Jumaat, 24 Februari 2017

Fokus Menulis


Tulis dari hati
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menulis Blog pertama kali pada Februari 2013. Saya berazam untuk menulis setiap hari.

Namun,  akhirnya saya hanya berjaya menulis setiap hari selama 2 bulan berturut turut sahaja.  Beberapa bulan saya berhenti menulis Blog dan berfikir untuk terus meninggalkan Blog ini terus.  Maklumlah ketika itu saya percaya kata kata bahawa Blog saya Blog syok sendiri,  dan beberapa sahabat dan ahli keluarga saya juga berpendapat yang sama.

Namun,  benar sekali,  beberapa bulan berhenti menulis,  saya tiba tiba tersentak apabila sedar bahawa beberapa artikel yang tidak sampai 70 buah itu berada di Google di paparan pertama.  Sekaligus menyedarkan saya,  ada perkara yang kita tidak tahu akan berlaku dan memberi manfaat kepada insan lain.

Menerima komen berbentuk ucapan terima kasih kerana sudi menulis artikel pelbagai tempat Makan Best dan menolong seorang ibu dan isteri merancang percutian di Kuantan dengan mudah menyedarkan saya bahawa pelbagai khidmat yang boleh saya buat hanya dengan menulis.

Paling utama cukup sekali menulis,  namun tulisan itu akan kekal ke akhir hayat dan mungkin berpuluh tahun sehingga saya mati dan berguna untuk menolong berjuta insan lain.

Saya selalu percaya melakukan khidmat untuk insan lain bukan semata-mata berdasarkan duit dan tenaga keringat. Seperti rezeki,  ia bukan dalam bentuk gaji,  upah dan komisen sahaja.  Ia dalam pelbagai bentuk yang saya sendiri semakin hari semakin faham.

Untuk info,  harus diakui di permulaan menulis,  saya mengharapkan agar Blog ini sebagai senjata saya mencari rezeki dan channel untuk memasarkan produk Hai-O di mana Kak SUZANA sebagai Mentor saya untuk saya ikuti.

Namun merasakan masa yang panjang dan saya adalah seorang yang mudah jemu,  akhirnya saya berhenti.  Mungkin kerana niat pertama saya menulis Blog ini,  saya ingin mencari keuntungan dan duit,  maka bila duit tidak datang saya berhenti.

Ia,  manusia berubah.  Hati saya berubah.  Akhirnya saya sedar,  ada banyak perkara boleh saya buat dan tulis dari membazir masa bercerita masalah,  mengumpat dan mengambil tahu hal orang.

Saya mula rajin membaca dan lebih suka menggunakan handphone untuk sesuatu yang lebih memberi manfaat.

Maka saya nekad untuk menulis Blog hanya untuk berkongsi maklumat dan memberi motivasi untuk mereka yang akan singgah di Blog ini.

Tidak sangka sama sekali,  dari Blog yang kecil tanpa sebarang modal besar yang perlu saya keluar ia membawa saya menjadi salah seorang Blogger pemilik akaun Adsense.

Harus saya akui,  mendapat akaun Adsense lagi membuat saya bersemangat. Maklumlah saya tak pernah terfikir apa lagi terlintas menjadi pemegang akaun Adsense apa lagi dalam waktu yang singkat.

Blogging adalah perkara paling berbaloi untuk saya.  Bayangkan saya tidak pernah terfikir saya punyai modal untuk menulis.  Segala artikel 2 bulan pertama kebanyakan ia datang dari tahun gambar percutian dan tempat makan saya lawati pada tahun 2012 dan ke bawah. Saya mengambil semua gambar saya itu hanya dari Facebook milik saya sendiri dan saya olah mengikut cara penulisan saya.

Saya tidak tahu apa ingin tulis dan hanya menulis.
Sumpah!  Amat rugi saya berhenti menulis dan tidak fokus selepas 2 bulan menulis hanya kerana saya percaya cakap insan sekeliling saya.  Ini balasan untuk saya kerana pada awal niat saya mungkin agak 'kurang betul'.  Itu alasan mengapa saya putus asa.

Kini saya makin sedar,  sepatutnya dari awal saya rajin menulis.  Sekurang kurangnya satu ribu artikel setahun.

Namun kini setelah 4 tahun hanya lingkungan 500 artikel yang berjaya saya tulis.

Jika saya sendiri terasa sesal,  saya percaya ada yang dahulu seperti saya dan berhenti lebih lama mungkin lebih menyesal.

Jangan merasa sesal dan agak menyesal seperti saya.

Mulalah menulis.  Saya pernah membaca seorang sifu Blogger menulis di Facebook,  jika tidak pandai menulis,  belajar menulis pendek dan ringkas di Facebook dahulu.

Tiba masa anda akan pandai menulis lebih patah perkataan.

Saya tidak belajar menulis di Facebook.

Namun saya akui,  semenjak zaman sekolah saya ialah pelajar paling kerap menjadi johan dalam penulisan dan puisi,  syarahan dan perbahasan.

Bonus besar untuk saya kerana telah dididik semenjak kecil suka membaca buku ilmiah ketika pelajar lain sibuk membaca buku pelajaran.  Saya pula ponteng sekolah dan duduk membaca di perpustakaan negeri.

Tidak perlu ikut perangai saya yang tidak elok.  Ambil sahaja yang baik jika ada.

Saya akan terus berusaha menulis dan berdoa semoga sentiasa diberi kekuatan dan Ilham untuk menulis hanya yang memberi manfaat.

Jauhkan saya dari mengutuk sesiapa di dalam setiap artikel saya.

Agak rugi menulis sesuatu yang negatif kerana bagi saya ia sama seperti mengumpat.

Tiada yang lebih teruk dari mengumpat dan mengutuk dalam penulisan.

Memberi fakta dan berkongsi pengalaman adalah yang terbaik.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan