelajar paling kerap menjadi johan dalam penulisan dan puisi,  syarahan dan perbahasan.

Bonus besar untuk saya kerana telah dididik semenjak kecil suka membaca buku ilmiah ketika pelajar lain sibuk membaca buku pelajaran.  Saya pula ponteng sekolah dan duduk membaca di perpustakaan negeri.

Tidak perlu ikut perangai saya yang tidak elok.  Ambil sahaja yang baik jika ada.

Saya akan terus berusaha menulis dan berdoa semoga sentiasa diberi kekuatan dan Ilham untuk menulis hanya yang memberi manfaat.

Jauhkan saya dari mengutuk sesiapa di dalam setiap artikel saya.

Agak rugi menulis sesuatu yang negatif kerana bagi saya ia sama seperti mengumpat.

Tiada yang lebih teruk dari mengumpat dan mengutuk dalam penulisan.

Memberi fakta dan berkongsi pengalaman adalah yang terbaik.

Terima kasih.



Khamis, 23 Februari 2017

UBAT GIGI SEMULAJADI MURAH


Ubat gigi Gel jenama Dentobac Gel
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menerima beberapa komen mengenai ubat gigi organik dalam artikel sebelum ini Ubat Gigi Natural di beli di kedai Organik.

Saya sendiri terpaksa akui,  harga ubat gigi organik Dentiste itu agak mahal iaitu RM27 dan ke atas untuk size biasa.

Memahami setiap golongan mempunyai pendapatan dan budget bulanan berbeza,  saya berjaya menemui ubat gigi tanpa kandungan SLS dan SLES yang juga hampir natural jenama Dentobac.

Dentobac ialah ubat gigi vegetarian 
Bahan aktif di dalam ubat gigi Dentobac Gel ini antaranya ialah daun semambu,  buah cermai,  bunga cengkih dan akar Bega. 

Ia lebih kepada ubat gigi vegetarian yang kaya bahan Semulajadi. 

Ubat gigi keluaran negara India 
Ubat gigi Dentobac Gel ini diperbuat dan di import dari negara India. 
Ia kebiasaannya terdapat atau di jual di kedai kedai India. 

Di Kuantan anda boleh mendapat ubat gigi ini di kedai runcit Hamid Bros. 

Antara bahan-bahan kandungan 
Kandungan bahan-bahan di dalam ubat gigi ini hampir Semulajadi. 

Cocamido Propyl Betaine antara kandungan di dalam ubat gigi ini mempunyai sedikit isu termasuk sorbitol dan xylitol.  Namun hampir 90% ubat gigi organik mengandungi kandungan bahan sorbitol dan xylitol termasuk ubat gigi Dentiste yang pernah ditulis dalam artikel di link di atas. 

Untuk mereka yang mempunyai sejarah ekzema atau pernah melalui proses Topical Steroid Withdrawal (TSW)  saya tidak mengesyorkan anda menggunakan ubat gigi ini kerana mereka yang menghadapi masalah ekzema ada yang mempunyai alahan dengan Cocamido Propyl Betaine ini. 

Alamat pengeluar syarikat ini di India
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi keluaran dari negara India dari sumber vegetarian.  

Dentobac Gel antara jenama popular. 

Mendapat pengesahan Halal dari badan yang diiktiraf Jakim
Anda tidak perlu bimbang mengenai status halal ubat gigi JENAMA Dentobac Gel kerana ia mendapat pengesahan halal dari badan yang di iktiraf Jakim. 

Dentobac Gel
Ubat gigi jenama Dentobac Gel hanya berharga Rm4.50 adalah antara ubat gigi yang lebih Semulajadi dan amat sesuai untuk anda yang mencari alternatif ubat gigi tanpa florida dan tanpa SLS dan SLES. 

Dapatkan ubat gigi Dentobac Gel ini segera
Tunggu apa lagi,  sila melawat segala kedai India di kawasan sekitar anda untuk mendapatkan ubat gigi jenama ini.

Semoga artikel ini memberi semangat untuk anda yang mungkin merasakan artikel mengenai ubat gigi jenama Dentiste Sebelum ini agak mahal.

Bagi memenuhi permintaan setiap pembaca Blog ini yang amat saya ketahui datang dari pelbagai golongan saya akan cuba menulis pelbagai artikel bagi memberikan segala maklumat berguna untuk anda yang rajin singgah di Blog ini.

Ini sahaja khidmat kemasyarakatan yang boleh saya lakukan untuk masa ini dan diharap pada masa akan datang saya diberi peluang melakukan perkara yang jauh lebih besar untuk semua golongan.

Doakan.

Terima Kasih.