Sabtu, 25 Februari 2017

Sarapan Diet Sihat Pemalas


Kisar sahaja buah delima dan sedikit air

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kata bijaksana,  sarapan pagi yang sihat akan mencergaskan otak dan menguatkan tubuh bagi melakukan aktiviti seharian.

Namun kekangan masa dan kemalasan sering melanda.  Maka sarapan pagi mudah antara yang paling senang dilakukan.

Tambahkan buah mangga,  pisang emas dan delima Arab di dalam Yogurt asli anda 
Antara sarapan pagi sihat Yang paling mudah selain overnight oat ialah Smoothie.

Buat sahaja Smoothie paling mudah dengan campuran buah-buahan.


Untuk peminat Berry anda boleh tambahkan strawberi 🍓

Antara smoothie paling mudah tanpa perlu anda Kisar ialah campuran Yogurt asli dengan buah manis dan lemak seperti mangga dan pisang.

Bagi peminat buah import anda boleh memilih buah beri atau strawberi untuk rasa yang lebih enak.

Namun adalah disyorkan untuk anda menikmati buah-buahan  tempatan yang manis dan berlemak bersama Yogurt Asli untuk lebih khasiat dan tenaga yang akan digunakan untuk sepanjang hari.

Jambu air juga sedap dimakan bersama Yogurt 
Jika anda peminat buah tempatan.  Jambu air,  mangga dan delima juga adalah antara campuran enak untuk dicuba sebagai sarapan pagi anda. 

Susu segar perisa asli juga adalah sarapan pagi paling mudah dan berkhasiat bagi memulakan pagi anda. 

Green Smoothie campuran buah tempatan
Sayur-sayuran hijau juga enak dibuat jus hijau atau Smoothie.

Jika anda baru sahaja berjinak jinak menikmati jus hijau,  anda boleh menggunakan Slow Juicer untuk rasa lebih enak.

Namun jika anda tidak punyai Slow Juicer anak boleh mengamalkan Green Smoothie sebagai salah satu menu sarapan pagi yang enak lagi berkhasiat.

Bagi resepi menu Green Smoothie mudah diatas boleh rujuk di artikel Resepi Green Smoothie Mudah

Sayur-sayuran hijau segar tinggi enzim yang amat bagus untuk kesihatan dan kesegaran darah dalam tubuh anda sendiri.

Telur ayam kampung organik
Telur amat tinggi khasiat dan kandungan protein.  Pilihan terbaik ialah telur kampung organik tanpa hormon,  antibiotik dan bahan kimia lain.

Paling mudah dan sihat ialah telur yang direbus.  Namun jika anda malas menunggu masa merebus yang agak lama berbanding goreng,  anda boleh menggoreng telur menggunakan minyak zaitun dan menabur sedikit sayur-sayuran hijau pilihan anda ke dalam Omelet anda termasuk sedikit garam Pink dan serbuk lada sulah organik.

Omelet tambahan sayuran hijau pilihan dan lada putih
Omellet ini cukup enak dimakan begitu sahaja tanpa tambahan sos yang tinggi bahan perasa dan pengawet.

Mudah bukan untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat.

Tidak perlu menikmati makanan terlalu berat dan berprotein.

Makanan yang ringan dan tinggi khasiat cukup membuatkan anda bertenaga dan menjadikan tubuh anda lebih ringan.

Selamat mengamalkan diet pemalas namun sihat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan